|
Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo
08 Oktober, 2008 11:28 AM
Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo
DIJAMIN HALAL... Syed Abdullah menunjukkan bebola ikan yang dikeluarkan syarikatnya di Batu Caves baru-baru ini. Dengan dua rakan kongsi, 40 pekerja dan sebuah cawangan di Subang, syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari. Foto: BernamaOleh Rohana Mustaffa
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Sabtu itu kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd dibuka seperti biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa pekerja sibuk membungkus pelbagai jenis bahan pramasak untuk hidangan yong tau foo, campuran makanan laut dan tauhu, dalam kuantiti yang banyak.
Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.
Dalam masa yang sama beberapa pelanggan Melayu sibuk membeli bahan yong tau foo pilihan mereka. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Cuma yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.
Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.
MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOO
Kenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.
"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.
"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.
Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.
Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.
"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.
BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI
Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.
Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.
Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya.
"Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.
"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.
Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.
Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.
"Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.
Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.
BERPINDAH KE TEMPAT BARU
Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.
Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.
Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.
Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan.
Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.
STATUS HALAL DIPELIHARA
Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.
Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.
"Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.
SOKONGAN ORANG MELAYU
Ada sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain.
Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter.
"Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.
Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu.
Dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah beliau.
Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama.
Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi.
Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri.
"Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya.
Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri.
Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.
CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRI
Syed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah".
Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban.
Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Ayam Periuk Besar Zaidi Semakin Hampir Ke Arah Francais
Nasi Ayam Periuk Besar Zaidi Semakin Hampir Ke Arah Francais
KULIM, 27 Mei (Bernama) -- Bermula dengan minat mendalam terhadap nasi ayam, kini Mohamed Zaidi Mohamed Nooh, 41, pemilik Restoran Nasi Ayam Periuk Besar (NAPB) bukan sahaja terkenal di Kedah malah berjaya mengujudkan 18 cawangannya di beberapa negeri di Utara dan Selangor.
Cawangan-cawangan yang beroperasi secara separuh francais itu termasuklah enam di Kedah, Pulau Pinang (empat), Perak (lima), Selangor (dua) dan Perlis (satu).
"Cuma sebuah cawangan sahaja yang diusahakan oleh anak lelaki saya Mohd Zainol Hizar, di Kulim manakala yang lainnya pula dijalankan oleh individu yang menggunakan segala perencah resepi nasi ayam yang dibekalkan oleh syarikat (Nasi Ayam Periuk Besar Enterprise)," katanya ketika ditemui di restoran utamanya di Kampung Kepala Titi, Sungai Kob, dekat sini hari ini.
Restoran berukuran 2,000 kaki persegi yang beroperasi sejak 2002 atas nama Nasi Ayam Periok Besar Enterprise terletak di tebing Sungai Kob dan di tepi jalan raya KM16 Jalan Kulim-Mahang, kini mampu membekalkan perencah nasi ayam sebanyak 2.0 tonne sebulan kepada cawangan-cawangannya.
Beliau kini berhasrat meluaskan lagi usahanya ke arah mewujudkan taraf francais nasi ayamnya itu dengan menyasarkan pembinaan sebuah kilang memproses perencah nasi ayam berharga RM1 juta disebuah tapak berhampiran dengan restorannya yang berharga RM180,000.
Katanya kilang itu kelak akan didirikan di atas tapak seluas 0.5 ekar dengan kemudahan pusat penyembelihan dan memproses ayam, peti sejuk beku dan mesin memproses rempah dan perencah nasi ayam yang lebih kemaskini.
"Dengan wujudnya kilang ini kelak, saya berazam mengeluarkan perencah nasi ayam antara 5.0 hingga 6.0 tonne sebulan dan mampu membekalkan kepada lebih 50 lagi cawangan di seluruh Semenanjung"," katanya penuh semangat.
Mohd Zaidi berkata beliau memulakan perniagaan nasi ayam, bihun sup, dan mee kuah ketam sejak 25 tahun lepas dengan menggunakan sebuah kereta sorong roda tiga di Pekan Karangan, dekat sini, yang terletak kira-kira 2.0 kilometer dari lokasi restorannya sekarang ini.
Pada permulaannya, katanya beliau cuma mempu menjual dua ekor ayam sehari yang kemudiannya meningkat sehingga 25 ekor sehari dilokasi pertama itu.
"Sejak 2000, selepas berpindah ke lokasi sekarang, jualannya meningkat hingga 120 ekor ayam dan 90 kilogram nasi sehari dengan bantuan 14 orang pekerja," katanya. Beliau berkerja sebagai pemandu teksi sebelum menceburkan diri dalam bidang itu.
Menu utama yang disediakan restoran tersebut adalah nasi ayam mengikut pilihan pelanggan iaitu sama ada Ayam Madu, Ayam Panggang dan Ayam Dot My selain Ikan Bakar (Mas Merah), Ikan Goreng Dot My dan Puyuh Madu.
Pelanggan utamanya ketika itu ialah pekerja kilang dari Kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP).
