CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17229|Reply: 128

Makhluk Asing Tinggal Di Kalangan Manusia?

[Copy link]
Post time 25-9-2009 12:48 PM | Show all posts |Read mode
DUNIA
Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?



GAMBAR menunjukkan makhluk asing yang masih hidup pada Mei 1997 di sebuah ladang di Metepec, Mexico. --------------------------------------------------------------------------------
METEPEC, Mexico - Adakah terdapat abang bayi makhluk asing yang ditemui di Mexico tinggal di kalangan manusia?

Sebelum ini, seorang petani menemui bayi makhluk asing itu yang kelihatan seperti cicak, berekor, bergigi dan mempunyai kepala pada 1997 sebelum membunuhnya.

Bangkai bayi makhluk asing tersebut kemudian dikaji oleh saintis-saintis selama dua tahun dan semua ujian untuk menghasilkan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan ganjil itu menemui kegagalan.

Makhluk itu mempunyai ciri-ciri haiwan reptilia seperti giginya.

Namun, makhluk itu turut mempunyai ciri-ciri manusia seperti sendi dan telinga.

Seorang wartawan sebuah akhbar, Michael Remke pergi ke Metepec untuk melihat bangkai bayi makhluk itu.

"Matanya menyeramkan," katanya.

Namun, seorang pekerja, Francisco Garcia menyatakan dia melihat satu lagi makhluk seperti itu.

"Saya melihat makhluk asing kedua yang masih hidup. Ia seorang jantan setinggi kira-kira 70 sentimeter. Saya melihatnya menyusup keluar dari sebuah pintu ladang dan kemudian melarikan diri," katanya.

Adakah makhluk itu menyembunyikan diri di kawasan itu atau sudah pergi ke bandar raya Mexico yang sejauh 65 kilometer dari sini? - Agensi

inikah rupa manusia terdahulu sebelum Adam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 12:52 PM | Show all posts
erkk..... betul ka ni????
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 12:56 PM | Show all posts
Alien VS Predator..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:11 PM | Show all posts
DUNIA
Makhluk asing tinggal di kalangan manusia?


GAMBAR menunjukkan makhluk asing yang masih hidup pada Mei 1997 di sebuah lad ...
NIXAR Post at 25-9-2009 12:48

boleh ker makhluk mcm ni hidup kat bumi? dgn takde sehelai rambut, duk kat zuhal sana tu, boleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:23 PM | Show all posts
ye x ye je....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:23 PM | Show all posts
mungkin tu binatang purba yang masih survive sampai ke hari ni..tak hairan kalau makhluk tu ada sendi macam manusia sebab monyet pun ada sendi jugak kan? wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2009 01:23 PM | Show all posts
jenglot kut?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 01:41 PM | Show all posts
scary nya if betul2 wujud....cam anak t-rex version miniature
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 02:22 PM | Show all posts
Ntah2 kacukan manusia + binatang hasil seks gila mat saleh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 02:25 PM | Show all posts
mungkin tipu je nih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 02:28 PM | Show all posts
Hmmm kalau Alien macam mana dia hidup dalam atmosfera kita
Sedangkan kita nak explore laut bumi kita sendiri pun kena pakai teknologi bagai nak rak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2009 03:15 PM | Show all posts
Hmmm kalau Alien macam mana dia hidup dalam atmosfera kita
Sedangkan kita nak explore laut bumi kita sendiri pun kena pakai teknologi bagai nak rak?

HangtuHangpa Post at 25-9-2009 02:28 PM


x mustahil kalu alien tu lebih tinggi dan advance teknologi dia. apetah lagi kalu dia dah hidup lebih lama. alam semesta ni luas kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 03:37 PM | Show all posts
x mustahil kalu alien tu lebih tinggi dan advance teknologi dia. apetah lagi kalu dia dah hidup lebih lama. alam semesta ni luas kan.
NIXAR Post at 25-9-2009 15:15


Tapi kalau baju pun tak pakai... macammana nak kata teknologi makhluk tu (gambar) lebih advance?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2009 03:57 PM | Show all posts
Tapi kalau baju pun tak pakai... macammana nak kata teknologi makhluk tu (gambar) lebih advance?
Nazrulism Post at 25-9-2009 03:37 PM


kalau kita gunapakai stended kita nak anggap advance ke tidak susah la. btw, haiwan mcm ular dan ikan boleh detect gempa bumi atau tsunami jauh lebih awal dr manusia. depa x pakai baju pun. sapa lagi advance? manusia ka ular?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 04:21 PM | Show all posts
15# NIXAR

haiwan mcm ular dan ikan boleh detect gempa bumi atau tsunami jauh lebih awal dr manusia. depa x pakai baju pun. sapa lagi advance? manusia ka ular?

Rasanya.. kebolehan detect pada haiwan adalah deria semulajadi mereka.. sebagai mekanisma untuk kelangsungan hidup bagi makhluk yang tidak dapat berfikir.. itu bukan advance technology mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2009 04:37 PM | Show all posts
15# NIXAR  

Rasanya.. kebolehan detect pada haiwan adalah deria semulajadi mereka.. sebagai mekanisma untuk kelangsungan hidup bagi makhluk yang tidak dapat berfikir.. itu bukan advance technology ...
Nazrulism Post at 25-9-2009 04:21 PM


see....kalau kita lebih advance kenapa kita masih x dpt tiru kebolehan mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2009 05:00 PM | Show all posts
banyak yang kita lum tahu pasal alam ni... pengetahuan saintis pun masih terbatas so apa pun tak mustahil asalkan berpaksi kepada quran dan sunnah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 05:30 PM | Show all posts
fuyoo scary gila. mungkin dia nak tinjau2 dulu kots bumi ni nak camne.
pastu nak ajak rakyat dia pindah sini. macam astronaut kite la, sibuk cari planet lain untuk didiami.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 05:45 PM | Show all posts
Tapi la kan kalau teknologi dia advance kenapa bleh kena tangkap ngan Petani jer?
Lari pun pakai kaki jer
Kalau la dia advance bley la dia pakai transportation yang sesuai ngan dia?
Mungkin ini satu hoax jer kut???
HEHEHEHHEHEH
Pendapat saya yang kurang pendedahan tentang hal2 gini je lar
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 05:54 PM | Show all posts
boleh aku tanya..

ayat "rupa manusia terdahulu sebelum adam"?
adakah ayat tuh sesuai? bukankah kita (dalam Islam) percaya Adam adalah manusia pertama di dunia? aku wisau ayat nih leh dtgkan kepercayaan lai..
teori darwin tuh mmg x leh disangkal la betapa evolusi manusia bukan dari monyet..
manusia yg bertukar jadik monyet iyer.. bukan monyet jadik manusia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.086795 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list