View: 35802|Reply: 34
|
[R-TV] Gadis Melayu Musim 2 [ FIQA JUARA!! ]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 8-11-2009 08:01
"Selain itu, rancangan realiti Gadis Melayu yang mendapat sambutan ramai pada musim lalu akan memasuki musim kedua Ogos nanti " katanya.
[ Last edited by eddlisa_uyuk at 13-6-2009 15:28 ] |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la g odition....nak kene tempah baju kebaya awal2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 sayang_mulut's post
|
|
|
|
|
|
|
Apa Cerita Tv9: Cari Gadis Melayu
RANCANGAN realiti Gadis Melayu terbitan TV9 kini mencari peserta berumur antara 20 hingga 27 tahun, mempunyai perwatakan serta penampilan ceria, menarik, anggun, sopan, agresif, proaktif, pandai berdikari, berkelulusan diploma ke atas dan paling utama, mereka haruslah bijak.
Adakah anda menepati kriteria yang dicari tetapi tidak berkeyakinan untuk tampil kerana saiz badan kurang menarik? Itu bukan masalah kerana anda juga layak menjalani sesi uji bakat yang bakal diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, pada 10 Mei ini.
Uji bakat Gadis Melayu musim kedua dianggap lebih mencabar kerana TV9 bukan saja mencari wanita bersopan santun dan lemah-lembut, tetapi juga menepati kriteria dikehendaki. Ia penting kerana tidak mahu masalah timbul setiap kali melakukan tugasan diberi, terutama apabila ia membabitkan tugasan lasak.
Tahun ini, beberapa tugasan mencabar akan diberi kepada setiap peserta menerusi sesi uji bakat berkenaan. Ia bertujuan melihat tahap kematangan dan daya tahan seseorang peserta bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Setiap peserta perlu berani dan yang penting, mereka tidak perlu 慴erlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Datang uji bakat pakai selipar
Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]
Rap
SELEPAS menjelajah lima lokasi pencarian Gadis Melayu kian meniti kemuncak.
Pada Ahad lalu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur menjadi lokasi terakhir sesi uji bakat lantas menutup misi pencarian 12 finalis program realiti berkenaan.
Pencarian sebelum ini berlangsung di Johor Bahru, Pulau Pinang, Sri Pentas 2, Shah Alam dan Ipoh,
Meninjau sesi uji bakat lokasi terakhir, pelbagai gelagat mencuit hati dapat dilihat.
Ada yang disuruh berlakon, mengacarakan program televisyen, memakai kain batik dan tidak ketinggalan peserta diuji mengenal pasti jenis rempah ratus yang diletakkan di hadapan mata.
Memang payah kalau jarang ke dapur namun itulah hakikat yang terpaksa dihadapi peserta yang mencuba nasib menghadiri sesi uji bakat Gadis Melayu.
Peserta dinilai panel juri seperti Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh; bekas pengacara TV3 kini Perunding Imej, Sharifah Shawati Syed Mohd dan Editor Cosmopolitan, Izza Safinaz Ibrahim.
Uji bakat yang bermula awal jam 9 pagi hingga 6 petang mendapat reaksi positif di kalangan mereka yang bekerja dan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Namun, adakah 12 Gadis Melayu yang dicari sudah ditemui? Dan apakah kriteria yang dititikberatkan oleh juri sepanjang uji bakat berlangsung ?
Ketika ditemui, Sharifah Shawati melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan peserta yang hadir bukan saja tidak bersedia dari segi mental, malah turut meliputi penampilan diri.
揃ayangkan, terdapat peserta yang menghadirkan diri di sesi uji bakat hanya memakai selipar. Sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan.
揃agi saya, penampilan pertama sangat penting kerana itulah yang memaparkan personaliti diri. Justeru, jika hadir ke uji bakat memakai selipar, apa yang mereka harapkan daripada pandangan kami?
揝udah tentu, penampilan sedemikian sedikit sebanyak akan merosakkan penjurian kami terhadap peserta berkenaan. 揥alaupun dia mempunyai pengetahuan, berbakat, tetapi penampilan diri menjadi satu kriteria penting dinilai.
