CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7520|Reply: 50

tolong saya berdiri semula

[Copy link]
Post time 19-4-2010 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa hari ni hati saya tak tenteram sgt2. saya rasa cemas, dada saya berdebar2 mcm ada sesuatu tapi tak tau apa. lebih2 lagi antara lena dan jaga.. bulu roma kerap meremang serentak dgn perasaan debar ni. saya rasa perasaan ni mcm bila kita dpt berita mak kita meninggal. mcm tu lah. segala sendi2 saya rasa lemah dan longlai. setiap kali nak lena, saya terasa mcm kat dada tu, perasaaan tu mcm mana ya, mcm u gayat nak jatuh. rasa sesekali mcm zappp!! saya amat tak tertahan dlm keadaan ni. solat pun kdg2 tertinggal.
apakah ini?? adakah ia sihir atau sekadar sixth sense? kan kadang2 bila sesuatu perkara nak berlaku kita boleh rasa, tapi tak tau apa.

semalam paling teruk sampai saya tak tau nak zikir apa. bila tiap kali bangun tidur, dia sebak kat dada dan tangkap sendi2.

saya amat perlukan bantuan, tolong saya utk keluar dari keadaan ini. sekarang nak ngaji pun mcm malas. saya masih ada anak2 yg perlu perhatian saya. saya nak bina semula kekuatan diri saya yg dah hancur lunyai ni. saya berubah 360darjah. dari seorang yg berkeyakinan tinggi, saya sekarang betul2 lemah dan takde kekuatan. mcm org yg tak pandai berusaha.

ada org kata saya di sihir. saya susah nak percaya, sebab kdg2 kenyataan mereka meragukan. saya pun tak tau mcmana rasa di sihir. kdg2 diorang kata sihir, kdg2 tidak. saya keliru. kalau saya tanyakan perawat A, dia akan kata saya di sihir, lepas tu dia kata nak rawat saya, then dia akan kata ok dah buang. tapi perasaan tu masih ada pada saya. kemudian saya tanya perawat B, dia akan kata, perawat A belum buang habis, masih ada lagi, lepas tu dia rawat then, ok saya dah buang, takde apa2 gangguan pd u lagi. tapi hakikat saya masih rasa. begitulah seterusnya. jadi saya susah nak percaya. tambah2 saya tak faham bab2 sihir dan berubat2 ni.

di sini, saya mohon sesiapa yg sudi bantu saya, tlg ajarkan saya apa2 amalan, zikir2 yg boleh bantu saya. saya kdg2 mcm dah tak reti apa dah.

saya cuma nak keluar dari perasaan ini. saya tak tahan lagi. saya nak anak2 saya bahagia, bukan saban hari asyik melihat maknya menangis siang malam. ya, selama ni anda semua membaca posting saya, tapi sebenarnya dlm masa sama saya menangis.. dan menangis..

berat badan saya turun drastically.. saya dah lost dkt 20kg. kdg2 boleh turun hari2 1kg. ni dah dekat 3 minggu saya tak makan, hanya jamah sesuap nasi anak, tu pun anak paksa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 09:42 AM | Show all posts
Reply 1# wasntme

