View: 5899|Reply: 26
|
album merosot, mawi jadi penerbit??
[Copy link]
|
|
Album merosot punca Mawi jadi penerbit?
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
| MAWI menyerahkan cenderamata kepada Razali Ibrahim selepas pelancaran Mawi World Entertainment di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.
|
SECARA tidak langsung, Akademi Fantasia (AF) merupakan sebuah program realiti televisyen (TV) yang cuba melahirkan artis-artis yang serba boleh seperti menyanyi dan berlakon.
Justeru, tidak hairanlah ramai peserta AF yang keluar daripada program realiti TV itu bukan setakat menjadi penyanyi atau pelakon, malah mencuba juga bidang-bidang yang lain.
Juara AF3, Mawi sebagai contohnya, bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi beliau juga cuba mengembangkan bakatnya sebagai penerbit program TV.
Perkembangan penyanyi lagu Aduh Saliha itu dapat dilihat apabila dia kini sibuk menerbitkan rancangan-rancangan TV menerusi syarikat miliknya, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd.
Menurut Mawi, keputusannya menceburi bidang penerbitan selepas mendapati tidak mampu bergantung atas jualan album-albumnya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.
"Saya memang sudah bersedia untuk menjadi penerbit secara lebih serius. Saya dapati sudah sampailah masanya saya menjadi seorang penerbit dan bergerak sendiri dalam bidang ini.
"Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi, saya sendiri menyedari tentang hakikat jualan album yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini kerana banyak faktor.
"Antaranya senario muat turun lagu di Internet dan masalah cetak rompak. Senario itu berlaku di seluruh dunia," katanya pada sidang media di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.
Majlis itu diadakan selepas pelancaran syarikatnya sendiri iaitu Mawi World Entertainment Sdn. Bhd. (MWESB) oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Jelas Mawi, MWESB yang ditubuhkan dengan modal mencecah RM1 juta itu buat masa ini lebih kepada penerbitan program-program TV dan drama untuk siaran stesen-stesen TV tempatan.
program terbaru
Langkah Mawi 2 merupakan program terbaru syarikat itu yang menampilkan Mawi dan isterinya, Ekin sebagai pengacara di mana ia akan ditayangkan di Astro Ria mulai 25 November ini.
Menerusi program yang berkonsepkan santai itu, program musim kedua itu lebih ceria kerana menampilkan banyak elemen baru termasuklah elemen-elemen bulan madu di dalamnya.
"Dalam setiap episod musim kedua ini ditampilkan elemen-elemen bulan madu yang saya lakonkan bersama Ekin. Kalau musim pertama dulu, saya mengacarakannya seorang diri.
"Tetapi kali ini saya bukan sahaja menampilkan program yang mempromosikan tempat-tempat orang tetapi juga dengan elemen-elemen ilmu di sebaliknya bersama-sama Ekin.
"Walaupun ada penampilan Ekin tetapi program ini merupakan program saya. Nama pun Langkah Mawi, bukannya Langkah Ekin. Semua elemen itu sesuai dengan status saya sekarang," ujarnya.
Tambah Mawi, dia juga berasa selesa digandingkan bersama Ekin menerusi Langkah Mawi 2 yang menampilkan tempat-tempat menarik di Sri Langka, Australia dan Hong Kong.
Dengan bajet sekitar RM100,000 program musim kedua itu turut mendapat kerjasama daripada badan-badan pelancongan di negara-negara terbabit.
Mawi tidak menafikan kemunculan Ekin dalam Langkah Mawi 2 seakan-akan memberi ilham kepadanya untuk menerbitkan program-program yang sesuai untuk isterinya pada masa depan.
"Saya memang selesa bersama Ekin dalam program itu tetapi dia (Ekin) mungkin boleh muncul dalam program lain yang sesuai dengannya seperti berkaitan fesyen dan kecantikan.
perangsang
"Bekerja dengan isteri sendiri lebih senang kerana dia memahami diri saya. Selain Ekin, ramai juga kawan-kawan di sekeliling saya yang memberi perangsang kepada saya sebagai penerbit.
"Misalnya, Man Bangla dan Rahila Ali yang menggalakkan saya agar menceburi bidang ini," jelasnya yang masih mempunyai kontrak dua tahun bersama Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Langkah Mawi 2 yang menjalani penggambaran selama 14 hari di Melbourne, Australia, Sri Langka (tujuh hari) dan Hong Kong (tujuh hari) diterbitkan sepenuhnya di bawah MWESB.
Selain program TV itu, MWESB juga kini sedang dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah telemovie berjudul Jiwa Kacau yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.
"Skrip telemovie itu ditulis oleh AD Samad dan bakal diarahkan oleh Rahila Ali di mana ia merupakan projek terbaru MWESB. Selain itu, saya juga mahu menerbitkan filem.
