CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4654|Reply: 23

Sistem kewangan bebas riba

[Copy link]
Post time 30-4-2010 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bijakbudget at 30-4-2010 22:24

Sistem kewangan bebas riba


Tahukah anda bagaimana untuk ujudkan satu sistem kewangan bebas riba. Sistem ini jika diujudkan memang menarik iaitu sistem kewangan berasaskan Hibah iaitu Upah.

Anda boleh ujudkan bank anda sendiri, hendaklah berdaftar terlebih dahulu dengan kementerian kewangan. Setelah mendapat status Syarikat kewangan berlesen anda boleh mula beroperasi dengan beberapa produk yang kecil terlebih dahulu.

Produk1:
1. Kemudahan memberi pinjaman dibawah RM2000.00 dengan syarat menjadi ahli terlebih dahulu. Anda boleh kenakan caj/upah/khidmat untuk membuka akaun RM200.00 kemudian selepas setahun menjadi ahli baru boleh membuat pinjaman RM2000.00 kemudian bayaran balik dalam tempoh 20 bulan = RM100 sebulan melalui potongan gaji(tidak ada RIBA).

Pendapatan:
1. Bayaran pendaftaran ahli RM200 /== Upah
2. Bayaran memproses pinjaman RM200 /== Upah
3. Mencetak bil atau surat penyata bulanan RM5.00 x 20 = RM100 /== Upah

Jumlah pendapatan anda untuk satu ahli peminjam = RM200 +RM200 + RM100 = RM500 untuk satu ahli, jika 1000 ahli = RM500 x 1000 = RM500.000.00

Bagaimanapun anda perlu wang modal pusingan dalam lingkungan RM2,000,000.00 untuk menampung 1000 orang dengan pinjaman setiap orang RM2000.00.
RM2000.00 x 1000 orang = RM2,000,000.00

Keuntungan bersih yang anda perolehi ialah RM500.000 dalam masa 3 tahun iaitu selepas semua 1000 orang peminjam tamat buat bayaran balik.

Ataupun anda boleh buat hanya 50 orang sahaja yang boleh pinjam dalam satu masa, yang lambat daftar kena tunggu giliran. Dengan teknik ini banyak modal dapat dikumpulkan disebabkan dapat ramai ahli.


Resiko:
1. Peminjam menghilangkan diri tidak dapat dikesan.(Perlu penjamin)
2. Peminjam mati. (perlukan jaminan Insuran)


Produk2: Perkhidmatan membayar Bil-bil, boleh charge satu bil RM1.00
Produk3: Buka saham untuk Modal pusingan perniagaan contoh: Menjadi peraih beras dari petani-petani dan jual pada pengguna, peraih getah, kelapa sawit dan berbagai lagi yang 100% halal tiada keraguan, keuntungan di kongsi2kan ikut persen.
Dan macam-macam produk lagi semuanya berasaskan mengambil upah pengurusan.

Jika anda buat inilah urusniaga dan perkhidmatan yang halal, banyak keberkatannya.

--------------------------------------------------------------------
Ini adalah asas sistem, untuk mengembangkan sistem ini anda boleh bertanya kepada pakar kewangan.

Dan ini hanyalah idea, kalau nak diaplikasikan resiko mungkin ada tapi yang penting Halal.
----------

Apa pendapat korang....


http://bebasriba.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2010 10:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by bijakbudget at 30-4-2010 22:06

Sesiapa yang ada bapa atau mak jutawan yang dermawan tu bolehlah kemukakan. Sistem kewangan konvensional sekarang pinjam RM10,000 bayar balik total lebihkurang RM14,500.00 tak termasuk hidden cost
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 10:07 PM | Show all posts
kalau nak ada status halal, kena ada penasihat syariah la kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 10:10 PM | Show all posts
kalau nak ada status halal, kena ada penasihat syariah la kan
lobo85 Post at 30-4-2010 22:07


