|
BILA LIHAT PETA LAMA NEGERI-NEGERI MELAYU, TERINGAT NEGERI REMAN. SEDIH MENGENANGKAN NASIB MEREKA
* The Where's Where of Henry Norman's time
An old map showing the political boundaries of several Malay states
( most are now defunct ) in the North-eastern corner of the Malay
Peninsular, prior to 1909 Bangkok Agreement.
Kelantan was also shown, interconnected with Legeh and Reman,
the two of which are mentioned in the book.
Source :
' Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah '
( Abdullah bin Mohamed ( Nakula ), Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1981 )
[ Last edited by amazed at 22-12-2008 11:41 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang dasar British memang cenggitu, mereka akan meninggalkan tanah jajahan dengan sebahagian negeri yg mempunyai majoriti Islam diletakkan di bawah kekuasaan negara bukan Islam yang bersempadan.
Sama seperti Kashmir yang diletakkan di bawah pentadbiran India. |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut sejarah awal Negeri Reman sebagaimana yang dicatat dalam...
Sejarah Kerajaan Melayu Patani
Oleh Ibrahim Syukri
Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri Patani
hendaklah dipecah-pecahkan supaya senang memerintah dan dengan jalan
ini dapatlah ia melemahkan pendiriajn orang-orang Melayu. Setelah itu
raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya Abya Songgram |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah awal Negeri Reman seperti yang dipetik dalam...
Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954
Oleh : Nik Anuar Nik Mahmud
Patani Diserang oleh Kerajaan Chakri
Selepas Phya Taksin berjaya mengalahkan Burma di Ayuthia dalam tahun 1776, Siam telah menumpukan pula perhatiannya ke atas negeri-negeri di selatan semenanjung yang telah mengisytiharkan diri semasa perang Burma-Siam dahulu. Negeri-negeri di Selatan Semenanjung iaitu Ligor, Songkhladan Pattalung telah diserang oleh Siam. Keadaan ini menyebabkan raja negeri-negeri tersebut terpaksa mencari perlindungan di Patani. Oleh kerana pemerintahnya, terpaksa tunduk kepada desakan Siam supaya raja-raja tersebut diserah kepadanya. Pada tahun 1779, Sultan Muhammad pula telah dipaksa memberi bantuan kepada Siam untuk menentang Burma. Apabila Sultan Muhammad enggan membuat demikian, Phraya Chakri telah memerintah adiknya, Putera Surasi, dengan dibantu oleh Phraya Senaphutan, Gabenor Pattalung, Palatcana dan Songkhla supaya menyerang Patani pada tahun 1785 (Gresick 1976, 127; Thadeus & Chadin Flood 1978, 15 dan Wenks 1968,101). Walaupun kerajaan Melayu Patani cuba mempertahankan diri tetapi Siam telah berjaya menguasai Patani pada tahun berikutnya.
Sultan Muhammad pula telah syahid dalam pertempuran dengan pihak Siam (Light 1786)1 . Akibat kekalahan itu, seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.Berikutan kejatuhan Patani itu, Tengku Lamidin, Raja Bendang Badan,telah dilantik oleh Siam sebagai Raja Patani yang baru. Tengku Lamidin bagaimanapun tidak lama berkuasa. Dalam tahun 1791, Tengku Lamidin telah bersatu dengan Raja Annam yang beragama Islam, Okphaya Cho So, dan memberontak serta menyerang kedudukan tentera Siam di Tiba, Chanak, Songkhla dan Saiburi.Dalam kebangkitan itu, Tengku Lamidin telah dibantu oleh Sheikh Abdul Kamal, seorang ulama berasal dari Mekah, tetapi gagal (Teeuw & Wyatt 1970, 23).Kemudian pihak Siam, atas cadangan Ligor, telah melantik Datuk Pengkalan sebagai Raja Patani. Pada tahun 1808 Datuk Pengkalan juga bangkit menentang Siam. Walau bagaimanapun, pemberontakan itu juga telah dapat dipatahkan oleh Siam setelah mendapat bantuan kerajaan pusat di Bangkok Kerajaan Melayu Patani telah dipecahkan kepada tujuh buah negeri atau hua muang untuk melemahkan orang Melayu Patani.
