CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12179|Reply: 65

solat hajat

[Copy link]
Post time 26-3-2009 12:17 AM | Show all posts |Read mode
sesiapa boleh tak tolong bagitahu cara2 nak buat solat hajat secara ringkas..step2nya..

dah google tapi macam banyak versi pening la...lebih2 lagi ilmu agama ludo mmg tak berapa kuat....jadi sapa2 yang sudi nak bantu tolonglah ye... time kacih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 08:35 AM | Show all posts
ok ada beberapa jenis solat hajat ni..yg ringkas ker yg mmg lama

tapi saya selalu amalkan yg mcm ni rakaat pertama saya baca al fatihah n surahtul kursi

rakaat kedua saya baca al fatihah dan al ikhlas 11 kali

sujud akhir sebelum tahiyat akhir saya baca suruh al iklas 11 kali habis tu niat


dan ada beberapa cara agi...tapi di sertakan dgn doa

satu lagi

surah2

al fatihah -ayatul kursi ()1/10)

rakaat kedua al fatihah - al ikhlas (1/10)

sujud akhir baca lailla hailla anta subha na kainni kuntuminal zolimin...
niat apa yg dihajati
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 08:41 AM | Show all posts
solat sunat hajat... yg ringkas... tak ada yg ringkas... apa pun kena buat dua rakaat... niat solat sunat hajat... solat macam biasa... lepas solat doa, minta hajat kita dimakbulkan tuhan... bab2 baca surah, boleh baca surah apa pun... panjang, pendek, sekali, banyak kali, terserah... tak baca surah apa2 lepas fatihah pun boleh...jangan disusah2kan... buat saja mana yg termampu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 02:57 PM | Show all posts

Balas #2 selendangemas\ catat

ni bukan solat taubat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:48 PM | Show all posts

Reply #4 ayu_ludo's post

tk lar...boleh jer buat..sy buat ikut buku lama
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 04:55 PM | Show all posts

Balas #5 selendangemas\ catat

selalu selendang buat ok tak?? maksud sy hajat tu ada tak diperkenankan tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 05:13 PM | Show all posts

Reply #6 zamnie's post

huhuhuk...see..ada orang yang berpikiran macam aku dulu...nak makbul ke tak tu memang susah nak cakap dek..kekadang orang tu doa makan bertahun belum tentu makbul...ada orang sekali sunat hajat terus makbul...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 06:57 PM | Show all posts

Reply #6 zamnie's post

to b frank saya mmg berserah bulat2 doa n hajat ni pada Allah...kalau asyik tgu bila Allah nak makbul mmg susah....so saya just amalkan.......

sbb saya ingt lagi doa kita.....
ada yg di makbulkan sekarang
ada yang Allah akan simpan untuk akhirat
dan mungkin ada Allah rangcangkan yg lebih baik lagi jika tak dimakbulkan

wallahualam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 07:26 PM | Show all posts
hmmm kalau solat hajat....iena buat rakaat pertama surah al-fatihah dan al-kafirun...rakaat kedua surah al-fatihah dan al-ikhlas.....hmmm lepas bagik salam baru sujud semula baca selawat nabi 10 kali...tasbih (subhanallah, walhamdullillah, walaillahaillalah wallahu Akhbar) 10 kali dan doa rabbana athina 10 kali....kemudian hajatkan dalam hati....

hmmm iena akan sentiasa memohon kepadaNya...samaada dia bagik atau tak itu semua ketentuan Dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2009 01:23 AM | Show all posts
bila waktu yang sesuai/afdal untuk buat solat hajat yer...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 08:28 AM | Show all posts

Reply #10 ayu_ludo's post

Tengah malam atau after Solat Maghrib..lihat pada kelapangan..kekadang juga akan buat pada sepertiga malam...lihat pada kekuatan nak buat juga...motivasi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 08:31 AM | Show all posts
solat hajat boleh buat bila2 waktu pun... yg eloknya, tengah2 malam... atau sewaktu hujan lebat... namun tak semestinya pd waktu2 lain tak ampuh... bagitu juga dgn hari, boleh bila2 hari pun... tak semestinya hari Jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 08:58 AM | Show all posts
lepas lewat malam atau time magrib nak ke isyak.......

itu time yg selalu di amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 09:23 AM | Show all posts

ayu_ludo

yang penting niat...bacaan tu terpulang la pd ayu nak baca apa, berapa rakaat....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 09:29 AM | Show all posts
apa beza Solat ikut Imam dgn berjemaah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:16 AM | Show all posts
solat hajat boleh buat sorang2... boleh buat secara berjemaah... kalau berjemaah eloknya semua jemaah tu pasang hajat yg sama... imam mohon doa, kita jemaah aminkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 10:55 PM | Show all posts

Reply #10 ayu_ludo's post

hmm kalau dapat buat ler lepas solat maghrib.....sementara nak menunggu isya'....

macam iena plak.... kalau buat lepas solat maghrib buat sunat taubat kemudian sunat hajat dan ada kesempatan masa lagik mengaji....sampai ler isya'....

