View: 30164|Reply: 78
|
banyak makna tersirat di sebalik nama2 tempat!!!
[Copy link]
|
|
Makna tersirat di sebalik nama tempat
02-09-2008
NAMA sesebuah tempat membayangkan sejarah, budaya dan tradisi tempat itu, dan tiada kesudahan akan legenda, mitos dan sebab tempat itu diberi nama sedemikian.
Ada nama yang mungkin menimbulkan kelucuan atau ramai yang berasa aneh apabila mendengar beberapa tempat yang pelik bunyi dan maknanya di Malaysia, sebagai contoh; Bayan Lepas, Gelang Patah, Malim Nawar, Selinsing dan Gertak Sanggul.
Terdapat juga banyak nama tempat tanpa sebarang maksud. Kita mungkin sudah biasa mendengar nama Ayer Kuning, Ayer Putih, Pasir Panjang, Pasir Puteh dan Pasir Mas. Tetapi, bagaimana pula semua nama ini muncul?
Penerangan mengenai makna dan asalusul nama-nama tempat di Malaysia terkandung dalam sebuah buku lama yang bertajuk `Malayan Place Names Port Weld to Kuantan yang ditulis oleh S.Durai Raja Singam.
Buku ini pertama kali diterbitkan pada 1939 dengan mukadimah penulis bertarikh Januari tahun yang sama dan G.Hawkins daripada Royal Asiatic Society cawangan Malaya menulis prakata buku ini.
Durai Raja Singham menarik perhatian kepada awal abad ke-19 mengenai perkataan-perkataan lazim pada nama-nama tempat di Malaya seperti Pengkalan atau Bagan, Bukit, Gunung, Kampung, Kota; Kuala, Pulau, Sungai, Tanjung, Tasek, Teluk dan Ulu.
Nama daripada bahasa dan budaya Melayu
Penulis itu mendapati nama-nama tempat banyak dipengaruhi bahasa dan sejarah Melayu, walaupun terdapat unsur Jawa, Sanskrit, Tamil, Cina dan Orang Asli.
Bagaimanapun, buku ini juga menjelaskan bahawa terdapat nama-nama tempat yang pelik disebabkan dialek tempatan atau bertukar sepenuhnya kerana kesukaran dalam menuturkannya dan kesukaran penduduk bukan Melayu untuk menyebutnya.
Contoh terbaik ialah Ringlet di Cameron Highlands, yang berasal daripada perkataan puak Semai "Ringgiriok, (nama sejenis pokok) yang penjajah mendapati sukar untuk menyebutnya.
Nama tempat seperti Gopeng, Kampar, Taiping mempunyai asal-usul Cina; Chendriang, Kinta, Selama asal-usul Orang Asli; Bukit Chintamani (Pahang), Langkawi asal-usul Tamil atau Sanskrit.
Menurut buku ini, Taiping (yang bermaksud keamanan selama-lamanya) mungkin satu-satunya nama Cina yang sebenar yang langsung tidak mempunyai pengaruh Melayu. Nama tempat ini sering ditemui di China.
Sejarah di sebalik nama-nama tempat
Banyak nama tempat di Malaysia telah lama wujud sementara ada yang ditukar atau diubahsuai selaras dengan inspirasi semasa. Tetapi penjelasan di sebalik pelbagai nama tempat bukan sahaja membingungkan mereka yang percaya dengan mitos tetapi juga pakar bahasa.
Kisah bagaimana nama Temerloh di Pahang muncul, merupakan contoh yang baik. Dalam bahasa Melayu kuno `merloh bermakna tidur dan imbuhan `ter menunjukkan `tidak sengaja.
Oleh itu `termerloh bermakna terlelap dengan tidak sengaja. Mengikut kisah penduduk tempatan pada satu masa dahulu terdapat sebuah dusun durian milik tuan tanah orang Melayu yang menggajikan seorang pekerja Orang Asli untuk mengutip durian. Pada satu hari pekerja itu terlelap dan buah duriannya dicuri.
