View: 21198|Reply: 20
|
[R-TV]Penyampai Ikon [Aina Suzaily Juara!]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 17-11-2009 08:36
RTM Cari Bakat Baru Pengacara Dalam Program penyampai Ikon
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama)-- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menganjurkan program realiti "Penyampai Ikon" Ogosini dalam usaha melahirkan pengacara yang mampu menarik penonton mengikuti rancangan terbitan mereka.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf berkata usaha mencari pengacara yang berbakat dan serba boleh merupakan satu cabaran besar kepada RTM.
Katanya program realiti itu mempunyai 13 episod dan akan disiarkan pada setiap Sabtu pada pukul 8.30 malam di TV2 mulai 22 Ogos ini.
"Seramai 30 orang pelajar yang terpilih akan dikuarantinkan didalam sebuah kolej serta diajar dari pukul 8 pagi hingga 12 malam bagi melahirkan penyampai berita, pengacara dan wartawan yang berwibawa,"katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kamaruddin berkata melalui program realiti ini, masyarakat berpeluang melihat bagaimana proses seseorang itu dibentuk menjadi pengacara, penyampai berita serta wartawan yang sering muncul di kaca televisyen.
Sesi uji bakat bagi program tersebut akan diadakan di Hotel Traders, Pulau Pinang pada 21 dan 22 Jun, Hotel Regency, Alor Setar (21-22 Jun), Hotel Puteri Pacific, Johor Baharu (5-6 Julai) dan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Julai ini.
-- BERNAMA
[ Last edited by Syd at 19-6-2009 20:30 ] |
|
|
|
|
|
|
|
jom la speku
sape pengetua nye
normala samsuddin buleh tak?
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kose! ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 Syd\ catat
farid ismeth
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 jac_diehard_fan\ catat
ke zaini yuhyi ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pengetua dia ialah Yusnaini Yushak, ex TV3![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
rtm buat??? ooohh....cam terbayang2 je lak sambutannya....
nak bt cam malaysian top host tv3 ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
suam-suam kukunya kalau si yusanani tu..
dia tu larat jalan ke idak skrg nih? |
|
|
|
|
|
|
|
nak g uji bakat die bleh x? ![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yusanani cari pelapis penyampai
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro,com.my
BERBEKALKAN pengalaman sebagai penyampai berita dan pengacara sejak 1994, ternyata Yusanani Yushak bukan calang-calang individu dalam dunia penyiaran. Justeru, memang layak dipilih sebagai pengetua Penyampai Ikon di TV2, bermula 22 Ogos ini.
Sebagai pengetua, semestinya Yusanani mempunyai kriteria tertentu untuk memilih calon sesuai bertanding dalam program realiti 13 episod itu. Sudah pasti bukan mudah baginya mencari seorang 'ikon' penyampai yang semestinya ada bakat dan pakej rupa.
Yusanani berkata, karier dalam bidang penyiaran tidak boleh diambil mudah. Dalam soal ini, aspek yang paling utama ialah disiplin diri. Sebagai orang media, disiplin sangat penting kerana ia memerlukan wartawan datang lebih awal ke lokasi.
"Malah, jadual tugasan juga tidak menentu masa dan komitmen itu diperlukan. Justeru, bagi mencari ikon penyampai yang baik, beberapa kriteria diambil kira. Jadi, bergantung kepada prestasi cemerlang ditonjolkan peserta menerusi tugasan diberi.
"Apapun, untuk menjadi seorang 'ikon' memang sewajarnya penilaian dibuat dari aspek prestasi, serius terhadap kerja dan disiplin diri. Jika semua aspek itu sudah ada, secara tidak langsung misi pencarian berjaya dan seorang ikon ditemui," katanya.
Katanya, biarpun pencarian Penyampai Ikon diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), peluang karier penyiaran disediakan sangat terbuka. Tidak semestinya peserta perlu bekerja dengan RTM, namun boleh mencuba nasib di stesen lain.
"Penyampai Ikon sekadar platform untuk terbabit dalam dunia penyiaran. Selebihnya, minat dan bakat dimiliki itu yang penting. Bagaimanapun, selain menjadi penyampai berita, peserta juga boleh menggilap bakat sebagai pengacara," katanya.
Menyingkap pencapaian terbaiknya sewaktu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran, Yusanani mengakui tahun 2000 sangat bermakna. Katanya, ketika itu dia ditugaskan membuat liputan di Iraq sejurus selepas Perang Teluk tercetus.
