CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3230|Reply: 23

Anda Terasing Kerana Memilih Islam?

[Copy link]
Post time 6-7-2009 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145]


have time to read the whole article from this website
dipetik dari saifulislam.com -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 11:25 AM | Show all posts
Maksud Hadis

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi

Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2009 12:08 PM | Show all posts
‘Apakah kamu percaya sekiranya saya katakan bahawa ada sekumpulan askar sedang mara untuk menyerang Mekah dari sebalik gunung ni, walaupun anda semua tidak nampak kumpulan askar itu disebabkan terlindungnya dengan gunung ini ? ‘  soal Muhammad.

‘Tentu sekali kami percaya walaupun kami tidak nampak apa yang ada disebalik gunung ini kerana kami yakin tuan akan berkata yang benar, malahan tuan tidak pernah bohong sejak dari kanak2 lagi ’. Jawab mereka.

‘Sekarang, saya mahu memperkenalkan kepada anda semua, bahawa saya adalah Utusan Allah, Tuhan semesta alam.  Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah.  Allahlah yang menciptakan dunia ini, segala2 yang ada adalah ciptaan Allah. Selepas anda mati, anda akan ditanya akan segala amalan yang anda lakukan diatas dunia ini.  Setiap manusia akan diberi pembalasan yang adil dan saksama diakhirat nanti. Allah sediakan syurga untuk hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh manakala neraka disediakan untuk hamba2Nya yang enggan mengikut perintahNya. Semua berhala2 hendaklah dimusnahkan, tiada lagi tuhan Al Uzza, Al Latta dan kesemua tuhan yang lain yang terdapat disekeliling kaabah.  Jangan dibunuh dan ditanam lagi bayi2 perempuan, kerana itu adalah rezeki Allah kepada keluarga tersebut, maka sesiapa yang ingkar akan mendapat balasan yang perit dari Allah.  Hamba2 yang dimiliki oleh tuan2, hendaklah tuan2 merdekakan.  Tiada hamba dikalangan hamba2 Allah.  Tuan2 tidak lagi dibenarkan berzina dan mendekati zina.  Tuan2 tidak lagi dibenarkan minum minuman yang memabukkan.  Tidak lagi dibenarkan membuka aurat.  Sekiranya tuan2 menginginkan wanita, hendaklah tuan2 menikahi mereka dengan cara yang dibenarkan agama Islam.  Islam membenarkan jualbeli tetapi mengharamkan riba, maka hendaklah segala syarat2 jualbeli kini dimansuhkan dan ditukar dengan cara Islam.  Wanita2 hendaklah menutup aurat mereka seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan..  Maka saya menyeru agar kamu semua mengucapkan syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya.’

Muhammad yang menjadi kebanggaan, kesayangan dan orang yang paling dipercayai oleh  kaum Quraisy sejak dulu hingga kini, tiba-tiba dianggap ganjil, pelik dan bercakap merepek.  Maka sejak dari itu, Nabi Muhammad saw menjadi orang yang dipulaukan, orang yang diejek2, orang yang dihina, orang yang dikeji, orang yang dijatuhkan martabah dan maruahnya, lebih menyedihkan apabila pakcik bagindalah orang yang pertama yang menghina dan mengejek baginda.  Malahan lebih teruk lagi, pakcik baginda sendirilah yang menjadi ketua bagi menghalang penyebaran agama Islam itu.  

Ya Allah, kurniakanlah junjungan kami, Nabi Muhammad saw makam yang paling tinggi dan paling mulia, serta syurga al jannah.  Pengorbanan, keperitan, kesengsaraan dan kesunyian yang baginda alami memang tidak dapat kami bayangkan.. Kami mengucapkan selawat dan salam ke atas baginda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2009 12:19 PM | Show all posts
kawan saya sanggup berhenti kerja drp pegawai kerajaan , kerana tidak mahu terlibat rasuah
zulyusoff Post at 6-7-2009 11:47



marilah kita sama2 doakan agar kawan awak mendapat kerja yang lebih baik.  Rezeki semuanya ditangan Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2009 12:31 PM | Show all posts
Umar Al Kattab, pemuda yang paling berani di kalangan kaum Quraisy, menjadi kebanggaan pemimpin2 Quraisy, pemuda harapan ketua2 Quraisy, tiba2 mengisytiharkan bahawa pada hari itu, dia akan pergi mencari dan membunuh Rasulullah saw.  Apabila didengar berita ini oleh ketua2 dan pemimpin2 Quraisy, maka bergembiralah mereka dan mengucapkan syabas kepada Umar.  