Betul..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 10:32 PM | Show all posts
baru je dpt Credit Card bank islam. b4 this guna Hong Leong. Lepas dgr kuliah tanyalah ustaz, terus tukar...
eventgh bank islam tak bagi Credit limit mcm hong leong. tapi i dun mind.

after few years nanti nak tukar juga loan rumah pd islamic bank.
Ustaz tu kata ni amanah kita pd allah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2010 10:44 PM | Show all posts
Aku suka dengan kenyataan ini:
Sesiapa yang ada bapa atau mak jutawan yang dermawan ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2010 06:46 PM | Show all posts
saya lps dpt ilmu tentang  credit card last yr sarankan pada kawan2 kita bersubahat kalau guna credit card bank konvensional walau pun kita bayar semua baki hutang..then adalah kata2
alah islamic finnancing, bank islam tu pun bukan 100% halal...

tp sebenarnya dari pada tiada asas yg halal langsung lebh baik yg ada sikit2 halal ni, dan dari sini kita mulakan dulu dan ubah suai kearah pembaikannya..satu hari nanti ia akan jadi betul2 ikut syariah 100% insyallah

kalau ikut mazhab shafie urusan pinjaman begini diharuskan, tapi mazhab lain tidak. kata pensyarah kelas ijtihad last weeklah.
yg ada sekarang memang belum lagi 100% ikut syariah tapi itulah yang terbaik yang ada so far, jadi hukum itu menjadi lapang bila keadaan kita dlm sempit begini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 09:48 AM | Show all posts
bila di tanya cinta kan Allah tak? maka berbondong2lah org akan menggangguk tanda mengakui 'kecintaan' terhadap Allah. tapi bila tgk time lunch, tidak sedikit yg teguk air sirap guna tgn kiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 11:38 AM | Show all posts
errrr..............nampak senang............sila tunjuk kos utk dapat lesen dari bank negara, kos buka pejabat, kos lawyer dlll...........modal kena ada. Tekun boleh bagi x ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 02:41 AM | Show all posts
salam,
saje nak share tazkirah dari syeikh imran hosien..
ulama ni pernah datang malaysia bagi ceramah tentang ekonomi Islam..
ni tazkirah dia tentang "Islamic Bank"..



mari kita fikirkan bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 02:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 4-5-2010 02:55

ni artikel berkenaan sistem kewangan dan RIBA yg wujud sekarang ni..
bagi aku, artikel ni memang 5 star..

kenapa sekarang ni umat Islam sekarang ni di pijak, di hina dan berada di tempat paling bawah..
sebab kebanyakkan dari kita sedang BERPERANG dengan Allah dan RasulNya..
selain di timpa penyakit al-wahn - cintakan dunia dan takut mati..
na'uzubillah..

99.9% manusia dijajah!
http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

artikel yang memang membuka minda..
cuma perlaksanaannya kita kena fikirkan bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 02:50 AM | Show all posts
kalau nak faham berkenaan sistem kewangan dan RIBA..
boleh tengok video ni..

Zietgeist Addendum..
http://video.google.com/videoplay?docid=7065205277695921912#

video bercampur2 mesejnya.. jadi kita pilih yg baik saja..
tapi video ni memang sesuai bagi semua yg nak memahami suatu sistem yg tidak pernah di persoalkan oleh manusia iaitu MONETARY SYSTEM !

juga ada pengakuan dari ECONOMIC HITMAN..
di ceritakan bagaimana syaitan manusia ni mensabotaj sesuatu negara dan mengkorupkan pemimpinnya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:29 PM | Show all posts
baru je dpt Credit Card bank islam. b4 this guna Hong Leong. Lepas dgr kuliah tanyalah ustaz, terus  ...
mix_chinese Post at 30-4-2010 22:32


ha ha ha..
ko amik la skim bai bithaman ajil (lebey kurang la, statement takde kat tangan skrang)
ko PASTI MELOMPAT TINGGI tengok kadar bayaran balik.


menurut sorang lawyer erk, skim tu telah di bawa ke mahkamah tinggi utk dihapuskan dlm pasaran perbankan, tapi satu bank berasaskan Islam telah buat rayuan dimahkahmah rayuan utk tetap pasarkan skim tersebut. Sepatutnya, skim perbankan Islam tidak menindas dan adil kpd si penghutang.. tapi yg kita lihat senario skrang.. ha ha ha... melompat tinggi-tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 05:30 PM | Show all posts
kalau nak faham berkenaan sistem kewangan dan RIBA..
boleh tengok video ni..

