CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18715|Reply: 35

A Minangkabau Legacy

[Copy link]
Post time 26-10-2009 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Monday October 26, 2009A Minangkabau legacy

WHEN the people of Minangkabau, Sumatra, migrated to Malacca in the 12th century, they brought with them not just their kith and kin but their entire system of beliefs and governance.


Tuanku Abdul Rahman
The ways of the Minangkabau – from their customs, dialect and costumes to their architecture – are one of a kind and eventually found a permanent home in Negri Sembilan.

According to the Minangkabau tradition (hence the Negri Sembilan tradition), clan names, titles, land and property passed through the female lineage instead of the male line.
When they landed in Malacca, the Minangkabau accepted the Malacca sultan as their ruler and enjoyed the sultan’s protection.

However, when Malacca was invaded by the Portuguese in 1511, the Minangkabau shifted allegiance to the Johor sultan as they did not want to come under European rule.

By the 18th century, however, they began governing themselves – out of necessity more than anything, as Johor was then embroiled in internal strife and could no longer offer them protection – and a leader from Minangkabau was selected.


Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman
The first Yang di-Pertuan Besar was Raja Melewar (1773-1795) who hailed from the esteemed court of Pagar Ruyong, Sumatra.
Reputed to be a well-travelled and accomplished leader, Raja Melewar chose Seri Menanti as his royal domain as he did not want to settle in any of the territories influenced by existing chieftains.

Seri Menanti (commonly known as the “Womb of Royalty”) remains the royal town to this day.

Raja Melewar is also responsible for creating the posts of the Four Court Officials (Orang Empat Istana). More than that, however, Raja Melewar united the citizens of the nine territories of the state under one ruler.

Subsequent rulers of Negri Sembilan can trace their lineage to Yam Tuan Lenggang who originated from Pagar Ruyong and ruled from 1808 to 1824.

The Royal Lineage of Negri Sembilan

1. Raja Melewar 1773-1795 (selected from Pagar Ruyong)
2. Yam Tuan Hitam 1795-1808 (from Pagar Ruyong)
3. Yam Tuan Lenggang 1808-1824 (from Pagar Ruyong)
4. Raja Radin 1824-1861 (Yam Tuan Lenggang’s son)
5. Yang di-Pertuan Imam 1861-1869 (Raja Radin’s brother)
6. Yam Tuan Antah 1872-1888 (Raja Radin’s son)
7. Tuanku Muhammad 1888-1933 ( Yam Tuan Antah’s son)
8. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960 (Tuanku Muhammad’s son)
9. Tuanku Munawir 1960-1967 (Tuanku Abdul Rahman’s son)
10. Tuanku Ja’afar 1967-2008 (Tuanku Munawir’s brother)
11. Tuanku Muhriz 2008- (Tuanku Munawir’s son)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2009 01:20 PM | Show all posts
Monday October 26, 2009
The Undang Empat

IN Negri Sembilan, the council of ruling chiefs or Undang Empat is tasked with choosing the Yang di-Pertuan Besar or Yam Tuan. Who are the Undang Empat and when did the tradition start?

The post of Undang or territorial chief was created in the 16th century, following the fall of Malacca to the Portuguese.

Negri Sembilan once came under the rule of the Malacca Sultanate (until 1511) and subsequently the Johor Sultanate (until the early 1700s) before coming into its own.

Back in the day, the state was divided into nine territories – some records sub-divide the nine into five administrative districts and four territories. This gave rise to territorial chiefs, and the four leading chiefs (based on the size of their territories) were those of Sungai Ujong, Rembau, Johol and Jelebu.

The role of the chiefs in selecting the Yam Tuan harks back to 1773 when the first Yang di-Pertuan Besar, Raja Melewar, was installed.

Having broken free of Johor, which was then caught up in a civil war after the murder of its ruler Sultan Mahmud, the Minangkabaus of Negri Sembilan, who made up the largest immigrant population in Negri Sembilan, decided to elect a ruler from Sumatra because they could not find a suitable candidate in their new homeland.

Sometime between 1760 and 1770, an entourage of territorial leaders (what would soon come to be known as the Undang) left for Pagar Ruyong in Minangkabau in search of a leader.

Raja Melewar was chosen and installed as the first Yang di-Pertuan Besar by the four Undangs.

