View: 4628|Reply: 31
|
FT @ konsert terbuka TM dataran merdeka 24 - 25 mac 2010
[Copy link]
|
|
baca metro hari ni....
Jalur lebar interaktifOleh Hatipah Ahmad
[email protected]
2010/03/18
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) yang akan melancarkan perkhidmatan Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) generasi masa depan 24 Mac ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan memaparkan gaya hidup interaktif jalur lebar kepada orang ramai.
hidup interaktif jalur lebar itu termasuk hiburan ditunjukkan di beberapa gerai pameran interaktif. Majlis itu dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 7 malam hari berkenaan. Justeru, pameran yang akan dibuka hingga 25 Mac nanti bakal mempamerkan pelbagai aplikasi multimedia untuk hiburan termasuk permainan interaktif dan perkhidmatan TV protokol Internet (IPTV).
TM menjemput semua orang untuk melihat dan merasai pengalaman persekitaran HSBB secara langsung sempena pameran itu bermula 24 Mac jam 7 malam hingga 10.30 malam dan 25 Mac dari jam 8 hingga 10 malam. Pameran itu juga akan diserikan aktiviti hiburan termasuk permainan dan pertandingan, cabutan bertuah dan konsert terbuka oleh Bunkface, Aizat, Pop Shuvit, Faizal Tahir, Tomok dan Stacy.
Untuk menantikan detik pelancaran HSBB generasi masa depan, Menara TM di Jalan Pantai Baru akan dihiasi cahaya berbentuk grafik menunjukkan nombor 1 setiap malam bermula esok hingga 24 Mac. Perdana Menteri akan menjadi tetamu kehormat sempena acara pelancaran inisiatif Pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) seterusnya melancarkan NBI dan perkhidmatan HSBB generasi masa depan TM yang menjadi antara inisiatif utama NBI. Pelancaran NBI akan disiarkan secara langsung ke Sarawak manakala TM pula akan memperkenalkan penjenamaan khidmat runcit HSBB yang menawarkan khidmat suara, video (IPTV dan Video dalam Permintaan) serta Internet kelajuan tinggi bermula pada kepantasan 10 Mbps dan ke atas. Dimeterai pada September 2008, projek HSBB kebangsaan RM11.3 bilion adalah perjanjian perkongsian antara TM dengan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur generasi masa depan HSBB untuk negara. TM melabur sehingga RM8.9 bilion manakala selebihnya oleh kerajaan. Menjelang akhir 2012, mengikut penyelesaian fasa pertama projek HSBB kebangsaan, kira-kira 1.3 juta premis akan mempunyai akses kepada khidmat HSBB TM terutama di Zon 1 iaitu kawasan ekonomi utama termasuk Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan beberapa kawasan industri di sekitarnya. Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar dengan kira-kira 300 pengguna sudah sedia terbabit dengan percubaan HSBB. Orang ramai yang berminat dijemput mendaftar awal melalui laman web TM di alamat, www.tm.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
nak g!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Everyone Connects: Don’t miss your chance to meet and greet your favourite artistes! Catch Stacy, Aizat, Pop Shuvit, Tomok, Faizal Tahir and Bunkface as they rock out on stage at our Meet & Greet Session!
It's on 24 March 2010 at Dataran Merdeka from 6pm till 10:30 pm!
MEET & GREET EVENT 24 MAR 2010
Time:Wednesday, 24 March 2010 18:00
Location Dataran Merdeka
http://www.facebook.com/everyoneconnects?ref=mf |
|
|
|
|
|
|
|
Everyone Connects: Want to meet @FAIZAL TAHIR in PERSON and have your photo taken? Here's your chance. Simply "COMMENT" or "LIKE" this post and you MIGHT STAND A CHANCE to make your dreams come true !!! #EveryoneConnects #TMCorp
2 hours ago via Sendible · Comment · Like
http://www.facebook.com/everyoneconnects?ref=mf |
|
|
|
|
|
|
|
rabu payah sket la
klu kames knpem aku dah g da ni |
|
|
|
|
|
|
|
rbu??uh no.. aku fri rbu slalunya,
tp next wik kna trun site la plak..sigh.. |
|
|
|
|
|
|
|
arghhhhhhhhh nak g
nape x kamesssssss |
|
|
|
|
|
|
|
konsert terbuka ni dua malam ke? nnti pejal nyanyi malam yg 1st ke 2nd?
mlm esk ada siaran langsung kt tv1 majlis pelancaran/perasmian HSSB tu jam 8.30 @ 9.00 mlm (x sure mana satu) |
|
|
|
|
|
|
|
yeay yeahh sy akan pergi
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
10# ahhcomey
sila tepek gambar2nya di sini ye |
|
|
|
|
|
|
|
x reti r tepek
asek gagal je nak wat
hehehe
t aku upload kat fb
suh santubung tepekkan
hehehehehehe
okey aku mau siap2 nak g dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
best tengok FT live from TM tadi, tiga lagu, siap pegi dekat audience diri atas kerusi, audiens teruja giler...hehe ...sungguh2 diorang ikut nyanyi selamat malam tadi |
|
|
|
|
|
|
|
best tengok FT live from TM tadi, tiga lagu, siap pegi dekat audience diri atas kerusi, audiens teruja giler...hehe ...sungguh2 diorang ikut nyanyi selamat malam tadi
washere2 Post at 24-3-2010 23:51
live from Telekom Malaysia?
aper tu .....?
mlm2 ni blur sbb deman kura2 |
|
|
|
|
|
|
|
14# santubung
ada live online |
|
|
|
|
|
|
|
spa2 yg p tu, ap ag, gambaq2..
tepek jgn xtepek... |
|
|
|
|
|
|
|
FT perform second last, sian masa last Pop Shuvit tu, audien yang duk hulur2 tangan kat FT, ambik2 gambar tinggal sebaris je |
|
|
|
|
|
|
| |
|