CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4684|Reply: 22

Telemovie Aidilfitri : Rumah Baru, Bini Baru & Baru Raya

[Copy link]
Post time 4-8-2009 02:31 PM | Show all posts |Read mode
“Di samping itu juga, saya melebarkan sayap perniagaan dengan menceburi bidang penerbitan. Selain menerbitkan program Langkah Mawi ke Australiadan India, syarikat saya, MW Entertainment Sdn Bhd juga menerbitkan sebuah telemovie Aidilfitri berjudul Rumah Baru, Bini Baru & Baru Raya di Astro Prima. Telemovie arahan Rahila Ali itu menampilkan saya dan isteri, Ekin sebagai pelakon selain Bob Kuman, Lis Dawati, Nazril,Along Cham, Zila dan Amir Raja Lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 02:20 PM | Show all posts
....berlakon pulak...suami isteri pulak tu...boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 02:36 PM | Show all posts
tajuk mcm best
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 02:38 PM | Show all posts
sambung komenlah

tapi tak sure nak tengok ke tak?
kalau terserempak .. tengoklah kot


rasanya ramai jer yg akan tengok
sbb masa raya.. tv selalu ON
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 02:41 PM | Show all posts

Kesian Mawi, dulu kalau apa-apa pasal dia mesti kat saluran utama Astro Ria
Sekarang ni dah ke Prima
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 02:43 PM | Show all posts
5# cmf_houdini

botak ni sebelum wat projek tak buat feasibility study ke?..syok sendirilah botak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2009 03:20 PM | Show all posts
6# tikusmondok


Perlu ke berlakon bawak pengapit masa kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:31 PM | Show all posts
Kesian Mawi, dulu kalau apa-apa pasal dia mesti kat saluran utama Astro Ria
Sekarang ni dah ke Prima

cmf_houdini Post at 5-8-2009 14:41


astro ada strategi
nak melariskan astro prima pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2009 03:32 PM | Show all posts
5# cmf_houdini

botak ni sebelum wat projek tak buat feasibility study ke?..syok sendirilah botak ni
tikusmondok Post at 5-8-2009 14:43



apo bondo eh tu tm? fisibiliti ??

tanya bagi pihak mawi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:33 PM | Show all posts
6# tikusmondok


Perlu ke berlakon bawak pengapit masa kawin?
tikusmontok Post at 5-8-2009 15:20


perlu perlu
utk menjiwai watak

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:49 PM | Show all posts
10# niy


Patutnya ajak sekali adik beradik kikin dan orang kampung dia . Lebih menjiwai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:06 PM | Show all posts
konpem lah aku tak tengok
time raya... baik aku gi jenjalan umah sedara mara

hik hik hik
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:54 PM | Show all posts
aku akan tgk kot.. sebab time tu aku confirm dok umah aje.. tgh dalam pantang
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 07:31 AM | Show all posts
13# MsAnonymous
tahniahla dapat baby ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 08:34 AM | Show all posts
apo bondo eh tu tm? fisibiliti ??

tanya bagi pihak mawi
niy Post at 5-8-2009 15:32

kalau dlm soft engineering.. feasibility study klau translate leh jd kajian kesauran... bunyi pun cam pelik kan... kiranya klau nak bikin satu2 software... software tu perlu ka... ade org nak guna ka... dlm kes mawi tm merujuk... ade penonton ka?
ape2 musti ade la... itu anti2 ajo... musti nak buat catitan.... psl nak kutuk musti ade bahan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 08:35 AM | Show all posts
aku akan tgk kot.. sebab time tu aku confirm dok umah aje.. tgh dalam pantang
MsAnonymous Post at 5-8-2009 16:54

jgn lupa tempek gambo hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2009 09:49 AM | Show all posts
Mawi pasrah jadi bintang belakang tabir

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Mawi suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab katanya, 'tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi gemar melakukan kerja di belakang tabir.

Kini, Mawi kerap mengerah ideanya untuk menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu.

Menyelami jiwa baru yang dilakukannya sekarang, Mawi berkata dia selesa dan gembira apatah lagi tugas ini kurang mendatangkan kesibukan kepadanya.

"Saya suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks," jawabnya jujur.

Di bawah syarikatnya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi sedang dalam rangkaan untuk menerbitkan beberapa drama dan telefilem yang bakal disiarkan di kaca televisyen.

Malah salah sebuah telefilem yang telah dihasilkan oleh syarikatnya itu turut dilakonkan olehnya.

