CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14397|Reply: 33

TEATER NATRAH

[Copy link]
Post time 4-8-2009 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 3-9-2009 03:00

Diana Danielle Pegang Watak Natrah




KL, 3 OGOS 2009:
  Sebelum ini pelakon kacukan Melayu-Amerika, Diana Danielle telah berjaya menunjukkan bakatnya dalam drama TV seperti Air Mata Maria, Janji Diana serta filem cereka seperti Maut, Evolusi KL Drift dan terbaru, Setem.

Dalamusia yang masih muda iaitu 18 tahun, kerjaya seni Diana nyata semakin berkembang dan Murai Batu gembira melihat kemajuan lakonan dalam diri Diana itu.

Salah satu pencapaian terbaru buat Diana adalah tawaran membintangi pementasan Natrah di Istana Budaya (IB), selepas hari raya nanti. Murai mula terperasan tentang perkara ini selepas melihat bunting tergantung di perkarangan lobi IB sekarang yang tertera wajah kacukan Diana disebelah Natrah atau nama Belandanya, Bertha Hertogh.

Mungkin masih terlalu awal untuk menceritakan tentang teater itu tetapi Natrah secara kebetulan kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila beliau dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit leukemia.

Bagiorang lama iaitu ayah, ibu dan datuk kita, mereka tentu masih ingat kisah kontroversi Natrah yang pernah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.

Ia berpunca daripada perebutan Natrah oleh ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah atau Bertha ketika itu berumur 13tahun telah memeluk Islam selepas bernikah dengan seorang guru,  Mansor Adabi berusia 22 tahun.

Namun undang-undang di Barat tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun, berkahwin. Natrah diperintahkan oleh mahkamah supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat di Singapura sehingga berlakulah rusuhan.

Begitulah intipati jalan cerita Natrah yang akan menjadi satu pementasan di IB kelak. Murai Batu berharap Diana akan mampu membawa watak mencabar itu dengan berkesan kerana ia satu kisah yang hebat.


MURAIBATU: Teringat filem Jasmin lakonan Noraini Jane dan Mak Nani. Kenapa tidak dijual hak penyiarannya kepada  stesen TV mahupun pengedar DVD supaya generasi muda dapat menilai karya yang bermutu itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 02:10 AM | Show all posts
harap DD dpt bwk watak natrah nie dgn baik.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 01:16 AM | Show all posts
persoalan aku..adakah natrah mati dlm islam atau kristian?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 08:14 AM | Show all posts
persoalan aku..adakah natrah mati dlm islam atau kristian?
Detektif_Hantu Post at 31-8-2009 01:16

tue yang x taw kan.....
suami dia orang indon tp orang x taw dia agama ape...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 10:10 AM | Show all posts
Watak Natrah kini milik Maya Karin, Sofea Jane

Oleh WAHIDA ASRANI

PENGUMUMAN barisan pelakon utama teater Natrah arahan Erma Fatimah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) sudah pun dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Pelakon muda, Diana Danielle telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Natrah, gadis Belanda yang menjadi antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' sekitar era 50an dulu, setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan.

Turut membintangi teater yang dicetuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ini ialah Remy Ishak memegang watak Mansor Adabi, suami kepada Natrah dan Umie Aida sebagai ibu angkat Natrah, Che Aminah.

Namun, timbul pula perkhabaran baru yang mengatakan Diana Danielle menuntut bayaran yang tinggi untuk watak Natrah.


Maya Karin dikatakan amat berminat untuk membawakan watak Natrah dan telah mengesahkan pembabitannya di dalam teater itu

Hal itu telah mencetuskan sedikit masalah dalam perjalanan produksi itu yang sepatutnya dipentaskan bulan depan.

Bukan saja pementasan itu dikatakan telah ditunda, malah, watak Diana juga mungkin akan diserahkan kepada pelakon lain.

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani mengesahkan Diana tidak lagi membawakan watak tersebut dan tempat itu bakal digantikan oleh aktres popular Maya Karin dan Sofea Jane.

