CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21214|Reply: 20

[R-TV] Malaysian Top Host 2010 [Syazwani Diyana Juara!]

[Copy link]
Post time 18-2-2010 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 20-5-2010 10:51
Malaysian Top Host 2010 Kembali Lagi

Setelah 5 tahun menyepi, program realiti TV,Malaysian Top Host kini kembali dalam mencari bakat sebagai seorang host dan pengacara yang berkaliber. Ujibakat akan diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia.

Jadi kepada anda yang ada bakat untuk jadi pengacara, bersiap sedia ya. Mana tahu, anda akan menjadi hos untuk TV3 tahun ni?

Kali terakhir program ini diadakan ialah pada tahun 2005 menyaksikan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin muncul juara seterusnya ditawarkan mengacara program ternama TV3, Nona dan Majalah 3.



Secara tidak langsung, program ini juga membuka ruang bagi bakat-bakat baru seperti Teh Shuhaida Sharip (WHI, 999) dan Saiful Nizam Ismail (Pembaca Berita TV3) untuk melebarkan sayap mereka didalam bidang penyiaran media massa ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 08:30 PM | Show all posts
5th kemudian baru buat semula......huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 08:36 PM | Show all posts
Huhhh....

Weird...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 10:56 PM | Show all posts
2# eddlisa_uyuk


tercabar laa tuh..
RTM pung reti buat R-TV Ikon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 01:53 PM | Show all posts
Gambar Peserta Top Host 2010


Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Sidang Media TOP HOST 2010 anjuran TV3 di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Pertandingan ini diadakan untuk mencari bakat-bakat baru dalam bidang pengacaraan yang bukan sahaja menuntut kepada populariti semata-mata.

Top Host 2010 akan bersiaran pada 3 mac 2010 setiap Rabu jam 10 malam. Juara akan dapat hadiah wang tunai RM10,000 dan dapat jadi hos untuk program di TV3.

Jangan lupa tonton pertandingan ini mulai 3 Mac 2010 setiap hari Rabu pada jam 10 malam.

Okay, kita berkenalan dulu dengan 10 orang peserta Top Host 2010. Antara mereka ada pasangan adik beradik, ada yang pernah menjadi finalis Gadis Melayu.



Erin Adlina, 19 tahun, Pelajar Inti Universiti College, meminati program TV berbentuk majalah seperti Majalah 3, Idolanya Datin Norazlina Redzuan, glamor tidak penting untuk menjadi hos kerana baginya bakat serta ketrampilan yang diutamakan.



Khairul Wasiril Aswad, 20 tahun, Deejay sambilan, minat dengan muzik, selepas SPM terus kerja sebagai jurujual, suka dengan program remaja, lebih kepada hiburan dan VJ.



Sri Sharinnie Rizal, 23 tahun, Ijazah Sains Gunaan Kimia Universiti Malaya, Pernah menyertai finalis Gadis Melayu Musim Ke-2



Zaim Iskandar Zaini, 20 tahun, Pelajar di Workers Institute Technology College dalam bidang Mekanikal, suka dengan program sukan seperti bola sepak. Idolanya Shebby dan Ally Iskandar.



Nur Liyana Adnan, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris TESL, Universiti Tun Abdul Razak, idolanya Nurul Syuhada & Wan Zaleha Radzi kerana mereka berdua sangat bersahaja, meminati program berbentuk kewangan seperti Money Matters.



Mohd Faizal Azhar, 23 tahun, Pelajar di Universiti Teknologi Mara, Komunikasi Massa




Nabihah Mohd Rosdi, 23 tahun, Ijazah Bahasa Inggeris (TESL), Tahun akhir di Universiti Teknologi Mara, Idolanya Karam Singh Walia, Sejak 2004, semasa mengambil TESL, pensyarah sibuk cakap Nabihah ni jenis yang petah bercakap.



Za’im Helmi Zaini, 24 tahun, Pelajar di Taylors College, Pengurusan Perhotelan & Pelancongan, mendapat galakan daripada ibu bapa yang memahami, suka berinteraksi dengan orang ramai, suka dengan bidang penyiaran dan mahu menjadi pembaca berita, satu kepuasan dapat berada di kerusi pembaca berita



Syazwani Diyana Mohd Isa, 24 tahun, Ijazah Penyiaran Universiti Teknologi Mara, Pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi Massa, Pembantu penerbitan sambilan di Astro,  Idolanya Datin Norazlina Redzuan.




Fadhil Mohd Isa, 25 tahun, pernah menjadi pembaca berita sambilan di Bernama TV, Minat untuk menjadi pengacara sukan dan sukakan dunia hiburan, pernah menyertai ujibakat Akademi Fantasia, Mentor dan memohon kerja di TV3, Idolanya Allayarham P. Ramlee, Shah Rukh Khan dan ramai lagi. Kalau boleh suatu hari nanti, beliau mahu mengendalikan majlis besar seperti acara anugerah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 03:58 PM | Show all posts
Saingan Top Host TV3 bermula malam ini
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

APABILA TV3 menerbitkan pelbagai program untuk mencungkil bakat pengacaraan, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu. Terbaru, TV3 menerbitkan kembali Top Host yang bukan saja mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan tetapi juga pembacaan berita dan kewartawanan.

