View: 6587|Reply: 45
|
Ali Puteh masih dituduh tamak harta, lepas tu nak mengamuk?
[Copy link]
|
|
Ali Puteh masih dituduh tamak harta
Ali Puteh.
Kuala Lumpur: Sekian lama memendam perasaan dengan kecaman dan pandangan negatit warganet, pelawak Ali Puteh akhirnya meluahkan perasaannya.
Ali, 33, menerusi hantaran di Instagram mencabar mereka yang masih tidak berpuashati agar bertemunya secara berdepan.
"Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, 'setting' (tetapkan) tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi," tulisnya.
Menjelaskan lebih lanjut Ali berkata, dia bukan mahu riak, takbur malah jauh sekali ingin bergaduh.
"Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen mengenai kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam 'baby' ala-ala comel".
"Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey.
"Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi," katanya.
Terdahulu Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Allahyarham abangnya Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 dipercayai akibat demam panas.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... dituduh-tamak-harta
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tak herlokkkk... sampai ke harini takkan ada sape2 nak maafkan kau...
dah la kepam... busuk... lepastu tamak harta anak yatim...
waktu nak faraid bagai gigih la engkau berkopiah dengan cakap bagai menunggang agama ala2 ustaz... tapi bila masuk maharaja lawak dok berapaaa berapaaaa mempersenda tokjib dan nek mah sampai kopiah pun terbang... selayaknya di hencap sampai 7 keturunan...
nah akak beliak2 bijik mata hantar ain dekat kau |
|
|
|
|
|
|
|
Nafkah anak Abam, dia ada tanggung tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Bengang Dituduh Hidup Senang Dengan Harta Arwah Abam, Ali Puteh Ajak Semuka
Sumber Google
Isu membabitkan harta allahyarham Abam sehingga ke hari ini masih terus diperkatakan. Perkara itu mulai dibangkitkan selepas kematian pelawak terkenal itu pada Februari 2020.
Lebih setahun pemergian Abam, adiknya, Ali yang juga seorang pelawak masih menerima komen warga maya menuduh dia tamak dan hidup senang dengan harta abangnya.
Semakin melampau, Ali menerusi Instagram mengajak individu yang memberikan komen sedemikian untuk bertemu empat mata agar dapat merungkai ketidakpuasan hati mereka.
"Bukan nak riak takbur. Bukan nak bergaduh cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen tak sedap sebab sudah banyak kali ke balai polis jumpa netizen pasal kes ini.
Bila depan polis semua comel-comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau. Bila jumpa semua macam bayi. Ingat tau, bukan nak bergaduh cuma lebih selesa cakap depan-depan," katanya.
Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan komen yang menyarankan agar Ali mengabaikan komen negatif berkenaan.
Siapa tahan asyik kena tuduh. Biar sajalah Ali selesaikan masalah keluarganya. Orang luar tak payah simbah minyak. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Setting |
|
|
|
|
|
|
|
ya ke jumpa kat balai, propa lah ko Ali susun
konon orang sembah ko
air muka pun nampak isi hati perut ko yang busuk tak bertapis tu |
|
|
|
|
|
|
|
ehh dia ni saje nak up kan balik ke? org pun dah tak heran dah pun.
so dok ler diam2.. mana yg komen kau tu tak yah beriya nk bidas, diam2 sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
abes je MLM sebuk nak mencapub.. time MLM senyapla agaknye mamat ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
tutup je ruangan komen.
iol rasa dah sejuk dahhh isu ni
sape bangkitkan balik |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis musim MLM mencapub balik issue ni....walhal orang dah whoareyussss kan kau dah...
kalau dia berlawak sindir2 public figure boleh pulak...acah-acah kelakar... yihhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
dek...sekarang musim gv ya
utk yang herlok2 mcm aweera, alip ajis..
muka busuk kepam mcm ko sila diam
nobody gives a rat's ass about you |
|
|
|
|
|
|
|
klu ko yakin ko betul diam jela ali. tapi terang2 kot nampak mcm mana struggle wife abam nak besarkan hamzah. yang ko senang2 je menafikan hak budak tu. Insaf2 la wei. Jangan makan harta anak yatim. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup akaun media sosial. Sedangkan dr zul org alim ulama pun kena kecam kat socmed. Apatah lagi hang yg mmg perangai busuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda senang je, kalau dari awal ada sikap toleransi dengan balu takkan ada masalah sampai masuk mahkamah semua.
Kalau dah setel dan betul bertanggungjawab, jawab je la ‘ye saya bagi bulan2 rmxxx utk anak sedara saya’
Ni netizen tanya sket2 nak sentap. Sendiri buat hal, sendiri tertekan! |
|
|
|
|
|
|
|
mende la mamat sewel ni. nexttttttt! |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 mcm org concern sgt dgn hidup dia..stetment buat org muntah..
Adaka org yg nak jumpak hg tu..buat putus selera adala |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhh.. tak habis2 lagi ke.. ni dah masuk zaman omicron megatron optimus prime dah.. hang dok laaa merempan cerita ni tak habis2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ini tak nampak mcm celebrity langsung |
|
|
|
|
|
|
| |
|