"Walau bagaimanapun, perancangan menerbitkan filem mungkin dalam masa lima tahun akan datang," katanya yang mempunyai enam pekerja di bawah MWESB.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, saluran itu mengalu-alukan pembekalan produk-produk rancangan daripada syarikat milik Mawi itu.
Sambil menyifatkan produk terbitan MWESB seperti Langkah Mawi 2 menepati spesifikasi dan piawaian mutu yang telah ditetapkan oleh stesen TV berbayar itu.
"Kami dapati rancangan terbitan Mawi menepati mutu yang kami mahukan di mana sasaran kami adalah kepada para penonton yang berusia dari 15 tahun hingga 35 tahun.
"Malah, kami juga memberi kebebasan kepada Mawi untuk menerbitkan atau memilih konsep rancangan yang ingin diterbitkannya. Kami dapati dia ada idea dan konsep tersendiri.
"Walaupun dia masih baru dalam bidang ini tetapi kami memberi sepenuh kepercayaan kepada Mawi dalam penerbitan Langkah Mawi 2 di mana Langkah Mawi 1 diterbitkan oleh Astro," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha
patut sambung ajekan kat benang yg berkaitan
<mabuk buka benang baru > |
|
|
|
|
|
|
|
tak apalah kan.. mod boleh merge kan
boring pulak depa kalau tak ada kerja |
|
|
|
|
|
|
|
niy..
kat kosmo ada gak...kehadiran ekin dlm program langkah Mawi 2 diibaratkan spt patung cendana... |
|
|
|
|
|
|
|
4# wangi08
elok lah dia jadik patung cendana jer
buat meramaikan background dah cukup dah....
lagi pun tu program mawi
bukannya mawi dan ekin....
keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
4# wangi08
sure ada gambo kikin kan?
aku suka artikel attar aziz ni
dia fokus kepada artisnya sahaja.. iaitu mawi |
|
|
|
|
|
|
|
5# chekshu
cheksu
sejiwa ke hape kita pagi ni
aku terkeluar tajuk juga kat BG.. dan isi sama ngan cheksu |
|
|
|
|
|
|
|
6# chekshu
masalah problemnya
bukan kikin yg ikut cakap mawi
tapi sebaliknya
nasiblah ko mawi
panjang lebar mawi explain kenapa kikin muncul dlm prog langkah mawi
tengah fikir nak paste ke tak
kasi peluang kak wangilah |
|
|
|
|
|
|
|
6# chekshu
masalah problemnya
bukan kikin yg ikut cakap mawi
tapi sebaliknya
nasiblah ko mawi
panjang lebar mawi explain kenapa kikin muncul dlm prog langkah mawi
tengah fikir nak pas ...
niy Post at 19-11-2009 09:02
...betul apa yang Mawi cakap tu..
dalam hal restu kelauarga....akak percaya emak Mawi restu je....
kekadang kita melihat terus mentafsir...
cerita yg didengar....dari mana puncanya adakah pernah kita pertikai...spt mana kita pertikai keiklasan ekin...
( ooo dari sumber yang boleh dipercayai.....dia kat itu ...dia kata ini.....eemmmm )
tapi sebagai seorang saudara seagama..
marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan terhadap sesama insan...itu lebih membahagiakan
kerana prasangka..akan memandu kita ke arah terus mencari silap dan alpa manusia.... |
|
|
|
|
|
|
|
9# niy
silap lah kan
kalo jadik pak turut...
mawi kena pandai pikir lah
cakap bini tu....
mana yg boleh ikut... mana yg tak boleh...
cuba tengok artis2 lain
yg bini jadik PA... or laki jadik PA
tak de plak depa sibuk enterframe....
contoh bang madir tu lah
selagi kak nita tak invite dia naik on stage
tak de plak dia nak meleser dekat bini dia...
tau jer dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
11# wangi08
isteri yg baik
akan jaga maruah suami
|
|
|
|
|
|
|
|
12# chekshu
ya..
contoh lagi satu.. AC
dia pun pilih isteri dia sbg PA/manager
tak ada pulak dia menempel/berkepit sebelah AC siang malam pagi petang
sehingga menyusahkan AC
or
sampai org lain rasa tak selesa sbb ada queen control yg nak jadi bos |
|
|
|
|
|
|
|
nasib mawi dpt bini suke inteframe nk wat camne...
apa2pon semoga berbahagia selalu |
|
|
|
|
|
|
|
habis dah kikis dah tak laku. ok apa dia tempel kat sawi.:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
ishhhh..udah le tu....doa yg baik2 je.....
dia dah jadi suami isteri biarkanlah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Langkah Mawi tak sudah-sudah
|
|
|
|
|
|
|
|
1# niy
niy,
mmg populariti dah menurun pon. org dah JEMU kot.
(saya dah lama jemu {:1_126:}) |
|
|
|
|
|
|
| |
|