Di tiap-tiap buah negeri itu, telah dilantik seorang raja atau chao muang di bawah pengawasan Songkhla. Dengan perubahan ini, maka berakhirlah keagungan Kerajaan Melayu Patani. Kini Kerajaan Melayu Patani hanyalah salah sebuah dari negeri yang baru dibentuk. Tujuh buah negeri tersebut dan raja-raja pemerintahnya adalah seperti berikut (Bonney, R 1971, 79).:
Patani - Tuan Sulung
Teluban - Nik Dir
Nongchik - Tuan Nik
Jalor - Tuan Yalor
Jambu - Nai Pai
Rangae - Nik Dah
Reman - Tuan Mansur
Dengan memecahkan kerajaan Melayu Patani, kerajaan Siam percaya mereka dapat melemahkan orang Melayu Patani daripada bangkit menentang.Sejajar dengan itu arahan raja telah dikeluarkan kepada raja-raja negeri Melayu bahawa hukuman mati ataupun penjara akan dikenakan terhadap mana-mana raja, termasuk keluarga mereka, sekiranya mereka memberontak atau menderhaka. Untuk mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas negeri-negeri Melayu, kerajaan Siam telah melantik Raja Jambu, Nai Rai, seorang berketurunan Siam, sebagai wakil kerajaan pusat bagi mengawasi raja-raja di negeri lain. Sementara itu, kerajaan Siam juga memindahkan orang-orang Siam ke negeri-negeri tersebut dengan tujuan mengimbangkan penduduk yang berketurunan Melayu.
Pada tahun 1821, Siam menyerang pula Kedah dan memaksa Sultan Abdullah melarikan diri ke Pulang Pinang (Rahmat Saripan 1979, 83). Kekuasaan Siam ke atas negeri-negeri Melayu tersebut telah diakui oleh British seperti mana terbukti dengan termeterainya Perjanjian Burney dalam tahun 1826.
Dari tahun 1817 hingga tahun 1842, Patani telah diperintah oleh sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu. Orang yang pertama memegang jawatan itu ialah Tuan Sulong, anak Raja Bendahara Kelantan, Long Jenal. Baginda telah memegang jawatan itu sehingga tahun 1832 apabila baginda disingkirkan kerana terlibat dalam kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1831. Berikutan penyingkiran itu, pihak Siam melantik pula Nik Yusof, yang berasal dari Grisek, sebagai Raja Patani. Semasa berlakunya kebangkitan anti-Siam dalam tahun 1838, Nik Yusof tidak terlibat. Dalam tahun 1842, Nik Yusof dilantik menjadi Raja Jering berikutan kematian Nai Him Sai. Bagi mengisi kekosongan itu, Siam melantik Tuan Besar Tun Ahmad, Raja kampong Laut dan bekas Perdana Menteri Kelantan sebagai Raja Patani. Sejak itu sehingga 1902, Patani telah diperintah oleh Tuan Besar dan keturunannya.
[ Last edited by tongkatali at 26-10-2008 08:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Reman
Tuan Lebeh Long Raya
Raja yang bergelar Luang Raya Prakdi (1899-1902) Beliau dipenjarakan di Bangkok selama 20 tahun atas tuduhan cuba memberontak.
p/s...dengar kabornya, kepala baginda telah dipancung (hukuman bagi penderhaka di Siam) dan sampai sekarang kepalanya masih lagi di simpan di Bangkok.
|
|
|
|
|
|
|
|
bakpo gelaran org bsr kot bahasa siam ni selalu ada 'phya'
sultan ktan hok ddulu pun ada pakai gelaran phya ni kan..
lagi satu gapo maksod 'pipit pakdee' ni abe ali |
|
|
|
|
|
|
|
gud info, baru tau kelantan dulu terbahagi dua |
|
|
|
|
|
|
|
patut rakyat selatan now lawan bangkok. memang patut mengembalikan dan mengambil balik hak2 yg dirampas dulu |
|
|
|
|
|
|
|
patut la sesetengah org Grik ckp mcm kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau pasa sejarah melayu yg sebenar baca kat sejarah kedah blogspot |
|
|
|
|
|
|
|
RINGKASAN SEJARAH NEGERI REMAN
Pada akhir abad ke 19, peperangan meletus di Hulu Perak di antara negeri Reman dan Perak. Peperangan ini turut melibatkan daerah kecil Lenggong. Perang saudara tersebut hanya berakhir pada 1909.