This tradition of having the Yam Tuan chosen by the Undang Empat continues to be practised to this day.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2009 02:13 PM | Show all posts
Pameran salasilah raja di Istana Lama Seri Menanti

KUALA PILAH: Rakyat Negeri Sembilan berpeluang mengenali dengan lebih dekat institusi diraja dan keluarga diraja negeri itu dengan mengunjungi Pameran Raja Kita di Istana Lama Seri Menanti.

Pameran itu diadakan sempena pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 hari ini. Tuanku Muhriz telah berkenan merasmikan pameran itu kelmarin.

Pameran secara percuma itu diadakan bagi menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai peranan dan sumbangan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetikanya.


Pameran itu usaha murni untuk mengumpul, memelihara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan sejarah institusi diraja Negeri Sembilan sejak dari zaman pemerintahan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.

Antara yang dipamerkan potret baginda dan keluarga, persalinan diraja, salasilah diraja dan replika alat kebesaran diraja seperti payung kuning, tombak berambu, keris panjang, pedang panjang dan tonggol.

Pameran yang memaparkan institusi diraja Negeri Sembilan, biografi, peranan dan sumbangan baginda kepada rakyat Negeri Sembilan, terbuka kepada semua termasuk pengkaji artifak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail berkata pameran itu yang bermula semalam akan kekal untuk tempoh yang belum diputuskan.

Pameran ini adalah satu medium yang memberi pendedahan serta merapatkan jurang antara institusi diraja negeri ini dengan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya inisiatif seperti itu diambil bagi memelihara dan memartabatkan lagi warisan sejarah yang tinggi nilainya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:00 PM | Show all posts
sumber adat perpatih NS

DiMalaysia perbilangan adat ini, banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu dipergunakan dalam Adat Pepatih. Seperti puisi lain, perbilangan adat diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi. Menurut Alwi Salim (1983), perbilangan adat ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui ketua-ketua adat lembaga yang disebut ‘Buapak’. Walaupun begitu perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada zaman kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini:

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat.

Berdasarkan perbilangan di atas, dapat dikatakan perbilangan tersebut telah mengalami ciri-ciri keislaman. Walaupun terdapat penyesuaian tetapi ciri-ciri masih dipertahankan. Perbilangan adat ini berbentuk bebas, iaitu menggunakan gurindam, syair, pantun dan lain-lain bentuk puisi dalam penyampaiannya. Menurut Za’ba yang dipetik oleh Aripin Said (1996):

“perbilangan adat merupakan puisi melarat yang tidak tetap timbangan suku kata dan rimanya. Namun ia tetap mempunyai susunan, makna yang kemas dan mendalam”.
Beliau juga memberi contoh-contoh perbilangan adat untuk genre puisi yang digolongkan sebagai ‘gurindam’, antaranya:

Kelebihan nabi dengan mukjjizat
Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia dengan muafakat
Air melurut dengan bandaraya
Benar melurut dengan muafakatnya. (Za’ba 1962,242)
Manakala Abdullah Siddik, menyebut perbilangan adat sebagai ‘peribahasa adat’, dinyatakan seperti berikut:

Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak. (Abdullah Siddik 1975,110)
Manakala Siti Hawa Haji Salleh (1987), menyatakan perbilangan adat sejenis puisi yang tidak tertentu bentuknya (sama seperti gurindam dan seloka). Manakala Mohd Yusof Md. Nor (1991), telah menyimpulkan ciri-ciri yang terdapat dalam perbilangan adat, antara lain, adalah:

Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris .Terdapat sisipan berbagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dan lain-lain

Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adat istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya ialah untuk membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. Perbilangan adat juga untuk menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam satu-satu masyarakat. Kesimpulannya fungsi perbilangan adat terhadap masyarakatnya, ialah:

Memberi panduan/pendidikan
Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
Mengekalkan satu norma tertentu dlm masyarakat
Mengambarkan corak dan pola hiduop bermasyarakat.
Menggambarkan pola pemikiran masyrakat (kepandaian/kebijaksanaan).
Terdapat berbagai jenis perbilangan adat yang berasaskan sistem sosial Minangkau, menurut Mohd Taib Osman (1975), antaranya ialah:

