CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9885|Reply: 27

Kaifeng Jews of China

[Copy link]
Post time 27-11-2009 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Tadik aku baru jumpa thrid kat isu semasa sebut pasal Cina adalah Yahudi Asia. Aku rasa istilah ni, maharaja Siam yang berikan kat orang Cina dalam empayarnya. Pernah dengar tak tentang orang Yahudi di China?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2009 11:49 PM | Show all posts
Yahudi Kaifeng adalah masyarakat Yahudi yang mempunyai catatan maklumat yang lengkap. Mereka tinggal di kota Kaifeng di wilayah Henan. Walaupun dlam kalangan penduduk Cina umumnya mereka tidak begitu menonjol,mereka telah menarik minat banyak pengunjung Eropah yang inginmengetahui lebih lanjut tentang pusat budaya Yahudi yang paling jauhletaknya ini.

Dalam bahasa Mandarin moden, orang Yahudi dirujuk secara amnya sebagai Youtai Ren, tetapi masyarakat sekeliling dari suku kaum Han memanggil agama mereka sebagai Diao Jin Jiao bermaksud, pemeluk agama yang x makan urat, mungkin berkaitan dengan hukum pemakanan khashrut (aku baru tau benda ni maksudnya apa).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2009 11:57 PM | Show all posts
Wajah2 orang Yahudi dari China










Dengarnya, ada stengah dorang x tau yang dorang ni keturunan Yahudi. Banyak yang dah jadi macam orang China biasa n sembah kat dewa2 orang China. Yang pernah aku terbaca dalam satu buku pelancongan sblom ni, ada pompuan China keturunan Yahudi lekatkan gambar dewa pintu kat depan rumah dia walupon dia tau dia asal dari orang Yahudi. Agak mengejutkan gak, sebab orang negara China snirik x ramai tau tentang ni.

Di Tanah Melayu, Musawwi (pengikut Musa a.s) n Isawwi (pengikut Isa a.s) memang dah ada di sini sblom abad ke-7 M. Dorang berniaga dan singgah di negeri selatan Thailand n utara Tanah Melayu sblom meneruskan perjalanan ke Timor (China) ikot jalan laot. Aku dengar ni dari hikayat negeri Patani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 12:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 02:47 AM | Show all posts
wow, selepas aku menggodek2 google search, aku dapat tau pasal kehadiran org Yahudi di China pada dinasti Song pernah menjadi askar2 untuk raja2 wilayah kat sana... Tak silap aku, aku pernah baca kisah panglima Yue Fei dolu2, tapi aku x tahu plak kalu2 dia ni n keluarganya beragama Yahudi....

Kisah Yue Fei
oleh Lee Loo
21 Oct 2008










Ni kisah seorang panglima bernama Yue Fei. Taat setia kepada raja. Ibu dia dikatakan pernah menggunakan jarum untuk tuliskan atas belakang dia tulisan jìn zhōng bào guó yang bermaksud "taat setia kepada negara" sebelom dia kuar umah gi masuk tentera pada tahon 1122 M. Aku agak zaman ni zaman dinasti Song Utara.

Ikot catatan biografi dia, Yue Fei n anak dia pernah kena fitnah ngan orang nama Qin Kuai n didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba mengkhianati negara.  

Lepas dia dihukom, baju dia dikoyakkan n orang dapat lihatlah tulisan yang mak dia lakarkan atas belakang dia dolu dengan jarum panas yang bermaksud "taat setia kepada negara." Tulisan ini menunjukkan kesetiaan Yue Fei terhadap wasiat ibunya yang juga menunjukkan mereka setia terhadap negara. Elok lah dah dihukom baru nak bagi penghormatan smua.

