CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3987|Reply: 26

sifat-sifat syaitan

[Copy link]
Post time 5-11-2008 10:51 AM | Show all posts |Read mode
A' kum, nak kongsi pengalaman.. bacalah buku-buku tentang syaitan kalau nak benar-benar insaf.. apabila kita tau cara-cara syaitan menghasut umat manusia defenitely kita tak mau mengalah kepadanya... kita akan semakin kuat untuk meninggalkan segala perkara-perkara yang boleh merosakkan kita... banyakkan lah mengingati Allah semoga kita terhindar dari hasutan-hasutan syaitan... aquzubillah himinashaitan nirajim..s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 11:39 AM | Show all posts

Balas #1 toledo\ catat

w'salam
salah satu sifat syaitan ialah "pengecut",tp berani hasut manusia utk buat maksiat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:04 PM | Show all posts

Balas #2 green7\ catat

Dan juga suka menghina orang yang berada dalam kesusahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:07 PM | Show all posts
tu la dia kesinambungan jawapan dr syaitan 'pengecut'.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:09 PM | Show all posts

Balas #3 hashimsamsul\ catat

org yg ditimpa kesusahan tu kena byk fikir kenapa dia disusahkan & pernah tak dia menyusahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 08:27 PM | Show all posts
syaitan jahat! :@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2008 12:35 AM | Show all posts
Tujuan Allah panjangkan usia syaitan sampai ke hari kiamat ni atas satu sebab aje.. Untuk menghasut manusia ke arah kejahatan...

So, kalau kita semua ni jenis yang menghasut orang untuk turut serta kita buat jahat, memang syaitan la kita...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:37 AM | Show all posts

Balas #8 juwaini\ catat

dengan kata lain syaitan bertopengkan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 12:55 AM | Show all posts
Beberapa ayat al-Quran telah menjelaskan sifat-sifat syaitan yang tercela, di antaranya;

1-”Takabbur

Allah s.w.t menyifatkan iblis laknatullah dengan sifat ini keranaiblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam a.s. Dia enggan dantakabbur apabila diperintah oleh Allah s.w.t supaya sujud kepada Adama.s. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
Allah s.w.tberfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud(kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baikdaripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkauciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

2-”Sombong dan keras kepala

Kedua-duanya merupakan sifat iblis sebagaimana Yang Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;
(Iblis)menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalumenghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akanmendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kirimereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)
Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.

3-“Laknat

Dilaknat lagi tersingkir dan jauh dari kebaikan, dan iblis jugamerupakan yang pertama dilaknat dan disingkir dari rahmat Allah s.w.t.Firman Allah s.w.t;
(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir”(Surah al-A’raf: ayat 18)

4-“Menggoda(al-Waswasah)) dan memperdaya”

Al-Waswasah ialah percakapan hati yang dibisikkan oleh syaitan yang tidak ada kebaikan dan manfaat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Kemudiansyaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan auratmereka (yang selama ini) tertutup.Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanyamelarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidakmenjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)
Ayat di atas menjelaskan sifat iblis dan hasad dengki terhadap Adamdan Siti Hawa a.s, dan juga bagaimana iblis berusaha memperdaya,menggoda dan menipu sehingga kenikmatan dan pakaian yang baik dirampasdaripada kedua-duanya dan dikeluarkan dari syurga.

5-“Mungkir janji”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Tidak ada(orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sesungguhnya akuadalah penolongmu”. Maka ketika kedua-dua pasukan itu telah salingmelihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang sambilberkata,”Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu”(Surah al-Anfal: ayat 48)
Ahli tafsir menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan ketika peperanganbadar, di mana iblis berjanji kepada orang musyrikin untuk menolongmereka menentang orang islam, maka tatkala puak islam bersamarasulullah s.a.w berhadapan dengan puak musyrikin, maka iblis punmenyamar sebagai seorang lelaki dan bersamanya tentera, lalu berkataiblis kepada orang musyrikin: Kamu tidak akan kalah hari ini dan akuadalah penolong kamu. Apabila iblis melihat tentera malaikat dia punberundur dan tidak memberi pertolongan kepada tentera musyrikin, danjuga telah memungkiri janjinya untuk menolong mereka. Allah s.w.t telahmemberi kemenangan kepada tentera islam di dalam peperangan tersebut.Di sini jelaslah bahawa iblis adalah pembohong dan pemungkir janji.

6-“menghasut”(Nazgh)

Dalam kamus menyatakan bahawa “Nazgh” ialah mencerca atau menfitnah.Ia juga membawa makna menghasut, membujuk dan membisik(percakapan hatiyang tiada manfaat dan kebaikan). Sifat-sifat ini merupakan sifat iblislaknatullah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Setelah Syaitan merosakkan(hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: ayat 100)

7-“Menjauhkan dan mengakhirkan”(al-Khanas)

Firman Allah yang bermaksud;
(Aku bermohon dengan Allah) daripada kejahatan bisikan syaitan al-Khannas”(Surah al-Nas: ayat 4)

8-“Memperdaya”(al-Gharur)

Kamus ada menyatakan bahawa tipudaya syaitan membawa maksud menipu, menggoda dan membujuk. Firman Allah s.w.t;
maka janganlahkamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamuterpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)