Zietgeist Addendum. ...
capiloton Post at 4-5-2010 02:50


aku cadangkan ko buat RUMUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 06:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 4-5-2010 18:39
ha ha ha..
ha ha ha..
ko amik la skim bai bithaman ajil (lebey kurang la, statement takde kat tangan skrang)
ko PASTI MELOMPAT TINGGI tengok kadar bayaran balik.


menurut sorang lawyer erk, skim tu telah di bawa ke mahkamah tinggi utk dihapuskan dlm pasaran perbankan, tapi satu bank berasaskan Islam telah buat rayuan dimahkahmah rayuan utk tetap pasarkan skim tersebut. Sepatutnya, skim perbankan Islam tidak menindas dan adil kpd si penghutang.. tapi yg kita lihat senario skrang.. ha ha ha... melompat tinggi-tinggi.
meow_tompok Post at 4-5-2010 17:29



hehehe.. aku setuju tang ni..

mintak sumer buat research sket..

aku peratikan sistem perbankan Islam ni..
dia punya RIBA lagi mantap dari sistem konvensional..
dia punya bayaran balik n INTEREST lagi tinggi dari sistem konvensional..
paling mudah try buat home loan..
tengok bayaran balik (termasuk interest), mana yg lagi tinggi?

yg buat aku sakit hati..
si kapitalis ni menggunakan nama ISLAM untuk menghalalkan RIBA !!
menggunakan term2 bahasa arab (i.e Murabahah) konon sistem ini halal..

minta maap ler sape2 yg keje kat bank bersistem kan Islam ni..
aku bukannya anti dengan sistem kewangan ISLAM..
aku cukup setuju dan amat happy..
kalau sistem2 Islam (termasuk kewangan) di praktikkan secara jujur dan betul..
tapi aku benci kepada keparat2 yg menggunakan nama ISLAM untuk menghalalkan RIBA !

konsep mudah.. bak kata syeikh imran hosien..
if your earn money through time, it is RIBA !!
tak kira la loan interest ker, dividen ASB ker, main saham ker, unit trust ker, lain2 lagi lah..
yg berhak ke atas kita cuma POKOK nya saja.. bukannya bunga.. (Al-Baqarah : 279)
bekas Mufti Selangor (Allahyarham Ishak Baharom)..
pernah memfatwakan dividen ASB itu haram !
tapi di senyapkan oleh kerajaan..

kesimpulannya, baik sistem perbankan konon Islam dan sistem konvensional..
kedua2 nya sama saja..

sistem konvensional = pintu depan riba..
sistem perbankan Islam = pintu belakang riba..

dan kesimpulannya juga, kita semua memang sedang BERPERANG dgn Allah dan RasulNya..
itu pasai umat Islam di landa macam2 penyakit yg dah tak boleh di ubati..
hanya menunggu mujaddid terakhir di zahirkan untuk memperbetulkan Iman, Akidah, Akhlak dan Sistem yg sudah rosak dan korup..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2010 06:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by bijakbudget at 4-5-2010 18:57
hehehe.. aku setuju tang ni..

mintak sumer buat research sket..

aku peratikan sistem per ...
capiloton Post at 4-5-2010 18:26



Itulah sebabnya saya suruh korang buat bank sendiri...lebih baik dan lebih cendikiawan. Lagipun perniagaan siapa yang nak halang? cuba tengok Ahlong..kerajaan tak halangpun. Merekapun mempunyai lesen sebagai Syarikat kewangan berdaftar.

