Yahaya menunjukkan telefon bimbit yang didakwa meletup semasa ia sedang digunakan di rumahnya di Manjung semalam.
MANJUNG - Seorang peniaga nyaris buta mata kirinya selepas telefonbimbit murah buatan China yang sedang digunakan tiba-tiba meletup dirumahnya di Kampung Sitiawan di sini semalam.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yahaya, 45, berkata, semasa kejadianpukul 3.30 petang, dia sedang bercakap dengan rakannya manakala telefonitu pula sedang dicaj.
"Selepas telefon itu habis bateri, saya yang masih berbual dengan rakandi talian cuba mengecaj semula sambil meneruskan perbualan.
"Ketika menyambung wayar pengecaj ke telefon, tiba-tiba telefon yangmasih di telinga saya terasa panas sebelum saya nampak ada percikan,''dakwa beliau.
Menurut Yahaya, beliau terus mencampak telefon tersebut yang juga mengeluarkan bunyi letupan kuat.
"Jika saya tak sempat campak, mungkin letupan itu boleh mencederakan mata saya atau muka saya sekali," kata beliau.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu, dia bernasib baik kerana tidak cedera.
Yahaya berkata, telefon murah buatan China itu baru dibeli beberapabulan lalu dengan harganya yang jauh lebih rendah berbanding telefonbimbit berjenama lain.
Jelasnya, ini masalah pertama yang dihadapinya dalam tempoh dia menggunakan telefon tersebut.
"Memang saya tahu kualitinya tidak setanding dengan telefon berjenamatetapi tidak sangka pula ia begitu bahaya,'' katanya yang serik untukmembeli telefon sama selepas ini.
--
Post aku takde kena mengena dgn pinpin....
Jgn marah mr. pinpin.........
[ Last edited by musang_pulut at 18-9-2008 08:15 AM ]
agak2 kat negara china tu hari2 kot ade kes hp meletop...dah le depa ade dekat 1 billion penduduk, kalau karakan 10% pakai hp buatan tempatan, tu dah almost 100 juta rakyat depa pakai hp tempatan.... mesti ade 5-6 kes sehari nih...huhuhuh