Ni karam nk mula tunjukkan cara swim freestyle ya... mula dari starting block.. dan karam sediakan juga gambar2 yang boleh membantu para forumer yang hendak improve kan gaya mereka..
1- REACTION & PREFLEXION PHASE Perhatikan gerak tubuh pic di atas.. pastikan tangan anda berada di starting block, pastikan juga badan anda ni
posisi yang betul, kepala anda pastikan ia kebawah.
2- PUSHING PHASE Tolak ataupun push kaki. Pastikan juga tangan ada dalam posisi yang lurus. lakukan dengan kadar kelajuan yang selesa
bagi anda.
3- pastikn juga badan anda dalam keadaan horizontal... (rujuk pada gambar no3)
4- FLIGHT PHASE pastikan punggung anda dalam keadaan yang tinggi bila tiba masa utk memasuki air. tengakkan kaki anda. pastikan juga
tangan anda sentiasa berada di telinga anda.
1- ENTRY & GLIDE PHASE
Aim kan kedudukan anda, dan cuba untuk tingkatkan kelajuan.
2- pastikan badan anda tidak terlalu dalam bila entry dan pastikan ada "Glide".
3- UNDERWATER KICKING PHASE pastikan rhythm ada sekata. control badan anda.
4- cuba untuk membuat dolphin kick..
5- PULLOUT PHASE Dan mulakan pergerakan kaki, samaada dimulai dengan kaki kanan atau pon kiri.
So karam akan tunjukkan bagaimana kaki freestyle melalui vid dari Youtube ni...
Perhatikan betul2 bagaimana utk membuat kicking bagi freestyle, pastikan kaki ada buka sepenuhnya, dan jangan sesekali membengkokkan lutut anda (sedikit bengkok ok), pastikan pergerakan dicelah peha juga belaku... selalulah belatih, dengan kaki yang kuat pasti anda boleh mengimbangi badan anda bila didalam air..
Ok setelah anda berjaya melakukan kicking dengan betul, barulah kita masuk bab tangan (arm Stroke)
1- Perhatikan tangan di dalam gambar tersebut..
2- Bengkokkan sedikit tangan anda.
3- Tarikkan tangan anda ke belakang.
4- Pastikan tangan ada kena sedikit ke peha anda.
5- Pastikan tangan anda dipermukaan air dalam keadaan lurus.. (jangan sesekali membengkokkan tangan anda)
6- Apabila tangan yang ada di dalam sudah di tarik kebelakang.. tangan sebelah siap sedia utk menarik.
7- Sila perhatikan tangan di dalam gambar tersebut.
8- Perhatikan tangan yang di atas dalam keadaan tinggi.
9- Bersedia untuk meluncurkan tangan anda kedepan.
10- Perhatikan tangan tersebut.
11- Dan luncurkan tangan anda ke hadapan.. dan pastikan dalam keadaan lurus.
Seterusnya bagi Breathing utk freestyle..
Sila perhatikan Vid tersebut.
Pastikan anda hanya menoleh kepala anda samaada ke kiri dan kekanan. jangan sesekali mengangkat kepala anda terlalu tinggi.. (Biasa bagi mereka yang tertelan air or terminum air yang baru belajar swimming)
[ Last edited by karambunai at 11-12-2008 06:26 PM ]
ok ler karam tunjuk kan sikit cara breaststrokekick ya... dexa dan forumer yang lain perhati tol2 video tu.. tgk kaki je dulu... jgn tgktangan macam mana. this da best vid yg karam dpt cari kat youtube..perhatikan kick dia.. n glide dia.
perhatikan cara kepak kaki tu mcm mana ok
ni karam dpt dari youtube...
make sure korang buat kaki macam ini ya... karam terangkan bab kaki dulu.
1 2 3 4 5
ini lak gambaran mcm mana kicknya yg betol.. perhatikan ya
1- korang start la dari tepi dinding kolam. mulakan dengan streamline.(xtaw streamline sila rujuk google) lepas streamline. rapatkan keduadua kaki, jangan lak masa luruskan kaki tu korang kangkangkan kakilak.. pastikan dia betol lurus n rapat... relexkan kaki.. jgn tegangkan sangat kaki tu.... sila tgk video di atas.
2- Bend your knees and bring your heels straight back towards your butt picture no 2,thrusting your hips forward slightly so that your body is straightfrom the knees to the shoulders and bent at a 45 degree angle at theknees. make sure gak bile luruskan balik kaki. kita mesti pointy toes. pointy toes to mcm gambar no 5 .fhm x? kalu aku nk translet dlm bm rasa mcm kelakar pon ada..
3- pastikan setiap kick tu korang mesti glide ( meluncur) korang count la dlm 4 ke 5saat bagi setiap kick.. jgn laju2, lebey2 bagi mereka yg baru nkbelajar. Ingat berenang breastroke ni kena ada glide. lagi panjangglide lagi bagus. (tp jgn le sampai korang terberhenti baru korang nakkick balik)
4- pastikan gak korang kepakkan tapak kaki tu betol2.. picture no 3dan ( sila rujuk kat video kat atas) sebab selalunya orang selalumelakukan kesalahan mengkepakkan kaki. sbb kalu salah kepak salah lahtendangan korang.
5- pastikan korang relex.. jgn tegangkan badan.. lagi korang tegangkan badan korang akan tenggelam.. so relexkan badan tu.
p/sda best nk belajo swim ni mesti ada pengajar.. lagi senang belajar..dan cari pengajar yg betol2.. kalu salah berguru bertahun la korang nkbetol kan balik korangnya kick tu...
breast stroke pulling arm
lepas je dah berjaya buat kicking dengan betol.. baru lah korang boleh belajar mcm mana nk pulling korang nyer tangan.. maknanya cara utk menguak tangan korang...