揌arus diingat, program realiti Gadis Melayu adalah mencari pelapis pengacara, wartawan penyiaran. 揝ehubungan itu, penampilan turut menjadi kriteria utama dalam penjurian kami kerana mereka akan berhadapan dengan lensa kamera dan menjadi pandangan umum, |
|
|
|
|
|
|
|
Naib Juara 'Gadis Melayu' Aishah pernah digelar 'Melayu murtad' semasa di sekolah
Oleh AU YEONG HOW
![](http://mstar.com.my/archives/2009/8/1/mstar_hiburan/Aishah01_image.jpg)
Aishah merupakan naib juara Gadis Melayu musim pertama. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW
NUR Aishah Zainal adalah gadis biasa yang anda temui di jalanan dua atau tiga tahun lalu. Dia tidak bertudung dan pernah dipersendakan sebagai 'Melayu murtad' oleh kawan-kawan rapatnya kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin.
Selepas menyertai program realiti hiburan 'Gadis Melayu' musim pertama pada tahun lalu, Aishah tampil hari ini seorang ikon gadis Melayu. Lebih membanggakan, dia ialah naib juara Gadis Melayu musim pertama.
Menurut Aishah, dia menerima 'hidayah' daripada Yang Esa sewaktu mengikuti sesi keagamaan oleh Datuk Ustazah Nurbaiyah dalam program realiti tersebut.
"Dia bagi 'lecture' pada minggu kelima.. tiba-tiba, saya berasa terpanggil untuk memakai tudung. Ibu, kakak dan adik perempuan saya memang bertudung kecuali saya pada masa itu.
"Ibu saya memberikan kelonggaran kepada saya. Dia kata, "you can decide when you are ready"," kata Aishah ketika menjadi pengacara bersama sesi pengenalan 12 peserta Gadis Melayu musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.
![](http://mstar.com.my/archives/2009/8/1/mstar_hiburan/013334505.jpg)
Sesi pengenalan 12 peserta Gadis Melayu di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam. -foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
Malah kata Aishah, kawan-kawannya pun terkejut dengan penampilan barunya yang bertudung. "Ada yang kata, saya kelihatan lebih jelita tanpa bertudung.
"Saya kini lebih selesa bertudung. Jika jiwa tak kuat, saya memang akan terdorong untuk tidak memakai tudung," ujarnya yang fasih berbahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Gadis Melayu yang cantik ini berkata, dia menguasai bahasa Mandarin kerana pernah belajar di Pei Fong Primary and High School, Melaka atas permintaannya sendiri.
"Entahlah.. saya suka mendengar sebutan bahasa Mandarin sewaktu kecil. Di sekolah, rakan-rakan sekolah Cina memanggil saya 'Melayu murtad'," katanya sambil tergelak.
Lebih melucukan, kata Aishah, dia memperolehi 6A dan 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Ibu mengingatkan Aishah jangan melupakan bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu," kata Aishah yang berharap dapat menjadi pembaca berita Mandarin di kaca televisyen.
Sejak menjuarai 'Gadis Melayu', Aishah beransur-ansur menerima tawaran berlakon malah lamaran!
Aishah berkata, dia terpaksa melepaskan satu peluang berlakon dalam drama kerana sibuk dengan kerjanya sebagai pembantu khas kepada Setiausaha Politik, Kementerian Pelajaran.
"Ibu menggesa saya berkahwin cepat kerana dia menerima risikan daripada pelbagai pihak," katanya sambil mengukir senyuman manis.
Bagaimanapun, Aishah, 24, menyasarkan berkahwin apabila mencecah usia 27 tahun tetapi akur jodoh terletak di tangan Tuhan.
"Saya tidak menginginkan lelaki pilihan saya mempunyai rupa, harta ataupun status. Cuma keserasian. Aishah hakikatnya seorang yang sangat manja dan harap si dia faham," tuturnya lemah-lembut.
Memandangkan kakak dan abangnya telah berkahwin, Aishah terasa 'bahang' desakan ibu bapanya untuk mempunyai pasangan hidup.