Metos dan lejenda, iaitu menyatakan asal-usul adat dan alam Minangkabau. Di bawa oleh dua Datuk bersaudara iaitu Datuk Temenggung dan Datuk Pepatih Nan Sebatang, kedatangan “bangau putih” iaitu orang Minangkabau yang merantau ke Negeri Sembilan dan perhubungan mereka dengan “gagak hitam” iaitu orang asli Negeri Sembilan. Adat ini juga disebut “teromba”’ iaitu lagu asal usul.
Kata-kata istiadat, iaitu susunan kata-kata khas untuk istiadat tertentu seperti perlantikan Penghulu, meminang, perkahwinan, pembahagian harta dan sebarang majlis keramaian.
Undang-undang, digunakan dalam menguruskan undang-undang jenayah atau hukum pidana adat yang menyatakan jenis-jenis kesalahan, jenis bukti dan hukuman dan juga undang-undang sivil, mengenai pembahagaian harta dan syarat pembahagian harta dan hak.
Falsafah, sebahagian besar perbilangan adat termasuk dalam kategori falsafah. Ini kerana kata-kata falsafah ini disisipkan ke jenis lain. Segalanya terjalin ke dalam satu sistem intelek yang menjadi asas kepada seluruh adat Minangkabau.
Berkisarkan tentang konsep dan aspek yang diketengahkan dalam perbilangan adat dinyatakan oleh Alwi Salim (1983), antaranya:

Konsep pemerintahan, dalam konsep ini perbilangan adat menyatakan dengan jelas susunan pemerintahan adalah mengikut peringkat-peringkat berikut, iaitu dari peringkat rendah kepada peringkat tertinggi. Ini digambarkan dalam:
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Ibu bapa menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat di dalam terataknya
Konsep keadilan, perbilangan adat ini tidak didasarkan kepada pembalasan tetapi didasarkan kepada pemulihan (restitution). Diperturunkan kata-kata ini:
Yang mencincang, memapas
Yang membunuh membangunkan
Yang menjual, memberi balas
Aspek ekonomi, kata-kata perbilangan disusun indah dan menunjukkan bahawa kehidupan memerlukan ekonomi yang teguh, didengarkan perbilangan ini:
Majlis di tepi air
Mendesa di perut kenyang
Aspek sosial, masyarakat Adat Pepatih melahirkan perbilangan ini adalah mengikut susunan unilateral-matrilineal. Ia merangkumi pemilihan ketua dalam masyarakat, utamakan nisab sebelah ibu, tanggungjawab, hak, pedoman, pegangan dan juga perpaduan. Ini untuk menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai taraf yang sama dan mesti dimuliakan, diperturunkan perbilangan ini:
Yang buta penghembus lesung
Yang pekak pelepas bedil
Yang lumpuh penghuni rumah
Yang kuat pembawa beban
Yang bingung disuruh-suruh
Yang cerdik lawan berunding
Aspek adat istiadat, banyak menjurus kepada adat berumahtangga, iaitu dari pertunangan, perkahwinan, penceraian sehingga kepada pembahagian harta.
Sistem kewarisan, dalam sistem ini perbilangan adat digunakan untuk pembahagian harta pusaka. Yang mana Buapak dan Datuk Lembaga bertindak sebagai pemegang kuasa. Mengikut Adat Perpatih harta pusaka diperturunkan kepada anak perempuan sahaja dan tanah pusaka tidak dibenarkan dijual atau digadai.
Sebagai kesimpulannya, perbilangan adat dapat dikatakan sebagai bentuk puisi klasik yang juga intim dengan kehidupan masyarakat melayu lama. Sehingga kini perbilangan adat ini masih digunakan oleh kelompok masyarakat yang mengamalkan tatacara Adat Perpatih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:23 PM | Show all posts
rajo di siko leluhur iyang samo ka dongan urang urang awak di pagar ruyong dan saluruh ranah minang?

apo urang2 kek nogri sembilan tak ado menjalin hubungan atau bertukar budayo atau perbincangan dongan mensanak di sumatra?

ado ka urang2 minang di nogri pulang ke kampuang di sumatra? atau urang2 awak di sini nondak mau mengaku laie ado kaitan dongan minang2 indon?

cuba habaq mai kat chek sat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:24 PM | Show all posts

The new royal ruler of Malaysia's Negeri Sembilan state Tuanku Muhriz Tuanku Munawir salutes to an honour guard during his coronation ceremony at the royal village of Seri Menanti, 100 km (62 miles) southeast of Kuala Lumpur, October 26, 2009. The rulers of Negeri Sembilan, descendants of the rulers of Pagar Ruyong in Sumatra, are selected by a four-member council of state chiefs, a practice that has been followed since 1773.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 01:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by w_md_harris at 28-10-2009 01:52