Saya rasalah, kalau sistem nie ada memang berduyun2lah orang datang jadi pelangan sebab tak ada riba..semua orang nak. Mungkin dalam masa 5 tahun dah jadi Bank gergasi dalam Malaysia nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 10:49 PM | Show all posts
ha ha ha..
ko amik la skim bai bithaman ajil (lebey kurang la, statement takde kat tangan skrang)
ko PASTI MELOMPAT TINGGI tengok kadar bayaran balik.
menurut sorang lawyer erk, skim tu telah di bawa ke mahkamah tinggi utk dihapuskan dlm pasaran perbankan, tapi satu bank berasaskan Islam telah buat rayuan dimahkahmah rayuan utk tetap pasarkan skim tersebut. Sepatutnya, skim perbankan Islam tidak menindas dan adil kpd si penghutang.. tapi yg kita lihat senario skrang.. ha ha ha... melompat tinggi-tinggi.
meow_tompok Post at 4-5-2010 17:29


dengar khabarnya ustaz2 bank tersangat gembira (pelik bukan?) klu senarai panjang mangsa2 skim bai bithaman ajil ini semuanya kalah di mahkamah dlm rayuan mrk utk mendapat keadilan. Ini krn ustaz2 bank ini yg meluluskan pakej skim bai bithaman ajil  & alasannya peminjam sendiri yg setuju sign akad so sendiri tanggung la. sapa suruh tak baca akad betul2 kata mrk. Katanya umat islam dipegang oleh akad so haram hukumnya mangsa tak melunaskan hutang kpd bank (walaupun rmh dah kena lelong & mangsa kena blacklist, kena CTOS, kena CCRIS).  

klu korang cuba bincangkan benda2 ni dlm forum ustaz2 bank ni akan berkata "hangpa orang awam apa tau? hanya kami yg pakar bab kewangan islam. Malah ustaz2 lain yg tak mengaji bab bank islam pun tak boleh komen sebab depa tak tau apa, kata ustaz2 bank ni. Hangpa kena ikut jer apa yg kami kata. Klu kami kata betul maka hangpa kena telan jer bulat2. Jgn tanya apa2 lagi."  lebih kurang gitu la maksudnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 4-5-2010 22:56

Persatuan2 Pengguna pun kena perlekeh dgn ustaz2 bank ni dgn alasan "korang semua tak tau apa2 bab kewangan islam. hanya kami jer yg tahu.".   Ibarat maksum jer depa ni.

cuba baca komen dari salah satu Persatuan Pengguna yg ada di Msia ni (tak boleh klik, kena copy paste URL utk baca).  
"http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=3468.0"
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 11:28 PM | Show all posts
di CTOS/CCRIS sampai mati.  maksudnya 'bank islam' mengandaikan semua pelanggannya takkan mhadapi masalah peribadi, jatuh sakit menyebabkan mrk tak boleh bekerja, hilang pekerjaan, kemalangan dsbgnya sehingga boleh menyebabkan mrk gagal meneruskan komitment loan.  jika anda ingin keluar dari komitment maka anda wajib membayar dgn harga penuh tak kiralah anda sudah kena buang kerja, lumpuh atau kena stroke contohnya.

Petikan:
Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah point Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakan jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis? Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda kena buang kerja dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut bank akan lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.

Ini bebeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat memperolehi RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain. Kadang2 terfikir mana yang lebih zalim... Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu?


selanjutnya baca di:
http://taghyir.multiply.com/jour ... yat_Atas_Nama_Islam
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:07 AM | Show all posts
baru ni sy ke maybank. Kami nk apply recalculate loan sbb masa apply dulu ratenya tinggi now dah reduce. so kena buat Surat itu ini  officer tu tunjuk pengiraan monthly payment guna rate terkini. btw Kami memng amb Islamic financing

so officer tu kata now kiraan Islamic loan or conventional sama je, guna table yg sama charge semua sama. dulu memang beza byk, Islamic loan byr lbh but now sama dah.

yg beza modal n duit rolling Dari Islamic loan dilaburkndi kaunter2 halal yg konventional kat merata tmpt.
now lbh baik kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.215631 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list