"Bagaimanapun, saya tidak akan tergesa-gesa untuk mencari teman hidup kerana ia adalah keputusan seumur hidup," katanya yang merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Versi, Dua Wajah - Sharifah Jasmine
|
|
|
|
|
|
|
|
budiey tulis;
Hampir 3 bulan mengadakan ujibakat di Johor, Pulau Pinang, Shah Alam, Perak dan Kuala Lumpur, untuk cari Gadis Melayu (adakah mereka ini betul-betul gadis? Wallahulham) akhirnya 12 peserta dipilih iaitu Norfarizan, Shazfinaz, Hafiza, Hazlin, Sharifah Jasmine, Nadiah Adrianna, Putri Noor Nawal, Rahimah dan Robeaha Ramza. Seorang lagi peserta telah tarik diri. Kalau dilihat rata-rata peserta yang terpilih adalah dari Selangor. Seorang aje dari Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencarian bermula
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap
SEIRING dengan konsep baru TV9 yang lebih ‘urban’, program Gadis Melayu musim kedua (Gadis Melayu 2) turut mengalami perubahan kecil di mana pencarian kali ini menjejaki gadis yang memenuhi kriteria ‘gadis Melayu kontemporari’.
Seramai 12 peserta yang berjaya dan bakal merebut gelaran itu adalah Raja Nur Juliana dari Kuala Lumpur, Aini Suzaily Mohd Zalanny (Sungai Besi, Kuala Lumpur); Norfarizah Mohamad, (Banting Selangor); Shazfinaz Hashim (Shah Alam, Selangor), Hafiza Bustanul Ariffin (Kuala Lumpur) dan Hazlin Hussain (Kajang, Selangor).
Sharifah Jasmine Soraya Syed A Jalil Jamalullail (Shah Alam, Selangor), Nadiah Adrianna Mohd Akbal (Subang Jaya, Selangor), Putri Noor Nawal Ramlan (Shah Alam, Selangor), Rahimah Ibrohim (Kuala Lumpur) dan Robeaha Ramza (Kota Bharu, Kelantan).
Penerbit rancangan Gadis Melayu, Shukri Ibrahim, berkata sempena pelancaran dan memperkenalkan 12 finalis di Hotel Istana, baru-baru ini, peserta yang terpilih bukan saja perlu mengetahui budaya Melayu tetapi turut diuji berdasarkan beberapa kriteria lain.
“Selain mengenali budaya Melayu, mereka juga dinilai dari segi kebijaksanaan, kreativiti, mempunyai pengetahuan am serta mengikuti perkembangan semasa.
“Malah, peserta turut diuji dengan pelbagai tugasan lasak yang mencerminkan imej gadis Melayu pada masa kini yang aktif, berani, berkeyakinan dan berdikari.
“Pun begitu, dalam kemampuan mereka menggalas cabaran berat sebagaimana dilakukan lelaki, Gadis Melayu perlu memelihara ciri-ciri tatasusila dan keayuan sebagai gadis Melayu.
“Mereka turut diuji dengan tugasan seperti menyediakan masakan kampung di mana peserta diberikan wang membeli barang basah untuk dimasak termasuk mencari sendiri ulam-ulaman yang hendak disediakan.
“Justeru, calon yang berjaya dinilai bukan hanya dari segi kecantikan saja tetapi juga kemahiran, personaliti dan keagamaan. Mereka juga haruslah memiliki karakter tersendiri,” katanya.
Rancangan realiti selama satu jam yang bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 6 Ogos ini turut memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza pada setiap minggu.
Pencarian Gadis Melayu 2 yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu diadakan di beberapa lokasi antaranya, di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah (16 Mei), Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor (23 Mei), Hotel River View, Kota Bharu, Kelantan (30 Mei), Hotel Primula, Kuala Terengganu (1 Jun) dan Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang (3 Jun).
Juri profesional yang terbabit seperti pelakon terkenal Fauziah Nawi di lokasi Johor Bahru, Jehan Miskin (Pulau Pinang), Rusdi Ramli (Shah Alam), Zulhuzaimi dan Maizurah Hamzah (Ipoh) serta Nurfarahin Jamsari, Sharifah Syawati Syed Mohd, Datuk Mahadzir Lokman dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh (Kuala Lumpur).