Dalam bahagian 21 biografi dia, bawah tajuk "dengan helah perjanjian persaudaraan Wang Zuo, dengan tulisan empat hurof puan Yue mewasiatkan anaknya," menyebut bahawa keluarga Yue mencela ketua penyamun, Yang Yao serta meninggalkan peluang daripada menjadi panglima dalam angkatan tentera Yang Yao. Puan Yue berkata kepada Yue Fei, "aku ibumu, telah melihat kau menolak daripada menyertai penyamun yang memberontak itu, dan kau juga sanggup hidup dalam kemiskinan serta tidak tergoda dengan kekayaan dan pangkat... Namun aku bimbang selepas pemergianku nanti, akan ada makhluk tak guna yang akan memujuk kau menderhaka... oleh itu, biar aku tuliskan perkataan2 ini di belakang mu. Puan Yue lantas mengambil berus dan mencelupnya dalam dakwat lalu menulis empat huruf Cina itu yang membawa maksud, "taat setia kepada negara." Pastu dia menggunakan jarum panas dan meletakkan cuka campur dengan dakwat supaya warnanya tahan selama2nya.


Menurut batu bersurat Keifeng, orang Yahudi Kaifeng merupakan antara kumpulan orang Yahudi yang menetap dalam empayar China sebelom tahun Masehi. Perkataan jìn zhōng bào guó ni pong ada ditulis dalam dua daripada monumen dorang yang dibangunkan sekitar taun 1489, 1512, n 1638 M. Yang pertama, pada tahon 1489 M merujuk kepada "ketaatan x berbelah bagi orang Yahudi kepada putera n negara" (rujuk tattoo yang dibuat oleh puan Yue atas belakang anaknya). Yang kedua plak muncul dalam satu bahagian kat stele pada monumen tahun 1512 M yang menyebut pasal askar Yahudi n pegawai2 beragama Yahudi dalam tentera China "taat setia tak berbelah bagi kepada negara." Biografi Yue Fei jugak sebut pasal dakwaan orang Israel (Yahudi China) juga pernah berkhidmat sebagai askar dalam angkatan tentera panglima Yue Fei.



Makam panglima Yue n anaknya. Yue Fei (1103-1142) lahir di Tangyin di Xiangzhou dalam wilayah Henan. Dia terkenal dalam dinasti Song Selatan (1127-1279) sebab melawan orang Liao dari Utara. Difitnah oleh pegawai Istana bernama Qing Hui n dihukom pancong. Walupong gitu, pada tahon 1163 M, nama baiknya dikembalikan n mayatnya digali balik n dikuburkan macam kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 11:16 AM | Show all posts
Serban Yahudi Kaifeng macam ikatan Serban Tabligh ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2009 11:57 AM | Show all posts
dengar Cerita Chairman Mao Zedong pun  dari keturunan Yahudi Kaifeng......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 02:33 AM | Show all posts
Manuskrip zaman Dinasti Song akan dikaji



Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 28 Okt. - Satu kajian terperinci terhadap sebuah manuskrip Islam yang dipercayai berasal dari Dinasti Song, China akan dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Arkib Negara dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk membuat kajian terhadap manuskrip itu.

Menurutnya, kajian itu perlu dilakukan bagi membuktikan manuskrip tulisan tangan yang ditemui di negeri ini tiga tahun lalu itu adalah tulen bagi menjadikannya bukti peradaban Islam di rantau ini berdasarkan fakta sejarah.

Kajian awal beberapa ahli akademik di universiti tempatan menafsirkan manuskrip yang dipercayai berusia lebih 1,000 tahun itu adalah sebuah kitab Thaharah (ibadah) yang ditulis dalam bahasa Arab.

ada bahagian awalnya terdapat cop mohor bertulisan China,katanya kepada pemberita, di pejabatnya di sini.

Manuskrip tersebut milik pencari khazanah dan manuskrip lama terkenal, Wan Ahmad Arshad yang juga pengusaha Galeri Pusaka Moyang.

Ab. Rahaman menambah, ahli akademik terbabit mendapati manuskrip itu mempunyai beberapa perkataan berkaitan dinasti tersebut antaranya Utara Tanah Besar, kumpulan orang berkuda, maju ke hadapan, daerah, dokumentasi serta satu diagram lima bintang.

Beliau memberitahu, perkataan-perkataan tersebut menyokong hipotesis berdasarkan fakta Dinasti Song awal dikenali sebagai Song Utara manakala kumpulan berkuda adalah kelompok Islam yang mahir dari aspek ketenteraan dan berasal daripada golongan Arab, iaitu Bukhara.

