CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7382|Reply: 67

Fenomena Kebesaran Allah Swt di anggap AL ISLAM sebagai fenomena biasa?

[Copy link]
Post time 19-11-2008 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Fenomena tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t di anggap fenomena biasa bagi ajaran AL-ISLAM?

Sememangnya ramai dari kalangan kita tahu bahawa pengarang Al ISLAM, Astora Jabat tidak lagi berkhidmat di dalam majalah AL ISLAM kerana sebab-sebab tertentu yang di ambil tindakan oleh kerajaan.Dan juga kebanyakan dari kita juga tahu bahawa Astora Jabat juga pernah berjanji akan menyumbang artikel di dalam AL ISLAM menurut selera dia dan sesuai dengan ajaran dia sepertimana Iblis yang dilaknat oleh Allah yang di usir dari Syurga tetapi masih lagi berjanji kepada Allah supaya di beri kesempatan untuk menyeret manusia umat nabi adam ke neraka begitulah juga dengan Astora jabat.

Justeru itu, berbalik kpeada AL ISLAM keluaran yang terbaru Disember 2008, di antara artikel yang disiarkan kebesaran Allah atau ........?mengupas lebih lanjut mengenainya, memang bila kita melihat gambar-gambar yang memaparkan tanda-tanda kebesaran Allah seperti kalimah Allah yang tertera di atas badan seekor ikan,  akan wujud 2 persoalan di kalangan orang yang berakal.Iaitu samada gambar itu palsu ataupun gambar itu asli/tulen.
Jika gambar itu palsu, ia bolehlah di fahami gambar itu telah diedited menggunakan perisian yang canggih masakini seperti Adobe Photoshop dan sebagainya.
Tetapi bagaimana pula sekiranya gambar itu asli/tulen?Itulah persoalan yang hendak di bahaskan di dalam AL ISLAM..

menurut pandangan ProfessorDr Normah Mohd Noor dia mengatakan dari sudut saintifik yang mengambil kira faktor dari segi biologi terutamanya yang berlaku kepada buah atau tumbuh-tumbuhan, ia sebenarnya berlaku di sebabkan faktor sekeliling yang mempengaruhi pembentukan sel-sel.

"Di sebabkan sel adalah benda hidup, jadi ia cepat memberi tindak balas terhadap alam sekitar.Contohnya cahaya, kelembapan, kepanasan dan lain-lain.Cuba Kita letakkan pokok-pokok kepada satu arah cahaya.Lama kelamaan pokok itu akan condong ke arah sumber cahaya itu untuk fotosintesis.

"Sama juga kes tomata yang didakwa ada kalimah Allah ini.Mungkin ia terjadi disebabkan masalah kekurangan lembapan pada kulit buah ini akibat perubahan cuaca yang drastik di negara-negara pengeluar tanaman itu.Akibatnya, sel-sel kulit buah akan mengecut atau mengeras bagi mengurangkan pembebasan wap air dari buah ini.Kebetulan buah-buahan seperti tomato, anggur dan oren adalah buah yang memerlukan banyak air.

"Di sebabkan keadaan fleksibel ini maka tidak hairanlah kalau kita dapat lihat macam-macam formasi terbentuk pada kulit tomato dan lain-lain buah yang berkulit lembut.Itulah unikanya tindak balas semula jadi tumbuh-tumbuhan terhadap alam sekeliling", jelasnya.

Itu memang benar.Pengkajian saintifik ke atas fenomena ini akan menerangkan cara-cara yang di sebut tadi.Ibarat ayat Allah di dalam al-Quran yang menerangkan tentang kejadian Nabi Adam A.S.Allah mengatakan Adam A.S itu di jadikan daripada tanah.Dan dengan bantuan sains, memang jelas menunjukkan memang benar setiap unsur yang ada di dalam badan manusia memang menyerupai unsur-unsur yang terdapat di dalam tanah.Seperti karakternya yang tenang, menumbuh, dan dari tanah itu sendiri terdapat unsur-unsur yang di perlukan oleh badan manusia seperti menyuburkan sayur yang mempunyai kasiat untuk manusia.