Apabila pemilik dusun itu meminta penjelasan, pekerja itu menjawab `termerloh tuan. Tempat itu kemudian dinamakan Temerloh.
Ada pula mitos menarik mengenai gergasi sakit gigi di daerah Baling. Gergasi itu dikatakan memegang gigi yang sakit itu di tempat yang dikenali sebagai Kuala Pegang sekarang ini, memulasnya di Pulai (loghat tempatan bagi perkataan pulas), menarik keluar dan membaling gigi itu di Baling. Nama tempat di mana gigi itu jatuh, yang sepatutnya menyusul dalam kisah ini tidak diketahui. Jatuh terlalu jauh ke?
Tahukah anda bagaimana Kajang di Selangor mendapat namanya? Buku ini menjelaskan pada masa dahulu penduduk berulang-alik dengan perahu di Sungai Langat dan berhenti di tempat tertentu untuk membeli atau membaiki kajang-kajang (lapisan jerami kalis air yang digunakan di dalam perahu). Mungkin oleh sebab inilah Kajang mendapat namanya.
Buku ini juga mengkisahkan bahawa suatu ketika jabatan kereta api meminta pegawai daerah Port Dickson untuk menamakan sebuah perhentian baru kereta api yang sekarang ini dikenali sebagai Sirusa, beliau memberi nama "erhentian Siput". Tidak lama kemudian pihak berkuasa menyedari keganjilan nama itu yang bermaksud `tempat siput berhenti!
Damansara, alamat eksklusif sekarang ini, mungkin berasal daripada nama pelabuhan di Sungai Gombak, `Labohan Sara. Tetapi bagaimana ini boleh berlaku? Penjelasan diberikan bagi nama itu di dalam buku ini, tetapi agak rumit.
Frasers Hill, dahulunya sebahagian daripada Ulu Tras, dinamakan sempena nama mendiang L.J. Fraser yang merintis aktiviti perlombongan bijih timah di situ. Gambang di Pahang merujuk kepada gambang gangsa dan gambang kayu.
Chukai di Terengganu dinamakan ekoran kejadian buaya yang `mengenakan cukai dengan membaham seorang nelayan setiap tahun.
Kita mungkin pernah mendengar bagaimana Ipoh mendapat namanya tetapi rujukan awal bagi tempat itu ialah Epu. Menurut satu kisah, bandar raya itu dinamakan bersempena dengan sebatang pokok Ipoh besar yang terdapat di kawasan antara Pasar Besar dan Jalan Laxamana sekarang ini. Bagaimanapun, F.W Douglas dalam tulisannya pernah menyebut nama lain bagi Ipoh sebagai Paloh (kolam dalam bahasa Cina).
Nama gunung dan pulau turut mempersona
Gunung tertinggi di Semenanjung, Gunung Tahan, di mana mengikut legenda terdapat harta karun dalam bentuk barangan kemas di puncaknya, pada asalnya dirujuk sebagai Bukit Larangan (Forbidden Hill). Buku ini menyatakan Munshi Abdullah memberitahu nama itu kepada Kolonel Farquhar di Singapura pada 1819.
Gunung Bubu dengan puncak berlekuk yang kelihatan ganjil boleh dilihat dari Taiping dan dikatakan terbentuk daripada `bubu, yang digunakan gergasi untuk menangkap ikan. Dalam kes Gunung Ledang, paripari, iaitu balu Nakhoda Ragam, masih tinggal di puncaknya dengan seekor harimau menemaninya.
Gunung Kerbau, mengambil pengaruh perkataan Indonesia `korbu yang bermaksud gunung.
Nama-nama pulau pula menunjukkan imaginasi dan sentimen penduduknya. Terdapat Pulau Kendi di barat daya Pulau Pinang. Mengikut legenda, kendi pendayung Nakhoda Ragam apabila melalui tempat itu terjatuh ke dalam air, yang dengan segera bertukar menjadi pulau yang dirujuk itu.
