View: 5806|Reply: 20
|
jumpa structure kuil cleopatra di dasar laut mediterranean sea!!
[Copy link]
|
|
Struktur kuil Cleopatra ditemui
SATU struktur granit kuil purba diangkut dari Laut Mediterranean
di Iskandariah semalam.
ISKANDARIAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir membawa keluar satu struktur kuil purba granit dari kompleks istana Ratu Mesir, Cleopatra yang tenggelam di Laut Mediterranean.
Struktur itu kini berada di pelabuhan Iskandariah, Mesir.
Beberapa penyelam dan pakar arkeologi menggunakan sebuah kren serta tali untuk menaikkan struktur setinggi 2.2 meter dan berat sembilan tan itu dari dasar laut semalam.
Struktur itu merupakan sebahagian dari pintu masuk ke kuil Isis, dewi kuno yang menjaga kesuburan dan magis.
Ia dipercayai terletak berhampiran istana milik Ratu Cleopatra di kota pelabuhan Iskandariah yang tenggelam ke dasar laut sejak berabad-abad lalu.
Cleopatra yang terkenal kerana kejelitaannya, memerintah Mesir pada kurun pertama sebelum masihi.
Struktur itu akan menjadi bahan pameran utama sebuah muzium bawah laut yang akan dibina di Mesir.
Semua artifak yang ditemui di dasar laut Mediterranean bakal dipamerkan di muzium tersebut. - AP
kalu banyak artifacts kat dasar laut mediterranean.. ha bley ler kita pi sana carik..... best mandi kat mediterranean sea ni.. cantik tempatnye!!! |
|
|
|
|
|
|
|
WoW! Berapa ribu tahun dok tersadai dalam laut tu?
...macam mana diorang bleh jumpa structure tu?...secara kebetulan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda2 dajjal kerr?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda2 dajjal kerr??
cruz_phymalion Post at 18-12-2009 04:01 AM
nape lak?
explain plz |
|
|
|
|
|
|
|
Ratu Cleopatra itu siapa ? boleh cerita sikit tg ratu ini..siapa keturunan dia hingga kini. |
|
|
|
|
|
|
|
Ratu Cleopatra itu siapa ? boleh cerita sikit tg ratu ini..siapa keturunan dia hingga kini.
hjrayle Post at 18-12-2009 10:47 Cleopatra Ptolemy VII (atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator -Кλеопатра — Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius(atau Marc Antony). Legendanya diturunkan melalui mitos-mitos,buku-buku, novel-novel malah filem-filem. Keperibadiannya yang berbeza,daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauhmenjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia.Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walaubagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yangmenakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratukepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampirsama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada kita.
40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Romyang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa laindi dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri danmengagumkan.
Untuk mengenali Cleopatra, propaganda Rom dan Yunani harus dijauhi malah bukti dari Mesir purba adalah penting. Ini disebabkan baginda dikhianati malah diboikot musuhnya, iaitu dari Yunani dan Rom.Melalui mitos yang disebarkan, Cleopatra digambarkan sebagai wanitamuda yang suka berfoya-foya tetapi bukti dari Mesir menunjukkansebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Dilahirkan pada awal 69 S.M., anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta dua adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah ketika itu.
Keluarga Cleopatra tidak aman akibat tekanan dan konflik dari luar (Rom) dan dalam (perebutan kuasa). Semasa kecil lagi, Cleopatra telah melihat persengketaan dalam keluarganya sendiri. Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir. Keadaan itu menyebabkan Ptolemy XII diusir rakyat dari Iskandariah lalu melarikan diri ke Rom. Pada 58 S.M., ibundanya, Cleopatra V mengambil alih tampuk pemerintahan bersama anaknya, Berenice IV selama setahun sehingga ibundanya mangkat lalu Berenice IV memerintah seorang. Konflik perebutan takhta di antara Berenice IV dengan Cleopatra VI telah menyebabkan kematian. Terdapat pendapat mengatakan yang Berenice IV meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M., ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota.
Dari ayahandanya, Ptolemy XII, Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Baginda diberikan pendidikan terkuat dan terkini menurut sukatan kurikulum termaju Yunani. Malah, baginda merupakan Ptolemy pertama yang mempelajari bahasa Mesir kerana sebelum itu, bahasa Yunani digunakan dan penterjemah diupah. Cleopatra dikatakan menguasai 9 bahasa (tidak termasuk Bahasa Latin) malah baginda juga pakar matematik dan perniagaan. Kepintaran baginda dihormati seluruh rakyat.