Jadi , jelaslah di sini bahawa apa-apa yang di terangkan oleh Al-Quran itu hanya mampu di ungkai oleh Sains.Memang jika di bandingkan diri dia seorang professor dan siapa pula diri saya untuk mempersoalkan kajiannya itu.tetapi saya sekali tidak menyokong artikel di dalam buku ini yang mengatakan semuanya kebetulan.Itu adalah ayat orang-orang fasik munafik malah kafir yang telah ditutup hatinya.Bagaimana tergamak AL ISLAM di bawah kerajaan ini boleh berfikiran seperti itu?Nauzubillahiminzalik..

Apa yang saya baca di dalam AL ISLAM, dia cuba mengelirukan masyarakat yang melihat tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi ini sebagai tanda biasa.Golongan ini tidak tahukah hendak di panggil apa bila melihat tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi ini tetapi masih lagi boleh mengatakannya biasa?Aneh

Di dalam al-Quran Allah s.w.t pernah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 190-191, maksudnya."Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi yang silih berganti malam dan siang, terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,(Iaitu) orang yang sentiasa mengingati Allah sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu berkata:Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia..."

Dan Firman Allah lagi , maksudnya, "Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan tenatng kejadian diri mereka.Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan.....(Surah Rom ayat 8)

Lalu Allah menyindir golongan yang tidak percaya ini."apakah kamu tidak mahu berfikir atau menggunakan akal fikiran?"Surah Al-An'am ayat 50.

Lagi ada sebuah ayat al-Quran di dalam surah Fussilat ayat 53 Allah berfiman maksudnya "Kemudian akan kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami dari segenak penjeuru pada  dan pada diri(dalam) mereka sendiri, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran.

Merujuk kepada Buku 100 Keajaban di dunia tulisan Muhammad Miqdad dia menulis di dalam muqadimah

".....kebelakang ini kita dapati berlaku pelbagai peristiwa, kejadian dan perkara pelik serta ajaib yang boleh kita lihat di hadapan mata kita sendiri atau yang disiarkan di dalam media massa tempatan dan luar negara.

Bagi sesetengah pihak, peristiwa, kejadian dan perkara pelik serta ajaib itu tidak memberi apa-apa erti kepada mereka.Sebahagian lainnya, langsung menolak kaitan peristiwa, kejadian dan perkara pelik serta ajaib itu dengan Khaliq(Allah) yang mengjadikan semyanya, sebaliknya di katakan hanya sebagai tabiat alam dan suatu kebetulan sahaja."Pendapat mereka ini sama sekali bertentangan dengan ayat Allah di dalam surat yang disertakan di atas.Jadi, orang jenis apakah kita patut gelar kepada mereka ini?

Malah hadis Nabi s.a.w juga turut menceritakan mengenai fenomena ini:

Melalui hadi yang diriwayatkan oleh Imam Nu'aim bin Hammad dalam kitab "Al Fattan", Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, "Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu melihat perkara-perkara besar dan pelik yang kamu tidak pernah melihat dan perkatakkannya sebelum ini."

"...banyak ingatkan Allah kerana perkara pelik itu berlaku menandakan tanda-tanda awal bahawa kiamat telah dekat akan terjadi."riwayat Al Bazar


"tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara-perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehingga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah di sebut oleh Rasulullah s.a.w dahulunya?" diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Samurah

[ Last edited by  doden at 19-11-2008 06:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2008 05:58 PM | Show all posts
Jadi kita dapati dan temuinya, maka Rasulullah s.a.w nasihatkan agar kita banyak mengingati Allah, kerana perkara pelik itu sebagai salah satu tanda bahawa kiamat telah dekat.Maksud mengingati Allah ialah banyak beramal untuk bekalan Hari Akhirat kelak.

