CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10889|Reply: 29

Apa Nak Jadi: Sanggup Tidur dengan 20 Lelaki Kerana Mahu Mengandung!

[Copy link]
Post time 19-8-2010 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Gila! Orang Barat memang gila-gila, rosak akhlak, moraliti diletakkan serendah-rendahnya kerana mahu mempertahankan hak asasi untuk berbuat sesuatu atau mahu memenuhi nafsu serakah, dan macam-macam lagi perkara yang seumpama itu. Jangan marah, saya akui bukan semua orang Barat bersikap sedemikian, tetapi sebahagian besarnya begitu.

Apabila saya tulis kenyataan yang sedemikian rupa, orang akan kata: "kuman di seberang laut engkau nampak, gajah di depan mata engkau tidak nampak?!? Sejak belakangan ini, perlakuan dan sikap muda-mudi kita lebih dashyat daripada muda-mudi di Barat. Minum arak: bersepah; seks bebas: berlambak; buang bayi (di Barat jarang-jarang diberitakan, di sini: semakin kronik; masalah sosial di sekolah: semakin menakutkan di sini; dan seribu macam lagi kelakuan antimoral yang berlaku di negara kita.

Berita fasal kemaruk untuk mengandung ini bukanlah berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Britain. Nama wanita muda ini ialah Lara Carter, berusia 25 tahun. Dia mengaku kepada media bahawa dia begitu terdesak untuk mengandung sehingga mendorongnya meniduri 20 lelaki yang tidak dikenalinya.  

Kerana kemaruk untuk mengandung, wanita muda ini juga sanggup berhabisan untuk membeli alat pengovuman (harganya 20 pounds -RM98.55) untuk mengetahui masa dia benar-benar subur sebelum keluar mencari lelaki yang mahu ditidurinya.

Pada waktu subur, Lara akan menghias dirinya agar kelihatan menawan sebelum mengunjungi bar dan kelab malam. Jika berjumpa lelaki yang dihajati, dia akan berpura-pura mabuk lalu menggoda lelaki itu untuk melakukan seks. Dia akan terlebih dahulu bertanya sama ada lelaki itu mempunyai sebarang penyakit kelamin (siapa mahu mengaku?). Jika ada kalangan lelaki itu mahu menggunakan kondom, dia akan mengambil kondom yang sentiasa dibawa dari beg tangannya. Kondom itu pula sudah ditebuk lubang. Selepas itu, berlakulah pelbagai aksi yang dilaknati Tuhan.

Obsesi Lara yang bekerja sebagai pembantu pengurus pejabat untuk mengandung dan mempunyai anak bermula sejak tahun lalu, iaitu selepas menziarahi rakannya yang melahirkan anak. Dia juga mengaku tidak mampu untuk memperoleh sperma dari tabung sperma kerana kosnya yang agak tinggi, iaitu sekitar 295m pound (RM1 454) dan kos konsultasinya mencecah 2000 pounds atau RM9 858.

Gila memang gila! Namun, hal ini berlaku di Barat, dalam masyarakat yang kebanyakan anggotanya sudah menjauhi ikatan perkahwinan dan menganggap agama yang dianuti oleh mereka hanya sekadar ritual di rumah-rumah ibadat sahaja. Ironinya, orang kita yang masih "dekat" dengan agama berkelakuan lebih kurang sama, malahan ada yang lebih teruk daripada orang Barat, walhal sebilangan besar mereka dididik dengan ilmu agama dan adat susila masyarakat Timur.

Mengapa perkara lahanat  itu berleluasa di negara kita? Anda pun tahu sebabnya!


Sumber asal: The Sun UK
Olahan dan terjemahan: www.duniacacamarba.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 05:07 PM | Show all posts
kat malaysia anak sampai terbuang2...mat saleh ramai dah mandul agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:11 PM | Show all posts
nasab keturunan dah x penting bagi diorg. tu sbbnya banyak timbul masalah kekeluargaan. anak2 lari dr rumah dan rasa terabai xde babap (yelah mak dan pak buat projek pastu pak tinggal mak).

jgn sampai tuhan jadi murka. sejarah dah banyak berlaku lagi2 didalam al-quran. so kita yg beragama islam nie hati2lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 12:18 AM | Show all posts
mcm2..nasib bek dia x men ngn lembu ke kambin ke...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 11:11 AM | Show all posts
abis tu, mengandung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:39 AM | Show all posts
dtg msia la weiii...produktif skit kt msia ni smpai ade y kna buang dlm tong smpah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 05:51 PM | Show all posts
ha3{:2_74:}{:2_74:} kemaruk nk mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 01:42 PM | Show all posts
dtg msia la weiii...produktif skit kt msia ni smpai ade y kna buang dlm tong smpah


dia tak mampu nak jaga so buang je dalam tong sampah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 01:49 PM | Show all posts
yg mana nak tu susah dpt,yg xnak tu sikit jerk shot dah dpt hasil hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 08:21 PM | Show all posts
berhasil ke x usaha die tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 09:48 PM | Show all posts
nsb baik tak kene aids...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 07:21 PM | Show all posts
giler babi punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:42 AM | Show all posts
sedap la sapa2 lelaki yg terpilih tuh.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 02:27 PM | Show all posts
gatal b**it....bangsat punya perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 03:34 PM | Show all posts
org xde agama mcm2 benda giler boleh dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:49 PM | Show all posts
nanti if kena rogol pandai plak blame lelaki.pelik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 07:08 PM | Show all posts
ni cite org bkn islam pon. suka hati dia lah. bkn dosa pon bg dia. just risiko jela. pompuan ni lagi bagus drp org malaysia yg buang bayi
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 09:20 AM | Show all posts
mcmni pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:30 AM | Show all posts
xyah ngandung..dtg je kat msia ni,bsepah baby2 dibuang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 03:54 PM | Show all posts
bengong tul pompuan nie
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list