|
Assalamu'alaikum...
Saya pernah mengikuti ceramah seseorang yang mempelajari dan memahami ajaran Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab (yg dikatakan pengasas fahaman "Wahabi"). Beliau juga mempelajari tentang Ibnu Tamiyyah (saya diberitahu oleh seorang graduan UIA bahawa Ibnu Tamiyyah ini sesat).
Ada beberapa buku dan orang yang mengatakan bahawa mereka berdua (Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibnu Tamiyyah) mengatakan bahawa Allah bersemayam di atas Arasy. Dia menjelaskan bahawa Allah bersemayam di atas Arasy dengan cara dia yang tersendiri dan tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa Allah berfirman bahawa Dia bersemayam. Dia mengatakan juga bahawa kita tak patut memikirkan tentang perkara ini kerana para sahabat pon tak fikir pasal mende nih.
Setelah selesai, saya bertanya kepada sheikh yang membuat ceramah itu, apa yang telah dikatakan oleh ke empat-empat Imam besar tentang perkara ini?
Beliau menegaskan bahawa Imam Shafi'e juga menyatakan bahawa Allah bersemayam di atas Arasy.
Adakah ini satu perkara yang benar? Saya ingin mendengar penjelasan yagn lebih mendalam dari kawan2 kat sini yang telah mempelajari kitab2 tulisan dan fatwa2 Imam Syafi'e.
Harap ada yang dapat dan sudi membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-A'raaf [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
At-Taubah [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
Yunus [3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?
Hud [7] Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".
Ar-R'ad [2] Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
Al-Israa' [42] Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).
Taha [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Al-Anbiyaa' [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
Al-Mu'minun [86] Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
Al-Mu'minun [116] Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
Al-Furqaan [59] Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.
An-Naml [26] "Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
As-Sajdah [4] Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
Az-Zumar [75] Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: "Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!"
Ghaffir [7] Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
Ghaffir [15] Dia lah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
Az-Zukhruf [82] Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
Al-Hadiid [4] Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Al-Haaqqah [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
At-Takwiir [19-21] Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy, Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Al-Buruuj [14-16] Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Quran takde lak kata camne Allah dok kat Arasy, cuma kata ada 8 malaikat yg memikulnya di atas malaikat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gunblade712's post
Hud [123] Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
mungkin rahsia nie takde org tau melainkan diriNya saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 Acong\ catat
itu apa yang Sheikh tuh cakap..
bahawa Allah bersemayam di atas 'Arasy, tetapi BAGAIMANA dan KENAPA, kita tak sepatutnya tanya... |
|
|
|
|
|
|
|
yer, kita jgn berfikir tentang zat Allah...menda lain ciptaan Allah, boleh nak dikaji, ttg bagaimana rupa Allah,
di mana Allah bersemayam, bagaimana Allah berfikir...jgn lah kita beria-ia utk menelaahnya. Tak tercapai oleh akal kita yg cetek ni...Sbb Allah bukannya mcm makhluk yg perlu bertempat duduk dan sebagainya... ini boleh mendtgkan gila kalau kita bersungguh benar utk mengkajinya...
wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 ibnur\ catat
bro ibnur, bukan nak berdebat.
tapi sebab sheikh tuh pakai kitabul tauhid karangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab yang dikatakan mengajar pegangan Wahabi, dan jugak dia ambil daripada ajaran Ibnu Taimiyyah yang seingat2 saya kita katakan sebagai sesat..
kalau betul apa yang sheikh itu terangkan kat saya, kenapa ada orang kata mereka (Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibnu Taimiyyah) menentang Ahlul Sunnah?
dan apa betul yang Imam Shafi'e juga mengajar perkara yang sama tentang apa yang saya soalkan itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 gunblade712's post
ibnu taimiyah tu sesat? dr asri kenkadang ada gak refer dari syeikhul islam ibnu taimiyah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 obelisk\ catat
ha'ah, saya ada baca dalam satu buku yang mengatakan bahawa Ahlul Sunnah Wal Jama'ah mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah dan Sheikh Muhammad Abdul Wahab itu sesat.
ada sapa2 yang belajar tentang perkara2 nih tak? I need explanations, not an argument. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 gunblade712's post
hmm boleh tau tajuk buku ahli sunnah wal jamaah tu dan fakta apa yg menyebabkan dia dicop tersesat? sebab setau aku ibnu taimiyah dan anak muridnya ibnu qayyim ni ulama fuqaha yg sangat disanjungi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 obelisk\ catat
ohh, buku tuh bukanlah hebat mana pun..
tajuk dia.. I'tiqad Ahlulsunnah Wal-jama'ah
karangan K.H Sirajuddin Abbas...
dan setahu saya even kat Malaysia nih pon orang cakap mereka nih sesat..
boleh tak orang clarifykan, betul ke Imam Shafi'e sendiri bersetuju dengan penerangan Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan Ibnu Tamiyyah nih.. ? |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
xde sesiapa yang mengetahui bagaimana Allah SWT bersemayam atas ArasyNya. Lagipun, ini bukanlah satu persoalan yang sepatutnya ditanyakan kerana ini sebahagian dari perkara2 ghaib.