"Saya telah berlakon dalam telefilem yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti iaitu ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’.

"Dalam telefilem ini, saya berlakon dengan Ekin dan ramai lagi pelakon lain. Masing-masing menggunakan nama sendiri iaitu Ekin menggunakan nama Ekin dan saya menggunakan nama Mawi.

"Cerita ini tentang sebuah keluarga yang kecoh kerana lambat nak buat rumah terbuka dan menunjukkan tentang bagaimana adab artis melayan tetamu yang datang beraya ke rumah," kata Mawi mengenai telefilem yang diarahkan oleh Laila Ali itu.

Ditanya tentang pengalamannya ketika berlakon dengan isteri sendiri, sambil tersenyum dia berkata mereka tiada masalah untuk bergandingan antara satu sama lain dan teringin untuk berlakon bersama lagi pada masa akan datang.

"Saya dan Ekin berlakon dengan membuat seperti biasa sahaja tanpa merasakan yang kami sedang berlakon.

"Jadi, ia memudahkan kami untuk bekerja antara satu sama lain. Cuma masing-masing perlu terikat dengan skrip yang disediakan.

"Selepas ini, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengambil kami berlakon sekali kerana saya pun tak kisah untuk Ekin berlakon dengan saya asalkan bersesuaian dengan watak dan cerita serta bayaran yang ‘masyuk’," jelasnya dalam nada berseloroh.

Tambah Mawi, dalam telefilem Raya selama satu jam 30 minit itu, dia juga akan menyanyikan dua buah lagu Raya iaitu ‘Ayah’ dan ‘Ku Pohon Restu Ayah Bonda’.

Selepas Raya nanti, syarikatnya akan menghasilkan sebuah lagi telefilem berbentuk drama kemasyarakatan, ‘Jiwa Kacau’.

"Idea cerita ‘Jiwa Kacau’ adalah daripada saya dan skripnya ditulis oleh Ad Samad.

"Cerita ini berkisarkan tentang dadah dan semua cerita yang diolah dalam telefilem itu merupakan imaginasi saya semata-mata.

"Selepas telefilem ini, kami sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah drama berepisod," tuturnya yang belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut tentang perancangan yang sudah dirangka oleh syarikatnya itu.

Dalam perkembangan lain, Mawi berkata dia dijangka akan merakamkan lagu Raya namun sehingga sekarang dia belum mendapat apa-apa khabar berita tentang itu.

"Saya tak pasti lagi sama ada akan ada lagu Raya yang terbaru atau tidak kerana saya mendapat tahu akan merakam lagu Raya dalam minggu hadapan (minggu ini) tetapi setakat hari ini (minggu lalu) masih senyap," jawabnya yang dijangka akan menyambut Hari Raya di Johor nanti.

Mawi juga sedang menantikan tayangan dua buah filem lakonannya iaitu ‘Jin Notti’ dan ‘Magika’.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:52 AM | Show all posts
Mawi pasrah jadi bintang belakang tabir

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Mawi suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab katanya, 'tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks

SEJAK kebelakang ...
Syd Post at 10-8-2009 09:49

mcm tak best jer drama raya mawi ni hakhak....
ape ni nak kikin berlakon skali... siap offer diri tuh hikhik.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:09 AM | Show all posts
mcm tak best jer drama raya mawi ni hakhak....
ape ni nak kikin berlakon skali... siap offer diri tuh hikhik.....
dino Post at 10-8-2009 09:52


bak kata ndok
tak buat feasibility study




karutlah mawi ni... takkan tak tau org tak suka
tak suka taww..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 11:10 AM | Show all posts
Mawi pasrah jadi bintang belakang tabir

"Saya tak pasti lagi sama ada akan ada lagu Raya yang terbaru atautidak kerana saya mendapat tahu akan merakam lagu Raya dalam mingguhadapan (minggu ini) tetapi setakat hari ini (minggu lalu) masihsenyap," jawabnya yang dijangka akan menyambut Hari Raya di Johor nanti..
Syd Post at 10-8-2009 09:49


yg ini lagi satu
tau sebut tak pasti ... tak pasti
gi lah cari info pasal ni.. kenapa lambat? apa perancangan AE? jadi ke tak ?
<aku rasa tak jadilah tu...dah dekat nak ramadhan... takkan raya baru nak rakam >
entah bilalah nak pandai mawi nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list