Musim kedua program ini akan dikendalikan oleh pengacara wanita, Sharifah Shawati Syed Mohd juga perunding imej Adamaya Image Consultancy Malaysia.
Penjurian dilakukan berdasarkan pelaksanaan setiap tugasan yang diberikan iaitu 50 peratus melalui undian penonton manakala 50 peratus lagi terletak pada pertimbangan juri profesional.
Selain Shukri, rancangan realiti ini turut dibantu penolong penerbit, Siti Rohkhaida Abdul Khalil serta Muhamad Faizal Muhamad Jamil termasuk wartawan, Mohd Yuzri Mohd Noh dan Mohd Amirul Haswendy.
Ketua Pengurusan Jenama, Komunikasi Korporat TV9, Noor Almy, berkata usaha menerbitkan Gadis Melayu 2 diteruskan ekoran kejayaan musim pertamanya yang berjaya mencatat antara program TV9 yang memperoleh rating tertinggi iaitu 1.3 juta penonton.
Pada sidang media berkenaan, Almy turut menjelaskan perbezaan antara Gadis Melayu dan program percarian personaliti lain misalnya Nona, di mana rancangan ini mengambil berat soal pengetahuan peserta terhadap cara hidup dan budaya Melayu.
“Meskipun, TV9 mengalami perubahan ke arah yang lebih urban namun, itu tidak bermakna program Gadis Melayu harus merombak keseluruhan konsep.
“Pengisian masih sama tetapi berbanding musim yang lepas peserta kali ini lebih berani, berkeyakinan dan memiliki personaliti menarik sekali gus memenuhi kriteria yang dicari 'gadis Melayu Kontemporari'
“Dalam masa sama kita cuba mengekalkan imej personaliti Gadis Melayu yang sememangnya dapat dibezakan dengan personaliti dicungkil dari Nona,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Foto panas peserta realiti TV
DALAM Harian Metro semalam ada disiarkan berita mengenai 12 peserta yang layak menyertai cabaran musim kedua pencarian Gadis Melayu.
Tidak sangka pula pada waktu sama, timbul cerita tidak enak mengenai salah seorang pesertanya. SS sebenarnya serba salah juga. Hendak didedahkan, memalukan kaum sendiri tapi ramai yang menghubungi rakan SS di pejabat bertanya sudah tengok atau belum gambar-gambar panas salah seorang pesertanya yang kini diedarkan di internet.
Tidak perlu SS sebut namanya tapi melihat pada namanya, peserta ini datang dari keluarga dihormati. SS belum berkesempatan melihatnya, tapi SS kagum dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi moden ini.
Itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka yang ingin menceburi dunia glamor. Apabila nama mereka diperkenalkan sebagai salah seorang peserta program realiti, secara tidak langsung mereka melangkah kaki ke dunia glamor ini.
Cuma satu pesanan SS, kalau kita sentiasa menjaga kesopanan dan perangai, tidak perlu bimbang dengan kecanggihan teknologi ini tapi kalau kehidupan terlalu bebas, ingat-ingatlah.
Sebabnya walaupun kita ini hidup dalam zaman moden tapi masyarakat kita masih tebal dengan adap sopan yang menjadi identiti orang timur. Orang yang sentiasa ambil kesempatan juga ramai, hingga menyebarkan gambar yang dilihat menarik itu.
Sebelum ini mereka yang melangkah kaki ke dunia glamor melalui program realiti tidak kiralah pencarian bakat nyanyian atau pengacara, sering berlaku perkara ini sebagaimana menimpa peserta Akademi Fantasia (AF) malah satu program mencari calon suami, Mencari Cinta beberapa tahun lalu.
Kali ini giliran Gadis Melayu pula. Bukan apa, setahu SS, program yang disiarkan di TV9 ini dikatakan mencari gadis bukan saja memiliki wajah jelita tapi memelihara tatasusila sebagai gadis Melayu.
