|
Shout! Awards umum finalisOleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
| Estranged
|
MEMPERTANDINGKAN 15 kategori membabitkan empat cabang seni yang merangkumi muzik, televisyen, radio dan filem, Shout! Awards, anugerah hasil cetusan 8TV kini memasuki fasa seterusnya apabila senarai finalis bagi setiap kategori diumumkan.
Bakal bersiaran 17 Julai depan bertempat di Stadium Putra, BukitJalil,Kuala Lumpur di atas kertas, saingan sengit pastinya tertumpukepadacabang muzik yang tampil dengan lima kategori.
Kategori tersebut adalah Rockstar Award, Popstar Award, Power Vocal Award, Flava Award dan Break Out Award.
Bagi setiap kategori itu, enam finalis ditampilkan berbanding cabang seni lain yang mempunyai lima finalis sahaja.
Mereka yang tersenarai dalam cabang muzik adalahBunkface,Butterfingers, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain (MUH), PopShuvit,Aizat, Couple, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nikki,Stacy, Ayu (One In A Million 2) dan Dina.
Turut berentap, Lan (Meet Uncle Hussain), Syarul Reza (Love MeButch),Ahli Fiqir, Caprice, Jin Hackman, Joe Flizzow, Malique,Phlowtron sertaPesawat.
Daripada lima kategori dalam cabang tersebut, Power Vocal Awardatauvokal terbaik bakal mencuri perhatian ramai apabila menampilkanAyu,Siti Nurhaliza dan Jaclyn untuk bersaing merebut anugerahberkenaan.
Tiga lagi yang disenaraikan ialah Dina, Lan (MUH) serta Syarul Reza.
Rockstar Award juga tidak kurang hebatnya. Bunkface,Butterfingers,Estranged, Hujan, MUH dan Pop Shuvit punyai kekuatantersendiri untukmenggenggam anugerah terbabit.
Sungguhpun begitu, bagi kategori televisyen, filem dan radio, iaseakantidak begitu 'menyengat' atau boleh dianggap sebagai'biasa-biasa'sahaja.
Paling ketara, kategori radio yang seakan tidak menyeluruhapabilabanyak tertumpu kepada stesen radio milik Media Prima Berhad(MPB)iaitu Hot FM dan Fly Fm.
Mana perginya stesen radio lain? Apakah mereka tidak layak untuk dipertandingkan?
Kategori Favorite Radio Show atau program radio pilihan misalnya, lima yang berentap, empat daripadanya adalah milik MPB.
Empat finalis tersebut, Fly FM Must Have Music (Hunny Madu), FlyFMNight Flight (Basil & Hafiz), Fly FM Pagi Show (Ben, Nadia&Phat Fabes) dan Hot FM AM Show (Fara Fauzana & Faizal Ismail).
Hal yang sama juga berlaku terhadap cabang televisyen yang lebih kepada penguasaan program-program televisyen MPB.
Menjawab mengenai perihal berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, seawal perancangan Shout! Awards, semua stesen televisyen dan radio telah dimaklumkan mengenai penyertaan di dalam anugerah berkenaan.
''Kami telah menghantar borang penyertaan kepada semua, baik di RTM mahupun Astro serta stesen-stesen radio lain.
''Saya sendiri telah menghubungi rakan-rakan di stesen-stesenberkenaan.Namun, RTM langsung tidak menghantar calon manakala Astropula sekadar30 ke 40 peratus penyertaan.
''Sebagai penganjur, sudah tentu 8TV dan stesen-stesen milik MPBakanmenghantar banyak penyertaan,'' katanya ketika ditemui padamajlispengumuman finalis Shout! Awards di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson.
Pada majlis tersebut, Shout! Awards mengumumkan Hotlink selaku penaja utama manakala Fly FM bertindak sebagai radio rasmi anugerah itu.
Ujar Ahmad Izham, melalui Shout! Awards yangdianjurkandengan memakan kos antara RM1 ke RM2 juta, penganjursebolehnya mahukanpenyertaan yang menyeluruh dan adil kepada semuapihak.
''Namun, mungkin ada pihak yang tidak mahu menonjolkan artisataupersonaliti masing-masing. Apa yang penting, kami sudahmaklumkankepada semua,'' tegasnya.
Mengenai pemilihan finalis yang segelintirnya tidak begitudikenali,Ahmad Izham menjelaskan, satu hari nanti kesemua calon itupastiberpeluang meletakkan diri setaraf dengan pencabar lainmenerusipencalonan dalam anugerah tersebut.
Aspek penjurian
Sementara itu, melalui Shout! Awards,finalis dipilih melaluipengadilan juri profesional manakala pemenangbagi setiap kategorinanti akan ditentukan oleh undian penonton.Undian dilakukan secara online iaitu sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Untuk mengundi secara online, ia boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang www.shoutawards.com.my manakala talian undian SMS akan dibuka bermula 8 Jun hingga 16 Julai ini.
Mengulas mengenai aspek penjurian awal, Jennifer mencelah,iamembabitkan golongan profesional, penggiat muzik, filem sertaparapelajar dalam jurusan seni.
''Selepas mereka memilih finalis, kita membiarkan pula orangramaimembuat penilaian terbaik mereka. Finalis yang terpilih adalahantarayang terbaik dalam industri hiburan tanah air,'' tambahnya.ahnya.
Jgn t'tumpu pd online vote jerk...
SMS pun penting tau....
[ Last edited by ezal at 11-6-2009 21:17 ] |
|