Maya akan membawakan watak Natrah ketika zaman remaja sekitar usia 13 tahun manakala Sofea akan memainkan peranan Natrah ketika tua.

"Perkara ini tidak berlaku kekecohan pun. Malah, pengunduran Diana juga dibuat secara baik. Pihak IB dan produksi tidak langsung mempunyai masalah dengannya tentang perkara ini.

"Apa yang boleh saya ulaskan, berlakon teater di Malaysian ini bayarannya memang sangat minima. Kita bayar pelakon mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan serta berdasarkan 'star rating' artis itu.

"Paling tinggi IB pernah bayar kepada pelakon ialah RM10,000. Sebelum ini, kita tidak pernah ada masalah tentang bayaran. Tapi kami faham, ini adalah kali pertama Diana berlakon teater dan mungkin dia 'terkejut' sedikit dengan perkara ini.

"Tetapi saya secara peribadi berharap agar dapat bekerjasama dengan Diana untuk projek-projek lain. Mungkin buat masa ini belum ada rezeki apatah lagi dia juga kena meletakkan komitmen yang tinggi sebagai pelajar," kata Juhari ketika dihubungi.

Malah kata Juhari lagi, pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 17 hingga 25 November depan itu yang akhirnya terpaksa ditunda ke hujung tahun bukan disebabkan masalah penarikan diri Diana.

"Kita ubahkan tarikh pementasan kerana pada 14 November, sebuah program RTM iaitu peringkat akhir Penyampai Ikon akan diadakan di IB. Jadi kami tidak mahu timbul masalah pula.

"Disebabkan itu, kami memilih tarikh baru iaitu 30 November hingga 9 Disember depan untuk mementaskan teater ini dan pada masa yang sama, pelakon-pelakon mempunyai masa yang lebih untuk berlatih," katanya.

Ditanya tentang pemilihan Maya dan Sofea, ujar Juhari, dia sendiri tidak menyangka kedua-duanya berminat untuk membawakan watak Natrah apatah lagi mereka adalah antara nama besar di dalam industri ini.

"Pada awalnya, saya dan Erma hanya main-main saja tawarkan pada Maya baru-baru ini kerana sebelum ini, dia asyik menolak setiap kali kita tawarkan dia berlakon teater. Tak sangka pula dia begitu teruja dan dia tidak kisah tentang bayaran.


Sofea Jane diberikan kepercayaan membawakan watak Natrah ketika tua

"Kata Maya, sewaktu ada ura-ura IB akan mementaskan muzikal Natrah dalam bahasa Inggeris lima tahun lalu, dia memang berminat untuk berlakon. Nampaknya, watak Natrah itu memang sudah rezekinya.

"Secara peribadi, saya sendiri tidak percaya dia sudi jadi Natrah. Malah, ketika kami sampaikan perkara ini kepada penasihat teater ini, Datin Fatini Yaacob, dia juga merasakan karektor dan gaya bahasa Maya mirip Natrah.

"Tentang faktor fizikal seperti wajah, itu tidak ada masalah kerana kita boleh atasinya menerusi teknik solekan.

"Kami juga berbangga kerana Sofea Jane juga turut bersetuju menjadi Natrah setelah membaca skrip tersebut. Rasanya sudah lama juga dia tidak berlakon teater," kata Juhari.

Selain itu, Sharifah Sofea juga mungkin akan membawakan watak Adeline, ibu kandung kepada Natrah. Sidang media bagi mengumumkan Maya dan Sofea Jane sebagai Natrah juga diadakan pada hari ini di IB.

Dalam pada itu, Diana yang dihubungi semalam belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang penarikan dirinya daripada membawakan watak Natrah.

"Saya rasa lebih elok perkara ini biar IB yang bercakap. Bila mereka sudah berikan penjelasan nanti, barulah saya rasa sesuai untuk saya mengulas.

"Lagipun, saya tidak mahu dilihat seperti tidak menghormati mana-mana pihak, apatah lagi ini adalah projek kerajaan," kata pelakon berusia 18 tahun ini.