Sumber SISTEM INSTITUSI TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN     

PENDAHULUAN

Seperti yang kita telah sedia maklum masakan dan makanan tradisiona masyarakat Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain, samada lauk pauk, kuih muih mahupun air minuman. Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masakan dan makanan mereka mempunyai cara pengadunan yang berbeza sehingga melahirkan citarasa yang cukup istimewa dan unik. Sebagai warisan tradisi, masakan dan makanan tradisional Melayu Negeri Sembilan begitu banyak sekali mengandungi pelbagai bentuk, rupa dan cara membuatnya yang berlainan sehingga timbul identiti Negeri Sembilan yang tersendiri.

MAKANAN DAN MASAKAN
        Masak Kuning Lada Api
        Masakan Bakar
        Rendang
        Masak Lemak Putih
        Masak Salai
        Pindang
        Masak Pekasam
        Masak Rebus / Celur
        Sambal
        Lempap
        Masakan Panggang Perut Temensu
        Makanan Mentah

KUIH-MUIH
Negeri Sembilan dihuni lebih kurang 823,400 orang yang sebahagian besarnya masyarakat Melayu cukup bertuah dan beruntung kerana dengan daya kreatif dan kemajuannya telah dapat melahirkan puluhan jenis masakan dan makanan kuih muih, sebagai makanan kedua selepas nasi dan lauk pauknya.

Galeri Adat          

SEJARAH

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN
Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.
       Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang 'weltanschuung' atau pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya.
       Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa. Ini boleh dilihat dari segi politik dimana sistem Yam Tuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak.
       Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan . Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.

SUKU DAN PERUT
Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat dua belas (12) suku iaitu:-

Biduanda                      Batu Hampar           Mungkal             Sri Lemak
Paya Kumboh             Tiga Nenek             Sri Melenggang              Batu Belang
Tanah Datar               Anak Acheh               Anak Melaka               Tiga Batu

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati

Orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari sudut kategori yang    ke-4 (empat) di atas saja.
Pepatah " biar mati anak jangan mati adat" yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori seperti:-

ADAT YANG SEBENAR ADAT
Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Penghulu wajib memahami peraturan (undang-undang) ini.
Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Balairong Seri adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza.

Tak lekang dek panas,
Tak lapuk dek hujan,
Gemuk berpupuk segar bersiram,
Dianjak layu dicabut mati.
Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah :
Kalau tak patah, tiat,
Kalau tak luka, congek,
Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka,
Tujuh musim padi tak jadi.

ADAT YANG TERADAT DAN ADAT YANG DIADATKAN
Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' beerti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang.
Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala.

ADAT ISTIADAT
Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap raja dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 01:49 AM | Show all posts
Tokoh2 Negeri Sembilan         


PENDAHULUAN

Sejarah kebangkitan anak melayu di Negeri Sembilan menentang penjajahan penjajah Inggeris tidak kurang hebatnya dengan pejuang-pejuang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Antara puluhan pahlawan yang berjuang 12 pahlawan inilah yang diperkatakan sebagai pelopor perjuangan Melayu. Mereka ini adalah pejuang-pejuang anak Negeri Sembilan yang suda menabur bakti kepada perjuangan nasionalisme di negeri ini. Mereka adalah ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan di sekeliling masyarakat akibat penindasan secara halus yang dijalankan oleh penjajah. di bawah ini disenaraikan nama-nama 12 pahlawan Negeri Sembilan berserta ringkasan kisah hidup perjuangan mereka.

TOKOH PAHLAWAN
Dato' Moyang Salleh

Merupakan Undang Luak Jelebu pertama. Membuka jalan kepada Negeri Sembilan berkerajaan sendiri, dan kemudiannya menetapkan raja yang dijemput dari Pagar Ruyung di Minangkabau sebagai raja bagi menggantikan pemerintahan Sultan Johor.

Dato' Dol Said
Penghulu Naning, putera Melayu pertama menentang penjajahan Inggeris tahun 1831-1832. Keberaniannya melawan kuasa besar dari barat dianggap luar biasa sekalipun berakhir dengan kekalahan. Bagaimanapun kekalahan itu adalah disebabkan ada pembelot di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Penghulu Naam
Merupakan Penghulu Luak Muar yang pertama. Berpegang kuat kepada prinsip dalam menentukan siapa berhak menaiki taktha Negeri Sembilan. Keberanian menentang Raja Malewar yang belum diiktiraf sebagai raja membuktikan dia kuat mempertahankan prinsip dan kedaulatan wilayahnya.

