View: 10143|Reply: 30
|
Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by deadforce at 20-3-2010 12:51
Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia
adalah:
1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang
sering digunakan :
- Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
- Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
- `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
- Wati (Persetubuhan)
- Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)
2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
- Suyuti (Orang Asyut)
- Bukhari (Orang Bukhara)
- Ghazali (Orang Ghazal)
- Nawawi (Orang Nawa)
- Misri atau Masri (Orang Mesir)
- Baihaqi (Orang Baihaq)
- Tirmizi (Orang Tirmiz)
4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deadforce at 20-3-2010 12:53
6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab
7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
- Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
- Ghulam `Ali (Hamba `Ali)
8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)
9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
- Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
- Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.
10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
- Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
- Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.
11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
- Zaleha – sepatutnya Zulaikha
12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
- ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
- Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimahal-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.
13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deadforce at 20-3-2010 12:54
14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:
- Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
15. Nama yang terpengaruh dengan budaya
barat, contohnya:
- Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
- Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)
16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
- Syamsul Bahri (matahari lautan)
- Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
- Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
- Rafidhi (Syiah pelampau)
- Atan (keldai betina)
- Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
- Jamalullail (keindahan malam)
Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabis.a.w. sendiri, contohnya:
- Zainab
- makna baik
: nama bagi sejenis pokok yang wangi - makna buruk : pengecut
- Mu`awiyah
- makna baik
: pembela / pejuang - makna buruk : yang menyalak
17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.
Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
- Fairuz
- Sirin (manis –bahasa Farsi)
- Rustam
- Sarfaraz (mulia)
- Sibawaih (wangian epal)
18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku) Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama) Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa) Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin
جمال الدين
(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deadforce at 20-3-2010 12:56
19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)
Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain
20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
- Syukri (Kesyukuranku)
- Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
- Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
- Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
- Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة
bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة
bermaksud yang tidur.
Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.
Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:
- Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.
Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama
yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.
- Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.
Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:
- Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.
Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deadforce at 20-3-2010 12:58
21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]
dan ayat:
هُوَاللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُالْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُسُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dialah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]
22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:
- Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isaa.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah
- Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.
Credit to : http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2527
|
|
|
|
|
|
|
|
info bagus..tapi panjang sangat la..malas nak baca..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
i am interested to know the hukum ....adayg yes yg tak boleh tapi yg ntah nama tempat kalau terbubuh so adakah satu dosa besar? itu yg i am bit curious |
|
|
|
|
|
|
|
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.
so kalau dah budak Najah ni dah umuoq i dunno 21 tahun so susah nak tukaq laaa kan so na cakap lagu mana kalau dia mmg nama Najah dan itu yg nama dia and bila org cari dia dia tak ada pi mana mana so kawan dia nak cakap lagu mana ????
adakah oh si polan ( uknown ) tiada di sini?
eh saya tak leh sebut nama itu nanti .... oh awak cari siti ya? dia najah ) kami panggil Siti - tapi dikatakan di atas bhw kesalahan juga memanggil nama org bukan nama sebenar
so i am totally confuse... |
|
|
|
|
|
|
|
20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
* Syukri (Kesyukuranku)
* Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
* Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
* Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
* Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
>> ini salah as in DOSA ker
OR
Ini salah dari segi NAHU BHS ARAB? Grammar Arab???
dosa ni boleh masuk neraka as in u know serious or __________?? |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana pula dalam penggunaan nama cyber username contohnya dalam forum ni sebab kita nak "anonymous gitu" kan?
NI contoh misalan mudah dan hanya sekadar contoh yg sangat mudah
nama kat forum : IBNUR
nama luaq : contoh jer yer : ABDULLAH
so ada hukum tak yang ni ? in cyber world ni ??
i am curious |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana pula dalam penggunaan nama cyber username contohnya dalam forum ni sebab kita nak "anonymous gitu" kan?
NI contoh misalan mudah dan hanya sekadar contoh yg sangat mudah
nama kat forum ...
mbhcsf Post at 21-3-2010 01:06 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ishh... ke situ las pulak di pikirnya...
Bukan ke Abu Hurairah tu bukan nama sebenar tapi nama yang Nabi Muhammad s.a.w. bagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ishh... ke situ las pulak di pikirnya...
Bukan ke Abu Hurairah tu bukan nama sebenar tapi nama yang Nabi Muhammad s.a.w. bagi.
ibnur Post at 21-3-2010 13:32 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
yes intelligent response.
nama gelaran si Bapa Kucing tu cute aper....kan?
so i think takkan kita gamak nak kata nama gelaran yg cute cute In fact Nabi Muhammad SAW pun bagi gelaran cam tu...so well....
pada saya Islam is multicolours, beautiful , comprehensive , intricate yet so simple....do not make it complicated lah kot... |
|
|
|
|
|
|
|
3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
* Suyuti (Orang Asyut)
* Bukhari (Orang Bukhara)
* Ghazali (Orang Ghazal)
* Nawawi (Orang Nawa)
* Misri atau Masri (Orang Mesir)
* Baihaqi (Orang Baihaq)
* Tirmizi (Orang Tirmiz)
ada dalil tak hok larang guna nama tempat? abeh ulama2 org gelar depa ngn nama2 lagu nih tak pa puloks? dok paham
15. Nama yang terpengaruh dengan budaya
barat, contohnya:
* Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
* Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)
apa dalil dia? barat=kafir ka? arab=islam ka?
ai tgk org2 mat saleh barat ado hok masih guna nama nabi versi omputeh...tak dok salah pom...
Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة
bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة
bermaksud yang tidur
ejaann rumi tak sama dgn ejaan arab tuh subjektif la.....org arab hok nama muhammad contohnya. ado hok tules mohammed, ado tuleh muhammed, ado tuleh muchammad. ni subjektif. buleh ka nak kata ejaan mana hok lebih tepat dari ejaan lain n ejaan mano hok salah? ai igt lagi org dok perli nama ai yg bermula hurop O tapi baca sepatotnya U
depa kata tak ikot tulisan arab. mana ado bahasa arab hurop O, hurop Waw ado la. bagi haku, apa yg peliknya...rumi n arab mmg la tak sama. ingat org arab tulis nama depa kot rumi tu, depa ikut macam owang melayu tulis ka? dlm kekdah org arab buat perumian bahasa arab, depa selalu masokkan hurop E dan O...vokal nih tak dok pom dlm cara penulisan rumi owang melayu isele yg selalu ikot bbetol mcm I=hurop Ya n U=hurop Waw
Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:
* Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.
hok ni cadangan menarik.baguih jugok |
|
|
|
|
|
|
|
bagi nama para Nabi & para sahabat je kan senang..
tapi org hari ni x suka sebab x glamour... |
|
|
|
|
|
|
|
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah a ...
mbhcsf Post at 21-3-2010 00:55 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nak kata berdosa tu taktau lah.. aku rasa tak. takda lah sampai jatuh hukum haram.
tapi sebagaimana yang kita maklum nama itu juga adalah doa
jadi seelok2nya kita elakkan daripada 'ter'letak nama yang tidak baik
kalau terletak juga maka secara tidak langsung kita dah mendoakan yang tidak baik
ada sesetengah orang tu asal nama bunyi arab je dia balun saje tak kira apa maksud nama tu
ada juga yang nak nama yang baik tapi boleh tersalah juga (sesetengah perkataan dalam bahasa arab kalau tersilap baris sikit saja dah boleh berubah maksud)
sebab itu dicadangkan supaya pihak berkuasa membenarkan penama yang ingin menukar nama kepada yang lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
ada dalil tak hok larang guna nama tempat? abeh ulama2 org gelar depa ngn nama2 lagu nih tak pa puloks? dok paham
Tak ada dalil yang larang guna nama tempat... sebab kes begini ni orang kita jah yang buat.
usah sebut zaman nabi.. zaman sekarang ni pun kalau pergi ke negeri arab tu tak ada orang yang letak nama guna nama tempat.. sebab diorang tahu apakah bukhari/tirmizi (etc) tu. itu nama tempat. digunakan sebagai 'gelaran' pada siapa2 saje yang lahir kat sana dan bukan sebagai 'nama'.
kalau di malaysia sekalipun tak ada juga yang letak nama tempat.
yang ulama2 gelar tu pun sama juga kesnya... diorang panggil sebagai 'gelaran' bukan sebagai 'nama'
mengenai gelaran guna nama tempat ni memang kebiasaan orang arab |
|
|
|
|
|
|
|
apa dalil dia? barat=kafir ka? arab=islam ka?
ai tgk org2 mat saleh barat ado hok masih guna nama nabi versi omputeh...tak dok salah pom...
Ini bukan isu kafir ka islam ka... bahasa arab tu tetap bahasa al-quran dan elok kita perjuangkannya.
kalau hang nak ikut sangat barat tu ikut lah... sebaik2nya kita guna sebagaimana bahasa al-quran. |
|
|
|
|
|
|
|
ejaann rumi tak sama dgn ejaan arab tuh subjektif la.....org arab hok nama muhammad contohnya. ado hok tules mohammed, ado tuleh muhammed, ado tuleh muchammad. ni subjektif. buleh ka nak kata ejaan mana hok lebih tepat dari ejaan lain n ejaan mano hok salah? ai igt lagi org dok perli nama ai yg bermula hurop O tapi baca sepatotnya U
depa kata tak ikot tulisan arab. mana ado bahasa arab hurop O, hurop Waw ado la. bagi haku, apa yg peliknya...rumi n arab mmg la tak sama. ingat org arab tulis nama depa kot rumi tu, depa ikut macam owang melayu tulis ka? dlm kekdah org arab buat perumian bahasa arab, depa selalu masokkan hurop E dan O...vokal nih tak dok pom dlm cara penulisan rumi owang melayu isele yg selalu ikot bbetol mcm I=hurop Ya n U=hurop Waw
Ejaan yang betulnya ialah ejaan jawi/arab.. kalau guna ejaan rumi memang susah dan memang akan timbullah problem seperti inih. keh3
ko kena ingat... bukan semua orang faham maksud bacaan/sebutan yang dikehendaki orang yang menulis walaupun yang ditulis tu 'mohammed' sekalipun. kerana ada juga yang 'baca sebagaimana di eja' |
|
|
|
|
|
|
|
ada member tu nama dia sepultura
sorang lagi beruang (bear)
suke tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|