Assalamualaikum puan,
saya tidak pandai.. cuma saya ingin berkongsi sedikit rasa hati.. berdasarkan pengalaman saya sendiri.
kita memang sukar percaya tentang sihir.. tapi kita tidak boleh nafikan, ia wujud
dalam Al-Quran ada banyak tempat Allah menyebut tentang sihir
kadang sihir ada dalam diri kita.. bertahun-tahun, dan kita tidak menyedarinya
kita ingatkan sikap kita berubah sebab tekanan demi tekanan
namun disebalik itu semua ada perkara lain yg menyumbang perubahan sikap kita
:
'Sixth Sense', instinct yg selalunya tepat.. adakalanya berkaitan dgn sihir.. sy faham maksud puan.. tiba2 sedih utk perkara yg belum terjadi, dan kita tau jika seseorang cuba mengkhianati kita.. walau tiada siapa yang memberitahu kita. Dalam keadaan lain, apa yg berlaku esok, kita dah temui dalam mimpi kita. Mungkin juga itu kelebihan yang Allah berikan, tapi jangan lupa itu juga salah satu tanda sihir..
siapa yg memberitahu kita?.. JIN .. mungkin :-).
:
Jika sy tak silap, puan ada cerita ttg masalah sihir yg puan alami (or kawan puan?).. sy ada terbaca. Mungkin juga sbl ni puan tidak merasakan puan terkena sihir.. tapi jangan silap, sihir juga seperti hujan.. membawa tempias.. kadang2 tempias itu mengenai org2 yg berdekatan dgn org yg nak disihir, Wallahualam
:
Jika puan nak kan kepastian, sy syorkan puan datanglah ke pusat rawatan Islam. Yang benar-benar mengamalkan perubatan Islam.. Insyaallah, mereka bukan sahaja merawat, tapi diorang juga sedikit demi sedikit akan 'menarik' kita utk mengamalkan amalan utk mendekatkan diri dengan Allah, dengan izin Allah.
:
sihir, apa yg sy faham.. boleh berulang. Dan ada juga jin yg pandai menyorok, ms nak 'drawat' keluar kejap.. dan datang balik lepas sesi rawatan. Kes lain, apabila badan kita pernah 'dimasuki' jin sihir, maksudnya dbadan kita terdapat 'lubang' atau dah ada kebocoran.. so, jin-jin lain senang nak masuk. Itulah pentingnya, kita sentiasa amalkan zikir dan pendiding diri utk menutup kembali lubang2 pada badan kita, Insyaallah. (dalam kes ini ustaz2 yg sy jumpa sering berpesan.. cuba amalkan seikhlas mungkin).
:
Nak bina kekuatan.. sy tak layak nak nasihat, sbb sy sendiri dlm proses mencari kekuatan. Cuma sy nak kongsi, cuba sematkan kata-kata ini (atau mungkin ada kata2 hikmat yg lebih bagus bunyinya) dalam hati puan,
"Saya istimewa, Tuhan tahu, jika musibah ini dikenakan kepada org lain, mereka mungkin tidak mampu tanggung, tapi saya.. ALhamdulillah, saya masih berpeluang utk senyum disebalik semua kesakitan ini"...
.. mungkin lawak bunyinya.. tapi bisiklah dalam hati. Ingatlah, Allah tidak akan menguji kita tanpa sebab.. Mungkin saja ujian ini untuk meningkatkan darjat kita disisiNya.. mungkin juga ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Jangan la sesekali menyalahkan makhluk, contoh.. "kenapalah org ni nak sihir aku? OR napalah diorang nak hancurkan hidup aku?".. JANGAN.. makhluk tidak akan mampu melakukan apa-apa pun ke atas kita.. mereka juga menumpang di bumi Allah.. Mereka hanya penyebab (dan mereka tidak sedar mereka menzalimi diri sendiri), sedangkan yg menjadikan itu Allah S.W.T.
:
Puan, tidak perlu zikir khusus.. apa yg puan dah tahu tu, amalkanlah.. dan Istiqamah, bila dah ada kekuatan, tambahlah sedikit demi sedikit.. dan niatlah dlm setiap zikir.. minta kekuatan dari Allah. Serahkan diri padanya. Sy pernah berada dlm keadaan otak dah tepu.. dah tak boleh pikir dah, terlalu banyak derita dan kekecewaan.. sy doa, "Ya Allah, aku lemah, aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan untuk seterusnya.. maka bimbinglah aku, dan aku berserah sepenuhnya kepadamu, permudahkanlah ujian Mu bagiku, sesungguhnya tiada daya dan upaya ke atasku melainkan dengan pertolonganMu". Dalam masa sy berdoa tu.. sy akui sy betul2 dah buntu, dan Alhamdulillah, Allah sayangkan saya, dikala sy rasakan hidup sy berada dlm kemuncak penderitaan, dikala itu terbuka pintu bahagia yg sy tidak duga.. masalah sy memang belum selesai, cuma sy mula berfikir, dikala sy rasakan sy tidak mempunyai apa-apa, Allah tunjukkan kpd sy banyak nikmat yg saya lupa syukuri.. Alhamdulillah, sy tenang..
Dan tenang adalah kunci untuk menyelesaikan banyak perkara.. Insyaallah..
Puan.. saya wanita, puan juga wanita.. Air mata bukanlah jalan penyelesaian untuk segalanya.. Kalau puan rajin, puan tadah air mata puan.. bila dah cukup segelas (x perlu bekas yg besar) puan tanya diri.. apa yg puan nak buat dgn air mata tu? takkan nak minum? dan apa fungsi air mata tu dlm menyelesaikan masalah puan? Jika sekali kita menangis.. dan kita tenang.. ya tangisan itu baik utk kita. Tapi bila dah berhari-hari menangis, dan airmata tu masih membelenggu kita di takuk lama, tanya diri.. selepas sy "Meghodohkan" diri sendiri dgn mata yg bengkak.. apa yg sy dapat?
Maaf.. bunyinya agak kasar. tapi itulah hakikatnya puan.. jangan sampai airmata menenggelamkan semua potensi yg kita ada.
Jika puan ada masa, cubalah untuk solat sunat.. sy tak tau nak cakap kelebihannya sebab sy sendiri pun belum mampu mendirikan yg sunat. Tapi sy dengar dan apa yg pernah sy baca.. solat sunat Tasbih, dan Tahajud menambah kekuatan kita. Dan Istikharah.. minta petunjuk terbaik dari-Nya.
:
puan,
Kita tanya dan cabar diri.. apa yg kita nak? Bila matlamat dah jelas, Insyaallah.. jalan pasti ada.