Manuskrip berkenaan berukuran 25 sentimeter x 41 sentimeter dan kulitnya diperbuat daripada kulit binatang yang belum dikenal pasti jenisnya.

Kertas yang digunakan pula diperbuat daripada buluh jenis istimewa dan berkualiti tinggi di mana permukaannya bersinar.

Manuskrip ini mengandungi 288 muka surat yang lengkap bertulis, corak penulisan atau khat istimewa serta luar biasa. Setiap bab dibezakan dengan tulisan khat bertajuk besar.

Ab. Rahaman berkata, menurut ahli sejarah Barat, Emanuel Gadinho Eradia, Islam mula bertapak di China pada kurun ke-9 menerusi Canton dan Hainan pada zaman pemerintahan Dinasti Tang.

Kedudukan Islam menjadi lebih kukuh sewaktu pemerintahan Dinasti Song (960-1279 Masihi) dan Islam memperkukuhkan pengaruh ekonomi dengan menguasai perdagangan antarabangsa khususnya import dan eksport.

Malahan, secara konsisten jawatan Pengarah Perkapalan China sentiasa dipegang penjawat agama Islam pada era berkenaan sementara pada 1070 Masihi, Maharaja Sheng-Tsung menjemput 5,300 orang Arab dari Bukhara untuk menetap di China.

Baginda juga menggunakan tenaga dan kepakaran golongan Arab termasuk di bidang ketenteraan berkuda untuk menentang pemerintahan Liao di Utara dan Tenggara.

Golongan Arab itu dikatakan menetap di Kaifeng dan Yenching (kini dikenali sebagai Beijing). Idea utama membawa masuk golongan Arab ini adalah untuk membuat buffer zone antara China dan Liao, jelasnya.

Pada tahun 1080 Masihi, seramai 10,000 lelaki dan wanita Arab Bukhara berhijrah serta menetap di Wilayah Utara dan Tenggara.

Kumpulan itu diketuai oleh Putera Amir Sayyid atau dikenali sebagai so-fei-er. Beliau kemudiannya diberi gelaran sebagai Bapa Islam di China.

Menurut Ab. Rahaman, kajian kesahihan manuskrip ini boleh dilakukan menerusi ujian karbon yang kebanyakan dilakukan di Universiti Melbourne di Australia di mana ketepatan tidak boleh diragui.

Menjadi harapan saya, manuskrip yang tidak ternilai itu dapat disimpan di Muzium al-Quran Melaka di Kompleks Masjid Al-Azim untuk kajian kita.

Pada masa yang sama dapat mempertontonkan kepada orang ramai bahawa kemajuan Islam di rantau ini sudah bertapak sejak dulu lagi, katanya.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2009 03:59 AM | Show all posts
wow,menarik skali. mao ze dong keturunun yahudi? ideologi komunis dari yahudi gak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 06:07 PM | Show all posts
Ideologi Komunis dari Karl Marx.... Dia ni dari Russia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 07:04 PM | Show all posts
So betul laa teori asal usul org China ada kaitan dgn org Arab?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 11:08 AM | Show all posts
11# super_nova
yurp.. karl marx.. yahudi jerman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 06:29 PM | Show all posts
Rumah Ibadat Yahudi Kaifeng

Sinagog Kaifeng yang terletak di bandar Kaifeng dalam wilayah Henan merupakan satu2nya sinagog yang sejarahnya bermula ketika penghijrahan orang Yahudi ke empayar China. Mereka dipercayai datang ke China melalui Asia Tengah dan berkemungkinan berasal dari India.   

Pada waktu pembinaanya, kira2 pada tahun masehi 1136 M Kaifeng yang satu ketika dahulu dikenali dengan nama seperti Bianliang, Bianjing, Daliang, atau Liang sahaja merupakan ibu kota bagi dinasti Song sekitar tahon masehi 960-1279. Sinagog ini malangnya dimusnahkan pada tahun 1860-an dan x ada lagi sebarang usaha membinanya semula lepas itu.
Bagaimanapun, seorang paderi Jesuit China bernama Meng Zhengqing kemudian melakarkan semula dua gambar sinagog tersebut. Satunya menunjukkan seluruh rupa sinagog itu, dan satu lagi menunjukkan hiasan dalaman sinagog itu. Jadi sekurang2nya rupa sinagog itu masih boleh dilihat.




