View: 7383|Reply: 36
|
Makmum Membaca Al-Fatihah di Belakang Imam
[Copy link]
|
|
Persoalan adakah makmum wajib membaca Al-Fatihah di belakang imam, saya kutip dari kitab Tafsir Ibnu Katsir. Perbahasan ini disandarkan dengan dalil hadis serta pendapat ulama... boleh rujuk di blog saya :
http://shoutussunnah.wordpress.com/ilmu/fiqh/bacaan-al-fatihah-bagi-makmum/
Sebarang kemusykilan @ cadangan boleh diajukan. InsyaAllah saya akan menjawab bersandarkan dalil-dalil yg jelas & pendapat ulama yang disepakati kebenarannya...
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
1# zai_arhus memang betul la ketika imam membaca fatihah makmum kena tunggu dan semak bacaan imam...apabila imam selesai dan sebut amin barula makmum boleh baca fatihah...fatihah wajib baca dalam solat...nama pun makmum maksudnye mengikut imam...bukan bersama imam kecuali solat zuhur,asar dan juga rakaat ketiga atau empat... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang fatihah wajib baca dalam solat... bersandarkan hadith yg diriwayatkan oleh bukhari & muslim... tetapi perlu diketahui bahawa hadith itu terlalu umum... boleh jadi ditujukan kepada orang solat sendirian @ berjemaah...
apabila datang hadith yg lebih khusus seperti yg diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Nasai dll (bertaraf sohih), maka yg khusus dapat menghilangkan peranan yang umum... kerana telah nyata dalam hadith tersebut untuk solat berjemaah..
Kalau kita kata wajib membaca Al-Fatihah dalam apa keadaan sekalipun, mengapa sekiranya seorang makmum yang bertakbir ketika imam sedang rukuk, kemudian dia terus rukuk tanpa membaca al-Fatihah pun, dia dikira mendapat rakaat? |
|
|
|
|
|
|
|
3# zai_arhus adakah ustaz menyandarkan kepada makmum yang mendapat rakaat tanpa perlu baca fatihah semasa imam rukuk?jika seorang imam boleh menampung fatihah makmum,kenapa hanya untuk tiga solat saja dan tidak pada 2 solat yang lain...dalam hadith pandangan ketiga,bukankah 'fa assitu' bermaksud senyap...jika imam boleh menampung fatihah makmum mengapa timbul persoalan muafik dan masbuk... |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
Assalamualaikum
Tumpang Tanya!
Jika saya sedang membaca doa iftitah!
Apabila Imam Memulakan Bacaan al-fatihah!
Adakah wajib saya berhentikan bacaan iftitah tersebut dan mendengar bacaan Imam!
Terima Kasih! |
|
|
|
|
|
|
|
3# zai_arhus adakah ustaz menyandarkan kepada makmum yang mendapat rakaat tanpa perlu baca fatihah semasa imam rukuk?jika seorang imam boleh menampung fatihah makmum,kenapa hanya untuk tiga solat sa ...
tore9 Post at 12-3-2010 17:46 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Berdasarkan pendapat Mazhab Hanafi, imam menampung bacaan al-fatihah makmum bukan hanya pada solat jahr, bahkan juga sirr...pendapat ini bersandarkan surah Al-A'raf : 204
Menurut Abu Bakar Ibnul Arabi pula, makmum tidak membaca al-Fatihah pada solat Jahr adalah merupakan amalan penduduk Madinah.
Untuk menjawab persoalan ini lebih lanjut, boleh rujuk di blog saya... saya ada kutip dari sebuah laman web...
http://shoutussunnah.wordpress.com/ilmu/fiqh/bacaan-al-fatihah-bagi-makmum/
Boleh juga buat rujukan dalam kitab Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq...
Apapun semua perbezaan ini bukanlah untuk diperdebatkan... sekadar mengemukakan setiap pendapat agar kita dapat mengetahui perbezaan pandangan ulama ini...kerana pendapat yg dinyatakan bukanlah pendapat saya, bahkan pendapat para imam mazhab yg termasuk golongan disepakati Ahlus Sunnah wal Jamaah...
Maaf kalo ada tersilap penerangan...
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
6# zai_arhus saya sebenarnya nak ucap terima kasih pada ustaz berkenaan perkara ini...sebenarnya saya tak tau pun ada persoalan ini...mengenai pendapat imam syafie dalm blog ustaz ada dinyatakan bahawa ketika imam membaca fatihah makmum wajib mendengar...jika seorang makmum takbir ketika imam membaca fatihah adakah makmum gugur bacaan doa iftitah kerana wajib mendengar fatihah imam...jika makmum terus membaca doa iftitah ketika imam membaca fatihah adakah hukumnya makruh bagi makmum...tq |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam persoalan tore9, kita kena lihat priority, iaitu yang mana lebih mustahak.