sy hanya menyampaikan.. yg baik itu dari Allah, yg buruk itu dari kelemahan sy sendiri.
Semoga puan dan diri saya sendiri tenang :-)
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:50 AM | Show all posts
Salam. Feel sorry for you.  Syaitan mmg selalu mengganggu. Jgn ikutkan perasaan. Harap kuatkan semangat. Lawan!

Me pun skeptik jugak dgn sihir. Mungkin sebab x pernah alami sendiri. Mcm mana pun
i do believe ia wujud. Cuma i prefer to DIY. (Do It Yourself). Dulu2 pernah kena ganggu jin, so ada ustaz bg few surahs utk amalkan. Terlalu byk, x larat nak buat secara istiqamah. Dan sekarang x buat dah. Byk lupa. Yg masih ingat, baca:
1. Surah Jin
2. Surah Baqarah

Kalau yg pendek2 tu, ada la buat. Me amalkan manzil. Baca tiap2 hari selepas solat.
Download it here: Tp kena register dulu.
http://www.scribd.com/doc/941902/Manzil

Ada ayat2 mudah yg bleh jugak amalkan sebagai tambahan:
1. As-Syua'ra 80
2. At Taubah 14

ada lagik.... bleh rujuk sini
http://www.darussyifa.org/module ... le=print&sid=63

Selamat berusaha dan beramal! Also
All the best! Semuga diberkati Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 09:51 AM | Show all posts
Salam.. kak

Bila kita nak mendekatkan diri pada Allah, iblis akan rasa tercabar.. maka dia akan sentiasa mengganggu kita sampaila kita tergelincir dan lupa ibadah kita. Bila lagi dekat pada Allah, iblis akan rasa kalah.. jadi dia akan hantar level 2 (tinggi sikit la godaan dia) agar kita lalai dan alpa.. kalau kita mng lagi dia hantar yg lagi tinggi..

Senjata kita ialah solat, zikir dan doa. sbg hamba yg lemah.. lagi kuat kita mengingati Allah.. lagi la Allah sayang pada kita dan lama kelamaan syaitan akan menjauhkan diri. Tapi harus ingat.. kita lupa pada Allah.. syaitan pun akan 'melawat' kita balik dan bila nmpk kita lemah.. dia pun akan cuba menghanyutkan kita semula ke jalan sesat.

Akk... jgn terlalu fikir dan ingat masalah yg akak hadapi sebaliknya tukarkan ingatan tu kepada zikir dan munajat pada Allah. Ye.. saya faham masalah yg akak alami.. dan sebagai sorg adik.. saya x mahu akk kalah dengan perkara yg menyedihkan sehingga boleh buat akk terus tertekan dan mengalami gangguan emosi.