Pada tahun 51 S.M., Ptolemy XII mangkat. Takhta diwariskan kepada baginda yang masih berusia 18 tahun. Yang mengejutkan baginda, dia berkongsi takhta dengan adindanya, Ptolemy XIII yang masih berusia lebih kurang 10 tahun. Menurut undang-undang Mesir, Cleopatra telah dipaksa berkahwin dengan keturunannya sendiri. Baginda menerima tanpa terlalu mengendahkannya kerana baginda menerima takhta dengan cabaran yang sudah terikat bersama. Baginda mahu mengekalkan Mesir dari dijajah Rom dan berharap agar dapat menakluk semula jajahan leluhur baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
Penguasaan Takhta
Wanita Ptolemy dalam dinasti itu sebelum era Cleopatra tidak berani merampas takhta tetapi Cleoptara berhasrat untuk menguasai takhta tanpa adik lelakinya, Ptolemy XIII. Malangnya, baginda masih belum mempunyai kekuatan dari pihak luar mahupun dalam. Oleh kerana itu, baginda menerima padahnya apabila dihalau dari istana di Iskandariah oleh golongan pengikut adiknya. Walau bagaimananpun, baginda tidak berdiam diri. Baginda bersubahat dengann puak gurun dan membentuk tentera baginda sendiri.
Pada September 48 S.M., ketika Cleopatra mengumpulkan bala tentera dalam keadaan terbuang, lelaki kuat dari Rom tiba ke Pelabuhan Iskandariah untuk menuntut hutang ayahanda Cleopatra, Ptolemy XII. Bagi Cleopatra, lelaki itu amat bahaya tetapi berpotensi untuk mengalahkan adiknya.
Cleopatra berjumpa Caesar
Ketika Caesar berlabuh, rusuhan anti-Rom berlaku di pelabuhan Iskandariah. Walau bagaimanapun, Caesar bukanlah orang yang mudah ditakutkan. Dia mendiami istana diraja, menuntut hutang dan meminta perbalahan keluarga diraja untuk dihentikan. Untuk itu, Cleopatra dan adiknya diminta untuk datang menghadapnya. Demi mengelakkan diri daripada tentera adiknya, Cleopatra menyembunyikan diri di dalam permaidani dan menyeludup masuk berjumpa Caesar. Keadaan itu memukau imaginasi ramai sejak berabad-abad lamanya.
Caesar, 52 tahun, panglima yang berpengalaman, ahli potlitik yang pintar, cendekiawan dan telah berumah tangga manakala Cleopatra, 21 tahun. Mereka saling tertarik dengan serta merta dan hubungan mereka amat menakjubkan. Caesar merupakan lelaki yang sofistikated dan tidak mudah dikawal nafsu. Beliau terkenal dengan akal yang tajam seperti Cleopatra juga. Pada malam pertemuan itu, Cleopatra berbincang untuk menewaskan adiknya dan waktu yang sama mereka menjadi kekasih.
Persoalan tentang bagaimana Cleopatra memikat Julius Caesar masih ditanya. Ahli sejarah membuktikan dengan jelas bahawa anggapan filem-filem Hollywood terhadap Cleopatra adalah salah. Julius Caesar tidak tertarik kerana wajah Cleopatra yang menggoda tetapi kerana mereka mempunyai matlamat yang sama. Mungkin ia telah menguatkan lagi perhubungan di antara mereka.
Pada keesokan paginya, Julius Caesar membuat dekri (perjanjian) agar kakak dan adik memerintah Mesir dengan damai. Bagi beberapa minggu kemudian, segalanya berjalan lancar. Julius Caesar sempat berehat dan manikmati suasana Iskandariah yang aman dan ceria. Walau bagaimanapun, keamanan tidak bertahan lama apabila adik Cleopatra, Ptolemy XIII mencetuskan perang saudara yang sengit. Untuk berbulan-bulan lamanya, tentera Cleopatra dan Julius Caesar menentang dan akhirnya menang. Ptolemy XIII yang masih muda remaja itu mati lemas di sungai Nil.
Maka, sekali lagi takhta dikembalikan kepada Cleopatra. Adiknya yang lagi satu, Ptolemy XIV dijadikan suami (seperti yang disaran undang-undang) dan memerintah bersama tetapi sebenarnya baginda memerintah seorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemangkatan Cleopatra
Pada musim bunga 30 SM, Cleopatra mendapat tahu yang Octavius mara bersama tenteranya. Baginda bersetuju untuk turun takhta jika putera-puterinya sudi menggantikannya. Marc Antony pula menawarkan nyawanya untuk menyelamatkan Cleopatra tetapi Octavius tidak mengendahkan semua itu.