"Liputan berjudul 'Kanak-Kanak Iraq' itu tidak dapat saya lupakan kerana dapat melihat manusia dan beberapa tempat menjadi sasaran bom oleh kuasa Barat khususnya Amerika Syarikat yang tidak bertanggungjawab. Ia sungguh memilukan.
"Di Iraq juga, saya berkesempatan membuat temu bual eksklusif bersama Menteri Luar Iraq ketika itu, Tareq Aziz dan Menteri Pertahanan Iraq, Taha Yassin Ramadhan. Selain itu, pengalaman tidak dapat dilupakan apabila melihat kanak-kanak Iraq menghidap pelbagai penyakit kronik.
"Majoritinya disahkan menghidap penyakit leukemia kesan daripada bahan radio aktif akibat serangan bom bertalu-talu. Sedih melihat kanak-kanak itu menanggung kesakitan tanpa sebarang rawatan dan ubat termasuk ibu bapa yang hidup dalam kedaifan," katanya.
Yusanani memulakan kerjaya wartawan sebagai Wartawan Siaran Kadet di Divisyen Berita dan Ehwal Semasa TV3 pada 1 April 1994 kemudian dilantik Pengurus Perkhidmatan Editorial pada 1 Januari 2001. Antara program dikendalikan, Buletin Utama, Majalah 3 dan Jendela Dunia.
Pada November 2003, Yusanani ditukarkan ke Jabatan Komunikasi Korporat sebagai Pengurus Komunikasi Korporat dan meletak jawatan pada 31 Julai 2005. Kini Yusanani juga pengarah sambilan di Institut Penerangan Dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Institut Kewartawan Malaysia (MPI) mengendalikan bidang kewartawanan TV.
Yusanani dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan pernah menemu bual eksklusif Presiden Timur Leste, Xanana Gusmao pada 29 Jun 2003 sebelum meletak jawatan 31 Julai 2005.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf berkata, siri jelajah pencarian bakat Penyampai Ikon membabitkan sembilan negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.
"Malah, sesi uji bakat seterusnya akan berlangsung di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah pada 27 dan 28 Jun ini, diikuti Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru (5 dan 6 Julai) serta lokasi terakhir, Hotel Hilton KL Sentral Kuala Lumpur (12 dan 13 Julai) depan.
"Bagi memilih calon sesuai, tanggungjawab itu digalas pengetua dan Konsultan Persembahan dari Unit Persembahan, Yusanani dibantu penerbit, Mohamad Yusni Mohamed Ali. Ternyata, sambutan diterima amat menggalakkan daripada orang ramai.
"Calon yang dikenalpasti menerusi uji bakat membabitkan pembacaan skrip, persembahan kebudayaan dan sesi soal jawab pengetahuan am itu, seterusnya akan dilatih di Kolej Penyampai Ikon selama tiga bulan. Dalam tempoh itu, latihan turut dibuat di Angkasapuri dan lokasi luar," katanya.
Menurut Kamaruddin lagi, dengan latihan intensif disediakan calon akan belajar mengenai tatacara dan etika untuk menjadi penyampai berita atau pengacara. Segala selok-belok dunia kewartawanan akan dilatih sebaiknya walaupun mereka tersingkir.
"Seramai 30 calon dipilih akan mengharungi pahit manis dan perit getir mengejar impian dalam karier penyampai berita, pengacara serta wartawan siaran. Namun, adat bertanding yang pasti penyingkiran tetap berlaku sekalipun bukan setiap minggu.
"Hakikatnya, yang menarik mengenai Penyampai Ikon ialah peserta yang tersingkir tidak dibuang terus daripada kolej kerana mereka akan diberi latihan hingga program ini tamat. Oleh itu, peserta perlu menggunakan peluang diberi sebaik mungkin," katanya mengakui pencarian Penyampai Ikon tidak akan diadakan setiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.mpi.com.my/images/hakim16.jpg)
Yusanani Yushak C wajah yang tidak asing di kaca televisyen dan pernah memenangi beberapa anugerah kewartawanan termasuk yang dianjurkan oleh MPI. Selain penyampai utama Buletin Utama dan juga menjadi pengcara beberapa rancangan terbitan TV3 seperti Majalah 3 dan Jendela, Yusanani adalah juga bekas Pengurus Editorial dan Pengurus Komunikasi Korporat stesen swasta itu. Beliau kini mengendalikan syarikat penerbitannya sendiri di samping menjadi pensyarah sambilan bidang penyiaran di Institut Penyiaran Tun Abd Razak, Kementerian Penerangan Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Bekas personaliti TV 'besar kepala'
MANUSIA yang hidup di muka bumi ini selalunya akan cepat saja lupa diri dan buang kawan. Ibarat habis madu sepah dibuang, memang cukup sesuai ditujukan kepada bekas personaliti TV ini. Orangnya memang comel dan pernah membuatkan penonton setia yang menonton berita dan program yang dihoskannya terpaku di depan TV.
