View: 3065|Reply: 24
|
Gah 1 Berkonsep Fiesta Mymetro & Utusan Malaysia [13/5 - 18/5.2010]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by santubung at 20-5-2010 09:02
Oleh Ramlah Zainal
2010/05/13 MALAM kemuncak Gah 1 dijangka melakar sejarah tersendiri kerana akan berlangsung di pentas terbuka Taman Tema Air Sunway Lagoon pada 30 Mei ini sekali gus menjadi acara muzik terbesar terbitan RTM tahun ini.
Pertandingan yang dikenali sebagai Hits 1 sejak enam musim lalu itu kini dikenali dengan nama baru, Gah 1 sesuai dengan misi mengangkat acara hiburan itu 'segah' namanya.
Timbalan Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Norhyati Ismail, berkata malam bersejarah Gah 1 yang disiarkan secara langsung dari RTM itu juga berkonsepkan acara muzik terbuka.
"Kami ingin tampilkan kelainan dengan menganjurkan acara hiburan ini berkonsep fiesta selaras dengan lokasi taman tema air di Sunway Lagoon.
"Apa yang menarik pada acara kemuncak itu adalah lokasi yang dipilih, audio, lampu, persembahan air serta ada kejutan buat penonton. Pentas untuk malam kemuncak adalah di tengah Surf Beach.
"Pada malam itu juga, kami turut menyelitkan unsur sambutan Hari Seniman yang berlangsung pada 29 Mei dan ada gimik untuk seniman tanah air.
"Lebih bermakna, malam temasya ini turut meraikan bola sepak sempena meraikan saluran RTM sebagai penyiar Piala Dunia 2010. Selepas persembahan Gah 1 berakhir pada malam itu, kami akan buat sorakan 1Malaysia pula. Apa yang penting, acara hiburan ini adalah antara sumbangan RTM kepada industri muzik tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media malam kemuncak Gah 1 Akhir di Surf Beach, Sunway Lagoon, Isnin lalu.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV RTM, Rokiah Normah Ramli dan Penerbit Gah 1, Serena Salleh.
Norhyati berkata, pihaknya menyediakan 10,000 tiket percuma pada orang ramai untuk menyaksikan acara ini. Tiket itu boleh didapati di Angkasapuri dan akan mula diedarkan kepada orang ramai bulan depan.
Pertandingan Gah 1 juga menawarkan hadiah lumayan iaitu kategori Anugerah Lagu Terbaik akan menerima wang tunai RM40,000, Lagu Tempat Kedua (RM30,000), Persembahan Terbaik (RM10,000) dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS (RM20,000).
Ia membariskan finalis akhir iaitu Misha Omar (Cinta Adam Dan Hawa), Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Menggegar Dunia (Stacy & Adam), 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).
Pengacara pada malam itu ialah E'One atau Mohd Syazwan Roslan dan bekas peserta Bintang RTM 2004, Eyeja Arshad. |
|
|
|
|
|
|
|
so .... FT ada 2 persembahan besar pada hari yang sama
kedua-duanya dibuat pada waktu malam
GAH1 dijangka akan habis pukul 12.00 malam
Showcase FT di Hardrock Cafe KL dijangka mula 11.00 (selalu akan start 11.30 - 12.00 malam)
pilihan anda? GAH1 or HRC KL? atau kedua2nya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 13-5-2010 12:06
LAGU PALING POPULAR [SMS]
UNDI LAGU "BENCINTA" FAIZAL TAHIR
SMS: TAIP GAH1<jarak>BENCINTA & hantar ke 13776
sekarang BENCINTA no.2 ... beza 1% sahaja
cepat2 kalau nak tgk lagu ni menang la kan?
maklum la fans FT ramai .... tapi yg nak mengundi .... hazaaaaab!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang la klu pejal x stay smpi abih Gah1 nih. sbb rasanya nnti ada harapan akan sangkut jugak at least satu award utk pejal. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# sicomel
tak tahu la naper dorang clash date yang sama
dah lah GAH1 tahun ni grand habis |
|
|
|
|
|
|
|
me kompius, takkan FT nak berada kat kedua2 tempat? apepun ku telah membeli tix ke hrckl ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# mama_nutty
jumpe d HRC KL ye...jgn lupe tgkp gmbr same2 (sambil kenyit2 mate) |
|
|
|
|
|
|
|
ihiksss balik diva ahh ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i561.photobucket.com/albums/ss60/mygirlJK/g.jpg)
dr Utusan .. malas nak bukak thread baru |
|
|
|
|
|
|
|
suruh hubby beli prepaid byk2...nak vote pejal tahir... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Melayu manakah paling gah
Oleh Ramlah Zainal
metro
2010/05/29
PERTANDINGAN lagu popular Gah 1 sudah tiba ke kemuncaknya apabila acara hiburan itu akan berlangsung di Taman Tema Air Terbesar Malaysia - Sunway Lagoon - pada jam 8.30 malam, esok.
Lagu manakah yang bakal diangkat sebagai Lagu Terbaik Gah 1 bagi 2010? Semuanya akan terjawab pada pertandingan akhir musim ketujuh Gah 1 (dulunya dikenali sebagai Hits 1) apabila ia ke udara secara langsung di saluran TV2 dan Astro 180 Muzik Aktif. Berbanding penganjuran tahun sebelumnya, pertandingan kali ini menyaksikan sembilan lagu terbaik bersaing bagi memburu anugerah yang dipertandingkan.