Jika peta Pulau Pinang diteliti, terdapat tiga buah pulau berdekatan yang namanya berkaitan dengan wanita bersalin Pulau Bunting, Pulau Panggil dan Pulau Bidan.
Pulau Bunting hari ini kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang terbaring. Mengikut cerita, pada satu hari hantu yang berada di pulau itu ternampak seorang puteri mengandung yang mengerang kesakitan menunggu saat bersalin di pantai. Puteri itu menghantar seorang utusan untuk memanggil bidan, tetapi dia gagal pulang. Puteri itu kemudian menghantar seorang lagi utusan yang kembali bersama bidan.
Hantu itu, yang tidak mahu puteri berkenaan melahirkan anak, menukar kesemua mereka menjadi bukit si puteri menjadi Pulau Bunting, utusannya Pulau Panggil dan bidan yang datang menjadi Pulau Bidan, dan mengikut legenda pada asalnya bukit-bukit itu bersama Sonsong, membentuk sebahagian daripada tanah besar di situ.
Bagaimana pula Tioman memperoleh namanya? Kisahnya golongan tua pulau itu bertemu pada satu hari untuk menentukan nama pulau berkenaan. Mereka menimbangkan beberapa nama.
Ketika itu seorang budak lelaki berlari mengejar burungnya, seekor burung Tiong. Apabila ditanya apa dia kejar, budak itu menjawab Tiong Man (tiong (Man) saya). Seorang daripada orang tua itu berkata mengapa tidak kita panggil pulau ini Tiongman dan kesemua mereka bersetuju. Dengan peralihan masa, nama itu berubah kepada Tioman.
Nama-nama tempat memikat
Walaupun terdapat nama-nama tempat yang pelik, dikaitkan pula dengan mitos gergasi dan semangat jahat, bagi warga asing nama-nama ini tetap mempersona. Penulis dan penyajak Inggeris semasa zaman penjajahan banyak menggunakan nama-nama tempat di Malaya dalam nukilan mereka.
Sekarang pun, dengan petempatan manusia terus berkembang, nama-nama tempat baru terus muncul di seluruh negara. Tempat-tempat seperti Putrajaya, Cyberjaya, Kulim-Bandar Baru, Iskandar Malaysia, Nilai 1 dan Nilai 3 merupakan contoh baik.
Tetapi tempat-tempat ini tidak lagi dinamakan bersempena nama batu, burung, bunga atau legenda tetapi lebih kepada mengikut matlamat dan aspirasi sebuah negara yang progresif, Malaysia.
kalu kat shah alam ni.......aku bajet sbb nama sultan selangor yg dulu ler.... ada alam ada shah... jadi shah alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada cite psl asal usul nama Klembang kt Melaka..
Kwsan tu dlo rmai golongan mamak (india muslim) dok sane...n ada satu surau kt sane...setiap kali masuk waktu smbyg, akan berbunyilah azan...bile org melayu tny kt penduduk2 kt situ, sape yg azan...dorang akan ckp k-l-i-n-g bang....k-l-i-n-g bang
Maka terlekat la nama tu...wallahualam...ni just story2 je yeah.. psl sejarah..jgn plak ada yg terasa hati lakk..
bln2 pose ni...mintak maap bebanyk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mizz_red at 2-9-2008 06:14 PM
aku ada cite psl asal usul nama Klembang kt Melaka..
Kwsan tu dlo rmai golongan mamak (india muslim) dok sane...n ada satu surau kt sane...setiap kali masuk waktu smbyg, akan berbunyilah azan. ...
wowzie... thanks mizzz... make sense gak tu... tapi tu ler.. harap tarak worang terasa.. lagi pula... cuma sejarah mungkin myth juga... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nenek aku cite kat kedah bnyk pengaruh siam, sbb tu nama tempat cthnya spt dibawah:
Nama-nama tempat dalam bahasa Siam Kedah
Jitra-berhenti rehat
Pendang- senapang berbunyi
Sik-empat
Linchan (Mukim Tekai Kanan)- tebing berlapis
Tekai - saudagar
Sungai Ma (Padang Durian) - sungai anjing
Naka - bendang lengkuas
Nami- muka beruang
Changloon - gajah jatuh (gajah duduk)
Gurun - gerun, ngeri
Tajar - Pengkalan gergasi
Che rai (Jerai) - nama apa?
