View: 5510|Reply: 25
|
SIAPA JUARA GAH 1 (HITS 1) PADA 30 MEI INI
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by toritonz82 at 18-5-2010 10:15
Siapa yang layak bergeluar tittle juara (based on terbaik....bukan popular) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by toritonz82 at 18-5-2010 10:18
Kemuncak Gah 1 30 Mei
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar FATAH SULAIMAN
| Norhyati Ismail (lima dari kiri) bersama artis, penerbit dan wakil Sunway Lagoon yang terlibat dengan Kemuncak Gah 1 Akhir yang akan diadakan pada 31 Mei, di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur.
|
SEJAK enam musim yang lalu, acara muzik yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini dikenali sebagai Hits 1.
Kini ia dikenali sebagai Gah 1 hadir dengan konsep yang lebih segar dan meriah dalam mengiktiraf lagu-lagu terbaik sepanjang tahun.
Malam Kemuncak Gah 1 Akhir kali ini membawa kelainan apabila ia akan diadakan di sebuah pentas terbuka bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada 30 Mei ini bermula pukul 8.30 malam.
Disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan saluran Muzik Aktif ( saluran 180 Astro), sembilan buah lagu akan berentap bagi memenangi beberapa kategori yang akan dipertandingkan pada malam itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) RTM, Datuk Norhyati Ismail berkata, Gah 1membuat kelainan yang ketara apabila mengadakan pertandingan akhir ini di tempat yang terbuka.
"Tema kami pada malam itu ialah Fiesta, sesuai dengan imej Sunway Lagoon dan juga bersempena dengan Pesta Piala Dunia FIFA 2010 yang diadakan di tempat yang sama pada siang hari.
"Pelbagai kejutan dan persembahan yang menarik akan diadakan pada malam itu termasuklah persembahan khas oleh pihak Sunway Lagoon dan kemasukan adalah percuma.
"Kami berharap ramai remaja yang akan hadir kerana pelbagai aktiviti yang menarik akan kami sediakan pada malam itu secara santai, berbeza dengan kebiasaan majlis anugerah lain," ujar Norhyati ketika ditemui di sidang akhbar Kemuncak Gah 1 Akhir di Sunway Lagoon baru-baru ini.
Mereka yang bertanding ialah Misha Omar menerusi lagu Cinta Adam Dan Hawa, Azharina Azhar(Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang) dan Stacy serta Adam (Menggegar Dunia).
Selain itu, dua kumpulan indie popular juga terpilih bakal mempertaruhkan lagu ciptaan mereka sendiri iaitu kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).
Finalis akan bertarung bagi merebut Anugerah Lagu Terbaik selain Anugerah Lagu Tempat Kedua, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS dengan hadiah berjumla RM 100,000.
Selain sembilan finalis yang bertanding, beberapa artis jemputan akan menghiburkan penonton pada malam kemuncak itu.
Antaranya ialah Sarah Raisuddin, Nubhan, One Nation Emcees, Kumpulan Kristal dan Kumpulan Aisunam serta ramai lagi artis popular dijadualkan bakal menggegarkan Taman Tema Air Terbesar di Malaysia itu.
Pentas itu turut akan diceriakan oleh dua orang pengacara remaja iaitu E'one yang telah mengacarakan rancangan ini selama tiga musim dan Ejaya Arshad yang merupakan pesertaBintang RTM 2004.
Pas-pas percuma untuk menyaksikan acara muzik terbesar ini boleh didapati di Balai Pengawal RTM Angkasapuri mulai 20 Mei.
Ia juga turut diedarkan di kaunter tiket di Sunway Lagoon bermula tarikh tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
GAH1 KE GAY1! |
|
|
|
|
|
|
|
TARAF BINTANG RTM JA PERTANDINGAN NEH!
debab76 Post at 18-5-2010 14:37
nyah at least better ajl. |
|
|
|
|
|
|
|
nyah at least better ajl.
micha Post at 18-5-2010 15:17
Rabun ke nyeh? |
|
|
|
|
|
|
|
better than AJL?????? hahahaha~ mmg x ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
alyah |
|
|
|
|
|
|
|
yo lah better dr AJL
tu pun dah 10x tukar tarikh |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali bertukar tarikh. dr bln 2 ke 29 mei pastu 30 mei. nilai hadiah pun bertambah. sampaikan si nabila hos gah1 tu wat lawak klu postpone lagi gah1 ni akan bertambah lumayan lagi la hadiahnya...... |
|
|
|
|
|
|
|
mod tanak buat kuiz kah |
|
|
|
|
|
|
|
Misha kut menang
no 2 bencinta no 3 pakai buang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bencinta |
|
|
|
|
|
|
|
harap stacy memang lagu popular dan persembahan terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
bencinta cinta adam dan hawa walaupun misha tak dapat datang... tapi penilaian b ...
toritonz82 Post at 28-5-2010 21:25
ernie who?? |
|
|
|
|
|
|
|
ernie who??
Nadia90 Post at 29-5-2010 12:39
juara bintang rtm baru2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|