SS difahamkan, gambar yang disebarkan itu jelas menunjukkan salah seorang pesertanya mengamalkan kehidupan bebas dan di luar adat dan budaya Melayu. Gambar-gambar itu dikatakan terang-terang melanggar hukum agama seperti minum arak dan bercium.
Tapi SS ada juga dengar untuk musim kedua ini, ada perubahan dilakukan sejajar dengan konsep baru TV9 lebih urban dengan mengutamakan gadis Melayu kontemporari, aktif, lasak serta mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.
Jadi, apakah gambar-gambar itu juga sejajar dengan perubahan konsep baru Gadis Melayu yang mencari gadis Melayu kontemporari yang aktif dan lasak? |
|
|
|
|
|
|
|
Soseh Soseh: Keletah tak kira tempat
APABILA berada di masjid, sudah tentu segala adab perlu dijaga. Lagipun, berada di situ bukanlah untuk bersuka ria kerana perlu menghormati masjid sebagai rumah Allah, iaitu rumah beribadat.
Kalau hendak berseronok, bergurau-senda lebih baik jangan datang. Bukan maksud SS, mereka yang pergi ke masjid perlu serius dan tidak boleh bersembang, tetapi lihatlah masa dan acaranya juga. Baru-baru ini, SS dikehendaki membuat liputan program yang diadakan di sebuah masjid di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam program itu, pihak pengurusan turut menjemput finalis program Gadis Melayu musim kedua. Melihat kehadiran mereka tampak manis dengan pakaian sopan berbaju kurung, SS dapat rasakan persaingan sengit bakal disaksikan menerusi musim kedua ini.
Bagaimanapun, ketika yang lain begitu khusyuk mendengar tazkirah dan tahlil sempena Ramadan, ada segelintir finalis Gadis Melayu seronok berbual-bual, bergelak tawa serta bermain-main tanpa mengambil tahu perbuatan mereka diperhatikan. Bukan itu sahaja, ketika bacaan doa pun mereka boleh berbual bicara. Melihat kelakuan segelintir finalis ini, SS hairan adakah mereka layak bertanding dalam program yang mencari ciri-ciri tatasusila dan keayuan sebagai gadis Melayu?
Apatah lagi, agak memalukan apabila majlis itu turut disertai wartawan berbangsa lain yang hanya mendiamkan diri kala tazkirah dan doa dibacakan.
Kalau bangsa lain pun tahu menghormati acara, kenapa mereka (segelintir finalis Gadis Melayu) yang sememangnya beragama Islam tidak tahu duduk diam apatah lagi bukannya lama bacaan itu.
Sampai satu saat, SS fikir wartawan bangsa Cina itu bukan saja tahu beradab ketika memasuki masjid malah turut menghormati agama rasmi negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis Melayu tercemar?
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Gambar 'hangat' di internet didakwa milik seorang peserta program realiti TV9
BARU saja menjengah kaca televisyen tidak sampai seminggu, program pencarian Gadis Melayu dicemari kontroversi kononnya gambar 'hangat' yang disebarkan di internet adalah salah seorang peserta program realiti itu.
Penyebaran gambar seorang gadis yang sedang berseronok dengan temannya di sebuah kelab hiburan sambil memegang botol arak menjadi bualan di internet. Lebih hangat lagi apabila ada gambar yang jelas menunjukkan gadis itu sedang berciuman dengan seorang lagi gadis.
Jika benarlah gadis itu salah seorang peserta Gadis Melayu, barangkali tidak keterlaluan jika ia boleh
menjejaskan kredibiliti saluran yang golongan sasarnya penonton Melayu khususnya luar bandar. Apakah imej sebegitu yang mahu diangkat TV9 sebagai contoh Gadis Melayu? Mungkinkah imej yang dibawakan pesertanya itu bersesuaian dengan kriteria Gadis Melayu yang dicari tahun ini iaitu wanita Melayu kontemporari?
Hip yang cuba mendapatkan penjelasan pihak pengurusan TV9 gagal mendapatkan sebarang reaksi kerana mereka mengambil sikap mengunci mulut. Namun tindakan itu tidak sedikit pun membantu menjelaskan situasi dan hanya menimbulkan tanda tanya serta menambahkan spekulasi.
