View: 8326|Reply: 45
|
Info tentang Filem Tayangan Unggul Sdn Bhd
[Copy link]
|
|
Salam Hormat buat semua forumer
Berita Terkini, setelah lama saya menyelinap masuk kedalam ruangan ini,
rasanya tidak adil sekiranya pihak TUSB tidak memberi maklum balas atas semua soalan yang
berkaitan dengan filem2 TUSB.
Sebagai wakil yang menjaga semua laluan maklumat didalam alam cyber dengan ini saya rasa
rendah dirinya ingin memperkenalkan diri saya sebagai Mr. Ira Fazir Ishak sebagai wakil kepada
TUSB yang sah.
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh anda perolehi dengan mengirim email atau
bertanyakan terus didalam ruangan ini.
Untuk perhatian filem yang masih belum ditayangankan dari pihak TUSB
Malaikat Maut - Bade Hj. Azmi
Histeria - James Lee
Papadom - Afdlin Shauki
Setem - Khabir Bakhtiar
DSPP- Azmi Md Hatta
Jadi sama2 nantikan kemunculan maklumat yang pastinya akan memenuhi kehendak anda.
Dan salam kemaafaan sekiranya ada sebarang soalan yang saya tidak mampu untuk
menjawabkannya kelak.
www.tayanganunggul.com
Selamat Melayar
Mr Ira Fazir Ishak |
|
|
|
|
|
|
|
TUSB neh under ass tero ka under tv3 aaa???...wa konpius lakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 kecimpret's post
Hi kecimpret
Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) telah ditubuhkan pada November 1996, berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc, Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi pengeluar filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri filem tanahair.
Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang tiga (3) objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem. Pertama, mempelbagaikan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana. Kedua, mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan. Ketiga, menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi pengeluaran filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.
Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 24 buah filem dengan kerjasama dua belas (12) orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkiflie M.Osman, Aziz M.Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Osman Ali, James Lee, Saw Teong Hin, Khabir Bhatia dan Azmi Md Hata. Sebanyak lapan belas (18) buah filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL menJERIT, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL menJERIT 1, Baik Punya Cilok, Man Laksa, Puaka Tebing Biru, Syaitan, Zombie Kampung Pisang, Anak Halal dan Kala Malam Bulan Mengambang. Sebanyak enam (6) buah filem bakal menjengah pawagam iaitu Apa Kata Hati, Malaikat Maut, Histeria, Papadom, Setem dan Duhai Si Pari Pari.
Selain penerbitan, Tayangan Unggul juga semakin aktif dalam bidang pengedaran filem. Bahagian pengedaran filem Tayangan Unggul telah mengedarkan banyak filem bermula 2007 iaitu The Wicker Man, Kuntilanak, Teenage Mutant Ninja Turtles, Cinta Pertama, Rogue Assassin, Kuntilanak 2, 1408, Restless, Code Name The Cleaner, The Eye, The Mist, Fido, Mad Money, Minotaur, Step Up 2 The Streets, The Forbidden Kingdom, Superhero Movie, Nenny Diaries, Kuntilanak 3, Doomsday, Igor dan banyak lagi yang masih dalam perancangan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita nak hantar skrip ke TUSB boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ada job buat poster tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 jac_diehard_fan's post
idolfan
Boleh kalau u ada skrip baru u boleh hantar kepada TUSB, u buka web TUSB kat situ ada contact person yang akan terima semua skrip2 baru. tapi make sure semua original dari u... bukan ciplak nyeee.... hehehehe
Jac diehard fan
Sama juga sila ke laman web tayangan unggul untuk dapatkan sebarang maklumat. or u can uplode contoh ur poster kat forum ni, put ur email and i will email to u personly.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 irafazirishak's post
boleh PM u tak.. malula nak letak kat sini.. takot kawan2 i kat luar detect |
|
|
|
|
|
|
|
cik ira, i dah PM u my work.. check it out |
|
|
|
|
|
|
|
x de job jdik pelakon kew??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 irafazirishak's post
log in..
nak cakap.. WAHHH!!! :pompom:
log out! |
|
|
|
|
|
|
|
senyap jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 jac_diehard_fan's post
poster ko lucah sgt kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 buiscasey's post
mungkin la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 irafazirishak's post
Hi En Ira,
Something cross my mind, selalunya pemilihan pelakon dibuat oleh pengarah atau team produksi. Secara dasarnya, Tayangan unggul hanya menerbitkan filem? Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
So Sorry lambat reply, baru balik dari utara ada projek kat sana...
Jac Diehard fan
dah tengok gambar poster tu. ok. tapi kalau boleh PM sekali detail awak so senang saya nak present kat creative department
Ajami
ko tak yah le... sms aku je dah cukup... mie tolong naikkan balik benda ni kat depan sekali. TQ:@
caricom2006
pemilihan pelakon bergantung keapda skrip yang ingin dianggkat menjadi filem, sesetangah skrip dihantar oleh pengarah sendiri, amnya diaorang ni dah ada nama pelakon yang akan menjayakan skrip tersebut. namun ada juga pemilihan yang dibuat oleh creative tream, so kena casting dulu le. kalau beminat sila berhubung terus dengan EN ZAILANI DITALIAN 03-9543 6688. |
|
|
|
|
|
|
|
macam resume le... company ape ? before this buat poster apa... so senang i nak bagi tahu my team |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 irafazirishak\ catat
baru nak bermula |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 jac_diehard_fan\ catat
WAHHH!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cik ira juz nak tanyer, cik ni laki ko pompuan? satu lagie nak tanya, bila filim melekat maot tue nk tyg? da lame pisang tunggu! filem tu cam setan gak ker? kalau cam setan musti borink. arap2 best lor....cik ira da tgk ke lum erk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|