Tapi itu ketika dia masih lagi bertugas di stesen TV terbabit. Kini, selepas lama tidak muncul di persada seni dan memilih kerja sambilan di sebuah pusat pengajian, dia akhirnya menerima tuah apabila ditawarkan mengemudikan sebuah program di stesen TV lain pula. Program itu belum dimulakan lagi. Tak silap Cik Normah bulan depan baru mula.
Cik Normah diberitahu bekas personaliti itu sudah mula menyisih dan membelakangkan orang kelas bawahan yang selama ini cukup baik dengannya. Macam itulah, sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna lagi. Apa tidaknya, selepas sudah dapat membina hubungan baik dengan orang atasan di stesen TV terbabit itu, mulalah dia hanyut tak ingat dunia.
Kalau sebelum ini, orang bawahan itulah tempat dia meminta bantuan apa yang patut, sekarang tidak lagi. Kononnya dia sudah mula menjadi perhatian peringkat pengurusan atasan, lalu tak mainlah lagi kabel bawahan. Begitulah dasar manusia, cepat saja diri itu lupa dari mana asal permulaan dirinya.
Cik Normah acap kali berdepan dengan perihal kisah yang sama. Kalau dulu, Cik Normah ini kira tempat berkongsi suka dan duka. Tapi apabila sudah mula naik tingkat kehidupan dan jawatan, mulalah jumpa kawan lama pun buat-buat tak kenal.
Dunia hiburan pun selalu berlaku adegan yang sama. Kalau dulu waktu tak popular, salam dan cium tangan wartawan penuh sopan. Tapi apabila nama sudah tinggi melangit, mulalah ‘kekwat’ dan sangkakan dunia ini macam milik seorang saja. Ingatlah kita bukan selalu berada di atas. Macam roda ada kala ke atas, ada kala ke bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
apa citer nih??? dah mula ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku dpt 2nd audition mende nih..hopefully dia dpt..
kalo x silap cite ni start bln 8... |
|
|
|
|
|
|
|
Misi istimewa Penyampai Ikon Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
[email protected]
Sebanyak 17 peserta yang terpilih menyertai program PenyampaiIkon tidak mempunyai pengalaman, baik di depan kamera mahupun dalambidang kewartawanan. Berjayakah Penyampai Ikon menzahirkan impianmereka untuk bergelar penyampai televisyen terhebat? Saksikan bakatmereka pukul 9 malam ini di TV2 RTM.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0822/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg)
UNTUK tampil menjadi penyampai yang baik di TV, setidak-tidaknyaseseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai asas sebagai seorangwartawan.
Itu satu kenyataan yang boleh dibuktikan kerana pengacara tersohorseperti Wan Zaleha Radzi, Suhaimi Sulaiman, Dang Suria Zainurdin, waimapengacara terkenal Aznil Nawawi pun pernah bergelar wartawan pada awalkerjaya mereka satu ketika dahulu.
Di kaca TV, penyampai haruslah versatil dalam apa jua situasi.Ketika itu, apa sahaja emosi yang tidak kena dalam diri harusdiketepikan. Namun, di sebalik lensa kamera yang memotret merekasebagai individu serba bijak dan sempurna itu, tidak banyak diketahuiumum tentang karier itu. Sukar atau senang, semuanya tersimpan sebagairakaman berharga buat penyampai terbabit sahaja.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0822/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg)
BAWAH dari kiri: Noormadiana, SitiFazurita, Siti Aisyah, Beatrice dan Hazel. Atas dari kiri: Atikah,Norsila, Aina, Nur Izaati, Cassandra dan Khirjaa.
Dari situlah idea pencarian program Penyampai Ikon bermula.Bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya, bekas pembaca berita diTV3, Yusanani Yushak kini mula membidik misi mahu melahirkan generasibaru penyampai TV berkaliber di RTM.
Bukan soal menyambung legasi atau membina semula nama yang tenggelamselepas meninggalkan TV3, Penasihat Persembahan di RTM itu ada alasanyang lebih kukuh.
"Saya percaya ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama. Beginilah,apabila tiba masa yang sepatutnya, seseorang penyampai berita kenaberundur untuk memberi peluang kepada orang baru.