hmmm tapi tak ler selalu....dan iena harap dapat dikekalkan hati ini untuk buat selalu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:50 AM | Show all posts
hmmm kalau solat hajat....iena buat rakaat pertama surah al-fatihah dan al-kafirun...rakaat kedua surah al-fatihah dan al-ikhlas.....hmmm lepas bagik salam baru sujud semula baca selawat nabi 10 kali. ...
iena_kindaichi Post at 26-3-2009 07:26 PM


shida buat solat hajat macam ni le. yang ni yang selalu shida buat le. tapi ada banyak cara mengerjakan solat hajat.

shida buat dalam pukul 4 ke atas sebelum pukul 5 pagi. sebelum buat tu shida mandi dulu.

contoh 1
1. rakaat pertama baca al-fatihah & surah al-kafirun 1x
2. rakaat kedua baca al-fatihah & al-ikhlas 1x
3. lepas salam baca surah al-insyirah (alam nasyrah) sebanyak 152 kali

contoh 2
1. rakaat pertama baca al-fatihah & surah al-ikhlas 3x
2. rakaat kedua baca al-fatihah & al-ikhlas 3x
3. lepas salam baca surah al-fatihah sebanyak 7 kali dengan penuh khusyuk dan jaga tertibnya

last 2 weeks shida ada dengar cd syarahan agama. ustaz tu ada berikan tips bagi mereka yang mempunyai hajat.

setengah jam atau sejam sebelum subuh, keluar dari rumah (mana yang duduk landed properties) atau duduk di balkoni (apartment/flat/kondo), baca ayat ke-5 surah al-fatihah "Iyyaaka na抌udu wa iyyaaka nasta抜in" sebanyak 114 kali. kemudian beristighfar dan baca kepala doa dan angkat kepala ke langit dan berdoalah apa yang dihajati.

cara yang kedua, caranya sama tetapi baca surah al-insyirah sebanyak 114 kali.

lagi satu perbanyakkan bacaan surah al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 05:56 AM | Show all posts
salam,
baru ni selak kitab terjumpa satu hadith yg dikatakan sangat lemah..so google this is what i found out..

semoga kesilapan yang lalu diampun allah.

PERTANYAAN:

Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid’ah?

JAWAPAN:

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat hajat adalah hadis dha’if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun banyak bilangannya.

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid’ah kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[1]]

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:

“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu’.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadisnya.”

Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:

1.  Berkata    Abdullah   bin   Ahmad dari   bapanya   (Imam Ahmad)   bahawa   hadis ini termasuk   “Matrukul hadis” orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

2.  Berkata Imam Ibnu   Ma’in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

3.  Berkatra   Imam   Abu   Daud:      Tidak    berguna (istilah bermakna lemah/perawi lemah).

4.  Berkata   Imam   Nasaii:     Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis.

5.  Berkata Imam Abu Hatim:   Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.

6.  Berkata Imam al-Hakim:   la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

7.  Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).

8.  Berkata Imam Bukhari:   Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [[2]]

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid’ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan melemahkannya ialah:

   1. Imam al-Hakim.  Lihat Al-Mustadrak 1/320.
   2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
   3. Imam lbn Majah.  Lihat Hadis no. 1348.
   4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
   5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.

Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah” yang dianggap oleh beliau hadis tersebut sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [[3]]   Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.

Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 – 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [[4]]

Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudah-mudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid’ah yang tercela iaitu bid’ah dhalalah.
[1] Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.

[2] Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.

[3] Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.

[4] Lihat Tamamul Minnah. Hlm. 260.


keterangan lanjut kenapa hadith tu lemah, perawi mana yang lemah tgk youtube ni, dari ust rasul b dahari ada 7 bahagian


http://www.youtube. com/watch? v=b5eFQnUioVY
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 08:48 AM | Show all posts
Ustaz Rasul Dahri ni yang memegang pendapat tidak boleh beramal dengan hadith dhaif/lemah.  In i juga adalah pendapat Sheikh Albani, Ben Baz dan beberapa sheikh-sheikh yang dilebel wahabi.

Tetapi, terdapat dua lagi pendapat kebanyakan ulamak iaitu
1.  boleh beramal dengan hadith lemah dalam bab hukum dan fadhail bagi hadith yang tidak keterlaluan dhaif.

2.  Boleh beramal dengan hadith dhaif dalam bab fadhail, targhib dan tarhib.  Tidak boleh dalam hukum.

Semasa zaman Imam Ahmad hanya terdapat 2 kategori hadith iaitu sahih dan dhaif.  Hadith dhaif ada 2 jenis iaitu yang keterlaluan dan tidak keterlaluan.

Kemudian, zaman Imam tarmizi kategori hadith terbahagi 3 iaitu sahih, hassan dan dhaif.

Sekiranya Imam Ahmad kata dhaif, mungkin Imam tarmizi (termasuk Albani) kata hassan.

Kesimpulannya, sebelum kita taqlid kepada pendapat-pendapat yang menghukum bid'ah, eloklah kita nilai dulu hadith berkenaan samada ia dhaif keterlaluan atau tidak.  Kemudian lihat juga siapa yang mengeluarkan pendapat berkenaan.  Kalau kita rasa pendapatnya itu lah yang rajih, terpulanglah kalau nak ikut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.082886 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list