Tetapi tiba2 hari pembunuhan itu bertukar menjadi hari pengislaman Umar.  Maka pada hari tersebutlah Umar Al Kattab ra tiba2 menjadi orang asing dan aneh di kalangan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 03:32 PM | Show all posts
salam forumer....
petikan petikan yg sunguh menarik sekali
teruskan...saya dah lama tak tengok petikan sebegini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2009 04:50 PM | Show all posts
Seorang gadis lincah, tiba2 pada suatu pagi, mengenakan jubah dan tudung labuh menutup seluruh tubuh badannya.  Rakan2 serumahnya menjadi hairan dan pelik, lalu bertanya 'Apa hal ni?' 'Semalam aku baca Al Quran dan membuatkan aku menangis menyesali diri aku ni, walhal perintah Allah untuk menutup aurat telah sampai lebih 1,400 tahun yang lalu.  Aku insaf dan ingin kembali kepada Allah.' jawab gadis itu.

Bermula dari hari itu, gadis itu dianggap extremist oleh rakan2 serumahnya.  Jadilah ia seorang yang ganjil dikalangan housematenya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2009 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by sisone at 8-7-2009 09:59

‘Ahad… Ahad…’  hanya perkataan itu sahaja yang kedengaran dari mulut Bilal bin Rabah.  

‘Hentikan ucapan mu itu.  Kalau tidak aku akan seksa engkau dengan seksaan yang sangat keras’  kata Umaiyyah bin Khalaf kepada hambanya itu.

Hanya kerana kepercayaan Bilal kepada Allah, Tuhan yang satu dan bukan lagi patung-patung berhala yang terdapat disekeliling kaabah, menjadikan Bilal seorang yang aneh dan ganjil dan patut menerima hukuman dan seksaan yang amat berat dari Tuannya.  Walhal sebelum ini Bilal amat taat kepada perintah tuannya.  Apa juga jenis pekerjaan yang diarahkan, pasti akan dilaksanakan tanpa sebarang bantahan.

Tetapi kini hanya kerana kepercayaannya kepada Allah iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.  Agama yang mengajak manusia kepada sikap kasih sayang, hormat menghormati, bercakap benar, berlaku adil, bersikap jujur, amanah dan segala2 yang baik diajar di dalam agama baru ni, maka  dia dianggap aneh, ganjil dan  jadilah dia orang sasaran untuk kekejaman, kesengsaraan dan penyeksaan.

Hati Umaiyyah bin Khalaf tidak puas dengan siksaan sahaja, tetapi berapi-api kemarahannya hingga sanggup menyeksa Bilal setiap hari, setiap detik dan akan terus menyeksanya hingga ke membawa kepada kematian.  Dijemurkan setiap hari di bawah sinaran matahari yang terik.  Tidak diberi makan dan minum.  Dihumbankan batu besar diatas badan Bilal.  Cukup perit kesengsaraan Bilal, namun mulutnya tidak pernah berhenti dari menyebut ‘Ahad…Ahad..’ (iaitu Allah yang Esa)

‘Juallah Bilal kepada saya’  kata Abu Bakar As Siddiq, jutawan Mekah kepada Umaiyyah sejurus selepas beliau mengetahui penyeksaan yang dihadapi oleh Bilal.

‘Saya tak akan jualkan dia.  Saya akan seksa dia sampai mati’  kata Umaiyyah.

‘Berapalah harga Bilal sekiranya dia sudah mati?  Sekarang ni pun dia sudah nyawa-nyawa ikan.  Dia tidak berguna lagi pada tuan, eloklah tuan jualkan saya sementara dia masih bernyawa dan ada harga’  jawab Abu Bakar As Siddiq.

Selepas termenung dan memikirkan betulnya kata2 Abu Bakar itu, maka Umaiyyah pun setuju untuk menjualnya dengan harga yang mahal.

Selepas dibeli, Abu Bakar membela dan mengubati Bilal hinggalah dia sembuh dan kemudian membebaskannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 01:20 PM | Show all posts
Ya Allah Ya tuhanku...

Apalah sangat keterasingan kita kalau dibandingkan dengan para sahabat dah para auliyah kan? terasa insaf... memang tak dinafikan.. keperitan itu amat terasa apabila kita memilih untuk berada di jalan Allah sedangkan rakan, jiran, keluarga masih memilih kepalsuan dunia sebagai pakaian kedudukan dan status.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus.

Ya Allah, jangan lah kau sesatkan hati-hati kami setelah engkau beri kami petunjuk. Tunjukkan lah kami jalan yang benar seperti orang-orang sebelum kami yang telah engkau tunjuki.