Dato' Panglima Sultan Karo
Menjemput Raja Malewar menaiki taktha 1773, seorang buapak luak Ulu Muar. Kuat berpegang pada janji Disebabkan dia diberi tugas untuk menaikkan Raja Malewar ke atas takhta, janjinya tetap dikotakan sekalipun terpaksa menentang penghulunya sendiri.

Dato' Bandar Tunggal Abdullah  b Ahmad
Pembesar Sungai Ujong berperang melawan Inggeris tahun 1874. Dilucutkan jawatan oleh Inggeris, tetapi semangatnya terus kental hingga rumah dan kampungnya dibakar oleh pihak Inggeris. Pertelagahannya dengan Dato' Kelana Syed Aman, menjadi sebab kemarahan Inggeris dan peniaga-peniaga Cina dari Melaka apabila dia menentang pembolotan ekonomi menyebabkan orang Melayu susah.

Yamtuan Antah
Raja Melayu pertama berperang melawan Inggeris tahun 1876, hingga terpaksa hilang wilayah. Sebagai penyelesaian, baginda hanya berkuasa di Seri Menanti sahaja setelah kalah dalam Perang Bukit Putus.  

Dato' Siamang Gagap
Menentang Inggeris di Istana Seri Menanti dalam tahun 1874, akhirnya jawatan yang dipegang dimansuhkan. Dia ikut sama Yamtuan Antah berundur ke Singapura , dan tidak mahu mengiktiraf campur tangan Inggeris. Dia kemudiannya menjadi orang biasa sebelum beliau mangkat.  

Dato' Bongkok Abdul Malik
Menentang sistem raja. Keberaniannya melanggar tradisi telah membuka jalan ke arah pembaharuan dalam sistem beraja di Negeri Sembilan.

Dato' Haji Sail
Undang Rembau, menentang Inggeris sekitar 1880an. Dia disingkirkan dari jawatannya dengan tipu helah Inggeris, kemudiannya dibuang ke Singapura.

Pendekar Sampan
Berjuang menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus tahun 1876. Menjadi jurulatih silat kepada pemuda-pemuda yang mempertahankan Seri Menanti dari serangan Inggeris. Terkorban dalam peperangan kerana kesetiaannya.

Bilal Ismail
Menentang Inggeris di Jelebu pada tahun 1880, dan dituduh menderhaka kepada Yamtuan Muda Jelebu. Dijatuhkan hukuman bunuh. Orang yang bertanggungjawab membunuh Bilal Ismail kemudianya dihukum bunuh bagi meredakan krisis berkenaan.

Pendeta Za'ba
Menentang Inggeris dengan mata penanya. Dia menganjur Kongres Melayu 1946, dan mencetuskan perjuangan UMNO. Dia tidak terbabit dalam politik, tetapi boleh menumpukan kepada pembangunan intelektual Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 11:36 AM | Show all posts
Ketua Pemuda UMNO sekarang kalau tak salah aku keturunan Minang jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 02:01 PM | Show all posts
Ketua Pemuda UMNO sekarang kalau tak salah aku keturunan Minang jugak kan?
jkkkj Post at 28-10-2009 11:36



Agaknya samalaa ngan Datok Rais Yatim yg berasal dari Padang , Indon
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 02:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by w_md_harris at 28-10-2009 20:24

Penghijrahan Masyarakat Minangkabau ke Malaysia

Secara umumnya terdapat 2 kolompok masyarakat Minang di Malaysia. Kedua-dua kolompok ini walupun sama asal keturunannta tetapi berbeda gaya kehidupan. Disini saya berikan sedikit info tentang masyarakat yang aslinya berasal dari sekitar Sumatera Barat, Indonesia.

Minangkabau Negeri Sembilan.
      Nama Negeri: Negeri Sembilan Darul Khusus.

      Ibu Negeri: Seremban (100Km ke selatan Kuala Lumpur)

      Raja: Yamtuan Besar Negeri Sembilan Tunku Jaafar Ibni tunku Abd. Rahman.