Setelah perang berakhir, Hulu Perak diserahkan kepada pemerintahan Negeri Perak yang ketika itu telah dijajah oleh Inggeris. Penyerahan bumi itu oleh kerajaan Siam adalah hasil Perjanjian Burney antara kerajaan Siam dengan kerajaan Perak di bawah pemerintahan Inggeris.
Sebahagian daripada Hulu Perak, bermula dari tempat yang bernama Bukit Nasah di bahagian selatan adalah di bawah kekuasaan Siam. Kerajaan Siam melantik pembesar dan wakil raja sebagai pemerintah bahagian Perak Hulu yang dulunya dikenali sebagai Negeri Reman.
Pemerintahan kerajaan Melayu Reman itu berpusat di tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Selarong yang terletak tidak jauh dari pekan kecil Pangkalan Hulu atau dulunya disebut Pekan Kroh.
Bekas istana Tuan Jagung, Raja Reman yang terakhir, masih ada hingga sekarang di Kampung Selarong. Di kampung ini juga terdapat makam permaisuri Cik Neng, iaitu isteri Tuan Jagung. Permaisuri itu mangkat pada 1915.
Kemangkatan permaisuri itu ada kaitannya dengan kerinduan yang amat sangat terhadap kematian putera bongsunya yang bernama Tuan Lebih Long Raya yang bakal menjadi Raja Reman. Putera Raja Reman ini ditangkap oleh pemerintah Siam pada 1899 dan dibunuh di Bangkok. Beliau disyaki menjalankan kegiatan untuk memerdekakan Reman daripada cengkaman Siam.
Pada 1882, satu perjanjian dibuat antara kerajaan Perak di bawah penjajah Inggeris dengan Tuan Jagung, raja Reman di bawah takluk Siam.
Dalam perjanjian itu, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa sempadan yang baru adalah di Bukit Nasha, yang terletak kira-kira lima kilometer ke selatan pekan Grik. Hingga sekarang, tempat itu disebut bukit Nasha, iaitu mengambil sempena perkataan 'nak disahkan satu perjanjian'.
Pada 1899, satu perjanjian baru dibuat bagi menentukan sempadan yang boleh diterima oleh orang Melayu Hulu Perak. Sempadan baru itu terletak di Kerunai, di utara pekan Grik. Di situ, pada masa ini, terdapat beberapa batu tanda sempadan yang dibuat dengan simen berbentuk segi empat, kira-kira satu suku meter tinggi dan satu meter lebar. Batu itu didirikan di atas sempadan. Jarak antara setiap satu adalah kira-kira satu km.
Pada 1909, satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney, disempurnakan antara kerajaan Perak dengan kerajaan Siam..Dalam perjanjian itu, Siam yang menguasai kerajaan Melayu Reman sejak 1826 bersetuju menyerahkan sebahagian besar Hulu Perak yang luasnya kira-kira 1,800 km persegi kepada kerajaan Negeri Perak.
Sejak penyerahan itu, daerah Hulu Perak yang rata-rata didiami oleh orang Melayu Patani dan bertutur dialek Melayu Patani bebas daripada cengkaman Siam. Namun kemerdekaan Hulu Perak bukanlah bermakna mereka terlepas daripada cengkaman penjajah lain.
Kemudian Hulu Perak berada pula di bawah pemerintahan Inggeris yang tahu bahawa daerah ini kaya dengan khazanah yang tersembunyi dalam hutan belantaranya.
Nasib kerajaan Melayu Reman agak malang. Setelah kematian Tuan Jagung, kerajaan Siam memansuhkan pemerintahan beraja ke atasnya. Dengan itu berakhir sebuah kerajaan Melayu Reman yang memerintah sebahagian daripada Hulu Perak dan sebahagian Hulu Patani yang dahulunya di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Patani.
Dalam mana mana penulisan sejarah Perak, jarang-jarang disentuh negeri Reman, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di utara Perak hari ini. Cuma dalam buku Hulu Perak Dalam Sejarah yang ditulis oleh Tok Muda Raja Razman bin Raja Abdul Hamid, Tok Muda Meor Shamsuddin bin Meor Yahya dan Husin bin Mahmud, ada menceritakan dengan panjang lebar kewujudan kerajaan Melayu Reman di Hulu Perak.
Demikianlah apa yang saya tahu serba sedikit tentang sebuah kerajaan Melayu di Hulu Perak dan perang saudara yang berlaku sesama orang Melayu yang didalangi oleh kuasa asing.
