View: 13888|Reply: 26
|
asal hajarul aswad (batu hitam)
[Copy link]
|
|
Asal Hajarul Aswad putih
Oleh Idris Musa
| SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. |
SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.
Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.
Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)
Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:
“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”
Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)
Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.
Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.
Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”
Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.
Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.
Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.
Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.
Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.
Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.
Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.
Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.
Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.
Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.
Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.
Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.
aku ada ler jugak baca sirah nabi masa belajar kat sekolah agama petang (kat johor mmg dari dulu ada sekolah agama petang); jadik belajar pasal dua puak gaduh nak letak hajarul aswad ni... last last nabi muhammad saw yg selesaikan perbalahan tuh...(kat artikel pun ada)... mak aku cakap bau batu ni harum sangat.. ada rejeki nak gak aku pi mekah sana.... kawan baik aku si beskotcekelat tu dah pun pi umrah... dah cium hajarul aswad sumer... aku lom ada chance lagi... panjang umoq; duit ada lebey sikit.. 2-3 taon lagi.. leh ler pi!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:
Fussilat [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)
Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nka tahu kenapa harum? Sebab di letak minyak wangi...hehehe. Sama macam batu jamrah...kenapa dah berjuta2 orang melontar jamrah batunya masih tetap banyak? Sebab JKR Arab Saudi ambil balik lepas musim Haji.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
diorang kata batu tu asal dari syurga warnanya putih bersinar tapi jadi hitam pasal dosa orang. bunyinya sungguh mistikal dan dramatik tapi aku tak percayalah. cite rekaan je tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang dia sapu minyak wangi tu mmg betul... tiap2 kali nak masuk waktu sembahyang diorg sapu minyak wangi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adi_iskandar at 7-12-2008 05:16 PM
diorang kata batu tu asal dari syurga warnanya putih bersinar tapi jadi hitam pasal dosa orang. bunyinya sungguh mistikal dan dramatik tapi aku tak percayalah. cite rekaan je tu
kalau cmtu hang caye yg batu nie asal dari syurga?
mistik jugak ker tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
saper tak caya masok neraka dah..abis cita
[ Last edited by baksamakmu at 27-1-2009 01:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 adi_iskandar's post
citer yang pasal jadik itam dari putih tu mmg aku tak penah lak dengar... tapi batu ni dari syurga , yup.. tu aku pernah baca |
|
|
|
|
|
|
|
arwah nenek aku dulu penah ckp... batu tu actually color kebiru-biruan yg jernih.. tak xtau ler kalo info tu xbetul |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Hajarul Aswad
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekahadalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melaluisebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk pertamakalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambarplanet Bumi, di berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di areayang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”
Para astronottelah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalantersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.
Setelahmelakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusatdi kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalahradiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal initerbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebutmasih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasiini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planetBumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antarakutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘ZeroMagnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas diarea tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak samasekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulahsebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebihlama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatangravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, makaseakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius danini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitianlainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua didunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negaraInggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’Bah ) dan pihakmusium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasaldari sistem tata surya kita.
Dalam salah satu sabdanya,Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga,warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlahyang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )
http://lostuniverse.iowoi.com/luar-biasa-f14/misteri-hajarul-aswad-t72.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Tang Hadis dan Hajar Aswad 'dari syurga' tu aje boleh pakai...the rest is bull..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sukarnya mencium hajarul aswad hanya yang terpilih saja dapat menciumnya |
|
|
|
|
|
|
|
13# puteri_rania
Wallahualam...tapi kalau dah tahap berebut2........ |
|
|
|
|
|
|
|
17# zulyusoff
Masalah sket sumber nie...satu, bukan Neil Armstrong sendiri yang bercakap dan kedua, fakta2 yg disebut takde rujukan mane2...contoh pasal British Museum tuh....RK dah cuba search pasal serpihan Hajar Aswad kat British Museum tapi still tak jumpe....tapi RK bagi credit pada org yg post sebab berusaha utk bagi sumber rujukan....TQ! |
|
|
|
|
|
|
|
Para astronottelah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalantersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.
Uhh bukan setakat Bumi aje...semua planet, matahari, bintang galaksi semuanya tergantung...siapa menggantungnya?
Bumi memang keluarkan radiasi...ia dipanggil medan magnet....
Apa yang aku quote kan tu ialah satu cara sofistikated mengatakan "website tu haram tak wujud dan kami saja2 buat cerita camtu jadi nampak real" |
|
|
|
|
|
|
|
19# alphawolf
Mungkin website tuh wujud...mungkin tak...Wallahualam...tapi ape yg penting setiap berita yg diterima perlu diselidik sedalam-dalamnya.....aku tak nak kes Neil Armstrong masuk Islam dan pastuh dinafikan sendiri oleh beliau berulang lagi....buat malu nama Islam ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku, ada 4 batu yang diturunkan dari syurga... tapi yang aku tau hajarul aswad ni je.. yup, batu tu memang asal putih tapi dah bertukar hitam.. mungkin asalnya hajarul abyad.. tapi bertukar jadik hajarul aswad... |
|
|
|
|
|
|
|
14# alphawolf
Hajarul aswad adalah makhluk yg tidak boleh mendtgkan mudarat atau manfaat. Saidina Umar rhu pernah berkata sekiranya beliau tidak melihat Rasulullah saw mencium batu ini, nescaya beliau tidak akan berbuat sedemikian.
Kesimpulan: mencium hajarul aswad hendaklah atas dasar sunnah semata2 bukanlah sebab ia batu suci dr syurga etc. Jgnlah kita sampai memberatkan diri seolah2 ia adalah perkara wajib apabila menunaikan haji di sana. Sekiranya berkemampuan (tanpa perlu bersesak2, bertolak2, berlanggaran sesama berlainan jantina) maka ciumlah atas tuntutan sunnah.
Jika keadaan tidak mengizinkan (terutama wanita), pd me lebih baik ditinggalkan. Yg sedihnya muslimin dan muslimat berebut2 semata2 nak cium batu ni. Perbetulkan niat. Andai kata kita ada rezeki utk ke sana, ciumlah batu ini krn nak melaksanakan sunnah baginda saw.
Biasanya kalau pergi haji, yg "bernasib baik" je dpt cium. Nak cium sgt, pi waktu x padat spt masa buat umrah. Maksud "bernasib baik" ni bukanlah sebab dia insan terpilih atau apa. Tp memang rezeki drNya. Nak cium sgt kalu, pi la awal2 pagi sebelum subuh. Pi buat tahajud dan quamullail sekali
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|