CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3021|Reply: 23

Dan sebenarnya...

[Copy link]
Post time 17-4-2009 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Lanjutan dari perbincangan hangat di FD, myself nak mintak penjelasan serta dalil2 di sini.

Ni bukan masalah baru....dan berzaman, tapi mungkin elok kalu ada yang boleh bagi maklumat yang sahih, tidak prejudiced dan ikhlas.

Soalannya:

Sebenarnya, sebenar-benarnya, dalam rumahtangga mengikut Islam, tugas2 mengurus rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh etc etc etc tu kan, tanggungjawab suami atau isteri.

Sebab bila saya google, hasil yang saya dapat pelbagai.

Ada yang kata tanggungjawab isteri hanya berhias & melayan suami, kerja2 rumah tu semua tugas suami di mana kalau dia tak sanggup nak buat dia kena gajikan orang buat.

Ada laman web yang kata sebaliknya, dengan memetik kisah di mana Rasulullah SAW menyuruh Fatimah RA menguruskan hal2 di dalam rumah sementara Ali KA membuat kerja2 di luar.

Pendapat peribadi saya, isu ini bukanlah besar, sebab dalam rumahtangga kena ada tolak ansur, jadi mungkin tugas2 tu boleh dikongsi. Terutama jika isteri turut bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

Sila beri penjelasan, esp yang arif. TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 11:20 AM | Show all posts
hmmm..........mengikut pengalaman saya masa pegi kursus kawen......
ustaz tu ckp, tugas isteri (lebih kurang la ek) ialah melayan suami, melahirkan anak.... lain2, tu tugas suami!! masak, kemas rumah, etc
tapi, tak kesah la tugas sapa....yg penting kita nak rumahtangga kita bahagia dan berkekalan sampai ke mati.....right?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:43 AM | Show all posts
kerja rumah memang tidak pernah selesai...

budaya melayu memang meletakkan kerja rumah di bahu isteri, kerana zaman dulu2, orang lelaki eluar mencari rezeki, dan orang perempuan kerjanya menguruskan rumah.

saya terbaca satu artikel yg mengatakan... kerja rumah bukanlah hak mutlak seorang isteri atau suami atau anak2... tetapi mereka yg tinggal dalam rumah tersebut, maknanya, kalau tukar bulb lampu, suami menghadapi masalah nak panjat kerusi ker apa ker, isteri atau anak2 galaslah kerja tu..

bagi suami, yang meletakkan tugas2 kerja rumah dibahu isterinya, atau ibunya, atau adik2 perempuannya JIKA MAMPU sediakanlah pembantu untuk membantu mereka, jika TIDAK MAMPU, bantulah mereka dengan kudrat anda.

bagi isteri, jika suami TIDAK MAMPU menyediakan pembantu rumah, janganlah menbebankan suami. dan buatlah kerja rumah dengan seikhlasnya kerana itu adalah satu ibadah.

anyway.. cuba pegang benda ni - SAMA SAMA KERJA, SAMA SAMA BALIK, SAMA SAMA PENAT, SAMA SAMA BUAT KERJA RUMAH...

kot ye pun, yang lelaki, kalau tak de isteri, pun kena buat air, basuh baju sendiri segalanya kan..

dan yang perempuan, kalau tak de suami, pun kena bayar bil, basuh keter segalanya juga kan...

dan didiklah anak2 lelaki kita supaya mereka menjadi lelaki budiman yang boleh membantu kaum hawa melakukan kerja2 rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:50 AM | Show all posts
dan lagi satu..

tanggungjawab isteri... mengembirakan hati suami, selain dari berhias dan melayan suami, melakukan kerja rumah dgn ikhlas utk suami pun tergolong dalam "mengembirakan hati suami"

tapi kalau buat kerja rumah membebel dan tidak ikhlas, tinggalkan jer kerja rumah tu krn nanti dapat dosa "melukakan hati suami"

takper lah, kekadang suami2 pun terlepas pandang, perkara2 yang "mengembirakan hari isteri" seperti

1. melayan makan minum isteri ketika isteri sakit,
2. memasak (beli lauk) untuk anak2,
3. menghantar baju ke dobi untuk digosok,
4. menyapu rumah atau mengupah orang datang kerumah utk bersihkan rumah
5. sama2 ke dapur sediakan minum jika tetamu atau ahli keluarga suami datang kerumah termasuk membersihkan meja dan membasuh pinggan mangkuk tersebut
6. menelefon rumah, ingatkan anak2 untuk angkat baju bila cuaca di pejabat mula mendung
7. pegi pasar, atau kedai, dan mengalami sindrom "duit pasar" tak pernah cukup...

