|
Assalamu'alaikum kawan2...
saya ingin bertanya tentang fatwa pengharaman merokok. memang dah keluar ker? saya terbaca artikel ini :
http://www.harakahdaily.net/inde ... 13856&Itemid=56
dia kata fatwa pengharaman rokok dah dikeluarkan sejak tahun 1995 lagi...
any infos? |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr2 mcm tu lah... tp nape kerajaan xnak haramkan rokok?
Nk haramkan, buat la... tp i still cari okok smpi ke lobang cacing |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 comotcibot\ catat
lohhh. bukan cari salah/dosa..
saya nak tahu tentang fatwa pengharaman rokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
rokok ni bagi aku memang x elok dan aku juga adalah seorang perokok sebenarnye...
aku malu ngan diri aku ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 BeachBoys\ catat
same... bg aku rokok ni buat aku trus idup yang penuh ngan pancaroba...
malunye
mari kita tutup muka kita OrgLaut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 gunblade712's post
tapi pandangan orang agama kita tak boleh pertikaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 din_atos's post
aku dah cover dah ngan kain......... |
|
|
|
|
|
|
|
Merokok Haram -Fatwa Yang Terus Dilupakan
Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan 揂maran Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan Kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah kematian yang dianggarkan ini hampir menyamai jumlah kematian orang awam dalam Perang Dunia Pertama.
Bahaya merokok bukan hanya membabitkan negara-negara Barat sahaja, malah kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara membangun, termasuk di Malaysia. Kesedaran tentang bahaya merokok semakin meningkat di Barat sehingga menyebabkan peratusan perokok semakin menurun. Namun sebaliknya berlaku di Malaysia, peratusan perokok semakin meningkat akibat kurangnya kesedaran dan kempen-kempen anti merokok.
Selain itu, ajaran Islam secara jelas mengharamkan manusia daripada memusnahkan diri sendiri atau orang lain. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan urat saraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjamin keselamatan jasmani, akal dan rohani kita.
Firman Allah s.w.t. 揂llah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 sixret's post
bos saya chinese kuat tul mrokok dalam bilik dia pastu dia boleh tanya mgapa pokok dlm bilik dia mcm nk mati daun jadi kuning2. x siram kaa? dia xtahu pokok dia sbnarnya dah kena kanser.... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg tahu merokok ni hukumnya haram ttpi masih ramai yg buat tak tahu akibat ketagihan rokok..
mak bapak dari awal2 lagi kna ajar dan bgtau anak2 mereka bhwa merokok adalah haram. kalo mak bapak mereka pun hisap rokok, susah lah..
nak seribu daya, taknak seribu dalih.. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf; mungkin aku tak dpt nak jwb kemuskelan tuan rumah, tp ingin dikongsikan gak, kat brunei, rokok pun mmg di haramkan mengikut fatwa mufti NBD...
err.. mmg ramai yg mempertikaikan tentang fatwa rokok ni haram, sbb depa kata, nabi kita tak cakap pun..
tp kita fahami secara mendalam tentang efek yg disebabkan oleh rokok ni kan..
walau apa pon , aku nak kongsi gak dgn khutbah jumaat mengenai rokok nih..
Kategori : jumaat (19-Aug-2005)
14hb Rejab 1426
ROKOK
MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Agama Islam sangat menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan umatnya, tepat dengan makna Islam iaitu agama selamat. Oleh yang demikian, agama Islam tidak mahu umatnya terdedah kepada kecelakaan dan kebinasaan. Di antara perkara yang boleh memudaratkan dan membinasakan manusia sebagaimana penyelidikan dan kajian pakar-pakar perubatan ialah amalan merokok.
Ke arah menyedarkan masyarakat tentang kesan dan bahaya merokok ini telah banyak kali diperdengarkan dan dipaparkan melalui buku-buku, media-media massa, ceramah-ceramah bahkan juga melalui khutbah di masjid-masjid secara berulang kali. Tetapi sejauh manakah penerimaan dan penghayatannya terhadap saranan dan nasihat berkenaan?Apa yang pasti masih juga kelihatan orang merokok di sana sini, bahkan juga di tempat-tempat larangan merokok pun orang masih merokok tanpa mempedulikan orang yang berdekatan dengan mereka, walaupun meyedari perbuatan yang mereka lakukan memudarat dan membahayakan orang lain.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 93 tafsirnya:
"Dan siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat serta menyediakan baginya seksa azab yang besar".