Penghijrahan besar-besaran masyarakat Minangkabau sekitar Sumatera Barat ke Negeri Sembilan berlaku sekitar abad ke-15. Meraka telah mendapat naungan dari Kesultanan Melaka dan seterusnya Kesultanan Johor-Riau. Di abad ke 18 diambang kejatuhan Kesultanan Johor-Riau , masyarakat Minangkabau N9 sering diserang oleh pasukan Bugis. Ini memaksa pemukim Minangkabau meminta perlindungan raja tanah asal mereka. Raja Pagaruyung saat itu, Sultan Abdul Jalil, memenuhi permohonan tersebut dan mengirimkan Raja Melewar untuk memerintah Negeri Sembilan. Kedatangan Raja Melewar juga telah menyatukan 9 daerah (nagari) yang sering bertelagah.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Minang kaya dengan adat. Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri (state) di dalam negara Malaysia yang mengamal adat perpatih. Contohnya bisa kita lihat dalam sistem pembahagian harta. Kerajaan Negeri Sembilan satu-satu negeri di M抯ia yang mempunyai bahagian khas di Pejabat Daerah (Pemda) yang dikenali sebagai 態ahagian Harta Pusaka? Sistem pemerintahan adat-perpatih masih diamalkan dalam perlantikan Raja, Undang Yang Ampek, Datuk Lembaga (Datuak Lambago) Buapak dan seterusnya. Umumnya masyarakat minang N9 masih berpegang kuat dengan adat perpatih. Pernah menjadi tanggapan negative terhadap wanita2 N9, lelaki2 (dari negeri  yg lain) berasa kawatir untuk menikahi wanita2 yang berasal dari N9, khawatir harta akan habis dikikis oleh wanita minang. Sekarang tanggapan ini tidak lagi dipercayai, kerana situasi  adalah sebaliknya. Ternyata menikahi wanita2 Negeri Sembilan lebih beruntung kerana meraka adalah pewaris semua harta pusaka.

2.   Kolompok Kecil.

Kelompok ini dipercayai berhijrah ke Semenanjung setelah Malaysia merdeka. Kedatangan  meraka kali ini dalam kolompok yang kecil. Negeri Sembilan bukan pilihan meraka, sebaliknya meraka bisa ditemui disekitar Negeri Selangor iaitu di sekitar daerah Gombak, Kuala Langat Damansara (Kg. Sungai Pencala) di sekitar Ibukota Kuala Lumpur (Chow Kit Road). Berdagang/berjualan adalah sumber perkerjaan utama mereka.

Saya mempunyai beberapa kenalan rang awak juo! yang berasal dari sekitar Gombak. Meraka sepertinya tidak mengamalkan sistem adat, tiada beraja, tiada balambago, tiada   babuapak, pembahagian harta tidak mengikut adat, adat-adat istiadat sudah dilupakan, tiada  lagi adat ajulang?sewaktu pernikahan dan yang paling menyedihkan suku sendiri pun meraka tidak pasti.Cuma satu yang masih kekal, bahasa! meraka masih bertutur dalam Bahasa Minang asli berbeda dengan Minang Negeri Sembilan yang bertutur dalam dialek Minang Noghori.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2009 06:38 AM | Show all posts
Pameran Raja Kita

Oleh JAMLIAH ABDULLAH





KUALA PILAH 6 Nov. - Pameran Raja Kita di Istana Lama Seri Menanti di sini antara program yang menyemarakkan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Oktober lalu.

Bersempena hari penuh bersejarah itu juga, pameran tersebut sedikit sebanyak memberi peluang kepada rakyat negeri ini mahupun luar mengenali dengan lebih dekat institusi diraja dan keluarga diraja.

Apatah lagi pameran tersebut dilakarkan dengan penuh kesempurnaan atas permintaan Tuanku Muhriz sendiri agar rakyat jelata lebih mengenali baginda dan keluarga diraja.

Secara amnya pameran menyalurkan maklumat dan pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetika.

Antara yang dipamerkan ialah potret baginda dan keluarga, persalinan diraja, salasilah diraja dan replika alat kebesaran diraja seperti payung kuning, tombak berambu, keris panjang, pedang panjang dan tonggol.

Pengisian lain yang menghidupkan pameran itu adalah paparan tentang institusi diraja Negeri Sembilan, biografi, peranan dan sumbangan baginda kepada rakyat Negeri Sembilan, terbuka kepada semua termasuk pengkaji artifak.

Ringkas tetapi padat, sejurus mengunjungi pameran tersebut banyak maklumat yang mampu diperoleh termasuk berkaitan sejarah institusi diraja Negeri Sembilan sejak dari zaman pemerintahan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.