Katanya resipi produknya banyak dicipta dan ditambah baik oleh isterinya, Norhiza Abdul Aziz, 40.
Selain itu, Mohd Zaidi berkata turut menyediakan pakej hidangan nasi ayam untuk majlis kenduri kahwin dan keraian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bekas partner aku ada amik franchise dia...bukak kat sec 7,27 n itm shah alam....katanya mmg ok... |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah semakin ramai anak melayu yang berjaya dalam perniagaan...tentunya yang berkat...
boleh dijadikan contoh untuk anak-anak zaman sekarang ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kecacatan Bukan Penghalang Tengku Arman Untuk Berjaya
TEKUN |
|
|
|
|
|
|
|
kena carik kilang Tengku Arman ni..kat mana yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 ann_9027's post
factory dia kat kuala terengganu...butik ada 2 dekat subang jaya.satu kat usj 10,satu lagi kat usj 9 kalau tak silap. |
|
|
|
|
|
|
|
sukanya dgr kejayaan usahawan melayu ni......menambahkan motivasi dalam diriku sendiri........ |
|
|
|
|
|
|
|
ann dah jumpe ke kilang tengku arman ni |
|
|
|
|
|
|
|
-deleted- 2 x posts
[ Last edited by myahakeem at 24-1-2009 04:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dalam bersedia untuk berkorban dalam mengejar kejayaan, Melayu harus memupuk sifat kesabaran yang tinggi. Kejayaan jarang datang dalam sekelip mata. Ramai yang gagal beberapa kali sebelum menikmati kejayaan. Perjuangan besar selalunya memerlukan pengorbanan maksimun yang diiringi kesabaran, keikhlasan dan tawakal kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
saper2 nak tau address factory arman + butik dia nie pm lah aku.sebab dia nie abang sulung ku!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ayen1906's post
Welcome to this board |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jadi menteri usahawan
you all rasa mecd dah buat secukupnya ker...
kenapa kekadang bila pergi mecd, macam program dorang anjurkan..
dan kadang2 balik2 muka tu jer yg participate..
kadang2 bila citer dgn kekawang, dorang pun tktau ada program seperti itu diujudkan..
kenapa yer?
kalau u all jadi menteri, apa u all akan buat utk perkukuhkan ekonomi bangsa melayu melalui keusahawanan?
p.s. cehhh... macamlah pegawai2 mecd nak baca forum ni kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
tiba2 ada idea, minta mecd beli bangunan khas komersil dan tempatkan seberapa banyak usahawan di dalamnya. bagi usahawan baru, bagi free sewa tapak niaga dan caj berdasarkan komisen jualan setiap bulan contoh 5% jualan keseluruhan bulanan/tahunan. bagi yang telah berniaga lebih satu tahun kenakan sewa rendah untuk tahun kedua. tahun ketiga sewa penuh ikut pasaran. Bagi usahawan cemerlang selepas tahun ketiga, minta mereka cari tapak baru di bangunan komersil lain untuk memberi peluang usahawan lain menggunakan premis terbabit. kira macam akademi praktikal usahawan la.
tapi bangunan tu komersil yang betul2 komersil la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 usahaone's post
Maksud kau service office/virtual office?
Bagi sewa pada kadar RM50 untuk satu cube muat 1 meja bentuk L. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 usahaone's post
yg nie rasanyer diorg dah wat kot cth mcm medan mara.. tp lokasinyer amatlah menyedihkan.. mcm tak strategik je.. walaupun sewa murah tp sale takkde pun tak guna jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh terbaik ialah THE NOMAD
meh aku cerita strategi one of my distributor from Singapore. Ada lah satu barang ni aku order direct from USA tetapi mat salleh Yahudi tu tak mahu jual direct dan insist aku supaya call Cina totok kat Singap0rk yang merupakan distributor :@
Cina tu cuma sewa service office yang fully furnished. Satu office ada 2-3 orang sahaja. tak ramai. Memang itu cara orang Cina Singapore buat kerja as distributor. Barang tu mahal dalam RM30K sekotak dan setiap hari adalah dalam sedozen delivery untuk diforward ke negara lain seperti Malaysia, Thailand dan Filipina. Cina itu cuma jaga payment TT melalui Internet banking, customer service via his Blackberry, penghantaran semua courier/forwerder yang uruskan cuma kena tracking via website or via WAP browser.
Aku SEDIH sebab di Malaysia takda sesiapa NAK AJAR MELAYU buat kerja macam nih...... orang Melayu tak nampak, tak tahu sistemnya. Orang Melayu setakat raja sms, nak beli sebijik Blackberry pon kedekut. Nak beli laptop yang siap dengan maxis/Celcom Mobile Broadband pon kedekut. Macam mana nak keluar daripada takuk lama kalau takda Blackberry? Barack Obama pon pakai Blackberry even he is the US President. Malay should go International, direct tanpa melalui orang Cina. Sekali lagi aku petik nama Encik Sinar dan Farid Dali (dah 2 kali puji diorang pagi nih) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|