A- luruskan tangan dulu...
B- bukakkan tangan ketepi... pastikan jgn bukak terlalu besar.. bengkok kan sikit siku korang...dlm 45 degrees le..
C- bawakkan tangan korang hampir ke dada.. jgn lak sampai kedada... then dari sini la korang amik nafas.. (amik nafas dari mulut ya.. korang bukak le mulut sebesar alam yg bole dan hembus melalui hidung) tgk gambar tu... kalu xfhm jugak amik je kelas gan gue..
D- luruskan balik tangan kedepan...
adei susahnya nk terangkan kat sini.. korang tengok video kat bawah ni.. maybe lebey faham...
kalau dari video ni dia xluruskan tangan dulu sbb dia dah bukak tangan ketepi dah.. so korang mesti luruskan dulu tangan
ni pon ok gak.. korang perhati tol2 tangan dia ok
Ingat masa kuakkan tangan.. mesti ada glide gak ok.. jgn laju2 mcm kena kejo gan buaya lak.... perhatikan video tu betol2.. dan jgn lupa relex ya...
Gabungkan Kaki N tangan utk Breast stroke
dah luluskorang belajo kaki n tangan n breathing.. korang gabungkan le kaki ntangan tu... bagi permulaan buat le kick 2 kali then satu kali tangan nbreathing.. then bile dah selesa baru la korang leh buat satu kick satupull.. take time ya everybody.. jgn xpax kejap je dah pandai.. ingat...mesti ada glide! da best breast stoke bile gliding kita panjang. relexn jgn tegangkan badan korang... dah penat aku meroyan ni.. korangtonton le video kat bawah ni...
semogaberjaya buat gaya dada ni dengan relex.. xyah nk lumba2.. kalu nk lumbasangat g lumba gan jojo yg handal gan kuakan itu.. ahahhaha
coming soon harap semua dapat swim macam ni...
[ Last edited by karambunai at 11-12-2008 06:26 PM ]
KOLAM RENANG
setiap kali nk berenang mesti ada kolam kan.... ok saiz kolam kekadang berbeza... ada yang 8 lorong. and ada 10 lorong... bagi olympic nyer saiz ialah panjang 50meter n lebar 25meter. 10 lorong. Selalunya kalau ada competition..lorang 0 dan lorong 9 tu xdigunakan pon....
[ Last edited by karambunai at 11-12-2008 10:32 PM ]
karam buat stroke apa ye -
stroke rama2 ke stroke dada -
time race....time depa lepas kan utk renangan tu kena hati2 la...
pasal kat powerman ramai org...
sesilap ari bulan tengah nak bikin stroke, kena penendang tanpa bayang dr org depan...
kena cari ruang belah luar la skit..kalu takut kena tendang
SYDNEY: Bekas perenang terkemuka Australia, Ian Thorpe menganggap Michael Phelps dari Amerika Syarikat tidak akan berjaya dalam usahanya untuk mengatasi rekod pungutan tujuh pingat emas Mark Spitz di Sukan Olimpik Beijing, bulan depan.
Phelps meletakkan sasaran untuk memperbaharui pencapaian bersejarah Spitz yang dilakukan pada 1972, dengan berulang kali menegaskan mereka yang berkata pencapaian lapan emas pada satu-satunya temasya itu sebagai mustahil, sebenarnya silap.
Tapi, Thorpe, perenang terhebat Australia dengan lima emas daripada dua Olimpik, berkata beliau percaya ia tidak boleh dilakukan, walaupun oleh Phelps.
揝aya mengatakan saya tidak percaya yang dia boleh menang lapan emas,
karam ..
cemaner nak swim bagi laju? haku klu swim slalu ketinggalan lah dgn ciner2 kat pool tu .. langkah bijak yg haku buat ... haku lepaskan dowang berambus dulu .. tak lah ketara kesiputan ku iteww
tadi swimmng after work - saya bawa paper ni -
sebab saya printed yang karam bagi tu -
okay juga - tapi masih tak mantap lagi - so kena practice lagi -
but it helps a lot -
thank ...
owh dexa printed ke? caya la dexa... owh.. masih xmantap ke.. tu la.. selalunya kalu nk lebey mantap instructor kena tgk.. nk tgk ape salah.. biasa lah sumtime teori or bacaan je xcukup utk kita menjadi lebey mantap kan...
Originally posted by mutanazita at 25-7-2008 03:40 PM
karam ..
cemaner nak swim bagi laju? haku klu swim slalu ketinggalan lah dgn ciner2 kat pool tu .. langkah bijak yg haku buat ... haku lepaskan dowang berambus dulu .. tak lah ketara kesiputa ...
selalunya ada pelbagai la yg leh kita tgk "pasal kita berenang punya le lembab"
1- stamina tarak
2- teknik salah (paling ketara le)
3- or ko memang jenis kesiputan... ahhaha..
aku xleh la nk cakap or nk bayangkan kenapa ko selow swim berbanding cina2 kat pool tu.. ni mesti kat pool bandar tun razak le ni.. halow diaorg berenang eberiday.. mmg le xsemput.. ko berenang berapa kali seminggu?
tat why aku kena tgk sendiri le pasal ko xleh nk swim laju2... " eh bukan free taw" sebab tu kena masuk kelas aku.... ko xakan keciwa lepas itew
so langkah bijak adalah jumpe le instructor yg betol or berpengalaman... ingat salah teknik abis ler.. lama gile nk betolkan teknik.... sampai ketua le ko berenang kesiputan ok....