"Ketika karier saya bermula, saya belajar melalui jalan yang sukar.Dulu, tidak semua senior mahu berkongsi ilmu dengan saya. Bahkan sayaperhatikan, kerja wartawan ini memerlukan satu latihan intensif.Melangkah sahaja ke bilik berita, seorang wartawan itu terus sibukdengan tugasan seharian dan tiada masa untuk dihantar berkursus,"katanya yang serius mahu melihat kemunculan penyampai baru yangberkaliber menerusi Penyampai Ikon.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0822/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg)
BARISAN peserta Penyampai Ikon tekun mendengar taklimat daripada pengetua mereka, Yusanani.
Bertindak sebagai Pengetua Penyampai Ikon yang memulakan episod pertamanya menerusi TV2 Rtm malam ini, Yusanani percaya biarpun bersifat program realiti TV, Penyampai Ikon mampu melahirkan penyampai TV yang benar-benar layak bergelar 'ikon'.
"Saya faham, ikon satu ungkapan yang besar maksudnya. Untuk programini, saya mahu semangat untuk bergelar ikon meresap ke dalam dirikesemua 17 peserta. Sebab itulah program ini dinilai 100 peratus olehjuri profesional, bukannya SMS dan hanya seorang yang akan diangkatsebagai Penyampai Ikon," katanya yang mula berkhidmat di RTM sejak awal 2009.
Untuk menjadi penyampai yang baik, kewartawanan menjadi asas yangkukuh. Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadiwartawan yang secara realiti sentiasa bersedia bertanya untukmendapatkan jawapan.
Sekiranya diperhatikan, penyampai atau pengacara yang berjaya adalahterdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latar belakangkewartawanan. Lihat sahaja Aznil Nawawi yang pernah menjadi wartawan amdi TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman yang mempunyai latar belakang kewartawanan penyiaran di TV3.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0822/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg)
ATAS dari kiri: Mohamed Shahril, Mohd. Sharkawi dan Khairul Faizi. Bawah dari kiri: Ensyfrido, Al Firdaus dan Kamal.
Penyampai TV boleh dikategori kepada dua: penyampai yang berotak dan juga penyampai yang kurang bijak.
Penyampai yang berotak ialah mereka yang membuat penyelidikan dankelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara yang satulagi ialah mereka yang tidak membuat kajian sebelum mewawancaraseseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disediakan olehpihak lain atau penerbit rancangan.
Dalam Penyampai Ikon, semestinya penyampai dalam kategorikedua yang bakal dilahirkan, namun sepintas lalu adakah ia persismenyamai sebuah program pencarian bakat pengacara, Malaysian Top Host yang pernah disiarkan TV3 satu ketika dahulu?
Di mana ketulenan Penyampai Ikon berbanding Malaysian Top Host dan apa yang menjadikan ia unik berbanding program realiti sedia ada?
"Malaysian Top Host lebih ke arah pencarian pengacara TV, selain menekankan personaliti menarik. Berbanding dengan Penyampai Ikon,ia sebuah program pencarian penyampai TV yang lebih lengkap merangkumilaporan berita, penulisan skrip berita TV, imej serta disiplin," kataYusanani.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0822/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg)
Uniknya, peserta yang tersingkir tidak akan dikeluarkan daripada program Penyampai Ikon, sebaliknya mereka akan dikekalkan dan wajib mengikuti segala jadual yang ditetapkan sehingga ke episod terakhir.
Peserta yang tersingkir dalam Penyampai Ikon bukan bermaksud mereka gagal untuk selama-lamanya. Jika tidak bergelar Penyampai Ikonatau menjadi pembaca berita utama, mungkin mereka boleh memulakankarier sebagai wartawan dalam program berita. Dari situ, ilmu dan bakatakan berkembang dan tidak mustahil mereka boleh menjadi penyampai yangberjaya pada kemudian hari.
"Dalam Penyampai Ikon, kami tidak mahu mensia-siakan pelaburan yang telah dibuat sejak dari awal pencarian bermula April lalu.
"Peserta yang telah disingkir tetap akan berada di dalam kelas tetapi penglibatannya tidak akan disiarkan.
"Satu lagi uniknya program ini ialah kesemua peserta Penyampai Ikonakan diberi peluang untuk bergelar wartawan penyiaran di RTM. Maknanya,mereka sudah ada pekerjaan apabila program berakhir. Berbanding ramailagi wartawan di Bilik Berita RTM yang tidak berpeluang berkursus,mereka ini sangat bernasib baik," kata Yusanani.
Menggariskan disiplin setiap peserta dan pasukan Penyampai Ikon sebagaiprinsip yang menentukan kejayaan program berkenaan, Yusanani menambah:"Bukan glamor atau berharap untuk dikenali, sebaliknya Penyampai Ikon adalah platform terbaik untuk memasuki dunia kewartawanan TV secara profesional." |
|
|
|
|
|
|
|
Penyingkiran pertama Penyampai Ikon
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1019/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.1.jpg)
PARA peserta berdebar-debar setiap kali juri profesional memberi komen.