Bagaimanapun, kehadiran gambar panas itu tidak menjejaskan perjalanan program itu yang memulakan episod pertamanya pada 6 Ogos lalu setiap Khamis jam 9.30 malam.
Mengimbau semula senarai peserta musim lalu, mereka memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pemalu. Tetapi untuk musim terbaru, 12 peserta itu pula lebih peramah, petah dan tidak segan menonjolkan diri di khalayak ramai.
Ia selari dengan konsep musim kedua ini yang khabarnya turut membuka peluang kepada gadis urban malah lebih ramai gadis tidak bertudung diberi peluang mencuba nasib dalam program terbitan TV9 ini.
Penerbit program Gadis Melayu, Shukri Ibrahim berkata, ciri baru yang dicari kali ini yang membezakan antara musim pertama dan kedua. Walaupun lebih kontemporari, kata Shukri program Gadis Melayu musim kedua tidak lari dari landasan serta objektif asalnya.
“Gadis Melayu masih lagi menekankan nilai kesopanan, bagaimanapun bezanya kali ini kami mencari peserta yang lebih berani dan vokal. Peserta yang memiliki sikap berdikari, bersesuaian dengan konsep TV9 itu sendiri iaitu bertenaga dan kontemporari, tanpa meminggirkan tujuan asal kami ketika mewujudkan program ini dulu.
“Mereka masih lagi diuji mengenal rempah ratus, cara memakai kain batik, adab berjumpa dengan orang tua, membaca doa Qunut dan banyak lagi. Kesemua 12 peserta yang kami pilih memiliki kriteria yang kami mahukan. Walaupun ada yang kelihatan urban tetapi nilai jati diri kemelayuan mereka masih menebal,” kata Shukri dalam sidang media memperkenalkan 12 peserta Gadis Melayu, baru-baru ini.
Program itu sudah pun melahirkan seorang personaliti iaitu juara musim pertama Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang kini bertugas sebagai pengacara program Apa Ke Halnya. Bagaimanapun Aida tidak mendapat kepercayaan TV9 untuk mengendalikan Gadis Melayu musim kedua, sebaliknya tugas itu diamanahkan kepada pengacara senior, Sharifah Shawati Syed Mohd bergandingan bersama pengacara muda Juliana Evans.
Ketua Bahagian Pengurusan Jenama, Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat TV9, Noor Amy Ismail berkata, kemenangan peserta musim lalu bukan jaminan kepada pemenang untuk mengemudi program Gadis Melayu. Bagaimanapun, TV9 tetap memberi peluang kepada juaranya bernaung di bawah payung stesen milik Media Prima Berhad.
“Pengalaman yang dikutip di dalam Gadis Melayu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Kami tidak menyerapkan juara atau mana-mana peserta musim terdahulu untuk mengendalikan Gadis Melayu musim baru bukan kerana mereka tidak sesuai lagi untuk mengendalikan program besar seperti ini.
“Sebaliknya mereka diberi peluang muncul dalam program lain, malah TV9 tidak pernah jemu untuk menggilap lagi bakat mereka,” katanya.
Laluan mudah terjun ke dunia pengacaraan
WALAUPUN tujuan asal program ini untuk menguji sejauh mana ketebalan nilai Melayu dalam diri pesertanya, tetapi Gadis Melayu kini dijadikan landasan oleh pesertanya sebagai laluan untuk mencari ruang ke dunia pengacaraan.
Justeru ia menyebabkan program ini tidak banyak bezanya dengan program Pesona Nona terbitan TV3 yang mencari wanita berbakat untuk diasah sebagai pengacara. Cuma bezanya peserta Gadis Melayu terpaksa melalui pelbagai ujian berkaitan dunia Melayu manakala peserta Pesona Nona pula dikehendaki menjalankan tugasan sebagai pengacara.
Rata-rata peserta Gadis Melayu yang ditemui musim ini mempunyai niat yang sama, selain mahu mencabar diri sendiri sejauh mana jati diri, mereka juga menyertai program ini kerana ingin mencari peluang dalam dunia pengacaraan dan komersial lain.