5:101 Hai orang2 yg beriman, janganlah kamu menanyakan hal2 yg jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Quran itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan tentang hal2 itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
tetapi satu persoalan yang penting sekali, adakah kita dah melaksanakan syariat agama yg kita anuti ini?
Syahadah, Solat, Puasa, Haji dan Zakat adalah rukun yakni perlaksanaan untuk mengkaffahkan keIslaman seseorang insan, tetapi apakah syariat yakni perintah terulung dari Yang Maha Besar bagi agama anutan kita ini?
Dalam 42:13, syariatnya ialah TEGAKKAN AGAMA (menangkan Islam, dengan harta, diri, darah dan keringat) dan JANGAN BERPECAH BELAH.
Tapi pada hari ini, seseorang yg mengaku 'Islam' hanya melaksanakan rukun tanpa memperinci syariat yang ditetapkan Allah. Malahan 'syariat' yang dilaksanakan mereka hanyalah menegakkan kocek sendiri, parti sendiri, sedara-mara sendiri, mengejar harta benda dan memecah belah sesama umat.
Bersamalah kita tanya pada diri sendiri, kemana hala tuju diakhirat jika syariat Allah yg dipertanggungjawabkan pada SETIAP tubuh dan diri org yg mengaku Islam itu, disia-siakan dan dipandang remeh? Dipandang sepi danditolak tepi. "Ala, aku sembayang, pose zakat semua bayar, nxt year nak pegi haji, cukup lah. Buat pe nak menyusah diri".
"Maka tunggulah jawapan dari TuhanMu" |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 hammam\ catat
jadi sheikh itu cakap perkara yang teramat benarlah, kan?
dan Imam Shafi'e pon memang bersetuju bahawa Allah bersemayam di Arasy dengan cara-Nya yang tersendiri, kan?
kenapa masih ada yang mengatakan bahawa statement begitu adalah sesat dan bercanggah dengan ahlul sunnah waljama'ah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 gunblade712's post
wallahualam. tak tahu la bagaimana caranya Allah SWT bersemayam, coz takde sesiapa pun tahu, dan soalan ini pun tak sepatutnya timbul pasal dluar bidang kita sebagai manusia yg hina.
jika Allah SWT sendiri yg menyatakan perihal sesuatu tentang diriNya didalam Al-Quran, kufurlah sesiapa yangmenidakkan kenyataan tersebut, kerna jika ianya ddalam Al-Quran, maka SETIAP Muslim wajib mengetahuinya.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 hammam\ catat
saya bukanlah mempertikaikan 100% persoalan "bersemayam" ini...
saya cuma ingin tahu, kenapa orang menyatakan bahawa Sheikh Muhammad bin Abd Wahab dan Ibnu Taimiyyah ini sesat kerana mengeluarkan statement yang saya sebut di atas, jika ianya adalah perkara yang benar?
dan kenapa siap ada cakap ini puak "wahabi" dan mereka sesat?
seriously, saya betul2 nak tahu, kerana mereka mengeluarkan statement dan juga mereka sertakan dalil daripada Quran dan juga Hadith. Saya harap dengan bertanya di sini, mungkin ada mereka2 yang mempelajari tentang ajaran Imam Shafi'e dapat memberi sedikit penerangan...
ehh macam confusing pulak statement aku tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
My 2 cents
ini adalah pandangan peribadi..... menurut apa yang pernah dibincangkan dengan tenaga pengajar di UKM. Sebahagian ulama' mmg mendakwa bahawa Ibnu Taimiyyah sebagai sesat kerana 'Syadidnya' beliau dalam menetapkan hukum samada fiqh atau tauhid. Akan tetapi terdapat juga pendapat dan pandangan beliau digunakan pakai dalam penetapan hukum hakam masa kini. timbang瞜an lah... bagi saya bukan taraf saya nak hukum org tu kafir ke tak. dan saya tak juga nak bersandar pada ulama' yang menetapkan tu kerana beliau juga bukan lah dari golongan insan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 gunblade712's post
ada yg kata wahabi sesat... bagi saya terpulang kepada mereka. wahabi ni tak suka kepada ta'wil dan mereka mengambil zahir makna ayat itu sendiri. kerana sebab |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 mejik\ catat
mejik, terima kasih atas penerangan anda.. really appreciate it!
Tapi kan bro, adakah ini bermakna bahawa mereka yang mengikut ajaran Sheikh Muhammad bin Abd Wahab (yg kita kenali sebagai "Wahabi" ) ini tidak tergolong di dalam Ahlul Sunnah Wal Jama'ah? |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents...
bagi menjawap soalan kedua nih... em camni...
setiap golongan ni akan mendakwa bahawa merekalah ahli sunnah wal jamaah. Gol wahabi, syiah, muktazilah, qadariyyah, jabariyyah dan lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|