Berdasarkan pendapat Hanafi, Maliki & Hanbali, mendengar bacaan imam lebih mustahak daripada menyibukkan diri membaca al-Fatihah, bahkan dihukumkan makruh... Apatah lagi bacaan doa iftitah yang kedudukannya sunat sahaja di baca...
Dalam hal ini, sekiranya kita mahu juga membaca doa iftitah sedangkan imam membaca al-Fatihah & surah lain, eloklah kita ambil bacaan doa iftitah yang paling ringkas...
Bacaan doa iftitah Rasulullah bukanlah 1 bacaan sahaja seperti kebanyakkan kita tahu, bahkan terdapat lebih 10 riwayat bacaan doa iftitah rasulullah.. maka pilihlah yang mana yg ringkas agar kita dapat tumpukan pada bacaan imam...
sila rujuk bacaan doa iftitah Rasulullah di :
http://shoutussunnah.wordpress.c ... tah-rasulullah-saw/
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam persoalan tore9, kita kena lihat priority, iaitu yang mana lebih mustahak.
Berdasarkan pendapat Hanafi, Maliki & Hanbali, mendengar bacaan imam lebih mustahak daripada menyibukkan diri membac ...
zai_arhus Post at 14-3-2010 23:44 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terima Kasih!!! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam persoalan tore9, kita kena lihat priority, iaitu yang mana lebih mustahak.
Berdasarkan pendapat Hanafi, Maliki & Hanbali, mendengar bacaan imam lebih mustahak daripada menyibukkan diri membac ...
zai_arhus Post at 14-3-2010 23:44 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif) terima kasih diucapkan. Namun saya ada pertanyaan berkenaan doa iftitah yang kebanyakan kita baca pada masa kini...dari blog ustaz bacaan doa yang dibaca oleh nabi yang sama seperti kita baca adalah no.3 dan 9...tetapi ia berasingan...jadi siapa yang menggabungkan bacaan tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
khilaf berbeza pendapat ulamak... ikut mazhab Shafie kena baca fatihah di belakang imam selepas imam baca.
terpulang kepada anda untuk membaca atau tidak. Saya memilih pendapat tidak membaca fatihah di belakang imam solat jahr (maghrib, isyak n subuh), hujah-hujah dan dalilnya lebih kukuh dan lebih menepati sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
khilaf berbeza pendapat ulamak... ikut mazhab Shafie kena baca fatihah di belakang imam selepas imam baca.
terpulang kepada anda untuk membaca atau tidak. Saya memilih pendapat tidak membaca fat ...
kupia Post at 15-3-2010 12:25 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif) boleh tak bagitau apa dalil2 yang awak kata lebih menepati sunnah? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak bagitau apa dalil2 yang awak kata lebih menepati sunnah?
tore9 Post at 15-3-2010 15:04 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
maksudnya rajih atau lebih kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih diucapkan. Namun saya ada pertanyaan berkenaan doa iftitah yang kebanyakan kita baca pada masa kini...dari blog ustaz bacaan doa yang dibaca oleh nabi yang sama seperti kita baca adalah n ...
tore9 Post at 15-3-2010 11:43 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Maaf, saya tidak pasti siapakah yang menggabungkan bacaan tersebut. Melalui rujukan saya dari 320 buah kitab hadith (menggunakan software), tidak ditemui satu pun yang persis sepertimana kita amalkan hari ini...
Jelasnya, bacaan doa iftitah yg diamalkan kita pada hari ini bukanlah dari riwayat yg 1, tetapi dipetik dari beberapa hadith... Namun hal ini tidak menjadi masalah (tak berdosa pun), hanya tidak menepati sunnah yg diajarkan Nabi SAW...
sebaiknya, ikut la yang mana Nabi ajarkan.. bukankah itu lebih afdhal...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak bagitau apa dalil2 yang awak kata lebih menepati sunnah?
tore9 Post at 15-3-2010 15:04 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hadith yang diriwayatkan Muslim No. 404, Abu Daud No. 604, Nasa'i No. 921, Ibnu Majah No. 846, Ahmad No. 9428 (Hadith bertafar Sohih) dengan jelasnya menyatakan perintah Nabi SAW diam menyemak bacaan imam ketika imam membaca al-Fatihah @ surah lain.
Begitu juga telah dinyatakan bahawa diam menyemak bacaan imam adalah amalan penduduk Madinah (Abu Bakar Ibnu Arabi)
Selain itu, pendapat ini merupakan pendapat Abu Hanifah, Malik & Ahmad bin Hanbal.. yang berbeza hanya Syafie... jelas bahawa majoriti (3 daripada 4 imam mazhab) berada di pihak diam & menyemak bacaan...