Peserta dari Kuala Lumpur, Rahimah Ibrohim, 21, sanggup menangguhkan pengajian dalam bidang Diploma Hiasan Dalaman, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sri Iskandar, Perak yang berbaki satu semester semata-mata untuk menyertai Gadis Melayu.
“Saya minat bergelar pengacara dan berminat memperaga busana Muslim serta teringin membaca berita. Lagipun rakan mengatakan bidang ini memang amat sesuai dengan saya, malah bapa juga memberi sokongan padu. Dialah yang memberi galakan supaya saya mencuba nasib dalam Gadis Melayu.
“Pada mulanya saya terkilan juga kerana tak dapat menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur. Sebaik mengetahui uji bakat akan diadakan di Ipoh, saya nekad ke sana seorang diri semata-mata mahu mencuba nasib dalam Gadis Melayu. Tak sangka pula rezeki berpihak kepada saya dan saya tidak sesekali akan mempersia-siakan peluang itu,” katanya.
Puteri Noor Nawal Ramlan dari Shah Alam pula mahu menjadikan Gadis Melayu sebagai platform untuk mendapatkan pekerjaan kerana pelbagai bidang sudah dicuba tetapi gagal membawanya ke mana-mana. Gadis berusia 23 tahun ini pernah menyertai Dewi Remaja 2005/2006 hingga ke peringkat Top 10, malah dia juga pernah mencuba nasib dalam program Malaysian Idol (MI) tetapi perjalanannya hanya setakat Top 33. Justeru, dia amat berharap rezekinya lebih murah selepas menyertai program ini.
“Saya menyertai program ini bukan untuk mengejar glamor semata-mata tetapi memandangkan nak mencari pekerjaan pada waktu ini susah, jadi tidak salah saya mencuba nasib dalam Gadis Melayu.
“Sebelum ini saya sebenarnya sudah berputus asa untuk terus mencuba dalam program seperti ini kerana kegagalan dalam Dewi Remaja dan MI. Bagaimanapun setelah beberapa tahun berlalu barulah saya dapat mengumpul kembali kekuatan untuk menyertai program sebegini dan tak sangka pula diterima,” katanya yang meminati kerjaya yang berkaitan dunia penyiaran dan hiburan.
Sementara itu bagi gadis kacukan, Sharifah Jasmine Sorya Syed A Jalil Jamalullail, 21, pula dia menyertai Gadis Melayu untuk melihat apakah tugasan yang ditawarkan sepanjang berada dalam program itu. Selain itu, darah kacukan yang mengalir dalam badannya membuatkan Jasmine mahu menguji dirinya sejauh mana nilai Melayu yang ada dalam dirinya.
“Saya mahu mengenali lagi budaya masyarakat Melayu dengan lebih mendalam kerana saya dilahirkan daripada ibu bapa berlainan bangsa. Saya harap selepas menyertai program ini, saya lebih mengenali budaya Melayu dengan mendalam lagi,” kata graduan UiTM dalam bidang Komunikasi Masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka masih lagi diuji mengenal rempah ratus, cara memakai kain batik, adab berjumpa dengan orang tua, membaca doa Qunut dan banyak lagi
adakah dengan sebab ko kenal rempah ratus, tahu pakai kain batik, tahu adab jumpa orang tua & tahu baca doa qunut maka boleh digelar gadis melayu?
tah hape2 je.
budak office aku ni, perempuan cina. kalau dia lalu di tengah2 2 orang yang sedang bercakap, dia jalan tunduk tau macam kita jalan tunduk hormat lalu depan orang tua. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi..yg lawaknya..masa ujibakat ada peserta yg kantoi x leh baca doa mkn![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
benda basic..bdk tadika..pon leh baca..ish3![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
19# atee
apa motip derang ek nak buat rancangan birah ni. ratu cantik tak boleh, maka aku tengok banyak pihak tv & majalah buat pertandingan yang ala2 ratu cantik tapi buat ala2 sopan gitewww.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|