Pada mulanya, tentera Antony menentang pasukan berkuda Octavius namun dikhabarkan pada malam itu, bunyi-bunyian alat muzik dan nyanyian yang berkumandang menyeramkan seolah-olah kumpulan yang bertemasya sedang meninggalkan Bandar itu. Menurut kepercayaan orang ramai, Dionysus sedang meninggalkan Antony.
Hari yang seterusnya, Cleopatra digesa bersembunyi di makamnya. Oleh kerana terputus dari pandangan orang ramai yang sedang menyelamatkan diri akan ketibaan Rom, khabar angin mengatakan Cleopatra telah mangkat. Setelah mendengar khabar itu, Marc Antony menikam dirinya. Beliau dibawa kepada Cleopatra dan meninggal dunia dalam pangkuan Cleopatra.
Cleopatra tidak dapat menerima yang dia telah ditawan Octavius. Baginda menunjukkan kehebatannya buat kali terakhir dengan memakai pakaian Isis dan bermahkotakan lambang ketuhanan.
Tidak diketahui bagaimana baginda mangkat tetapi menurut lagenda, baginda mengambil keputusan membunuh diri setelah menyedari yang baginda gagal dalam mencapai. Baginda mangkat akibat dipatuk ular tedung yang diseludupkan ke dalam makam melalui bakul yang berisi buah ara atau buah tin. Dikatakan dua kesan patukan dijumpai di lengan dan di dada baginda. Itulah cara yang sesuai bagi Ratu Mesir. Ular tedung, haiwan suci dan teman dewi Isis serta pelindung Firaun. Patukannya dipercayai boleh mempercepatkan kealam kematian dan membawa keabadian. Dalam detik-detik terakhir kegemilangan Cleopatra, baginda mengisytiharkan takdirnya sebagai dewi.
Walau bagaimanapun, menurut detektif dan kajian pakar forensik serta jenayah moden, mereka mendapati adalah mustahil baginda boleh mati akibat racun patukan ular mengikut konsep analisa masa, kekuatan racun dan sekeliling. Mereka berpendapat yang Cleopatra mati dibunuh oleh Octavius dan memandangkan Octavius adalah orang yang kuat dan berpengaruh, Octavius mampu mengubah sejarah dan fakta ketika itu. Walau bagaimanapun, pendapat mengatakan ia masih satu penghormatan Octavius kepada Cleopatra kerana mati di tanah kelahiran dan leluhur baginda. Ini dibuktikan sejarah yang kemudiannya, apabila Octavius menakluk sesebuah jajahan, ketua atau rajanya akan di bawa ke Rom untuk dimalukan di hadapan rakyat Rom.
Walau bagaimanapun, baginda mangkat pada 12 Ogos 30 SM dan penghormatan Octavius kepada baginda lebih jelas apabila baginda disemadikan bersebelahan jasad Marc Antony.
[sunting] Waris dan Kenangan
Selepas kemangkatan Cleopatra, Octavius membunuh putera baginda, Caesarion (mungkin khuatir Caesarion akan cuba menuntut bela empayarnya dan kematian ibunya atau merampas empayar Rom kerana dia anak Caesar). Walau bagaimanapun, 3 anak yang lain hasil Cleopatra bersama Marc Antony telah dijaga Octavia iaitu isteri Antony dan adik Octavius sendiri walaupun Octavia tahu itu adalah anak suaminya yang bukan dikandungnya malahan dia tidak mempunyai anak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adakah betul cleopatra ini sgt2 cantik;
ataupun dipotray as cantik
ataupun cz dia sgt2 clever dia jadi cantik
btw,this cleopatra pun da bkn darah mesir sepenuhnye kn? |
|
|
|
|
|
|
|
oh nampak cleopatra ini ratu yg percaya kepada dewa lah. merupakan ratu yg tak beriman.
dari cerita yg di post di atas buat zina lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ketrunan diorg sampai skrg pun masih megamalkan sumbang mahram utk mengekalkan kuasa antara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke ular yg bunuh cleopatra tu gigit kat puting dia? (btol ni..aq nk tanya je, bukan main2) |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo....... |
|
|
|
|
|
|
|
ada terbaca kt satu sumber dok cite pasal Cleopatra yg expert wat racun dgn penawarnya sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
ketrunan diorg sampai skrg pun masih megamalkan sumbang mahram utk mengekalkan kuasa antara mereka
slax Post at 21-12-2009 15:22
mesir dah beribu tahun di tinggal kan cleopatra
lagipun anak2 dia yg tinggal di bela oleh isteri octavia
dan mesir di perintah firaun2 lain selepas cleopatra
so keturunan diaorg tu siapa ?
masih berkuasa kah lagi skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
aku cam confius je... ngapa lak rete2 dia ada dlm laut? |
|
|
|
|
|
|
| |
|