Jadi, jika Astora Jabat dan kunucu-kuncunya yang beragamaIslam masakan sewenang-wenangnya menganggap kebesaran Allah itu adalah biasa?Sudah lah merepek mengatakan azab kubur tidak wujud, tiada kewajipan dalam bertudung/menutup aurat, bangga tidak mengamalkan sunnah nabi Muhammad s.a.w malah sanggup bermati-matian mempertahankannya, Nabi Isa A.S di tuduh wafat seperti manusia biasa dan lain-lain kontroversi yang diciptanya sendiri semata-mata hendak melakakukan AL ISLAM dan juga mempunyai muslihat tertentu untuk menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat Islam di negara ini sepertimana golongan misionari kristian yang mempunyai mision untuk memurtadkan golongan Islam di malaysia begitu jugalah astora jabat dan kuncu-kuncunya tetapi sebaliknya mereka ini berselindung di dalam topeng bercirikan islam yang memeningkan kepalda dan memutar belitkan ayat Allah dan juga hadis nabi s.a.w

Ingat juga sepotong hadis Nabi yang mengatakan umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan hanya 1 golongan yang masuk syurga.Jadi, Astora jabat dan ajarannya ini termasuk dalam golongan mana kalau menolak hadis Rasulullah dan menimbulakan kontroversi dengan ingin membuat pembaharuan di dalam ajaran agama Islam masa kini.

Amatlah sedih jika ada sebahagian dari umat Islam turut terpengaruh dengan ajaran astora jabat masa kini.Melabelkan orang lain sesat padahal diri sendiri tidak mahu di ukur.Mengatakan hadis orang lemah hadis orang ini lemah.Kamu itu siapa astora jabat dan kuncu-kuncu kamu?kamu golongan ahli hadis kah?Pembawa pembaharuan di dalam ajaran Islam sepertimana ada pembaharuan di dalam ajaran Kristian?

Wahai Astora jabat dan pengikut ajaran astora jabat,

ingatlah bahawa apabila terdapat tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi ini, janganlah kamu mengatakannya sebagai biasa.Kerana, dengan melihat tanda-tanda sebegitu akan timbul satu keinsafan di kalangan orang Islam yang fasik, munafik, kafir dan segala macam jenis manusia di muka bumi ini untuk mengetahui bahawa Allah itu Maha Besar.Mereka merasakan kalau dalam AL ISLAM majalah yang diktiraf oleh kerajaan itu adalah fenomena biasa, jadi tidak hairanlah kalau mereka bertambah sombong dengan kebesaran Allah.
Bukannya niat untuk menambahkan lagi keimanan di hati mereka malah membuatkan mereka bertambah kufur kepada Allah.Nauzubillah....

Wahai astora jabat dan pengikut ajaran astora jabat,

Janganlah kamu mendustakan ajaran Allah, kebesaran Allah, menghina sunnah Nabi, menjadi golongan anti-hadis di dalam keadaan kamu sendiri tidak sedar.Adakah kamu di antara 1 golongan yang di sabda oleh Rasulullah akan memasuki syurga itu?Sedangkan ciri-ciri kamu jauh menyimpang daripada ciri-ciri 'al quran dan ahli sunnah wal jamaah'?Ingat wahai saudaraku Astora jabat dan kuncu-kuncunya.Menghukum sesuatu mengikutt kepala sendiri itu haram kamu tahu tak?

Bagaimana orang-orang begini melihat tanda-tanda kebesaran Allah dengan berpesan berhentilah bermimpi.Memang benar, umat Islam di negara di harus menghadapi kenyataan dengan ilmu.Tetapi dengan kamu yang menidakkan tanda-tanda kebesaran Allah dengan firman Allah dan hadis nabi seperti di atas.Kamu ini berada di pihak yang mana sebenarnya..Agaknya golongan ini tidak suka apabila terdapat berita mengenai fenomena ini di satu tempat dan kemudian ramai dari kalangan orang tersebut memeluk islam.Dari segi gayanya seperti orang ini tidak suka rasanya.