Perjalanan menyusuri istana lama untuk mengamati bahan pameran sangat terkesan apatah lagi dengan susun atur yang mengekalkan keasliannya.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, pameran yang bermula sejak 24 Oktober itu akan kekal di muzium tersebut sebagai penghargaan kepada rakyat untuk mengenali raja mereka.

''Bagaimanapun dari semasa ke semasa pihak Muzium Negeri akan menambah bahan termasuk memohon berkenan Tuanku Muhriz bagi mendapatkan koleksi baginda yang lain juga.

''Setakat ini baginda berkenan untuk membenarkan pihak Muzium Negeri menggunakan beberapa koleksi diraja seperti potret dan fotografi keluarga diraja untuk tatapan rakyat jelata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, selain pameran Raja Kita, turut berlangsung di situ adalah pameran koleksi setem kenang-kenangan bersempena pertabalan Tuanku Muhriz itu.

Setem kenang-kenangan tersebut memaparkan koleksi potret Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani.
''Ini juga satu sudut yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana ia memaparkan sedikit sebanyak pembuatan setem tersebut bagi maklumat pengunjung," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, pameran itu diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Sembilan.

'' Pameran Raja Kita merupakan suatu medium yang memberi pendedahan serta merapatkan jurang antara institusi diraja negeri ini dengan rakyat.

''Ia sangat bermanfaat kepada sesiapa saja terutama pelajar dan pengkaji sejarah yang ingin mengenali asal usul institusi diraja negeri ini," kata beliau di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa induk pameran itu berkata, pameran itu diadakan dalam usaha memelihara dan memartabatkan lagi warisan sejarah yang tinggi nilainya.

Pameran Raja Kita dibuka secara percuma kepada orang ramai setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 11:21 PM | Show all posts
ape perbezaan yg ada pada suku?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 05:31 PM | Show all posts
maksud nye ape ? tak de beza antara suku2 ini cuma susur galur famili je. ada 12 suku di negeri sembilan, setiap ahli suku tidak dibenarkan kawen dgn suku yg sama. berbeza dari adat temenggung.. adat perpath dari pagar ruyung. adat temenggung dari palembang yg diamakan dikebanyakkan negeri di malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:25 PM | Show all posts
So skang kt Padang, Indonesia dah xder raja kan? Kiranya semua orang Minang tak kira di Indonesia atau mana2pun kena respek dgn Yamtuan sbb dia dan familiy is the ONLY living descendant of Minangkabau Royalty kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 02:33 PM | Show all posts
15# rastablank

kanapo urang Padang haruih hormek pado Yamtuan nagari sembilan? itu rajo nagari sembilan, tiado tarkait samo urang2 Minang di Padang.

Sabanarnyo ado lagi katurunan Rajo Minangkabau di Padang, laluhur Sultan Alam Bagagarsyah, rajo Pagaruyuang yang tarakhir.

urang2 Minang Malaysia haruih faham yang Minang Malaysia dan Minang Padang indak samo. Sangek barbeda!

rajo2 minang di siko indaklah dikirim Sultan Pagaruyuang, tatapi diusir Pagaruyuang karna indak sajiwo samo Sultan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 02:49 PM | Show all posts
fuiyoooo......nenek ak kturunan Minagkabau la krenye ni..
ptut nme moyang ak ala2 luar gtu!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 10:48 AM | Show all posts
Kemusykilan dari segi bahasa pertuturan, Minangkabau dgn Minand di Sumatra sama ke, ye lah kalau Minang sana kalau cakap:
            
Orang : Urang
Engkau: Waang (Lelaki) Kauu (Pompuan)
Cakap : Kecek
Disini : Siko

Boleh citer sikit ke...saya tak faham
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 11:01 AM | Show all posts
Many of Minangkabau people had prominent positions in the Indonesian and Malay nationalism movement.[27] In 1920-1960, the political leader in Indonesian dominated by Minangkabau people, such as Mohammad Hatta a former Indonesian government prime minister and vice president...petikan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Minangkabau

Tak sangka...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 11:19 AM | Show all posts
pepatah Minang yang mengatakan (Ka ratau madang di hulu, babuah babungo alun, marantau bujang dahulu, di rumah paguno balun (lebih baik pergi merantau kerana dikampung belum kepada) mengakibatkan pemuda Minang untuk pergi merantau sedari muda.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.068169 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list