Setiap kali akk rasa gangguan datang.. x kirala perasaan sebak sedih atau debaran (akibat gangguan 'perkara halus' ke) cepat2 ingat Allah.. sentiasala berwuduk dan berzikir. Nak mulakan mmg payah tpi bila dah biasa.. kita akan senang melakukannya malah ketika memasak, mengemas pun mulut kita boleh berzikir. Hati akan tenang kak.. malah fikiran yg kusut akan terurai. Gangguan halus juga insya-Allah akan pergi perlahan2.

Saya hanya meluahkan beberapa patah nasihat. Yang melakukannya akak. Kalau akk sayangkan keluarga, anak2.. tanamkan nekad dan cita2 untuk akk lawan gangguan2 tersebut. Bila rasa sedih ingat saat2 gembira.. bila rasa berdebar2.. cepat2 ingatkan fikiran, mulut dan hati untuk berpaling semula pada Allah. Jgn biarkan diri terus layan rasa sadis.. rasa sebak.. ia akan mengundang iblis untuk mendekati kita dan menambahkan lagi rasa x selesa yg kita hadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:12 AM | Show all posts
mesti fikir musibah/dugaan/nikmat/rezeki etc semua tu dari allah...maka kepadaNya juga lah kita kembali..mungkin dulu kita alpa bab amal ibadat tuhan sayangkan kita sbb tu diberi dugaan begini supaya kita kembali mengingatiNya..
ada seorang forumer kena sama dgn u..oranges tak silap id..dia pun pernah putus harap gak ingat nak mati aja..but alhamdulillah amalan berterusan membuatkan dia bangkit semula..

waktu uzur boleh baca zikir mathurat..cuma jgn diperkuatkan bacaan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:25 AM | Show all posts
Reply 1# wasntme

Assalamu'alaikum kak.. ishhh saya tatau plak akak sakit ini macamm...

hmmmm.. first thing's first. apa kata akak baca 3 qul, then sapu kat seluruh badan? itu apa yang Nabi s.a.w. buat, cuma saya tak berapa ingat, baginda s.a.w. baca 3 qul ke 4 qul...

then rajin2 baca ayat Qursi, preferably akak faham makna ayat Qursi...

saya cuba tanya orang2 yang tahu tentang mende2 sihir nih. u just hang in there, u hear me?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2010 10:28 AM | Show all posts
Demi Allah.. saya dah tak daya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:31 AM | Show all posts
Reply 7# wasntme

"daya" tuh daripada Allah, bukan daripada kekuatan kita sendiri.

semoga Allah beri akak kekuatan, insyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2010 10:31 AM | Show all posts
bagi la tau saya, zikir apa saya nak baca sekarang ni.. saya dah gigil ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:33 AM | Show all posts
Reply 9# wasntme

lah... kan kami dah bagitau..?

baca 4 qul dengan ayat Qursi, tapi kalau boleh akak fahamlah makna ayat2 agung tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:39 AM | Show all posts
Reply 10# gunblade712
Agaknya dah terlalu menggigil sampai tangan x bleh scroll ke atas!
Ai dah baca kan utk u. Dah hembus2. Dapat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 10:39 AM | Show all posts
kak wanstme, dah pergi klinik?   cuba ikhtiar kedua2 cara.


kalau klinik kata takde apa2, cuba minta surat recomenn ke GL. atau doktor pakar.
kalau sah takde apa2, maksudnya mmg  ada unsur benda2 yg tak nampak menggangu kot..


sbb mula2,  rasa berdebar2 tu maybe ada spike dalam denyutan jantung,  jadi kalau pergi pakar maybe dia akan buat health monitoring, medical check up for further diagnosis etc.

kalau dada rasa semacam ni kan tgh musim pertukaran cuaca, kadang akan rasa uneasy pada dada mungkin disebabkan bronchitis, atau asthma  yg mild.....   atau maybe alahan kepada sesuatu......  ni pandangan sy yg bukan dokte
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 7# wasntme


maaf puan.. jangan cakap mcm tu
cuba lah..
dan minta dgn Allah
:
:
puan cuba lawat forum rawatan islam.. kebanyakan perawat sendiiri yg moderate
berkongsi dgn mereka.. dan mereka tidak kedekut utk berkongsi apa-apa
:
:
dan benar kata-kata salah seorang forumer tadi.. try g klinik, mana tau ada penyakit lain
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 01:54 PM | Show all posts
try zikirkan
ya Latif (Ya Allah yg Maha Lembut) atau Ya Azim (Ya Allah Yang Maha Agung) sebanyak-banyak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 02:12 PM | Show all posts
selain drpd tu cuba jaga diet pemakanan. mkn mknan berkhasiat n balance. ambik supplement jika perlu spt mineral n vit- A, B, C, D, E, K. gula n garam dlm badan jgn berlebih tp mencukupi... mksudnya jgn makan melampau berlebih manis n masin.

