GAMBARAN PERIBADI: Senang percaya orang dan akhirnya senang tertipu & bertanggungjawab
MAKANAN KEGEMARAN: Sotong Pedas
MINUMAN KEGEMARAN: Fresh Orange
MUZIK KEGEMARAN: Balada
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Zulhuzaimi
PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Azean Irdawaty
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: P.Ramlee
PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Rossa
FILEM / DRAMA KEGEMARAN: Adnan Sempit & Balqis
FESYEN KEGEMARAN: Nusantara
WARNA: Biru
ibu kamu gembira melihat,kamu telah berjaya shahir. tapi jangan lupa,ibu kamu sebenarnya akan kecewa jika kamu lupa kisah perjalanan hidup kamu. kamu sebenarnya seorang hamba allah yang dicipta yg sempurna,tetapi kamu perlu ingat perjuangan kamu bukan kepada manusia,peminat dan sebagainya..tetapi perjuangan kamu hanya ...kepada allah...apa guna ilmu al-quran dan as-sunah kamu pelajari semasa hayat kamu,kalau kamu tidak amalkan. ingat shahir,masa hidup kamu disanjung tetapi masa mati nanti kamu akan keseorngan dan masa itulah kamu akan dihisab tentang amal kamu..jauhi lah maksiat,hiburan hanya seketika,gunalah umur itu dengan sebaik mungkin....allahuakbar.
satu sahaja hendak kau pesaNkan kepada mu shahir...jangan lah kamu bersentuhan dengan perempuan bukan mahram,yg haram tetap haram,tiada guna kamu belajar ilmu agama,sedangkan kamu tahu tentang perkara itu. hadis nabi: sahabat baginda jawap,aku lebih rela sentuh bintang babi daripada sentuh perempuan bukan daripada mahram aku.
satu je nak pesan kat shahir,sembahyang jgn lupa,yg haram tetap haram,jangan kita diketegori org munafik,mak ayah jangan kamu lupa,kawan2 jangan lupa dan sentiasa merendah diri...sye harap shahir jangan lupa segala perintah allah,kiamat sidah hampir,hiburan hanya seketika,perbanyakkan ingat kepada mati. saye mengenali ...anda semasa SEK.MEN.AGAMA SLIM RIVER.....ingat allah insyaalla ande berjaya..
Credit: khairul Adha
peringatan untuk kita jugak..kdg2 takut gak...takut kita plak yg menyumbang keburukan kat shahir..harap2 kita tak terbabas dari apa tujuan harapan kita kat sini utk shahir... nak tgk dia berjaya di dunia dan diakhirat berbekalkan keimanan dan keikhlasan dlm diri shahir....kita pun macam tu jugak. sama2 muhasabah diri ...semua pun ada kekurangan masing2...shahir pun sama..tak semua perfect pun dlm diri dia....klu ada tersalah langkah..cepat2 betulkan..tegur2 la..wahai kawan2 ku yg ku kasihi.. Credit: Shamolley
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2010: Hampir sebulan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir bergelar juara Akademi Fantasia 8 (AF8). Dalam tempoh tersebut sudah timbul pelbagai gosip yang tidak enak tentang Ikon Belia Perak ini.
Bermulalah dari kes sudah jadi tunangan orang, kes sukar dihubungi pihak media, kes tak mahu bergambar dengan artis perempuan sehinggalah yang terbaru yang mengatakan kononnya dia kini sedang berebut Adira dari rakannya Iwan.
Menjawab segala tuduhan ini, Shahir yang ditemui selepas rakaman program raya Lebaran Diva Dato Siti Nurhaliza di Studio 1, Astro Bukit Jalil, baru-baru ini berkata semua tuduhan yang dilempar padanya itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Sungguh pun begitu, dia sudah mengetahui segala gosip tersebut . Itu pun menerusi ahli jawatan kuasa kelab peminatnya.
"Sejujurnya, saya sudah pun dimaklumkan tentang tuduhan ini pun dari Fan Club saya menerusi laman FB (Facebook) kelab peminat saya. Terus-terang, saya masih belum sempat bacanya tetapi sudah tahu apa yang terkandung dalam artikel tersebut.
"Sebenarnya, sekarang ini saya memang sedang sibuk dengan jadual yang telah ditetapkan oleh pengurusan saya iaitu AESB (Astro Entertainment Sdn Bhd). Jadi, bila orang kata saya kekwat tak mahu digandingkan dengan mana-mana artis perempuan, saya tarasa itu tidak betullah.