Cuba bandingkan ayat ini dengan firman Allah di atas dan fikirkan semula apakah tujuan Allah memberikan tanda kebesarannya

"Masyarakat pelu ingat, Islam tidak tidak terbit daripada tulisan Allah atau apa saja kalimah suci.Ia adalah wahyu yang diturnkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhammad untuk di sampaikan kepada manusia supaya manusia mencapai hidup yang sejahtera."-Prof Madya Muhammad kamil Abdul Majid.

cakap memang pandai dan betul tetapi bila kita dari perspektif mereka melihat sendiri seorang-olah mereka tidak terasa apa melihat kebesaran Allah yang bertujuan untuk manusia menginsafi kejadian mereka dan menyakini mereka bahawa alam ini mempunyai pencipta.Sungguh dashyat orang-orang ini memutar belitkan fakta dan seolah-olah menidakkan kebesarn Allah.

Lihat balik ayatnya

"Kejadian objek yang tertulis dengan kalimah seperti itu hanyalah sesuatu fenomena saja, tidak lebih daripada itu"-Professor Madya Muhammad Kamil Abdul Majid

"Sehubungan itu, objek yang dikatakan mempunyai kalimah suci itu perlulah dilihat sebagai satu fenomena, dan pendekatan yang sesuai untuk mendalaminya adalah melalui kaedah saintifk.Sewajarnya umat Islam dalam menilai sesuatu perlu berubah"-Professor Madya Muhammad Kamil Abdul Majid( ayat yang kedua ini ada yang saya setuju dan ada juga yang saya kurang setuju)

Bandingkan pula kata-kata Muhammad Miqdad di dalam bukunya 100 keajaiaban di dunia di dalam prakata dan juga muqadimmah buku tersebut:

"tujuan buku ini disusun bukanlah kerana sekadar untuk mendapatkan perkara-perkara pelik, aneh dan ajaib sahaja, tetapi ingin mengajak agar para pembaca turut merasakan kebesaran Allah, Tuhan yang menjadikan segala yang pelik, aneh dan ajaib tersebut"

"...namun apapun, tujuan utama ialah untuk menyedarkan para pembaca, terutama orang mukmin, agar sedar dan insaf akan besaran dan keagungan Allah, Tuhan yang menjadi, memilik dan mentadbir alam semesta ini."

"...melalui perkara-perkara pelik dan ajaib yang dipaprkan di dalam buku ini, walalupun sedikit, namun diharapkan akan timbul keinsafan bahawa Allah berkuasa menjadikan segala sesuatu yang Ia kehendaki, walaupun dilihat macam remeh, tetapi kita selaku manusia yang diberi akal, tidak mampu melakukannya sedemikian.."

"...semata-mata untuk memberi kesedaran agar kita merasakan keagungan Allah, Tuhan yang menjadikan segala alam ini."

dan bandingkan pula dengan tulisan Nazmi Sanusi di dalam Al ISLAM keluaran yang sama dengan mengatakan "kononnnya"..

[ Last edited by  doden at 19-11-2008 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 05:58 PM | Show all posts
Itu hanya pandangan saya, maaflah kepada pengikut ajaran Astora jabat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:06 AM | Show all posts
  pelik... tak sape nak amik tindakan pada Al-Islam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 12:23 PM | Show all posts

berapa banyakkah umat islam kini yang berasa takjub melihat kejadian langit & bumi, siang dan malam?

berapa  banyakkah pula yang lebih takjub melihat kejadian kalimah tertera di ikan, tomato dll?


[ Last edited by  bayan_budiman at 20-11-2008 12:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #3 doden's post

Ko x payah mintak maap kat pengikut2 dia!!!dah terang lagi bersuluh atas segala kontroversi ciptaan dia.Kita,Astora jabat & pengikut2nya adalah bertuhankan ALLAH & jika telah kita sama2 ingat mengingati tapi dia x dengar maka kita perangi dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2008 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by bayan_budiman at 20-11-2008 12:23 PM

berapa banyakkah umat islam kini yang berasa takjub melihat kejadian langit & bumi, siang dan malam?

berapa  banyakkah pula yang lebih takjub melihat kejadian kalimah tertera di ikan, tomato dll?