Sinagog itu dianggarkan berukuran 130 meter panjang timur ke barat. 50 meter luas utara ke selatan. Kat belakang gerbang masuk ada papan tanda nama macam kat pintu gerbang tokong China bertulisan huruf Cina Jing Tian Zhu Guoyang bermaksud puja Tuhan, hormati Negara. Papan tanda ni dikatakan ditulih oleh maharaja Kangxi yang memerintah dinasti Qing sekitar 1644-1911 M. Kat dewan utama yang dipanggil sebagai Yi Ci Le Ye Dian, ada dua monumen, satunya ada sebut Kang Xi Er Nian Bei bermaksud tahun kedua pemerintahan maharaja Kangxi dan satu lagi ada sebut Hong Zhi. Kat belakang dewan utama tu plak ada pustakaan yang menyimpan naskah2 keagamaan, dan banyak gak yang dicuri oleh mubaligh Kristian dari pelbagai negara Eropah n gereja2 Amerika.




Walaupun keaslian sejarahnya, wujud juga keraguan berkenaan dengan perhubungan antara masyarakat Yahudi Kaifeng dengan masyarakat Yahudi antarabangsa dalam peribadatan, teks2 yang dipakai dalam sembahyang n upacara keagamaan mereka serta berkenaan dengan lakaran sinagog Yahudi di Kaifeng itu sendiri yang menunjukkan bukti kewujudan masyarakat yahudi itu sendiri.

Menurut Dr. Zhou Xun, yang merupakan seorang felo penyelidik di Jabatan Pengajian Timur n Afrika (SOAS) di London dalam bukunya Chinese Perceptions of the Jews and Judaism: A History of the Youtai,beliau mengatakan bahawa perkaitan hubungan keagamaan Yahudi China dengan masyarakat Yahudi luar serta keyahudian mereka itu adalah merupakan pandangan yang dibina oleh Barat. Sebagai contoh,  Dr. Xun telah menunjukkan bukti bahawa masyarakat Yahudi di Kaifeng sebenarnya x ada pun naskah kitab Torah sehinggalah pada tahon 1851 M, apabila tetiba muncul pulak gambar2 kitab Torah yang kemudian disebarkan oleh pengumpul2 kajian sejarah. Ada kitab keagamaan yang dikatakan palsu dan ada pengumpul2 barangan bersejarah yang sanggup bayar x kira berapa pon untuk dapatkan teks2 yang nampak asli. Benda ni memang popular.

Tambahan, masyarakat yang disangka masyarakat Yahudi di Kaifeng menurut Dr. Xun ada mengatakan yang mereka mengamalkan beberapa amalan keagamaan Yahudi yang sama dengan orang Yahudi di tempat lain di seluruh dunia. Dr. Xun berpendapat bahawa amalan2 tersebut datang kemudiannya. Dan akhir sekali, Dr. Xun mempersoalkan juga keaslian  lukisan sinagog yang dilukis oleh paderi Jesuit China yang bernama Meng itu. Penutup buku Dr.Xun, dia menafikan keyahudian orang Yahudi Kaifeng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 06:30 PM | Show all posts
Pintu gerbang Sinagog Kaifeng


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:17 AM | Show all posts
wong fei hong nie keturunan yahudi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:04 AM | Show all posts
wong fei hong nie keturunan yahudi tak?
Acong Post at 30-11-2009 02:17


legenda fong sai yuk?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2009 10:04 AM | Show all posts
Dengar Khabar dari Muslim Hui
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 01:06 PM | Show all posts
17# HangPC2
Baru nak tulis.  Faisal HusSein Wong katanya.
dr satu blog:

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Sejauh mana kebenarannya.... ntahlah!

oppsss! Ni tred yahudi!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 02:26 PM | Show all posts
17# HangPC2  
Baru nak tulis.  Faisal HusSein Wong katanya.
dr satu blog:

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahla ...
HOTlips Post at 30-11-2009 09:36


yeke..
x penah tau pun perkara nih..
so proud if he is muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 04:14 PM | Show all posts
I ske.........

Hehehe... Cium jgn x cium..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.059924 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list