View: 5261|Reply: 74
|
Siti 12 Jun di IB.. terbuka percuma katanya
[Copy link]
|
|
Penyair dan selebriti pada Malam Puisi Utusan 12 Jun iniOleh NIK ANURA NIK ABDUL RAHMAN
Malam Puisi Utusan muncul lagi. Kepada semua peminat dan pencintaseni tanah air jangan ketinggalan untuk datang ke Istana Budaya pada 12Jun ini. Acara ini terbuka secara percuma kepada orang ramai.
Bertempat di Laman Santai, Istana Budaya, acara akan dimuatkandengan deklamasi puisi oleh penyair baru dan tersohor serta tokohkorporat dan nyanyian oleh artis popular.
Malam Puisi Utusan adalah salah satu daripada acara Minggu SasteraUtusan. Acara lain ialah malam penyampaian Hadiah Sastera KumpulanUtusan (HSKU) dan Wacana Sastera.
Penganjuran Malam Puisi adalah bagi meneruskan kegemilangan KumpulanUtusan dalam usaha mengangkat karya kesusasteraan, kesenian dankebudayaan.
Malam Puisi Utusan juga akan menyaksikan kebolehan di kalangan tokohdan personaliti daripada pelbagai bidang mendeklamasikan puisi danmenyanyikan lagu puisi.
Ini merupakan kali ke-12 Malam Puisi Utusan dianjurkan dan kali inimendapat kerjasama dari tiga organisasi terkemuka iaitu Astro sebagaipenyiar rasmi, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan juga ExxonMobilsebagai penaja utama.
Antara artis-artis yang akan membuat persembahan ialah kumpulanHujan, Kopratasa dan Mila. Turut hadir Datuk Siti Nurhaliza, M. Nasir,Diana Danielle, Mejar Dr. Faiz Khalid dan Amy Search.
Selain daripada golongan artis, Sasterawan negera Datuk A. SamadSaid juga akan mendeklamasikan puisi selain penyair Shukri Abdullah,Marjan S, Marsli N.O, penyanyi lagu dikir barat popular, Halim Yazid.Halim akan menyampaikan puisi dalam bentuk dikir barat dan menjanjikanpersembahan yang unik.
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dijangka akan hadir sebagai tetamukehormat. Dan Puisi Utusan ini akan dilengkapi dengan deklamasi puisioleh tetamu kenamaan daripada ExxonMobil, Astro dan daripada KumpulanUtusan sendiri.
Sementara itu, sempena Minggu Sastera Utusan juga, satu acarabesar-besaran akan berlangsung iaitu majlis HSKU 2008 akan diadakanpada 19 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya pukul 8 malam.
Penganjuran kali ke-24 pada tahun ini merupakan penganugerahankepada penulis yang menyumbangkan hasil karya kepada penerbitan diKumpulan Utusan. Sepanjang 24 tahun, HSKU telah melahirkan banyakpenulis pelapis yang akhirnya menjadi penulis ternama dalamkesusasteraan tempatan.
sumebr: utusan malaysia 4/6/2009
[ Last edited by eddysheddy at 5-6-2009 00:18 ] |
|
|
|
|
|
|
|
tak taulah ct datang buat persembahan ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
CT hadir je ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
yeayy..ade kat kl time tue..
kalo CT menyanyi/berpuisi mlm tue lg best... |
|
|
|
|
|
|
|
sempat laie tokti nak wat performance kan dlm masa2 nak wat konsert...mmg tokti jenis yg kerja keras n committed laaa |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ct hadir sebagai jemputan utk menonton jek kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk nie mmg menipu aku...
Ingatkan Siti wat konsert SATU Free 12 june nie....
heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ColbyRaikkonen's post
gler la SATU wat awal2..kalo camtu aku pun pegi....
hahhahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 5-6-2009 10:57 AM
Tajuk nie mmg menipu aku...
Ingatkan Siti wat konsert SATU Free 12 june nie....
heheheh
hahaha tipah tertipu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 5-6-2009 10:57
Tajuk nie mmg menipu aku...
Ingatkan Siti wat konsert SATU Free 12 june nie....
heheheh
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
klaka betul..gamba ct pulak yg dilebeh2kannye..
betul gak..skang ni dah jd marketing strategy untuk tarik minat org..
magsanya..ctla..
xpe2..bgus gak untuk publisiti ct ye x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 ColbyRaikkonen\ catat
2 la colby...
aku pun betui2 tetipo.... |
|
|
|
|
|
|
|
taufik-belajar marketing??haha..slalu gi supermarket adela..
dunia akan sepi tanpa siti nurhaliza..
aku pun over gak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
pin pin pin... update baru datang.. kompem ct ada wat pesembahan!