dan anda akan tau kenapa ramai isteri suka membebel...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:09 PM | Show all posts
hhehheeheheh hhehehehehehehehehe sorry

macam KEY PERFORMANCE INDEX pulak yer dear

under tajuk

tugas tugas hakiki
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:12 PM | Show all posts
salam,

memang ada bermacam2 pandangan. Asasnya, tugas wajib isteri adalah melayan suami dan mendidik anak2.

Tanggungjawab suami secara lahiriah untuk keluarga;
- Menyediakan tempat tinggal
- Menyediakan makanan, pakaian
- Menyediakan pengangkutan
- membiayai kos perubatan (fatwa zaman sekarang)

- kerja2 umah ini sebenarnya dibawah tanggungan suami. Tapi oleh kerana kebiasaan masyarakat dunia pun dok standardkan isteri yang kena buat semua tuh, banyaklah keliru kat part nih. Namun begitu, setiap keringat isteri yang melakukan kerja-kerja rumah seperti masak, basuh dll - dijanjikan pahala yang sungguh banyak dan berganda-ganda kepada mereka.

- Isteri yang dari keciknya memang ada pmbantu rumah, maka suami pun harus menyediakan pembantu rumah

Ustaz kat tempat saya pun confirmkan, keja2 umah tuh dibawah tanggungjawab si suami. Ustaz tuh pun minta para hasben appreciate lah isteri masing2 yang dah bantu jalankan tanggungjawab para suami. sambung ustaz tuh "Cuba para suami ambil alih semua keje umah termasuk bangun malam buat susu kat anak utk 24jam... tak lama sehari semalam saja. Pengsan kita sedaraa.. tak boleh terus pegi keja." (maaf kepada ustaz kalau ada tersilap quote)

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 12:24 PM | Show all posts

Reply #6 mom2003's post

that 's what in social scientist called  gender stereotype....social construct......society dictates what a lady ( female)  or a male  entities should behave and their roles
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 01:35 PM | Show all posts
Syida, dalam marriage pon mesti ada KPI sume tuh.

Thanks, all yang bagi input!

Ada tak saudara2 kat sini yang ada pendapat sebaliknya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 01:51 PM | Show all posts
FD tuh short untuk apa yaa..
sori, memang tak tau tapi nak tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by mom2003 at 17-4-2009 13:51
FD tuh short untuk apa yaa..
sori, memang tak tau tapi nak tau..


Family Discussion.

perbincangan keluarga.

Hangat!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 03:02 PM | Show all posts
kalau dok tak tau tanggungjawab siapa...  maknanya belum cukup masa untuk kawen.  karang bergadoh pulak laki bini, dua-dua dok balah siapa punya kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 03:05 PM | Show all posts

Reply #11 ibnur's post

dorang kene gi kursus kawen dulu.........nanti ustaz cakap apa tanggungjawab masing2... baru tak gaduh2....... sebab kalo ustaz cakap, semua dengar dan takde bantahan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 17-4-2009 14:16


Family Discussion.

perbincangan keluarga.

Hangat!


salam,

tq. baru berkenalan dgn thread nih.. baru jengah skjap.. rasa tak berani laks nak mencelah..
topic semua memang BIG.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 03:54 PM | Show all posts

Balas #12 kinki\ catat

salam,

Alhamdulillah kalo masih mo dengar ustaz (guru mursyid).. risau tuh, bila dengar skit lepas tuh adjust skit ikut 'kemahuan' masing-masing. sokong ibnur, kena tau dan faham tugas masing2... lepas tuh usaha utk mendalami, bkan setakat mukasurat 1. Penjelasan bab ini memang panjang berjela-jela, tak muat kat sini. (mom masih belajar gak )

[ Last edited by  mom2003 at 17-4-2009 15:57 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:39 PM | Show all posts