PROGRAM realiti mencari penyampai berita yang pertama terbitan RTM, Penyampai Ikon, baru sahaja melalui penyingkiran pertama dengan menyingkirkan tiga orang peserta Khamis lalu.
Bersiaran pada pukul 8.30 malam di TV2, program ini menyaksikan tiga orang peserta,
Mohd. Sharkawi Mohd. Salehuddin, 23; Noormadiana Kamaluddin, 23; dan Norsila Talaha, 26, disingkirkan setelah lapan minggu berada di dalam program itu.
Penyingkiran
Penyingkiran mereka diputuskan secara konsensus oleh juri profesional yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya, Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin dan pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
Menurut Pengetua dan Penerbit Eksekutif Penyampai Ikon, Yusanani Yushak, penyingkiran mereka dibuat berdasarkan prestasi mereka yang dinilai lemah dalam penyampaian berita dan laporan lokasi.
"Bagaimanapun penyingkiran itu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan mereka di Kolej Penyampai Ikon.
"Walaupun mereka tersingkir, tetapi mereka kekal sebagai pelajar sehingga program itu tamat.
"Cuma mereka tidak akan muncul sebagai calon-calon Penyampai Ikon dalam program realiti ini mulai tarikh penyingkiran mereka," ujarnya kepada Hits di sini baru-baru ini.
Tambah Yusanani, 14 peserta ini akan melalui lagi dua kali penyingkiran bagi memilih lima orang finalis yang akan berentap di pentas final Penyampai Ikon yang pada 8.30 malam dari Istana Budaya pada 14 November ini.
Peserta yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan ialah Kamal Firmanshah Kamaluddin, 25; Siti Aisyah Baslie, 24; Cassandra Manja, 23; Athikah Mohd. Naim, 23; Aina Suzaily M. Zailanny, 20; Mohamed Shahril Sarapudin, 21; dan Enzyfrido Abu Hasan, 24.
Tujuh lagi peserta ialah, Nur 'Izaati Abul 'As, 22; Hazel Anak Desmond, 26; Siti Fazurita Mohd. Famir, 25; Beatrice Krishnan, 23; Al Firdaus Shahrul Naing, 21; Khirjaa a/p Palanisamy, 27; serta Khairul Faizi Dalaiil, 23.
Tidak seperti program realiti yang lain, penyingkiran dalam Penyampai Ikon diputuskan sepenuhnya oleh panel juri profesional yang menilai hasil kerja mereka dalam bidang penyampaian berita dan membuat laporan di lokasi.
Antara aspek yang dinilai oleh juri profesional termasuklah disiplin penyampaian, penampilan dan keterampilan dan kandungan laporan editorial .
Program Penyampai Ikon, yang bermula pada pertengahan Ogos lalu adalah usaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk melatih bakat-bakat baru dalam bidang kewartawanan telelvisyen, penyampaian berita dan pengacaraan program-program ehwal semasa Radio dan Televisyen Malaysia.
17 orang peserta dari seluruh negara telah dipilih untuk menyertai program itu melalui uji bakat yang telah diadakan.
Selama tiga bulan mereka diberi latihan intensif dalam bidang kewartawanan siaran oleh tenaga pengajar yang mahir dalam dunia itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Enam finalis Penyampai Ikon tentukan juara 14 November
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1108/Kosmo/Negara/ne_07.1.jpg)
ENAM peserta final Penyampai Ikon 2009 (dari kiri depan) Aina Suzaily, Aiyshah, Shahril, Hazel (belakang, kiri), Faizi dan Beatrice (gambar kecil).
DEBARAN. Program realiti Penyampai Ikon 2009 terbitan RTM malam tadi mengumumkan enam peserta yang mara ke episod akhir pada 14 November ini.
Mereka ialah Aina Suzaily M. Zailanny, Mohamed Shahril Sarapudin, Hazel Desmond, Khairil Faizi Dalaiil dan Aisyhah Baslie manakala Beatrice Krishnan kembali bersaing selaku peserta terbaik di kalangan mereka yang tersingkir.
Jika sebelum ini rancangan itu disiarkan dalam bentuk rakaman, dalam episod akhir itu mereka bakal beraksi secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan disiarkan menerusi TV2 mulai pukul 8.30 malam.
Mereka adalah antara 17 peserta Kolej Penyampai Ikon yang telah mengikuti pengajian dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 14 Ogos lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|