Iya memang benar katamu, golongan yang berasa takjub melihat kejadian langit & bumi, siang dan malam itu sudahpun dijelaskan di dalam al Quran ayat Ali Imran 190-191 sebagai golongan alul albab.Memang sedikit golongan ini berbanding golongan kedua itu.Tetapi tujuan tetap sama iaitu mengagungkan penciptaan Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:23 PM | Show all posts
aku boleh tulis perkataan Allah kat tomato ribu2 kali...
korang kagum tak dgn aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 09:27 PM | Show all posts
orang bukan Islam kagum dgn alam ini lalu membuat kajian2 jauh ke angkasa raya
atau jauh ke dalam perut bumi...

org Islam kagum gak tapi dgn rafal Allah kat tomato...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:58 PM | Show all posts
-----------------------------------------------

[ Last edited by  ussopp at 21-11-2008 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 12:49 AM | Show all posts

Reply #11 ussopp's post

lagipun ...ini merupakan pendapat seseorang dan persepsi dan u know org melihat ssuatu tu  dari pelbagai sudut, bagi saya  that Prof nak huraikan proses kejadian tu [ sama ada betul atau tidak Wallahuallam]

pada kita mmg unique dan bagi saya ia mungkin terjadi seperti yg diterangkan tetapi it's unique meaning napa corak tu...etc etc

fenomena "biasa" lagilah - lagilah tanda kebesaran Allah - pertukran musim  di antara dua hemisfera bumi , gerhana , air pasang surut , Commet Halley ..semua ni tanda juga tapi dalam skala yg besaq,  Lingkaran Planet ZUHAL tu lagilah

tapi macam ni lah- setiap kejadian ALLAh tu ada penerangannya  rasanya  itu yg cuba dizahirkan oleh Prof itu kot......sekiranya dia berkata "sebagai sesuatu yg biasa" bukan [ pada sayalah] bermaksud dia meremehkan tetapi dia lebih menekankan pada faktor faktor saintifik , kaji dan kupas itu pun secara tak langsung satu ilmu ALLAh ditemui jugak , kan?

cuma apa yg kita nak bezakan kat sini  ialah

a) org Islam kena ada rasa ingin tahu  tanya soalan [ selagi tak bertentangan dgn syara'  ] tapi kang i takut jugak sebab ada juga yg kata banyak bertanya  ni tak bagus like ikut satu golongan ni , tapi then golongan 'ni' jadi bagus sebab sifat dan sikap mereka juga , kan?
b)  jgn mudah nak label sesuatu yg  pelik  tu dgn ajaib, atau pun bebenda "khurafat" kot- just / cuba cari  mekanisme dia dulu
c) jadikan budaya  mengkaji sesuatu fenomena tu - maksudnya kalau kita lihat ikan  tu kulitnya tertulis kalimah  ALLAH maka, tugas kita nak cari bagaimana proses tu berlaku

ini macam cari jawpaan bagaiman baby kembar, kembar seiras u know kejadia nmanusia - ini fenomena "biasa ' tapi pada siapa yg beljaq embriologi  YA  RABB....mmg  yg ESA tu MMg AGUNG....maka apa yg  DIA hendak pada kita ialah --- TUNDUK padanya , itu jer kan? tapi ..payah kan?

[ Last edited by  mbhcsf at 21-11-2008 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:14 AM | Show all posts

Balas #12 mbhcsf\ catat

yup, agree with u.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 07:28 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 21-11-2008 12:49 AM
lagipun ...ini merupakan pendapat seseorang dan persepsi dan u know org melihat ssuatu tu  dari pelbagai sudut, bagi saya  that Prof nak huraikan proses kejadian tu [ sama ada betul atau tidak Wa ...


agree with you...