Kisah Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 02:43 AM | Show all posts
Sapa Natrah ni sebenarnya??? Sori aku kalau benda2 berkaitan tokoh2 ni susah sikit...hhuhuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2009 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 01:29 PM | Show all posts
bila teater ni eh? tak sabar2 nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 09:17 PM | Show all posts
ya! bakal tonton!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by Rhyno at 1-12-2009 01:10



Nak sgt tgk ada kat kg plak....... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 02:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 03:21 AM | Show all posts
Sesape yg dah tgk tu, sila2 sharing ape2 yg patut..... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:55 AM | Show all posts
smlm sp g ngok?? amacam lakonan maya karin???

aku g ngok 6hb nih.. x sabo lakk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 09:05 AM | Show all posts
Utusan Malaysia - 1 Disember 2009

Tragedi Natrah diimbau kembali

Oleh ROHANI IBRAHIM
[email protected]

Aksi pelakon Maya Karin(dua dari kiri) yang memegang watak Natrah semasa pementasan TeaterNatrah di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Tragedi Natrah yang menyayat hati dan pernahmencetuskan rusuhan berdarah akibat rasa tidak puas hati di kalanganorang Islam satu ketika dahulu diimbau kembali melalui pementasanteater di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater arahan Erma Fatima itu membuka tirai persembahan malam iniyang mana ia turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir menyaksikan teater itu termasuklah Timbalan MenteriPenerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Joseph SalangGandum dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Mukhriz Mahathir serta Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, DatukAziz Ishak.
Ia dibintangi oleh Maya Karin selaku Natrah ketika berusia 13 dan 20tahun, Remy Ishak (Mansor Adabi), Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane(Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline).

Pementasan selama dua jam itu mengandungi tujuh buah lagu.
Selain barisan pelakon utama, Teater Natrah turut melibatkan hampir 100 pelakon lain termasuk pelakon kanak-kanak.
Ia menceritakan kisah benar seorang wanita Belanda yang bernamaNatrah atau Maria Hertogh yang diserahkan oleh ibunya kepada Che Aminahtanpa pengetahuan bapanya yang ditawan tentera Jepun.


Sejak ditinggalkan bersama Che Aminah, Natrah dipelihara dan menjalani hidup dalam suasana dan budaya Islam.
Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshimadan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS), dia pulang keBandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada diChukai, Terengganu.
Konflik berlaku apabila perebutan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda.

Che Aminah yang diwakili peguam Ahmad Ibrahim menang dalam kes rayuan dan Natrah dikembalikan ke pangkuannya.
Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di Singapura.
Natrah pada ketika itu berusia 13 tahun manakala Mansor berusia 22 tahun.


Sungguhpun undang-undang Syariah Islam membenarkan perempuanberkahwin dalam usia tersebut namun mengikut Undang-Undang Belanda,kehidupan seorang anak yang berumur di bawah usia 16 tahun ditentukanoleh bapa kanak-kanak tersebut.


Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam diSingapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai RusuhanNatrah.

Mengikut laporan, seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orangcedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera danpolis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintahberkurung selama dua hari dua malam.
Natrah meninggal dunia di Huijbergen, Belanda Julai lalu pada usia 72 tahun akibat leukimia.


Pementasan Teater Natrah yang bermula malam ini akanberlangsung hingga 9 Disember ini dan mendapat sokongan daripadaKumpulan Utusan selaku media rasmi selain Sinar FM sebagai radio rasmi.

Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150 kini sudah mula dijual.
Pertanyaan mengenai tiket dan pementasan boleh hubungi Box Office (03-40265558, 03-40265558) atau www. istanabudaya.gov.my.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 12:36 PM | Show all posts
Selasa Disember 1, 2009


                      Muhyiddin Saksikan Pementasan Teater Natrah Di Istana Budaya


                              TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kanan) bersalaman denganpara pelakon Teater Muzikal Natrah (dari kiri) Umie Aida, Maya Karin,Remy Ishak serta pengarahnya Erma Fatima sewaktu hadir menyaksikanpementasan perdana teater tersebut di Istana Budaya di sini, malamtadi. Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan, Datuk Joseph Salang (kanan). Teater Natrah arahan ErmaFatima, dipentaskan mulai hari ini hingga 9 Disember.-Foto BERNAMA.