Allah Subhanahu Wataala memerintahkan khususnya umat Islam supaya tolong-menolong ke arah kebaikan, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bukan membiarkan. Maka dalam hal ini sepatutnya orang yang ditegur dan dinasihati berterima kasih kerana masih disayangi oleh masyarakat, sahabat handai, sanak saudara dan keluarga. Kita perlu ingat bahawa kita makhluk dan milik Allah Subhanahu Wataala yang diikat dengan peraturan dan hukum Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 tafsirnya:
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".
Kita juga perlu sedar bahawa hidup dan kesihatan adalah kurnia dan nikmat dari Allah Subhanahu Wataala yang sepatutnya disyukuri dan dipelihara serta dihargai bukan dirosakkan. Merokok memang tidak membunuh secara serta- merta tetapi memudaratkan kerana ia mengandungi berbagai-bagai racun.
Perbuatan membunuh diri tidak ada bezanya dilakukan cepat ataupun perlahan-perlahan kerana yang pasti natijahnya ialah kematian yang dilakukan oleh perbuatan diri sendiri, kedua-dua perbuatan ini diharamkan oleh Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisaa' ayat 29 tafsirnya:
"Dan janganlah berbunuh-bunuhan sesama kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu".
Kadang-kadang ada orang beralasan: "Bapa saudara saya meninggal disebabkan kanser tetapi tidak pernah merokok". Ada pula yang berkata: "Nenek saya merokok tetapi masih sihat hingga ke hari ini".
Harus diingat kanser itu bermacam-macam jenis dan adalah diakui bukanlah semuanya disebabkan merokok, tetapi berdasarkan kajian dan penemuan pakar-pakar perubatan menyatakan bahawa yang pasti kebanyakan berpunca daripada tabiat merokok di mana sembilan daripada sepuluh orang yang menghidap kanser paru-paru adalah perokok atau bekas perokok. Maka ini amat jelas dan membuktikan rokok itu memudaratkan dan membahayakan.
Ada orang beralasan bahawa rokok boleh memberi semangat melakukan sesuatu pekerjaan dan boleh membantu menumpukan perhatian, tetapi apakah sebabnya boleh berlaku demikian? Sebenarnya inilah dia kesan narkotin dalam rokok yang meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah yang lambat-laun akan mendatangkan kemudaratan. Bahkan merokok juga menyekat bekalan oksigen ke otak dan meningkatkan tahap karbon monoksida dalam darah.
Adalah tidak dapat dinafikan dan kita hendaklah akur terhadap hasil kajian dan penemuan pakar-pakar dalam bidang berkenaan yang menyatakan merokok memudarat dan menjejaskan kesihatan, dan kita sendiri mengetahui bahawa merokok merupakan pembaziran wang kepada sesuatu yang tidak bermanfaat. Agama Islam melarang perbuatan membazir, apatah lagi jika ternyata wang tersebut diperlukan oleh diri sendiri dan keluarga. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 26 - 27 tafsirnya:
"Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya".
Menurut Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam buku yang bertajuk 'Rokok dan Merokok' ada menjelaskan seperti berikut: "Islam sebagai agama sejahtera, agama yang sangat menghargai nyawa dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan bagi beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala, telah menyediakan kawalan-kawalan yang boleh menjamin dan memelihara semua itu melalui hukum halal haramnya. Ia telah menetapkan satu kaedah menolak mudarat. Jika suatu benda itu nyata mendatangkan mudarat, kerosakan dan kebinasaan, maka memakan termasuk menghisapnya dihukumkan haram".