"Lagipun setakat ini setakat ini saya tak pernah lagi digandingkan dengan mana-mana artis wanita yang cantik. Lagipun setiap sesi fotografi telah ditetapkan pihak AESB. Jadi macam mana pula timbul isu saya ni kekwat dan tak mahu bergambar dengan artis perempuan?
"Tentang pandai-pandaikan uruskan jadual fotografi sendiri, setakat ini, saya tak pernah pun terima sebarang panggilan dari mana-mana wartawan yang mahu buat sesi fotografi. Saya selalu merujuk tentang hal ini dengan AESB. Dia orang pun tak pernah buat arrangement macam itu. Saya sendiri tak tahulah sama ada panggilan sebegitu wujud atau pun tidak.
"Jujur saya cakap, kalau nak bukti, saya boleh tunjukkan pada semua bahawa jadual saya memang padat gila. Dari mula habis AF8 sehinggalah sekarang. Macam-macam yang telah ditetapkan untuk saya. Jadi, saya sebagai orang yang memikul tanggungjawab ini, saya ikut sajalah," jelasnya.
Meneruskan penjelasan, Shahir mengakui setiap kali bekerja tidak kiralah sama ada sesi fotografi mahu pun persembahan, telefon bimbit peribadinya akan diserahkan kepada pengurusnya.
"Pasal tak angkat telefon tu, jujur saya katakan, pada kebiasaannya, saya ni selalunya akan menyerahkan telefon pada pengurus AESB setiap kali bekerja. Jadi, mungkin waktu wartawan itu telefon saya, masa tu saya tengah terlibat dengan rakaman atau pun show.
"Selepas saya dapat semula handphone saya, saya
lihat memang banyak panggilan yang tak dijawab. Saya bukan tak ada niat nak membalas, tapi saya menggunakan handphone yang biasa saja. Handphone saya agak sukar nak lihat semula siapa yang telah menelefon.
"Pun begitu, di kalangan wartawan yang pernah bekerjasama dengan saya, selalunya mereka akan SMS saya dulu, lepas itu, barulah saya menghubungi mereka semula. Mungkin, apa yang berlaku ini bukan menjurus kepada wartawan saja, Saya tahu, kenalan yang lain pun menghadapi situasi yang sama dari saya," jelasnya secara panjang lebar.
Pun begitu, sebagai orang baru dalam bidang seni, Shahir memohon maaf andai kata dia telah melakukan kesalahan atau kesilpana tanpa disedarinya.
"Saya nak tegaskan, apa yang berlaku dan tersiar ini semuanya tak benar. Tapi saya nak minta maaflah sekiranya saya ada membuat sesiapa merasa tersinggung secara tidak sengaja. Saya ini manusia biasa dan masih lagi mentah. Masih terlalu awal untuk saya serasi dengan semua yang telah ditetapkan untuk saya ini.
"Saya pun bukannya ada PA (pembantu peribadi). Saya minta kepada sesiapa saja, kalau saya tak jawab telefon bukan bermakna saya ni kekwat. SMS dahulu dan Insya-Allah, saya akan membalasnya dan menghubungi orang berkenaan," katanya.
Sementara itu, Shahir lebih terkejut apabila dia dikatakan bermasam muka dengan Iwan gara-gara merebut Adira untuk menjadi buah hati. Malah, Shahir menegaskan dia masih lagi baik dengan Iwan dan baru saja bertemunya pada sesi fotografi baru-baru ini.
"Saya baru saja jumpa dia. Saya tak pernah langsung bermasam muka dengan Iwan. Kalau tak silap saya, Iwan pun dah ngaku dia memang suka Nadkan? Terus-terang, saya katakan, kalau betul Iwan atau sesiapa saja mahu Adira, silakan..Saya dengan Adira bukannya ada hubungan istimewa pun. Alhamdulillah, kalau Iwan ada niat nak jadikan Adira sebagai kekasih, saya doakan saja," ceritanya.
Credit: murai.com
TO SHAHIR DAN SAHABAT-SAHABAT SAYA DI PRESIDENTIAL SUITE/CHE AHMAD SHAHIR ZAWAWI TERCINTA.
peringatan untuk kita jugak..kdg2 takut gak...takut kita plak yg menyumbang keburukan kat shahir..harap2 kita tak terbabas dari apa tujuan harapan kita kat sini utk shahir... nak tgk dia berjaya di dunia dan diakhirat berbekalkan keimanan dan keikhlasan dlm diri shahir....kita pun macam tu jugak. sama2 muhasabah diri ...semua pun ada kekurangan masing2...shahir pun sama..tak semua perfect pun dlm diri dia....klu ada tersalah langkah..cepat2 betulkan..tegur2 la..wahai kawan2 ku yg ku kasihi.. aku sayang korang semua.