SAYA seorang peminat setia kartun Keluang Man. Saya yakin ramai lagi yang masih ingat dan minat dengan siri tersebut yang pernah ditayangkan di TV1 satu masa dulu. Selain dari Usop Sontorian, saya rasa program Keluang Man inilah yang menyumbang kepada perkembangan pesat industri animasi di Malaysia sehingga kini dengan memberi satu sumber rezeki baru untuk anak-anak Melayu dalam bidang kreatif.
Tetapi adalah menjadi satu kemusykilan mengapa program yang disayangi golongan tua dan muda ini telah diberhentikan dan tidak diberi peluang untuk menghasilkan rancangan baru? Saya masih ingat rancangan ini dahulu ditaja oleh pelbagai pengiklan, ditayangkan di Astro, SBC dan sekarang ini masih ditayangkan semula melalui TV9.
Keluang Man juga sekarang mempunyai ramai peminat di laman web Facebook dan merupakan satu National Brand Name yang boleh diketengahkan lebih jauh lagi sekiranya diberi peluang. Adalah diharapkan Presiden baru ANIMAS, Kamn Ismail dapat membawa industri animasi lebih maju lagi dengan kerjasama stesen-stesen TV.
Kebetulan juga Kamn Ismail adalah pencipta Keluang Man. Keluang Man juga masih mendapat sambutan di Pameran Sejarah Animasi anjuran Perpustakaan Negara baru-baru ini.
Dengan peminat yang masih begitu ramai, adalah wajar sekiranya TV1 mengambil langkah proaktif untuk memberi peluang supaya Keluang Man baru diterbitkan dan ditayangkan untuk memartabatkan industri animasi ke tahap lebih tinggi lagi sehingga ke luar negara.
Adalah diharapkan pihak RTM dapat memberi ruang seluas-luasnya untuk penerbit-penerbit animasi, terutamanya di bawah naungan ANIMAS untuk menerbitkan kartun-kartun lebih hebat lagi sehingga satu hari nanti kita boleh berbangga dengan Cartoon Network Malaysia sendiri dan mengeluarkan merchandise items.
Saya yakin dengan wujudnya satu saluran khas Animasi di RTM banyak penaja akan tampil untuk menempah ruang iklan TV.
Dengan jumpstart industri Animasi yang sudah kelihatan lesu ini, maka tidak sia-sialah usaha penerbit-penerbit kartun tanah air untuk menggunakan geran-geran sedia ada yang disediakan oleh MDEC dan sebagainya, sesuai dengan hasrat Perdana Menteri untuk memajukan Industri Kreatif dan Innovatif.
keluangman yg best bukan sbb hero dier.... tp dialog dia.... dan ada satu episod tuh siap ada jiwang2 dgn lagu sampai ati spring lagik.... jadi konsep tuh memang masyuk dgn budaya org malaysia.....
nak ketengahkan peringkat antarabangsa pon cam tak spesel bagi org luar rasanya.... sbb memang sah2 clone batman and robin........
keluangman yg best bukan sbb hero dier.... tp dialog dia.... dan adasatu episod tuh siap ada jiwang2 dgn lagu sampai ati spring lagik.... jadi konsep tuh memang masyuk dgn budaya org malaysia.....
nak ketengahkan peringkat antarabangsa pon cam tak spesel bagi org luarrasanya.... sbb memang sah2 clone batman and robin........
cmf_rambutan Post at 19-5-2010 09:58
haku pon suka dialog dia sempoi lawak wakaka..sorang polis singh tu pon bes dia ckp