Menurut fatwanya lagi, hukum merokok adalah seperti juga hukum benda-benda yang memabukkan dan mengkhayalkan berdasarkan nas dan kias, benda-benda yang memabukkan, mengkhayalkan dan merosakkan akal adalah diharamkan dengan dalil daripada nas dan ijmak. Maka demikian pula dengan merokok, hukumnya juga berdasarkan nas-nas syarak yang umum dengan kias dan berdasarkan bahayanya yang lebih besar daripada benda-benda lain yang memabukkan.
Maka berdasarkan pengesahan pakar-pakar bahawa rokok itu membahayakan dan membinasakan serta jelas kepada kita perbuatan merokok itu melakukan pembaziran, maka adalah tidak diragukan lagi bahawa hukum membahayakan dan pembaziran itu adalah haram dari segi hukum syarak.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-'Araaf ayat 157 tafsirnya:
"Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji dan buruk)".
===============
sama2 la kita menjauhkan diri dari perkara yg membinasakan kita...
[ Last edited by reddots at 20-11-2008 09:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 Acong\ catat
pokok kat bilik lain idup subur jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 syazmin_husna's post
pengudaraan elok kot |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kuar fatwa haram pun, ingat org tak hisap kokok jugak ker?
aurat tak jaga (i.e freehair, pakai ketat nampak bontot) yg terang2 haram tu pun org buat..
ini kan pulak kokok..
tapi aku bukan la pengokok okes.. bukan nak backing mereka2 ni..
yer la, muslim skang ni mana yg ramai amik port..
haram tak haram ker, diaorg sapu jer.. janji seronok..
kalo tak kuar fatwa pun, boleh fikirkan sendiri..
benda/perkara yg beri MUDARAT pada badan, kan memang HARAM..
badan ni hanya di beri pinjam oleh Allah.. kita di beri AMANAH untuk jaga badan ni..
dr fadillah kamsah ada bagi ceramah, bertajuk menerobos sempadan diri..
dia citer, orang yg merokok ni, ketika sakaratul maut nanti, SUSAH NAK MENGUCAP !
ni hasil kajian dari saintis2 Islam..
tapi aku yakin, perokok2 tegar ni mana pedulik n tak percaya pun cakap/kajian org lain..
otak diaorg dah penuh dgn racun, tak bole berfikir dgn waras.. hehe
aku bukan nak mengutuk perokok2 ni.. bukan nak memandang hina perokok2 ni...
tapi bila aku tengok2 diaorg ni.. bodohnya la diaorg ni, asap keluar kat hidung mulut macam naga..
da la pengotor, bau busuk, mulut hitam cam gagak, gigi pulak kuning, dapat penyakit, membazir duit..
tah aper yg kool nyer pun aku pong tak tau..
kalo aku jadik PM negara ni, aku ban terus kokok n arak ni..
nak mengokok, nak minum, nak berdangdut.. bole pi ke siam or singapore..
[ Last edited by capiloton at 20-11-2008 01:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Masa time pak aku dulu tok guru tempat dia ngaji pondok kata merokok tu cuma makruh saja daripada pandangan mazhab syafie...itu pun nengok keadaan juga. Ia cuma sama macam makan petai saja sebab mengeluarkan bau mulut yang tak menyenangkan. La ni baru keluar fatwa haram...hukum2 berubah-ubah kot.
Aku pulak cuma merokok gudang garam saja kerana nak membantu orang Indon yang ekonomi mereka agak teruk dan ada juga merokok daun nipah jer...itu pun kira membantu petani2 tempatan yang tanam tembakau ler.
Yang haram ialah merokok keluaran Yahudi seperti Dunhill, B&H, Marlboro dsbnya sebab kira ada masuk saham gak membunuh orang2 Arab di Palestine. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Gravedigger's post
Bang Grave.. ni kalo ada yg baca posting abang ni literally, abg tanggung lah yer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 20-11-2008 10:14 PM
Bang Grave.. ni kalo ada yg baca posting abang ni literally, abg tanggung lah yer
Bagaimana pula pandangan mufti yang mengeluarkan fatwa tersebut? Adakah sama juga dengan pandangan mujtahid iaitu jika betul dapat dua pahala dan jika salah hanya dapat satu pahala?
Melanggar perintah mufti ni cuma jadi satu kesalahan terhadap negara aja kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|