View: 11280|Reply: 52
|
ada ke tidak kubur Hang Tuah ni??
[Copy link]
|
|
Ini bukan kubur Hang Tuah?
Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?
KITAB Sejarah Melayu dan kubur Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka menjadi bukti jejak pahlawan Melayu ini.
DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.
Hanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, atau yang dibaca dari hikayat lama, peri kewujudan Hang Tuah masih menjadi tanda tanya.
Walau disebut dalam Hikayat Hang Tuah (yang tidak diketahui penulisnya) dan juga dalam kitab Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, laksamana masyhur Melaka ini dianggap sekadar watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala.
Antara hujah yang masih didebatkan adalah mengenai Sejarah Melayu itu yang ditulis kira-kira sekurun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasarkan cerita yang disampaikan leluhur dan kelompok masyarakat sebelumnya.
Segolongan ahli sejarah dan cendekiawan hari ini berpendapat bahawa naskhah yang menyentuh tentang Hang Tuah itu bukanlah histografi yang tepat. Lantaran digarap dalam pelbagai versi, menjadi sukar untuk para pengkaji menemui kata setuju terhadap pembuktian kewujudannya.
Jejak hingga ke kubur
Tidak pula bagi Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin. Beliau yang dihubungi Jurnal memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.
KERIS Pandai Saras yang dikatakan kepunyaan asal Hang Tuah sebelum memiliki keris Taming Sari ini dipamerkan di Pameran Keris Tradisi dan Kesaktian di Muzium Negara, April lalu.
Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.
"Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.
"Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?," soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.
Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.
"Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?
"Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15," rumus Mohd. Jamil.
Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.
"Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini," kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.
PERIGI Hang Tuah di Duyong, Melaka ini telah dibuka untuk dikunjungi orang ramai.
Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.
"Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.
"Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula," katanya.
Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.
Wira Melayu diperlekeh
Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.
Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.
Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.
"Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut," katanya memberi contoh.
"Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.
"Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan," tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.
bila perkara yang jaman tok kadok.... nak carik bukti ekzis tak ekzis tu bukan mudah.... kena rely dgn penemuan demi penemuan atau kalu ada tulisan mengenai perkara tersebut.... kalu yang abad ke 19 atau 18 tu masih okay lagi... tak la lama sangat... tapi bila yg abat 15 14 tu.... bukan senang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak semestinya org mati ade kubur... |
|
|
|
|
|
|
|
Hikayat Hang Tuah boleh gak aku percaya.
Tapi “Sejarah Melayu” karya tun sri lanang hanya sampah pada aku .
Ada plak dia kata orang Melaka terkejut dan hairan dengan bunyi meriam portugis ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu pun mcm susah nak percaya gak bila baca bbrp fakta sejarah dlm sejarah melayu ni cth dlm kisah s'pura dilanggar todak tu (sori off topic sat)...takkan semudah itu raja s'pura perintahkan rakyatnya berkubukan betis utk menahan serangan todak? di mana logik akal kat situ? aku percaya org melayu zaman dulu lebih panjang akalnya drpd itu.
kadang2 pastu mula la aku letak teori jahat aku yg mungkin tun seri lanang menulis sejarah melayu didorong oleh pihak2 tertentu? haih entah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade dgr2 bhawa hang tuah ni sbenarnye rekaan je.disebabkn dlm melayu ni x de hero.maka di reka nye watak hang tuah ni.dlm sejarah form 6 pn de klu x silap la.lagipun mse aku melawat kubur hang tuah ni kt melaka.ade sorg pakcik ni yg selalu tido kt kubur hang tuah.pn turut mngatakn bnd yg same.hang tuah sbenarnye x wujud.. |
|
|
|
|
|
|
|
sape kata melayu takde hero? tok janggut tu bukan hero kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
sape kata melayu takde hero? tok janggut tu bukan hero kaa?
Acong Post at 25-7-2009 17:19
tok janggut memang hero tapi zaman moden sket.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang nak kesan Kubur Hang Tuah.Lagipun masa beliau dikuburkan,bukan orang masa tu fikir pun tentang kepentingan sejarah kubur dia.Kebanyakkan kita pun tak tahu kat mana kubur bapa kepada moyang kita.Kubur raja-raja pun nasib baik terselamat dari dirimbun oleh hutan atau di ceroboh pembangunan kerana disediakan tempat khas.Lagipun Hang Tuah meninggal ketika mengasingkan diri.Bukan ketika memegang jawatan pembesar Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa hg tuah asingkan diri sayapghaib? |
|
|
|
|
|
|
|
Hang Tuah adalah seorang yg alim.Mengasingkan diri atau khilawah memang menjadi kebiasaan bagi orang-orang yg mahu berzuhud dan melupakan kemewahan dunia yg pernah dikecapi.Selalunya mereka akan mengasingkan diri di zawiyah(tempat khilawah) yg mereka bina ditempat yg kurang sibuk dengan aktiviti manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks sayapghaib.. its like wali2 Allah ker? leh gahib n muncul? that means dia blom mati lg la? |
|
|
|
|
|
|
|
beliau dah tak ada.Kalau masih ada tentu beliau turut berjuang ketika Melaka diserang Portugis.Yang ada mungkin semangatnya yg kini mulai pudar hasil kekeliruan penulisan dahulu dan anggapan ketika ini bahawa Hang Tuah bukan sekadar lagenda tapi dongeng semata-mata.
Kerana sudah menjadi kelaziman didalam sebutan dan penulisan bahawa Sultan yg mempunyai nama dipanggil sultan Melaka sahaja manakala Laksamana yg bernama sekian sekian dipanggil Orang Kaya Laksamana sahaja maka didalam tulisan sejarah Cina yg menceritakan ketibaan rombongan Sultan Melaka hanya mencatatkan bahawa Pengiring Sultan adalah Laksamana tanpa dicatit nama.Jika bukan Hang Tuah siapakah Laksamana itu. |
|
|
|
|
|
|
|
5# mynameisdarn
ade lg best teori yg ckp kesultanan melaka hanya dogengan sahaja,, sultan2 melaka sebenarnya mcm penghulu kampung,,kawasan jajahan,,lagi kecik dari kampung baru...sbb tu tak pernah jumpa tapak istana melaka.
.....................................................................................................................................................
mcm2 la diorg skrg ni rendah2 sejarah melayu di tanah melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
14# king_kenny
Biasa lah.Bukankah sekarang hak istimewa orang Melayu pun nak dipertikaikan.Sebab tu diorang cuba nak mendongengkan sejarah.Tak hairanlah kalau diorang bukan orang melayu.Kalau diorang tu melayu,memang dah parahlah pemikiran melayu yg sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks sayap ghaib.. im thinking tt he is like mat kilau... tetibe muncul n isytihar mati.. ade waris tak hg tuah ni wahai sayap ghaib? |
|
|
|
|
|
|
|
ok.... let see.. who can tell us more abt him.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau hang tuah tu berkemungkinan wujud tp kalau badang tu sukar ler sikit nak percaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|