Sumber Instagram Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza memenuhi permintaan anak sulungnya, Siti Aafiyah agar memilih tema Barbie pada majlis sambutan ulang tahun ke-43 yang diraikan semalam.
Selebriti yang mesra disapa sebagai Tokti itu tampil manis dengan pakaian dan tudung merah jambu dilengkapi dengan aksesori mahkota. Majlis sambutan harijadi berkonsepkan minum petang itu diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat.
Sempena hari kelahiranya, Tokti menerima ribuan ucapan selamat hari jadi. Dia turut menerima jambangan bunga kiriman daripada rakan baiknya di Indonesia, Kris Dayanti.
Namun, apa yang lebih membahagiakan adalah menerima ucapan daripada anak perempuannya.
Semoga panjang umur dan sihat selalu diucapkan kepada Tokti. Selamat Hari Jadi!
|