View: 3530|Reply: 20
|
"Semua Orang Tahu Amy Dah Keluar Search"
[Copy link]
|
|
Pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib mengakui berlapang dada dengan gabungan Amy bersama Nasir, Hillary dan Man Kidal yang kini dalam pembikinan album terbaharu.
Menurutnya, dia dan adiknya Kid mendoakan yang terbaik serta menyerahkan kepada peminat samada mahu menyokong siapa.
Noordin, Foto: Harian Metro
"Saya pun tak tahu nak cakap macamana kerana itu hak mereka. Semua orang tahu abang Amy dah keluar Search.
"erkara ini kena tanya dia sendiri. Biarlah dia buat kenyataan. Tapi saya ralat kerana peminat sudah berpecah. Pada saya, band berpecah tak apa.
"Abang Amy yang paling berusia dalam kumpulan patutnya berfikiran lebih matang. Isu ini kalau ditangani dengan baik dari awal dan cara yang betul tiada masalah sebenarnya," katanya yang ditemui pada program Grup Lelong Barang Muzik (GLBM) di Evo Mall, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Menurut Noordin atau Din, dia menyerahkan kepada Amy dan anggota lain berkenaan perkara itu.
"Saya akan pakai nama Search kerana tak keluar lagi. Saya akan gunakan dan sampai bila-bila takkan lepaskan Search.
"erkara ini berlaku tanpa pergeseran. Apabila ini berlaku saya pun tak boleh jawab. Kami bukan tak kenal sesama sendiri. Kata orang kalau ada masalah boleh bawa berbincang. Kita tengok sajalah. Saya tak boleh buat apa kerana saya masih Search," katanya.
Din berkata, jika ditanya kepada semua peminat pun, mereka akan mengakui dia masih anggota Search sebenar.
"Industri kita bukan besar. Sebenarnya nama Search yang besar dan bukan anggotanya. Ini perebutan nama sebenarnya," katanya.
Sementara itu, selepas mengeluarkan barangan Rockology Search: Kid'Din Collection Series pada 17 November lalu, pemain gitar adik beradik ini akan membuka Search Rock Station pula.
Menerusi pengumuman yang dibuat di Facebook Home Of Champions (HOC) dan akaun Facebook peribadi mereka hari ini, Search Rock Station yang berlokasi di Campbell Shopping Complex, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur ini akan mula dibuka pada 31 Disember ini.
"engumuman rasmi Agenda 1. Search akan mengadakan Sidang Media untuk Majlis Pembukaan Search Rock Station pada 31 Disember ini, jam 9 malam.
"Aturcara majlis akan dikongsikan kepada pihak media dan peminat dalam masa terdekat ini. Agenda 2 dan Agenda 3 akan diberitahu dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, barangan Rockology Search: Kid'Din Collection Series yang dilancarkan menerusi Facebook Home Of Champions (HOC) mengandungi 17 barangan istimewa antaranya CD kompilasi lagu berat dan balad terbaik yang dipilih sendiri oleh mereka Noordin dan Kid.
Koleksi yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan dijual secara dalam talian dengan harga RM299 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dulu gaduh dengan arwah yazid...
now what goes around comes around...
apepun badan dah makin pekat bau tanah tu... dah2 la bergaduh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninnamina at 17-12-2021 12:20 PM
Tengok si amy tu pun carry je nama search ke sana sini.. dah sinonim sangat kot..cuba try bawak nama sendiri tengok lagumana boleh pergi, Contoh yg dah carry own nama awie,lansolo sapa eh lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
udah udah lah tu ..asyik nak bergaduh je geng search ni.. nak rebut bukan kaya mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin kalau letak amy, org akan keliru...amy mastura ke atau amy mat piah
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka bergaduh betul diarg ni. Masing2 dah tua pun.... isk...isk... Isk |
|
|
|
|
|
|
|
antara band yg mempunyai ramai peminat.. nama besar dlm industri hiburan
sayang bila hal gini tak selesai elok2
memasing pun dh tua..
pernah la aku duk salahkan amy.. dia ckp dh keluar dr search yada yada yada
dr tak tau apa kes, terus jd tau.. sejak tu rasa rengsa jgk dgn amy
masa tu search nak buat konsert, awie tlg ganti jd penyanyi.. kanke elok jd mcm awie tu, elok je nk tlg kwn2 cari duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua memasing...bawaklah berubah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 17-12-2021 12:19 PM
mungkin kalau letak amy, org akan keliru...amy mastura ke atau amy mat piah
Amy mat piah is better than Amy inteam |
|
|
|
|
|
|
|
Kot2 amy tu kene hasut dek bini dia.. dgn anak kandung pun blh gado jangankan yg bukan ada ptalian darah. Dh blh jadi yoko ono versi msia |
|
|
|
|
|
|
|
Vokalis utk band biasa mmg selfish
Sbb boleh perform tanpa geng lain... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pula tak tahu yang search masih aktif. bila last keluar album. ingatkan search tengah hiatus. |
|
|
|
|
|
|
|
ninnamina: Edited by ninnamina at 17-12-2021 12:20 PM Tengok si amy tu pun carry je nama search ke sana sini.. dah sinonim sangat kot..cuba try bawak nama sen ...
Kena letak nama Amy Search sebab kalau Nabila Huda hilang bole suruh Amy 'Search'
|
|
|
|
|
|
|
|
aimy bumi leper
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah, amy kena hasut dengan bini. Since kawin macam-macam masalah amy dengan search. Semoga terima pembalasan la prempuan |
|
|
|
|
|
|
|
x bleh chill ka mcm gang wings tu... |
|
|
|
|
|
|
|
nasihat aku..kalo lepas2 ni sapa2 nak tubuhkan band & agak2 boleh pergi jauh, make sure semua anggota boleh menyanyi dengan sedap sekali. Be it guitarist, drummer, basis, keyboardist, ukulelelist, gonglist, serunaist dan segala mcm lagi la. so that takde yg besar kepala bajet2 dia terpaling popular, takde dia band boleh mati dsb. |
|
|
|
|
|
|
| |
|