Malam Puisi Utusan Jumaat ini
- KU SEMAN
A. Samad Said
Perahuku kecil
lautnya ganas
tenanglah laut
kuala dan muara
ombak jangan gila melanda.
Tiuplah bayu pada layarku laju.
dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan, aku hanya mahu ke seberang.
Di atas adalah petikan daripada puisi Aku Hanya Mahu Ke Seberang karya Profesor Datuk Hashim Yaacob. Puisi ini akan dilagukan dan dipersembahkan dalam bentuk dikir barat oleh penyanyi dikir barat popular, Halim Yazid.
Kalau sebelum ini puisi hanya dideklamasikan atau dibaca tetapi Halim akan menyanyikan puisi yang membentangkan tentang impian dan perjuangan dalam kehidupan.
Ini merupakan salah satu persembahan pada Malam Puisi Utusan yang akan berlangsung Jumaat ini (12 Jun) pukul 8.45 malam di Laman Santai Istana Budaya, Kuala Lumpur. Acara puisi yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan ditaja oleh ExxonMobil serta kerjasama Astro, Istana Budaya dan Finas ini terbuka secara percuma kepada orang ramai.
Sebelum ini Kumpulan Utusan menganjurkan deklamasi puisi Demimu Palestin pada Januari lalu di tempat yang sama dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Malam Puisi Utusan kali ini juga akan dijayakan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan puisi pilihan beliau. Profesor Hashim juga akan membuat persembahan puisi lakonnya bersama beberapa pemuzik pengiring pada acara berkenaan.
Acara deklamasi ini menghimpunkan sepuluh penyair baru dan juga yang tersohor sebagai usaha membawa puisi sebagai satu santapan minda kepada khalayak. Walaupun Malam Puisi Utusan bukan konsert hiburan tetapi acara yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan daripada orang ramai.
Antara penyair lain yang akan menghangatkan pentas di Laman Santai, Istana Budaya ini ialah Khalid Salleh, Profesor Rahman Saari, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Marjan S dan Marsli N.O. Ini adalah antara nama-nama yang memberi warna kepada dunia kesusasteraan tanah air.
Puisi adalah kata-kata yang terpilih selepas disaring dan diambil intinya. Kerana itu puisi karya yang sangat istimewa dan lebih istimewa apabila disampaikan kepada khalayak pada acara yang seperti ini.
Warga di sebuah kota yang moden dan maju seperti Kuala Lumpur sepatutnya mempunyai apresiasi yang tinggi terhadap karya seni seperti kota-kota besar di dunia. Kerana itu acara begini perlu disertai oleh warga kota kerana ini antara penanda aras kemodenan dan kemajuan mereka.
Ada puisi yang tidak terasa indahnya apabila dibaca, sebaliknya mencetuskan kekaguman dan keindahan tanpa sempadan apabila dideklamasikan sendiri oleh penyairnya. Inilah kelebihan menjadi penonton acara deklamasi puisi yang mengirim penghayatan dalam karya yang dipersembahkan.
Selain penyair, Malam Puisi Utusan kali ini juga mengundang artis-artis bernama besar dalam dunia muzik. Hasratnya supaya ada timbal balik antara penyanyi dan penyair dalam satu pentas.
Mereka akan mendeklamasikan puisi dan mereka juga akan menyanyi. Antara yang akan membuat persembahan kali ini ialah Siti Nurhaliza, kumpulan Kopratasa, kumpulan Hujan, Mila, M. Nasir, Diana Danielle dan Amy (Search).
Semoga dengan sulam dan seli antara penyair dan penyanyi, khalayak terutama yang meminati seni popular akan menyedari bahawa ada lagi genre seni yang indah selain lain yang menjadi pengisian di stesen radio.
Sesuai dengan keperluan acara deklamasi yang santai tapi santun, Laman Santai di Istana Budaya ini yang dipagari dengan pohon-pohon dan luas terbuka memberikan keselesaan.
Sementara itu pada 19 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya akan berlangsung acara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU 2008). Hadiah ini disampaikan kepada penulis yang karya mereka yang disiarkan dalam penerbitan Kumpulan Utusan dan dipilih oleh panel juri. Acara ini juga terbuka secara percuma kepada orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|