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin malam tadi menyaksikan pementasan perdana teater "Natrah" arahanpengarah terkenal Erma Fatima di Istana Budaya di sini.

Turut hadir menyaksikan ialah isteri beliau Puan Sri Norainee AbdRahman dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri DatukMukhriz Mahathir.

Natrah mengisahkan Maria Hertogh, seorang gadis Belanda yangdiserahkan oleh ibunya kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanyakerana ditawan tentera Jepun.

Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah dipelihara dan hidup dalam suasana pendidikan Islam sejak dipelihara oleh Che Aminah.

Namun apabila bapanya Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshimadan Nagasaki dibom oleh tentera Amerika Syarikat, dia pulang keBandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah yang ketika itu berada diChukai, Terengganu.

Konflik timbul apabila berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibubapa Natrah di Belanda. Konflik agama dan isu penjagaan Natrah telahmenyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada ketika itu.

Pementasan teater, yang berlangsung selama tiga jam itu, dibintangioleh Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane, Samantha Schubertdan ramai lagi. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 01:41 AM | Show all posts
my twin dah tgk.......dia yg kureng tgk teater cam teruja.....
katanya maya nyerrr acting best.......pandai beza watak muda gan tua.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 02:35 PM | Show all posts
besh gilerrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 05:10 PM | Show all posts
17# kernasayang


kernasayang...best la dah tgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:47 AM | Show all posts
Kosmo...4/12/09

Bicara luka seorang wanitaOleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
[email protected]



BICARAKANLAH sampai ke penghujung hari sekalipun, emosibercampur-campur dan simpati yang meluluh rasa terhadap budak perempuanbernama Natrah Maarof atau Huberdina Maria Hertogh tidak mudah terhenti.
Sudah 59 tahun peristiwa bersejarah itu berlaku tetapi ingatanterhadap Natrah ternyata masih berbekas. Apatah lagi, Natrah atau jugadikenali sebagai Bertha Hertogh baru sahaja meninggal dunia akibatpenyakit leukimia pada usia 72 tahun, Julai lalu.
Natrah pernah mencetuskan kontroversi yang bukan kecil impaknyaterhadap negara. Banyak isu yang telah diperdebatkan, banyak jugakesimpulan yang sudah digulung.
Maka timbul bermacam andaian, begitu dan begini, namun riwayat Natrah sudah tercatat begitu.
Lantas, apa lagi yang mahu dihujahkan sang pengarah bernama ErmaFatima apabila teater yang meriwayatkan susuh hidup Natrah itudipentaskannya di lantai Panggung Sari, Istana Budaya?

PERTAMA kali beraksi di pentasteater, Maya memberikan kesan dramatik kepada watak Natrah ditemaniUmie Aida yang melakonkan watak sebagai ibu angkatnya, Aminah

Masih mengetengahkan kontroversi yang pernah membakar sensitivitiagama, perkauman dan politik yang pernah berlaku 59 tahun lalu,bagaimanapun di tangan Erma, Natrah nampaknya berjaya dicanai dalamnahu dan lenggok tersendiri.
Dibandingkan teater ini dengan filem Jasmin yang diterbitkan pada 1984, kisah Natrah di tangan Erma menjurus konflik cinta seperti mana ungkapan 'Cinta, Perjuangan dan Airmata' yang dipilih sebagai tagline teater ini.
Atas kefahaman itulah, tanpa menuding jari atau berat sebelahmenyalahkan mana-mana pihak, plot Natrah berjalan sempurna. Dari kasihdan cinta seorang ibu angkat dan anak anak angkatnya, penonton dibuairasa dengan cinta dua jiwa yang saling ingin memiliki - cinta Natrahlakonan Maya Karin terhadap Mansor Adabi (Remy Ishak).
Walaupun tidak kesampaian untuk hidup bersama, pertemuan beberapaketika serta perkahwinan yang direncanakan sepantas kilat antara merekaberdua tetap menguntumkan bunga-bunga bahagia antara mereka.
Babak cinta antara Natrah dan Mansor hanya dipersembahkan tidaklebih daripada tiga babak tetapi kemurnian hubungan mereka berdua masihdapat dikesan hingga akhir cerita.