`biasa' yg dimaksudkan itu ialah ia boleh diterangkan mengguna akal/pengetahuan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:26 AM | Show all posts

Reply #14 petola's post

hmm... see.... bebenda ni perlukan konteks  tapikan how fragile semantics is, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 21-11-2008 08:26 AM
hmm... see.... bebenda ni perlukan konteks  tapikan how fragile semantics is, kan?


sebab tu kena sentiasa bersihkan hati dan lapangkan fikiran...
dan timba ilmu banyak2... a journey..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by doden at 20-11-2008 08:40 PM


Iya memang benar katamu, golongan yang berasa takjub melihat kejadian langit & bumi, siang dan malam itu sudahpun dijelaskan di dalam al Quran ayat Ali Imran 190-191 sebagai golongan alul alb ...


penciptaan buah tomato itu sendiri tidak agungkah?
kalau ada tulisan kalimah baru nak dikira penciptaan tu agung?

so penciptaan manusia ini juga tak agungkah berbanding dengan tomato yang ada kalimah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 01:05 PM | Show all posts

alaaaaa......tak acilah lagu ni ..dear

Originally posted by ussopp at 21-11-2008 01:14 AM
yup, agree with u.....


i buat posting tu based on your postings...

awat hang pi edit habih nooo......biaq pi lah , transparent gitu......

pilah paste balik ....
lama tak nampak .....

[ Last edited by  mbhcsf at 21-11-2008 01:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:11 PM | Show all posts

Reply #17 bayan_budiman's post

agung  atau tidak , itu berdasarkan nilai kita , pendapat kita lah , ada setengah manusia kata wow takjibnya ada yg kata lgu ni ,"hm.... cam ner terjadi ek, cuba i tengok  lagu mana dia ni terjadi....hmm..menarik ni .cam ner nak terangkan....." haaa dia pikiaq lagu tu

then dia pikiaq lagi, " oh macam ni ka, wow .....simple jer process tapi kesannya wow , gitu"

so Sdr, apa yg saya nak cakap ialah   golongan macam ni mmg lah dia akan tengok sesuatu kejadian dengan kritikal maksudnya dep acari apa apa penjelasan yg mungkin dulu, tapi tak bermakna depa meremehkan  dan depa pun tak pula katakan teori depa tu betul belaka untuk terangkan fenomena "biasa" ini....

pasal kejadian manusia ni mmg "biasa" - proses ringkas tapi ......nilai ilmiahnya

masya ALLAH.... banyak....

dan ..org boleh tengok dari sudut yg pelbagailah.....

.so org boleh just terlintas kat hatinya " Subhanallahi wabihamdihi "
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:16 PM | Show all posts
pada saya melihat atau mengkaji "ajaib"nya benda tu lebih bermakna sekadar nak kata "Wow, ajaibnya ", kita mengakui jer kalau kita cakap wow  mmg ajaib tapi bila kita dalam sesuatu proses mengkaji , rasanya kita lebih menghayati ....


like apa yg ALLAH Firmankan dalam ayat apa ntah  yg DIAsuruh lihat burung terbang dan DIA  firma bahawa hanya org yg memerhati  saja yg faham keagungan- NYA

so kat situ betapa  ajaibnya  kan burung terbang? kalau nak naik  kapal terbang pun kena guna berapa banyak bahan api / gas kan  tapi cuba lihat struktur pelepah burung, struktur kecil kecil,  struktur bentuk badanya , macama mana dia kibas sayap untuk lift off dan bagaimana ALLAH   manipulasikan / menyepadukan / intergrate  sifat sifat udara tu sendiri , daya saya  alaa yg fizik semua tu semuanya BERSEPADU kan? tak ada konflik , kan?

semuanya nampak smooth and in harmony with one another.



tapi saya tak de pulak  org kata AJAIBNYA burung tu terbang?

tapi yg pentingnya

kita mesti tengok, observe, stand back sikit ...

[ Last edited by  mbhcsf at 21-11-2008 01:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #2 doden's post

sebenarnya kalau nak cakap pasal kagum dgn kebesaran Allah....fenomena kelahiran manusia ke dunia dari perut ibu pun merupakan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t yang terang2 kita nampak dan tak di putar belitkan oleh segala makhluk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.289880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list