10 peserta yang terpilih menyertai Top Host begitu sabar menanti selama lima tahun untuk menyaksikan program yang dulunya dikenali sebagai Malaysian Top Host kembali bersiaran. Ada yang sanggup menangguhkan pelajaran yang berbaki satu semester semata-mata untuk memenuhi impian mereka itu.

Penerbit yang turut bertindak sebagai pengacara Top Host, Ally Iskandar, berkata semua 10 peserta yang terpilih mempunyai pengetahuan asas sebagai seorang pengacara.

“Penyertaan dibuka selama sebulan bermula Disember sehingga 31 Januari lalu. Mereka dipilih kerana memiliki kriteria yang kami mahukan. Walaupun mungkin ramai lagi yang lebih berbakat di luar sana, tetapi kekangan masa membataskan pencarian kami ini.

“Bagaimanapun, setakat ini kami berpuas hati dengan ke semua 10 peserta ini dan percaya ke semua mereka mempunyai potensi untuk digilap. Sepanjang tiga bulan ini, mereka akan mengikuti pelbagai kelas yang diaturkan. Mereka juga akan dilatih berkaitan pembacaan berita dan pengacaraan, malah mereka juga akan diarahkan untuk turun padang bagi mendapatkan berita,” katanya.

Sementara itu, ditanya apa keistimewaan dua beradik, Za’im Helmi, 24, dan Za’im Iskandar Zaini, 20, apabila kedua-duanya dipilih menyertai program ini, Ally menjelaskan, mereka memiliki keistimewaan berbeza.

“Saya memang menjangka perkara ini akan dipersoalkan. Mereka memiliki ikatan yang kuat dan memiliki kelebihan tersendiri. Walaupun adik-beradik, tetapi keinginan mereka berbeza.

“Bagi saya, semua yang terpilih perlu diberi peluang kerana tugas kami adalah untuk menggilap bakat mereka,” katanya pada majlis memperkenalkan peserta Top Host 2010 di Sri Pentas, Damansara, baru-baru ini.

Top Host 2010 disiarkan selama 30 minit setiap Rabu jam 10 malam. Sementara itu Malaysia Hari Ini (MHI) pula akan menyiarkan keputusan tugasan yang dilakukan peserta setiap minggu.

Sepuluh peserta yang bakal mengikuti cabaran selama tiga bulan di dalam Top Host 2010 ialah Nur Liyana Adnan, 23; Nabihah Mohd Rosdi, 23; Fadhil Mohd Isa, 25; Mohd Faizal Azhar, 23; Syazwani Diyana Mohd Isa, 24; Sri Sharinnie Rizal, 23; Erin Adlina Adnan, 19; Khairul Wasiril Aswad, 19, Za’im Helmi Zaini, 24 dan Za’im Iskandar Zaini, 20.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 04:56 PM | Show all posts
tak tengok pun malam tadi, tapi yg menarik perhatian aku malam tadi pasal tetiba bukak je end credit dia lagu Heroes, David Cook hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:52 PM | Show all posts
lupa nk tgk semalam..nak tau saper yg cakap melayu slang omputih tu..aku bajet mesti bdak2 TESL..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 11:54 AM | Show all posts
my spohsen

erin tu ckp berslanga...

mamat fadhil tu katenye sambilan di bernama tv..pastu arr uh arr uh...mungkin nebes...

nurliyana minah tesl tu potential...tapi kena kureng gedix

lelaki belum nampak sorang pon potential...

baru 1st episode....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 12:44 PM | Show all posts
aku tgk iklan mggu nie diorang test bce berita...nie nk tgk nie...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 06:51 PM | Show all posts
Sri Sharinie kuar minggu nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 05:10 PM | Show all posts
suke karektor syazwani diyana

penuh konfiden
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 08:07 AM | Show all posts
semua as host pun dah ok sgt.......masing2 berkarisma
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 10:13 AM | Show all posts
aku suke syazwani....muke dia cam pembaca berita wawa tu...adik dia ka???muke
sebijik ok...

yg plg menyampah giler si nabihah tu...kesian sri mgggu lepas kuar...dh ar pentingkan diri sndrii pastu suke merendah2 kan org...cam dia bagus sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 10:14 AM | Show all posts
oh yg laki aku suke fadzil mat isa tu..tp muke bk jerawat..hokhok...
lgk si faizal...encem n berkarisma
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 12:47 AM | Show all posts
ally series gila..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 09:44 AM | Show all posts
aswad sudah kluar.. masalah disiplin
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:57 PM | Show all posts
me too suka faizal..leh tulun saper paling latest keluar...sbb termiss tngkla...& tinggal berapa peserta
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:57 PM | Show all posts
sori fadzil.....faizal lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 09:27 AM | Show all posts
tahniah syazwani
mmg hebat dia nehh

tak boleh lawan
selamba
sedia
teratur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076582 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list