TRAGEDI Natrah turut membuktikanpenyatuan di kalangan kaum Melayu yang turut berjuang untukmempertahankan gadis Inggeris itu supaya kekal dalam jagaan keluargaangkatnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Penampilan pertama Maya dan Remy sebagai pasangan kekasih jugaantara aura yang memberikan seri kepada naskah tulisan Al Jafree MdYusof itu.
Saya percaya ada getar di jiwa setiap penonton ketika menyaksikansaat romantik antara Mansor dan Natrah usai selamat diijabkabulkansebagai pasangan suami isteri.
Puas dengan cinta dua beranak angkat dan cinta pertama sepasangkekasih yang baru ingin memadu asmara, perasaan penonton diusik puladengan perjuangan cinta seorang ibu yang menagih kasih anak kandungnya.
Penampilan Samantha Schubert sebagai Adeline Hertogh awalnyamenimbulkan kebencian penonton terhadapnya memandangkan Che Aminah(Umie Aida) bermati-matian mempertahankan bahawa Natrah telahdiserahkan sendiri Adeline kepadanya sebagai anak angkat.
Adeline dan Che Aminah sama-sama kelihatan terdesak. Mereka terdesakmahukan Natrah atas alasan hak, hak sebagai ibu kandung dan hak sebagaiibu angkat.
"Saya juga meletakkan diri saya sebagai ibu. Adeline Hertogh itu ibukandung Natrah. Dia cuma mempertahankan haknya sebagai ibu. SekiranyaNatrahnya itu dilahirkan sebagai anak Islam, sudah pasti dia akandituntut bermati-matian oleh keluarga Islamnya," ujar Erma yang ditemuiusai malam kedua pementasan.
Disebabkan itulah kata Erma, sengaja dia membiarkan penontonmenentukan sendiri kepada siapakah yang harus mereka letakkan rasasimpati. Penonton akan bersimpati terhadap Adeline kerana Natrah adalahdarah dagingnya. Penonton juga simpati pada Che Aminah kerana selaindia yang menjaga Natrah sejak kecil, dia juga berusaha untukmempertahankan akidah gadis yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Ketika Che Aminah dan Adeline berkeras merebut Natrah, gadis mudaitu sendiri sebenarnya punya perasaan. Dari lakonan Maya, Natrahkelihatan sangat lurus, dia hanya mahukan kehidupan dan kasih sayangdaripada orang-orang yang ikhlas menjaga dan menyayanginya.
Natrah adalah mangsa cintanya sendiri. Dalam baris monolog SofiaJane yang memainkan watak Natrah pada usia 70 tahun ada berbunyi: "Akuseperti pemburu yang diburu haiwan buruanku."
Monolog-monolog Natrah banyak berkisar tentang cintanya tentangkesakitan dan azab yang dilaluinya apabila terperangkap dalam kasihsayang dan perebutan dua keluarga.
Secara tersiratnya juga, Erma menegaskan pengucapan cinta Natrah mungkin menyimpan banyak pengertian.
"Dalam monolog Natrah pada usia 70 tahun, dia hanya bercakap tentangcinta, tetapi tidak mengkhususkan cintanya sama ada kepada Mansor, ibuangkatnya Che Aminah atau Tuhan. Saya mahu tinggalkan persoalan ituuntuk dinilai sendiri oleh penonton.
"Perasaan simpati kita juga melimpah pada Natrah kerana dia menjadimangsa keadaan atas apa yang berlaku," jelas Erma merujuk kepada babakmonolog membabitkan Natrah, Che Aminah dan Adeline yang diakui cukupmembekas di hati penonton.
Persis perang tiga penjuru, pengucapan monolog Umie, Samantha danMaya tentang hak dan keinginan masing-masing itu kelihatan cukupdramatik walaupun Samantha bermonolog dalam bahasa Inggeris.