ini supaya badan kuat. bila badan kuat semangat akan bertambah kuat n mantap.

jika badan/pikiran lemah byk unsur2 halus dr luar dpt meresap/merasuk.

jgn lupa zikir2 diatas n jgn tinggalkan solat. kalu buleh sediakan segelas air sebelah semasa solat. lps solat baca zikir2 tu n minum air tu. lebih baik air dr bacaan yasin.

kuatkan diri n join ke masjid utk bacaan yasin mlm jumaat atau zikir2 asmaul husna.

than, berserah pd tuhan n pikirkan positif.

# satu lg tip; saat2 dah kene attack mcm ni kalu bleh TT, tangan tu sentiasa pegang tasbih... bukan apa, supaya kita xlupa berzikir....  setiap masa, smbil baring, tgk tv, berseorng mahupun ada tetamu... setiap masa.

InsyaAllah..!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by wasntme at 19-4-2010 16:39

Reply 2# Login_ID


waalaikumsalam wr wb
terima kasih, kata2 puan amat saya hargai dlm keadaan mcm ni, cuma tadi baca pun tak faham apa. baru rasa lega sikit. sejak semalam, ekceli dah beberapa hari dah, cuma semalam teruk sgt2, and hari ni masih terasa2.

dada saya tak rasa sakit, tapi mcm rasa hangat mcm tu, susah nak explain, tp mcm u rasa semangat u terbang melayang. dia sebak dan sebu mcm tu, dan dia buat sendi2 jadi longlai.

lagi satu, saya tak rasa seram ke apa, walau bulu roma kerap sgt meremang. dari tengkok sampai kat lengan2 saya, kejap2 berdiri.

psl 6th sense - adakah saya ni ada 6th sense? tp saya selalu rasa mcm ni, kalau2 ada sesuatu nak jadi - biasanya yg buruk2lah. tapi saat perasaan ni dtg, saya tak dpt predict apa2. saya tak tau, ia hanya rasa berdebar2 tak tentu arah. nanti kalau dah jadi yg buruk, barulah reda, barulah saya tau, oo pasal tu rupanya.

kalau sihir, saya tak tau, kdg2 nak je percaya semua ni sihir, tapi saya pun ragu2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2010 04:42 PM | Show all posts
Reply 3# HOTlips


waalaikumsalam wr wb

terima kasih banyak2. saya cuba nak ngaji, tapi mcm tak kuasa. walhal saya boleh je duduk 2-3 jam kdg2 tu. ni sampai nak zikir pun tak tau apa. astaghfirullah. saya akan cuba masuk link tu. saya sebenarnya dah seminggu tak mengaji ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:43 PM | Show all posts
Reply 4# Herlina


waalaikumsalam lina, akak dah teruk sgt lah ni. sampai dah tak boleh kawal. terima kasih atas kata2 perangsang. kdg2 akak ni pandai ckp je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:46 PM | Show all posts
Reply 5# sunsuria3


ya, saya ni mungkin dpt kifarah atas dosa2 saya, banyak benar dosa2 saya, moga2 Allah bagi saya peluang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply 6# gunblade712

waalaikumsalam blade, terkejut ya? tu lah kdg2 akak weng je merapu kat sini. tadi dptlah baca 3 qul tu, sebelum2 ni mcm tak kuasa nak baca. tadi akak kuatkan juga, sebab dah tak tertanggung. lepas baca masih sebak sebu lagi. pastu tidur jap, tapi masa nak tidur tu lah selalu menjadi2. tak suka lah perasaan mcm tu, rasa menyenak mcm tercungap2 nafas nak hilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.117866 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list