9-“Tipudaya”(al-Kayd)

Ia membawa maksud tipu dan jahat seperti melakukan pembohongan dan membuat helah. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud;
maka perangilah penolong-penolong syaitan (kerana) sesungguhnya tipudaya syaitan adalah lemah”(Surah al-Nisa’: ayat 76)

10-“Memukul dengan kuat(merasuk) dan menyentuh(menggilakan)-(al-Khabt dan al-Mass)

Ia bermaksud menyentuh manusia dan menyakitinya(merasuk). Allahs.w.t menyifatkan pemakan riba seperti orang yang dirasuk syaitanapabila bangkit dari kubur. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Pemakan-pemakan riba itu tidaklah mereka itu bangkit(dari kubur) melainkan seperti bangkitnya orang-orang yang dirasuk syaitan”(Surah al-Baqarah: ayat 275)

11-“Sihir dengan meniup(al-Nafth)

Firman Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;
(Aku berlindung dengan Allah) daripada tukang-tukang sihir yang meniup pada ikatan-ikatan”(Surah al-Falaq: ayat 4)
Dalam satu doa yang ma’thur diajar kepada kita membaca doa ini yang bermaksud;
“Ya Allah…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan, tiupan dan ludahannya”

12-“Syaitan laki-laki dan perempuan”(al-Khubth dan al-Khabaaith)

Dalam kamus menjelaskan jahat(al-Khubth) lawannya baik(al-Toyyib). Satu doa yang ma’thur mengajar kita membacanya ketika memasuki tempat buang air(kecil ataupun besar) iaitu yang bermaksud;
Aku berlindung dengan Engkau ya Allah…dari kejahatan syaitan betina dan jantan
Disifatkan dengan yang demikian kerana syaitan mengintai untuk memudaratkan manusia di tempat-tempat yang kotor.

13-“Menggoda”(al-Hamz)

Nabi s.a.w menjelaskan bahawa makna godaan syaitan dengan kematianiaitu menggoda manusia sehingga menjadi gila kerana terhasil daripadagodaannnya. Dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud;
Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)
Maknanya Aku berlindung dengan Engkau daripada bisikan syaitan dangodaannya daripada mengingati Allah s.w.t. Dalam suatu hadismenceritakan bahawa rasulullah s.a.w memohon perlindungan dengan Allahs.w.t daripada godaan syaitan, fitnah dan bisikannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:36 AM | Show all posts
org mukmin itu bersaudara...

tak bersaudara tu kawan setan la ek...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:02 PM | Show all posts
cukup la saudara mara & org sekeliling yg ada.
blom tentu kalo ditambah akan memudahkan/menyenangkan kt Akhirat nanti,kt dunia pun dh menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:05 PM | Show all posts
beramal skit2 pun dh cukup,asalkan berterusan
tamak dgn amal blom tentu diterima.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:08 PM | Show all posts
nak buat baik pada org pun tak payah pada ramai2,
mulakan dgn org tua sendiri,sedara mara & yg dekat jer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:15 PM | Show all posts
ye btol
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 04:37 PM | Show all posts
syaitan mmg nak cari kwn2 yg sama dgn dia utk stay kt dlm neraka.
kita kenalah utk kenal sekutu2 syaitan yg direjam.
tahniah la utk syaitan2 dh dpt byk sekutu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:11 AM | Show all posts
Ada juga terdapat dalam hadis bahawa setan itu punca penyakit...antaranya seperti hidung tersumbat waktu tidor tengah malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2008 08:45 AM | Show all posts

Reply #12 green7's post

astagafirullah... itu antara dia dgn tuhan.. tidak salah tamak dgn amal daripada tamak dgn urusan dunia yg hanya SEMENTARA...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 7-11-2008 12:11 AM
Ada juga terdapat dalam hadis bahawa setan itu punca penyakit...antaranya seperti hidung tersumbat waktu tidor tengah malam.


hah btol ke??aku slalu kene camni..kdg2 jadi selsema trok..lagi apa lg penyakit yg berpunca dari syaitan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 11:02 AM | Show all posts

Balas #18 menatang\ catat

sakit hati, busuk hati, dengki, maki hamun, kutuk mengutuk, perli memperli, bunuh, bergaduh, bertekak, perasan bagus, masuk bakul angkat sendiri, macam bagus jer, bercakap macam profesor serba tahu dan macam serba boleh, tak boleh tengok orang senang, mengumpat, fitnah .....   banyak lagik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2008 02:50 PM | Show all posts
dia mencari lobang2 kelemahan setiap manusia.. sebab itulah ada yg takut ketinggalan zaman so dia ikut rentak modern masa ini lah seperti minum arak, hisap ganja, pigi clubbing, cari kekayaan dunia hingga lupakan ugama dan banyak lagilah.. tidak mustahillah banyak rancangan2 tv yg boleh menghasut kita kealam yg tidak bermoral atau menjatuhkan akhlak seseorang jikalau kita tidak mempunyai pengetahuan agama yang kukuh... more like hati yang tidak kuat dgn ajaran agama... so banyakkan lah membaca buku-buku islam untuk keselamatan kita didunia dan juga akhirat.. tidak rugi i tell you...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.095550 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list