AIRMATA Natrah tidak pernah berhenti mengalir semenjak menjadi rebutan.

Dalam pada itu, walaupun pertama kali beraksi dalam teater Melayupersembahan Maya sudah boleh dibanggakan walaupun di awal latihan diadiakui Erma sedikit ketinggalan berbanding Umie, Sofia dan Samanthayang miliki 'enjin turbo' dalam teater.
Muzik Bollywood cetuskan persoalan
Segala tentang teater itu menghampiri kesempurnaan bahkan setanding teater kelas 'A', Puteri Gunung Ledang The Musical yang perah mencetuskan fenomena ketika di pentas di IB.
Natrah cukup membuai penonton dengan kisah yang pernah menggegarkannegara, ia bersulam baris-baris skrip yang sarat emosi dan menyentuhrasa serta lakonan mantap daripada pelakon-pelakon berkarakter.
Kemunculan semula Sofia Jane ke pentas teater cukup mengubatkerinduan semua kepadanya. Begitu juga dengan Umie dan Samantha yangberjaya meruntun hati semua. Namun, di tengah-tengah keasyikan itu,tetap ada rungutan terhadap Natrah.
Tindakan Erma sengaja menggunakan elemen muzik Bollywood mengundangpersoalan. Ada yang mendengus kecewa kerana ritma muzik yang melataripermainan emosi Natrah cepat mengingatkan semua terhadap aksi Shah RukhKhan dan Aishwarya Rai dari filem Mohabbatein dan Kajol, Kuch Kuch Hotai Hai.
Tidaklah sampai mencacatkan tetapi nilai kemelayuan teater itu sedikit tersasar.
Bagaimanapun saya percaya, sebagai pengarah sudah pasti Erma adamuslihat tersendiri. Diajukan persoalan itu kepadanya, begini jawabErma:
"Saya tahu ada pengkritik dan pemerhati akan membuka mulut, merekapasti kurang gemar dengan muzik sedemikian tetapi saya tetap dengankehendak saya.

AKHIRNYA, Natrah kembali ke agama asalnya, satu episod sedih yang perlu dijadikan iktibar.

"Teater ini penuh dengan tekanan, kesedihan, kekecewaan, kemarahanbahkan kebencian. Jadi, sengaja saya masukkan elemen Bollywood untukmengalihkan emosi penonton.
"Saya mahu penonton berkhayal, biar ada rasa gembira sikit. Iasemata-mata untuk hiburan, sedikit nilai komersial dan kelainan kepadasentuhan saya."
Hari ini, malam keempat Natrah menangis di Istana Budaya dan masih ada beberapa malam lagi sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada semua.
Entah bila ia akan kembali tetapi di jiwa semua, teater itu meninggalkan ingatan. Tanah Melayu pernah kehilangan Natrah.
Dia dikatakan sudah murtad dan memilih gereja sebagai kiblatnyatetapi dalam masyarakat akhir zaman hari ini, sebenarnya ramai lagiNatrah yang harus diperhatikan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:48 AM | Show all posts
Utusan Malaysia...4/12/09


Teater Natrah dilanjutkan

Barisan pelakon yangmenjayakan Teater Natrah menerima tepukan daripada penonton pada akhirpersembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

PEMENTASAN Teater Natrah di Istana Budaya mendapat sambutan hangat.Kisah menyayat hati yang memaparkan perjalanan hidup seorang wanitaBelanda bernama Natrah atau Maria Huberdina Hertogh itu dipentaskanselama 10 malam bermula 30 November lalu.
Atas permintaan ramai, pementasan yang menampilkan pelakon terkemukaMaya Karin, Umie Aida, Sofia Jane, Samantha Schubert dan Remy Ishak itudilanjutkan selama empat hari lagi iaitu sehingga 13 Disember ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.288162 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list