Amin....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:44 PM | Show all posts
me and family choose to boycott certain products e.g: McDoc, KFC and etc

so, satu ari nih, my boss nak blanja we all and asked us to order lerr apa2..
the rest of my colleagues pun agreed to buy Mcdoc.. as for me, it's oklaaa..
since semua staffs melayu dan muslims, i bagitaulaa.. my family are still in boycott mode - jokingly. Just to cover up so that I didn't sound MACAM BAGUS, i added that i need to watch out my cholestrol level since i'm having HBP symptoms (which is true)

and guess what, despite all the huge mass media coverage on GAZA.. most of my colleagues were whispering- jeering and made fun of this.

i was like - man, they are sooo respectful and understanding towards the vegetarian indian auditors but mocking me?...

dan ku serahkan solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku pada Mu Ya Rabb.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:22 PM | Show all posts
hmm... sedih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:26 PM | Show all posts
facebook haram
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:41 PM | Show all posts
pembetulan
facebook haram kt company aku
aku yg block
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 11:39 PM | Show all posts
Jd kesimpulannya, kita nak buat apa yang disuruh, bukanlah kerja yg senang.. Internet, porno.. Duit... Hiburan... Semua itu melalaikan. Tapi semua benda ada kebaikan dan keburukun. a.k.a negative n positive. Hatta atom sekali pun terdiri dari cas2 positif, negatif dan neutral.. Kita jugak dianugerahkan akal dan nafsu.. Pandai2 lah kita pilih jalan hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 08:21 AM | Show all posts
jln hidup yg betul cuma ISLAM
apa2hal pun kalo buat & nak apa2 jgn sampai menyusahkan org lain.
binatang pun akan marah pada tuan dia kalo,kalo tuan dia selalu menyusahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 11:19 AM | Show all posts
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145]

Susah ya menjadi orang yang ganjil??  Memang aku tak dapat nak bayangkan, bagaimana teruknya baginda Rasulullah saw dihina, dicerca, dipulaukan, been calling names, disakitkan hatinya, diejek, disakitkan fizikalnya, ditengking, dijerkah, dipermain2kan, dipandang dengan pandangan yang sinis, disindir hinggakan boleh diperbuat sesuka hati oleh SELURUH RAKYAT DIMEKAH tak kira budak atau orang tua.  Dibubuh najis ketika baginda sedang sujud.  Dibaling batu ketika baginda sedang berjalan, dibubuh duri disetiap jalan yang baginda lalui  - EVERYDAY.  Ya Allah..   jadikanlah kami dan kaum keturunan kami dari kalangan mereka yang ganjil.  Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2009 12:34 PM | Show all posts
Surah Al Hijr (ayat 95 - 96)
"Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu) iaitu orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui (akibat-akibat)'


Surah Al Hijr (ayat 97)

'Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu (hai Muhammad) menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 09:44 AM | Show all posts
Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit.  Itulah umpama kita saudara semuslim.  Ujian terhadap saudara kita, Barka Ali-Abdulla di Britain memang menakutkan.  Itulah ujian akibat menjadi ganjil yang dituntut oleh agama Islam.  Semoga Allah berikan beliau kekuatan iman disamping doa dari saudara2 semua.

Barka Ali-Abdulla menjadi bahan ejekan disekeliling kaum kuffar yang tidak beriman kepada Allah, manakala saudara2 kita disini, dipandang sinis dan disindir oleh saudara2 seislam itu sendiri..

Ikutilah kisah beliau :

A Muslim woman was left degraded and ashamed after her hijab was ripped from her head and used to strangle her. Barka Ali-Abdulla told a court she was left afraid for her life and unable to go out after she was attacked by Tanya Squires. Ms Abdulla, a Somali refugee, said she was left so devastated she is thinking of leaving Britain after living here for more than 20 years.

Squires, 21, who is three months pregnant, hurled a stone at her head in an unprovoked attack near Churchill Square, Brighton, in August. When Ms Abdulla, the mother of a young daughter, turned round Squires spat in her face and launched a vicious assault on her, Brighton Magistrates Court was told yesterday. Amanda Burrows, prosecuting, said: "Squires punched her hard in the eye and then pulled off her hijab, a traditional headscarf, which she used to try to strangle Ms Abdulla."

Squires was given a five month prison sentence suspended for a year and was ordered to pay £200 compensation to her victim. She was also ordered to wear an electronic tag and not go out between 8pm and 6am until February 5. - www.islamophobia-watch.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 09:48 AM | Show all posts
A Pensioner ripped a veil from a Muslim's face

A pensioner ripped a veil from a Muslim woman in a South Tyneside supermarket. The 79-year-old approached the woman as she shopped in Asda, in Ocean Road, at around 11.45am yesterday. She asked her to remove her veil and started to question her religion. When the 45-year-old refused to take off her veil, the pensioner ripped it from her face. The pensioner, from South Shields, was detained in the store and police were called. She received a police caution for racial aggravated assault.

Ya Allah, berilah kekuatan iman kepada saudara2 kami yang tertindas dan dizalimi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.094684 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list