Reply #14 mom2003's post

my personal opinion la kan......kalau suami mencari rezeki dan nafkah, isteri di rumah menjaga anak-anak, atau isteri bekerja.....kinki rasa, makan pakai suami, tetap tugas isteri... itu dikira melayan suami la kan? kerja2 rumah tu, rasanya isteri yang lebih byk dan  lebih sesuai buat.... kalau suami nak tolong, lagi bagus...lagipun keluarga terbentuk dengan suami dan isteri serta anak2, iaitu ibu dan bapa....ini dah tanggungjawab bersama.... kalo nak buat sorang2, tak jadi la institusi kekeluargaan tu..........baek hidup membujang jer.....sedangkan katil, bantal dan selimut pon kita share.......
takkan bab2 lain kita x boleh share and helping out? sharing is caring....caring is loving

wAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:38 AM | Show all posts

hmm...i guess

marriage is all about sharing and you work things out and also negotiating the workload.
sebabnya, hukum dah tertera dan penting untuk panduan dan di mana semua yg nakkahwin ni perlu faham the what i called as "TUGAS HAKIKI"  memasing. Sebab tu the black and white is important.  

Sebab tu jugaklah for me marriage is not a play thing. It's a matter of two mature adult commit themselves together in making it work. yang penting ialah understanding and tahu  nak tolong menolong.

Satu lagi juga kena aware bila kahwin ni dua kepala ni akan bawa semua nilai , values yg depa telah terdidik dgn dalam keluarga depa tu so  this is when hehehe funny things  may occur.
sebab ada family yg mak bapak dia working parents dok makan nasi kandaq ja, abah and mama tak lah fussy sangat over things and tengok juga macam mana abah and mama depa layan each other. ada family  yg mana mama tu mmmg traditionally like mother you know jaga mkn minum etc etc , hardly seen the mommy baca surat khabar or what ,so katakanlah si suami tu from this background menikah dgn a lady from the other background ...well there 's some degree of expectation jugaklah , kan? heehh tapi the lafy must know lah common sense takkan tak be civilised and layan ...but here yg i takut tu the thinking of  you know typical Malay men thinking, wife kena  basuh baju, jaga anak  etc etc yg the husband tahu nak expect jer  but contribution tak der ..this is the  hmm..annoying but situasi ni boleh  terjadi the other way around  jugak

so  i am of the opinion that, the guidelines by GOd is good, it serves as a you know a reference point for both to understand, to negotiate to work things out.

Gosh...tapi sekarang I see tak banyak men yg  nak berkira sangat dah they more flexible i guess....especially yg kahwin the ladty professional...i respect my profs punya husband...i mean this is a kind of getleman yg support their wife and ntahlah good people depa ni.

so itulah tu...kan? marriage ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 09:11 AM | Show all posts

Balas #15 kinki\ catat

salam,

mom pun setuju. Tolak ansur dan bertimbang rasa.. pengetahuan asas still kena jelas.. tugas wajib bila kita mention 'melayan suami' itu bermaksud yang nafkah batin itu shaja.

Dah somi penat2 keja... takkan kita yang housewife (inclding mereka yang perlu bekerja) nih dok goyang kaki. Banyak kisah2 diriwayatkan yang para isteri di zaman Rasulullah SAW dan sahabat r.a. yang masak, lap perabot, basuh, jaga anak dll.

kita pun ralat dibuatnya, husband yang bertanggungjawab nih ditambah dengan kasih sayang dan kelembutannya kepada kita kerana berasaskan fahaman islamiah, mom yakin kita sanggup brsusah payah utk menyenangkannya. Mom pernah membaca, jika isteri mahu dicintai dan disayangi oleh suami mereka, maka berpeganglah dan taatlah pada Allah - Hati para suami itu digenggam oleh Allah yang maha Indah.. jadi, siapa yang harus kita gembirakan dulu?

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 09:49 AM | Show all posts
Dan sebenarnya...ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu, kau jugaa merindui aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:31 AM | Show all posts
salam... just my 2 cents...

Tugas manusia or what so called Tugas Hakiki ialah ibadah kepada Allah seperti mana diperuntukan dalam surah Az-Zariyat.

untuk membezakan antara ibadah dan adat kebiasaan terletak pada niat. Melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah adalah dikira ibadah.

Kesimpulannya, tak kira ape kerja yang kita wat sekali pun slagi tidak melanggar syariat dan undang maka niatkan lah semata
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:50 PM | Show all posts

Reply #17 mom2003's post

yes mom......suami tu kan teman sehidup semati kita.....kita pon begitu juga pd dia... rasanya bukan masalah besar isu siapa yg lebih berhak membuat apa.....bagaimana kita tolak-ansur dan saling memahami itu penting.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.122639 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list