CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13363|Reply: 69

SAMARINDA : Kala Hati

[Copy link]
Post time 5-6-2009 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 7-9-2009 01:43

Post Last Edit by Syd at 3-7-2009 10:27

Dynaz ambil langkah sederap demi sederap


                              

SELEPAS berpantang selama 44 hari ekoran keguguran bayi tersayangnya, Emma Malissa; selebriti terkenal Wan Intan Edrinaz Wan Mokhtar berasa tidak sabar-sabar untuk tampil di khalayak ramai dan layar perak.

Buat pertama kalinya, aktres jelita yang lebih dikenali sebagai Dynaz ini muncul di sidang media pengumuman finalis The Shout! Awards di Hotel Grand Millennium, baru-baru ini.

Pelakon filem Impak Maksima itu dicalonkan bagi kategori Stylo Award (Anugerah Paling Bergaya).

"Saya sudah bosan tinggal di rumah menonton DVD dan melayari Internet. Bayangkan semasa tempoh berpantang, saya "terkurung" di rumah ibu, adik-beradik, dan rumah sendiri selama 44 hari," katanya.

Dalam masa yang sama, Dynaz berkata, dia sedang menjalani penggambaran untuk drama Kala Hati yang bakal disiarkan di slot Samarinda, TV3.

Dynaz memberitahu, dia mula terlibat dalam set penggambaran drama Kala Hati yang diarahkan oleh Haris itu pada minggu lalu.

Katanya, dia memegang watak Puteri Serena iaitu anak seorang tokoh korporat yang dikongkong kebebasannya termasuk dalam mencari kekasih hatinya.

"Drama tersebut berkisar kepada soal korporat, cinta, wang, Datukatau Tan Sri. Cincin yang dipakaikan di jari pun saya tidak tahu pemberinya," katanya sambil menambah Adiputra berlakon sebagai watak utama lelaki.

Walaupun gembira dapat bekerja semula, Dynaz akui, Dynaz sekarang dan dulu telah jauh berbeza.

Menurut pelakon berusia 28 tahun ini, dia meniti hari-hari mendatang dengan "melangkah sederap demi sederap pada sesuatu masa".

"Jika dulu, saya mungkin berlakon dalam dua atau tiga filem atau drama pada sesuatu masa, saya mengambil langkah perlahan sekarang.

"Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menemui ahli-ahli keluarga dan "yam cha (minum)" dengan kawan-kawan. Saya juga berlakon dalam satu filem atau drama pada sesuatu masa," katanya.

Bercakap mengenai peluangnya untuk memenangi Stylo Award pada 17Julai ini, Dynaz sudah bersyukur dicalonkan dan menyifatkan pencalonan itu sebagai suatu kemenangan peribadi.

"Objektif utama adalah untuk "to give the elbow, jab and enjoy the show (memeriahkan lagi pertandingan tersebut)"," katanya.

Dynaz dalam pada itu berkata, dia ingin berterima kasih kepada para peminatnya yang terus-menerus memberikan sokongan kepadanya selama ini.

"Saya terasa ingin menemui mereka dan berterima kasih kepada mereka.Saya masih teringat lagi saya terkejut dengan kemenangan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini walaupun tidak dapat menghadirinya.

"Mungkin satu hari nanti, saya dapat mengadakan satu perjumpaan dengan para peminat saya," katanya.

[ Last edited by  Syd at 5-6-2009 10:11 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2009 10:43 AM | Show all posts
suke tgk die ni berlakon ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 08:22 PM | Show all posts
saya pun ... especially masa dia dgn zed zaidi dalam samarinda Kaizer... pernah jumpa in person, she's really  beautiful...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:27 AM | Show all posts
suka tgk dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:35 AM | Show all posts
aku start ske dia time drama dia ngan degawan tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 01:10 AM | Show all posts
Tgk skit tadi ... tak sempat tgk abis pun sbb sambil tu buat housework. Lagipun Akak tak le minat sgt Dynaz ngan AdiPutra.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2009 08:36 AM | Show all posts
ok gak citer nih.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:57 AM | Show all posts
muka dia mcm suntik tp bukan.. dagu dia panjang... memang tinggi dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 07:22 PM | Show all posts
saya pun ... especially masa dia dgn zed zaidi dalam samarinda Kaizer... pernah jumpa in person, she's really  beautiful...
letizia Post at 5-6-2009 20:22

kaizer best........
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 07:57 PM | Show all posts
Citer ni boleh tahan juga. Dynas berlakon best. Sengal je dlm citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 09:34 AM | Show all posts
korang rasadia ngan sapa akhirnyer ...jannah atau si dinazzz

aku lebih suka jannah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 09:43 AM | Show all posts
ju on berlakon cam pompuan melayu terakhir dlm cite ni

cam hampeh btol....x sesuai...

hero dlm cite ni pun aku x suke
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 02:24 PM | Show all posts



aku suka ngan lagu tema dramanie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 03:31 PM | Show all posts
12# aQuA_dIaMoNd

Yup...ju aziz nampak tak natural sopannye...sengih2 cam gedik pun ade!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 08:04 PM | Show all posts
ju on berlakon cam pompuan melayu terakhir dlm cite ni

cam hampeh btol....x sesuai...

hero dlm cite ni pun aku x suke
aQuA_dIaMoNd Post at 10-7-2009 09:43 AM


cam pura2
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 11:23 PM | Show all posts
cam pelik lak tgk ju ni bakun sopan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 12:30 PM | Show all posts
cam pura2
eddlisa_uyuk Post at 2009-7-10 08:04 PM


a'ar cam purak2 aja
time dia senyum cam fake giler

si pasah sengal tu aku x suke dia
tp time dia berlakon jdk sopan...mmg sopan abis
x ar nmpk pelesu...

ju on ni x sesuai lah...dia sesuai jdk
pompuan gedix aja...hokhok
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 02:22 AM | Show all posts
or...jue tuh ada motif gak??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 04:40 PM | Show all posts
jun tu ada motif ke?

tak kot... harap adi ngan jun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:54 PM | Show all posts
nak dia dgn dynaz laaa..... jue tu sopan sgt! mcm bosan je kawin nanti!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.086942 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list