Ketika ini, pastinya semua peminat hiburan tanah air sudah mula meramalkan lagu manakah yang bakal menjulang trofi Anugerah Lagu Terbaik Gah 1.
Bukan calang-calang artis yang bertanding dalam Gah 1 pada musim ketujuh ini kerana semuanya punya kekuatan dari segi vokal tersendiri.
Nama besar seperti Misha Omar (Cinta Adam Dan Hawa), Azharina Azhar (Rawan), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang) dan Faizal Tahir (Bencinta) sebagai calon yang disebut-sebut untuk memenangi kategori Anugerah Lagu Terbaik Gah 1 musim ini.
Lagu lain yang bertanding dan tidak kurang hebatnya ialah Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti) serta Adam & Stacy (Menggegar Dunia).
Tidak ketinggalan, lagu lain seperti 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila). Malam kemuncak Gah 1 menyaksikan sembilan finalis yang bertanding untuk merebut gelaran dalam beberapa kategori yang dipertandingkan dengan tawaran hadiah lumayan. Lagu Terbaik menerima wang tunai RM40,000, Tempat Kedua (RM30,000), Persembahan Terbaik (RM10,000) dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS (RM20,000).
Muzik fm selaku radio rasmi akan berlintas langsung dari Taman Tema Sunway Lagoon yang pastinya penuh warna-warni. Acara ini juga menjanjikan persembahan mantap artis jemputan yang akan menghiburkan penonton pada malam akhir nanti seperti Sarah Raisudin, Nubhan, One Nation Emcees, Kristal dan Aisunam. Apa yang penting, Gah 1 ada kelas dan peminat tersendiri kerana memberi peluang anak tempatan terus berkarya sekali gus memartabatkan industri seni.
Pada malam pertandingan akhir itu nanti E-One atau Mohd Syazwan Roslan dan bekas peserta Bintang RTM 2004, Eyeja Arshad akan bergabung sebagai pengacara.
Mengimbas kembali enam musim terdahulu dengan pemegang Anugerah Lagu Terbaik Hits 1 yang sememangnya layak bergelar juara sepanjang enam tahun yang lalu iaitu Misha Omar -Pulangkan (musim pertama), Jaclyn Victor - Gemilang (musim kedua), Yazer & Hazama - Lagu Cinta lagu Jiwa (musim ketiga), Terlalu Istimewa - Adibah Noor (musim Keempat), Ketentuan -Ramlah Ram (musim kelima) dan Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu (musim keenam). |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la takde rezeki kali ni. bila nk calonkan lagu selamat malam plak kt Gah1? |
|
|
|
|
|
|
|
i'm really upset...me dok jauh...tak dapat ikut launched album...tak dapat tgk show kat hrc..mmg tggu gah1 nak tgk ft perform live...tapi...what happened? |
|
|
|
|
|
|
|
dah beli prepaid pon nak sms ft...tp tak jadi...simpan ajelah prepaid tu... |
|
|
|
|
|
|
|
i'm really upset...me dok jauh...tak dapat ikut launched album...tak dapat tgk show kat hrc..mmg tgg ...
kru_mania Post at 31-5-2010 01:35 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
kesihatan dia x brp mengizinkan la.... plus letih dan penat sgt3x. suara pn x mcm biasa. tp tu smua x menghalang dia drp memberikan sepenuh komitmen, memberikan persembahan sehabis baik yg boleh dgn susah payahnya dgn penat lelahnya kpd fans nya..... tu pun kira nasib baik sgt la dia muncul jugak kt gah1 yg x gah langsung dan hazabedah tu... artis2 lain ada yg tarik diri, x dpt nyanyikan sndri x blh bg komitmen... so x perlu la terlalu upset... be cool..... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah beli prepaid pon nak sms ft...tp tak jadi...simpan ajelah prepaid tu...
kru_mania Post at 31-5-2010 01:39 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
bagi aku FT dah buat sebaik dia boleh
selama ni pun FT sentiasa bagi yang terbaik tapi dia tetap tak dapat kemenangan dari undian peminat
dia tidak mendapat balasan sewajarnya dari peminat atas apa yang dia dah bagi except more demand and complaints
aku ok je FT tak menang Gah1 ni
stacy pun boleh kalah dengan six sense dari segi undian peminat, maybe rancangan ni pun tak ramai orang bother |
|
|
|
|
|
|
|
klu bab2 undi ni, klu undian online mcm muzik2 ok sgt2 tp klu undian sms.... hadoi... mmg FT susah nk menang ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
bila tau je sape juri2nya semlm, dh blh agak mmg tipis la harapan nk menang at least 2nd best song |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# sicomel
aku dah agak kalau undian SMS ... jgn harap la FT menang
mcm aku selalu kata fans FT banyak dok abang pejal abang pejal jer
kalau FT kalah 4000x undian fans pun semua dok meratap sendu lepas kalah
then bila ada undian SMS ... mcm tu gak
kalau 10 000 orang tu (x yah semua) .... undi sekali jer sepanjang pertandingan
just 50 sen sure ada harapan
masalah dorang lbh abang pejal abang pejal jer
so abang pejal lagu ini amat2 sesuai tuk abang pejal "BERHENTI BERHARAP" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# sicomel
yelah...tak semua leh terima genre muzik ft tu... |
|
|
|
|
|
|
|
6th sense pon tak menang lagu terbaik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|