Kokbah - pulau gila
Kokdiang - pulau merah
Chenang - nama puteri
Arau - kami
Tobiar - heboh maklumkan
Kakap - saya menyanyi
Kokap (Mukim Kurong Hitam) - Minta Lauk
ni aku amik dr blog : http://siamkedah.blogspot.com/20 ... am-bahasa-siam.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Chukai di Terengganu dinamakan ekoran kejadian buaya yang `mengenakan cukai dengan membaham seorang nelayan setiap tahun"
ngeri lak dengar
byk info yg menarik! tapi nama tempat dulu lagi menarik aku rasa..sekarang nama tempat mesti nak ada bunyi omputih sikit2, mana nak dapat dah nama tempat ala2 klasik melayu
[ Last edited by JerryJemima at 3-9-2008 03:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat aku ada beberapa perkataan lama yang digunakan sebagai nama kampung.antaranya Gong (tanah tinggi .similar dgn perkataan 'Guar'),Mengabang(Muara sungai) dan Losong(xtau,hehe)............ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 lica_mica\ catat
memang betul pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
kau ada lagi tak buku tu yg lebih??? kalau ko ada 2 buku, jual lah stu dgn aku..aku nak beli dgn RM25...
P.M aku kalau ada...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tau.. perkataan BRUNEI berasal dari perkataan "BARU NAH!" (bahasa brunei) yg bermaksud "ni baru ok!" |
|
|
|
|
|
|
|
apasal posting tuan rumah mesti penghujung tajuknya ada tanda !!! ....... |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat aku membesar ade 1 tempat nama dia Kurong Batang....jgn tanya aku dari mana asal nama tue.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu baca kat Variasi asal nama Mersing....dari 'Amar Singh' sorang penjenayah yang berjaya melarikan diri dan bersembunyi di situ...
Kampung aku Pontian pulak nama sebenarnya ialah 'Perhentian' tapi sebab ada orang-orang yang tak reti sebut 'perhentian' maka jadi le 'Pontian'! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Zaharul_Asriq's post
25 hengget ajer ke.... aku mana ada buku tu.. ko nak buku2 ko kena pi MPH... atau popular book store... dapat 10% kira wokeyyy ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 amazed\ catat
huhuu....POPULAR lah tujuanku nanti...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
nama kat tempat aku ni kubang parit
(tempat dun pas c wahid tu).....
x silap aku sbb kat situ dulu banyak parit.......pastu tempat berkubang kerbau......dulu mase aku kecik, aku slalu nampak kerbau melepak kat dlm baruh (tempat yg cam sawah tu tapi bukan sawah pon, lalang je aku nengok)
sbb tu jd kubang parit kot |
|
|
|
|
|
|
|
tempat aku Kubang Kerian yg ada HUSM tu dulu2 depan HUSM banyak pokokkerian, kalau tgok dari jauh mcm pulau sebab dia dok tgah2 baruh sawahpadi, jadila nama Kubang Kerian |
|
|
|
|
|
|
|
Member2 opis aku kat Kedah ni kengadang gelakkan aku pasal kat Johor banyak parit...semua kampung nama parit. Cuma aku tak counter balik...ada kampung kat kedah ni tak kreatif langsung nama....kalau kampung kat masjid...jadi Kampung Sebelah Masjid atau kat Changlun ni...Kampung Belakang Market...sebab duduk belakang pasar! |
|
|
|
|
|
|
|
negeri perlis tu pun asalnya dr perkataan "perlus" = tanah yg jerlus (jatuh) ke bawah.
lama |
|
|
|
|
|
|
| |
|