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg10400.html |
|
|
|
|
|
|
|
Patani dh masok Bangkok dh pon sekitar abad ke-17 M tapi Sultan mangkat, depa kebumi dia kat Chao Phraya...
Patani bukan Kelantan..... Dia satu negeri macam Terengganu dengan Kelantan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Patani, Kedah, Kelantan, Perak Utara (Grik n Raman), dan Terengganu dulu satu negara nama Langkasuka. Langkasuka memanjang dari Teluk Siam sampai ke Kedah. Kedah sempadan dengan Patani. Tapi di Kedah pon ada orang cakap bahasa lama, kami panggil loghat Ulu... Bunyi macam orang Patani n Kelantan cakap, tapi bukan betoi2 orang Kelante. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi negeri nama Ligor, negeri ni asal Melayu tapi diserap jadi negeri orang Thai masa kurun ke-12 M... Ada raja pentadbir kawasan Chaiyya dalam tu xmau masuk Islam, dia membelot ke negara Sukhothai n tolong depa. Penduduk Melayu masa tu terbahagi kepada dua golongan agama lepas abad ke-9 M, Islam n Buddha. Yang agama Buddha tu ikot yang Thai walaupun depa yang ajar orang Thai agama Buddha. Kalu hangpa jumpa Siam2 dok berlagak Thai smua, hangpa buleh tempelak muka depa balik, jangan dok jadi tak sedar diri dok panggil orang Khek! |
|
|
|
|
|
|
|
Phranya gelaran untuk jeneral tentera... Raja2 juga adalah jeneral tentera. |
|
|
|
|
|
|
|
Gabenor General macam Shogun lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut sejarah awal Negeri Reman sebagaimana yang dicatat dalam...
Sejarah Kerajaan Melayu Patani
Oleh Ibrahim Syukri
Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri Patani
henda ...
raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya Abya Songgram
datang ke Singgora dan berunding dengan Raja Singgora itu untuk
membahagikan negeri Patani menjadi tujuh buah wilayah yang
kecil-kecil iaitu Patani, Jering, Nongcik, Jalur, Sai, Reman dan
Legeh.
BENARKAH NEGERI REMAN (RAHMAN) DIWUJUDKAN SELEPAS KEKALAHAN PATANI PADA TAHUN 1785?
Berdasarkan buku tulisan Ibrahim Syukri di atas, seolah-olah digambarkan bahawa negeri Reman diwujudkan oleh SIAM selepas PATANI BESAR tewas dalam perang terakhir pada tahun 1785...benarkah ??? Bagi saya pandangan tersebut adalah SALAH. Empayar Patani merupakan sebuah empayar yang berbentuk PERSEKUTUAN di mana di dalamnya terdapat banyak negeri-negeri yang bersekutu dan setiap negeri tersebut mempunyai RAJA atau SULTAN yang tersendiri. Dikatakan sewaktu PUNCAK kegemilangan Empayar Patani pada sekitar abad ke 16 dan 17 Masehi, terdapat 43 buah negeri yang bersekutu di dalam empayar tersebut. Di antara negeri-negeri tersebut adalah negeri Reman dan negeri-negeri yang ditunjukkan di dalam PETA di permulaan THREAD ini. Seterusnya apabila memperkatakan tentang negeri REMAN, antara TOKOH yang tidak dapat dipisahkan ialah LONG GAFFAR iaitu putera sulong RAJA REMAN yang menjadi RAJA MUDA Reman sebelum baginda berhijrah dan membuka negeri KELANTAN yang berpusat di LIMBAT pada sekitar tahun 1750-an iaitu 30 tahun sebelum kejatuhan PATANI pada tahun 1785. Berikut catatan saya berkenaan sejarah awal negeri REMAN ;
Asal-Usul Keturunan Long Gaffar
Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara keluar mengembara menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh para pengikutnya. Walau bagaimanapun, di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan. Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.
Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.
Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan, beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.
Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa turun satu pelepah dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,
Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata. Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib kalau-kalau dapat menurunkan pelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok saring bagi dijadikan tangga.
Akhirnya beliau sampai ke pucuk pokok saring dan beliau dapati terdapat tiga pelepah, sedangkan yang diminta hanya satu pelepah sahaja. Lantas beliau teringatkan kepada abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka. Beliau kemudiannya menetak dahan pertama, lalu bermohon kepada tuhan jika beliau adalah keturunan raja berdaulat, minta supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana abangnya berada supaya mengetahui bahawa beliau masih hidup. Pelepah itu kemudiannya hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Gangga Negara di Kedah. Cahaya pelepah itu dikatakan berwarna putih (perak).