Dengan jelas juga dinyatakan bahawa, pendapat imam syafie adalah satu ijtihad beliau untuk mengambil jalan tengah antara 2 hadith yang sama-sama sohih...
http://shoutussunnah.wordpress.com |
|
|
|
|
|
|
|
15# zai_arhus yang menjadi pertanyaan kepada saya mengapa perkara ini tidak pernah saya dengar dinyatakan dalam kuliah agama...adakah perkara ini agak sensitif untuk dibincangkan kerana ia bukan dari mazhab shafie? |
|
|
|
|
|
|
|
14# zai_arhus saya juga agak pelik kenapa didalam kuliah2 agama samada dimasjid,tv atau radio tidak dinyatakan tentang pelbagai doa iftitah yang nabi baca ketika solat...hanya yang biasa yang kita dengar atau kita baca sekarang...seumpama itu sahaja yang boleh dibaca dan jadi sunat haiah... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis riwayat Jama'ah:
Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul-Kitab."
Hadis riwayat Ahamd,Bukhari dan Muslim:
Dari Abu Hurairah,bahwa Nabi s.a.w. telah bersabda:
" Siapa yang mengerjakan sesuatu solat tanpa membaca padnya Ummul Qur'an(dalam sebuah riwayat lain:Fatihatul Kitab),maka solat itu kurang tidak sempurna."
Penjelasan: Apabila ada orang-orang yang mengatakan bahawa tidak perlu membaca Al Fatihah semasa berjamaah,saya katakan bahawa orang itu keliru. Kedua hadis diatas itu jelas; walau pun dikatakan umum, tapi bagi saya jelas wajibnya membaca fatihah dan ianya dibaca selepas Imam solat membacanya.
Alasan saya:
1. Hadis riwayat Bukhari:
Nabi bersabda: " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat saya solat."
Penjelasan: Jika seseorang dapat melihat bagaimana Nabi solat(perlakuan Nabi) maka pada solat-solat jahar,jugak dapat mendengar Nabi membaca Al Fatihah. Oleh itu,perlakuan Nabi itu mesti diikut seperti arahan dalam hadis diatas.
2. Memang ada ruang untuk membaca fatihah setelah imam membacanya,ini kerana didalam lain hadis ada menerangkan bahawa setelah Nabi membaca Fatihah,Nabi mengambil nafas sebanyak 3 kali penafasan sebelum Beliau meneruskan membaca surah. Ini memberi ruang kepada makmum membaca Fatihah.
3. Bagi orang yang mengatakan bahawa Fatihah Imam sudah cukup bagi makmum,ini bersabit bagi orang-orang yang masbuq.(masuk lambat)
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
14# zai_arhus saya juga agak pelik kenapa didalam kuliah2 agama samada dimasjid,tv atau radio tidak dinyatakan tentang pelbagai doa iftitah yang nabi baca ketika solat...hanya yang biasa yang kita d ...
tore9 Post at 16-3-2010 11:35 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Dia orang tak mahu bagi orang biasa confuse tu. Kalau dah berminat, boleh cari sendiri dalam buku ugama dan hafalkan. Kalau dah diajar pelbagai jenis iftitiah, nanti ada pulak yang minta ajar bacaan dalam sujud dan ruku' pun berbagai-bagai. Tak dicampur tahiyat lagi yang pelbagai jenis. Tak ke pening habih budak-budak jadinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penjelasan: Apabila ada orang-orang yang mengatakan bahawa tidak perlu membaca Al Fatihah semasa berjamaah,saya katakan bahawa orang itu keliru. Kedua hadis diatas itu jelas; walau pun dikatakan umum, tapi bagi saya jelas wajibnya membaca fatihah dan ianya dibaca selepas Imam solat membacanya.
Kepada Saudara Amir...
Untuk mengatakan bahawa pendapat yang menyatakan x wajib baca adalah keliru, saya kira itu melampau...
Saya telah kemukakan dari kitab rujukan beserta pendapat ulama yang pastinya lebih alim dari kita, adakah wajar kita mengatakan mereka semua ini keliru???
Pendapat Hanafi, Maliki, & Hanbali, mereka menyatakan tidak wajib...
Kalau kita x bersetuju dengan pendapat ini, cukup la kita katakan yang "aku tidak yakin untuk beramal dengan pendapat ini.."
Pokoknya telah dinyatakan bahawa, mereka menggunakan hadith2 yang sama2 sohih, sama2 kuat.. tetapi berlaku perbezaan pendapat adalah disebabkan wujudnya perbezaan metodologi antara ulama tersebut... masing2 mempunyai metodologi & hujjah tersendiri...
Kesimpulannya, nak faham pendapat ulama itu bukan dengan hadith semata2, tetapi kena tahu juga metodologi yg mereka gunakan... semoga Allah merahmati mereka semua... |
|
|
|
|
|
|
| |
|