Selepas itu, Tok Nik menetak pula pelepah yang kedua dan bermohon kepada tuhan supaya pelepah itu sampai kepada adiknya walau di mana beliau berada supaya dapat diketahui hidup atau matinya. Lalu pelepah itu hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di negeri Ayuthia. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga).
Akhir sekali, Tok Nik menetak pelepah terakhir dan memohon kepada tuhan supaya ianya jatuh ke pangkal pokok bagi membuktikan kejayaannya. Setelah pelepah tersebut jatuh, Tok Nik turun ke bawah menggunakan tangga yang telah dibuat semasa memanjat pokok tersebut. Tok Nik telah diisytiharkan sebagai pemenang, lantas Raja Bendang Saring memanggil Tok Kadi, lalu dikahwinkan Tok Nik dengan puterinya yang bernama Nang Cayang sebagaimana yang telah dijanjikan.
Pada mulanya, puteri tersebut enggan dikahwinkan dengan Tok Nik memandangkan rupanya yang hodoh. Oleh kerana sudah dijanjikan sebelum pertandingan itu diadakan, Raja Bendang Saring pun mengahwinkan puterinya dengan Tok Nik. Pada waktu malamnya, puteri Nang Cayang bersembunyi kerana enggan tidur bersama Tok Nik. Tok Nik membiarkan perlakuan isterinya itu dan pada waktu tengah malamnya, disebabkan terlalu panas, Tok Nik bangun untuk mandi. Sebelum mandi, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu menampakkan rupa beliau yang sebenar. Rupanya dikatakan sangat tampan, tidak seperti yang dilihat sebelumnya. Setelah selesai mandi, Tok Nik menyarungkan kembali pakaiannya dan rupanya kembali bertukar menjadi hodoh. Tindakan Tok Nik itu diperhatikan oleh khadam raja, lalu dikhabarkan kepada Raja Bendang Saring.
Pada keesokannya, satu perancangan telah diaturkan oleh Raja Bendang Saring untuk mencuri pakaian Tok Nik semasa beliau mandi. Pada malamnya, seperti malam sebelumnya, Tok Nik bangun untuk mandi dan sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu diletakkan di satu tempat. Sebagaimana yang telah dirancangkan, semasa beliau sedang mandi, pakaiannya itupun dicuri oleh khadam raja, lalu dipersembahkan kepada raja. Raja Bendang Saring kemudiannya menitahkan supaya pakaian itu dibakar api.
Setelah selesai mandi, barulah Tok Nik sedar bahawa perlakuannya telah diintip dan pakaiannya telah dicuri. Oleh itu, Tok Nik terpaksa membuka rahsia dirinya yang sebenar. Lalu diceritakan kepada ayahanda mertuanya tentang asal-usul keturunannya yang berasal dari Pagar Ruyung dan peristiwa yang membawa beliau ke Bendang Saring. Selepas peristiwa itu, barulah puteri Nang Cayang mendekati suaminya Tok Nik dan hiduplah mereka berdua dengan bahagia. Sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah memberikan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajai oleh Tok Nik dan puteri Nang Cayang. Setelah ayahanda mertuanya meninggal dunia, Tok Nik dilantik menjadi Raja negeri Bendang Saring. Selepas itu beliau dikenali sebagai Tok Nik Bendang Saring. Pasangan itu dikurniakan seorang putera yang juga dikenali sebagai Tok Nik (Tok Nik Raja Reman). Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala). Manakala kubur Tok Nik Raja Reman pula terdapat di Kota Bharu Reman. |
|
|
|
|
|
|
|
@Genot ko ada peta yg lebih clear tak before perjanjian siam-inggeris 1864. Kedudukkan negeri2 sempadan kedah, perlis dan kelantan yg di ambil alih siam. |
|
|
|
|
|
|
|
@Genot ko ada peta yg lebih clear tak before perjanjian siam-inggeris 1864. Kedudukkan negeri2 sempadan kedah, perlis dan kelantan yg di ambil alih siam.
w_md_harris Post at 5-11-2009 17:18
Nanti aku cuba usahakan carik... Kengkadang masa kita xnak la dia datang... Masa cari xjumpa ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|