CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16655|Reply: 23

KES - Rabu, 9.00pm @ TV3

[Copy link]
Post time 7-10-2010 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 9-10-2010 21:48

Kes - KRONOLOGI EKSKLUSIF SIASATAN


Semalam telah berlangsung sidang media program terbaru TV3, KES – singkatan dari KRONOLOGI . EKSKLUSIF SIASATAN di Sri Pentas, Bandar Utama. Antara wartawan program ini ialah Annahita dan Zakiah Anas.



SINOPSIS KES – KRONOLOGI . EKSKLUSIF SIASATAN


Membawa maksud tersendiri dengan memberikan paparan secara terperinci data dan maklumat kejadian kes bermula dari mula hingga tertuduh atau penjenayah  dijatuhi hukuman samada penjara atau gantung sampai mati.

Ia memberikan kronologi kejadian dan siasatan.  Merupakan paparan dan penemuan eksklusif wartawan terhadap KES, dan siasatan terperinci terhadap KES yang dipaparkan.

Program KES berkisar kepada jenayah-jenayah berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian samada oleh media mahupun masyarakat umum di Malaysia.  Siaran pertama bermula Rabu, 29 september 2010 waktu siaran prima jam 9 malam ini memaparkan kes-kes sebenar dan kisah benar yang berlaku.

Berkonsepkan doku-drama, KES lebih unik lagi kerana  tidak disampaikan oleh mana-mana perantara, tetapi diterajui oleh setiap wartawan yang membuat liputan.  KES  ditunjangi  oleh Penerbit Eksekutif yang juga penerbit berpengalaman selama 17 tahun di TV3, Mohd Said Abdullah Thani serta wartawan-wartawan berpengalaman seperti Zakiah Anas, Harris Farok Alex, Liyana Syairah Mohd Nor dan Annahita Bokavoli Mehdi Bakavoli.

Sesuai dengan konsep doku-drama dan penyiasatan, KES membabitkan lakonan semula serta temubual besama pegawai-pegawai penyiasat, pihak polis, penjara, wartawan yang pernah terbabit ketika laporan kes, saksi, keluarga mangsa serta mangsa yang terlibat.  Tidak ketinggalan, kunjungan wartawan ke lokasi kejadian yang dimaksudkan.

Antara kes-kes yang dirungkai, kes bunuh, samun, kes along, samseng jalanan, kongsi gelap, rogol, juvana, jenayah kolar putih, jenayah kolar biru, jenayah rumahtangga dan beberapa lagi jenayah  serius.

Antara senarai kes yang akan dipaparkan seperti Botak Chin, Hanafi Mat Hassan (Nur Suzaili Mokhtar), Nurul Huda, Mat Komando, Canny Ong, banduan seumur hidup Salleh Talib dan Jamil Ahmad, Ismail Kerbau, Bentong Kali atau P. Kalimuthu, Al- Maunah, Gang Azhar dan Mona Fandey.

Program 13 siri selama setengah jam ini menyingkap kes-kes pesalah yang telah dijatuhi hukuman.  Objektifnya bagi memberi teladan dan pengajaran kepada penonton dan masyarakat amnya supaya menghindari perbuatan jenayah.

Di samping itu, ia juga diharap akan memberi informasi berguna sebagai rujukan kepada pengkaji dan pelajar terutamanya dari jurusan undang-undang dan forensik.


Sinopsis ‘KES’




1. Botak Chin


Kes ini mengenai seorang penjenayah tegar sekitar tahun 70an iaitu Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin. Setiap rompakan dilakukan melibatkan puluhan ribu ringgit termasuk rompakan terbesar di Selangor Turf Club bernilai RM 200,000. Namun dengan kecekapan pihak polis yang digelar sebagai ‘Magnificient 12’ mengatur gerakan akhirnya penjenayah ini telah tumpas.



2. Nur Suzali (Hanafi Mat Hassan)


Kisah tragis seorang gadis berusia 24 tahun dirogol dan dibunuh pemandu bas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan lebih menyedihkan kejadian ini berlaku pada hari pertama dia mula bekerja. Beberapa saksi penting serta bukti- bukti yang kukuh menyebabkan penjenayah tersebut dihukum gantung sampai mati.




3. Banduan Seumur Hidup (Salleh Talib dan Jamil Ahmad)


Dua penjenayah ingin mengecapi kesenangan melalui kegiatan samun dan rompak telah menjerat diri sendiri apabila  kegiatan mereka berjaya dikesan pihak polis. Kedua-dua penjenayah ini dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Keganasan mereka kemudian diteruskan ketika dipenjara apabila menjadi ketua gangster dan setelah 30 tahun di penjara akhirnya mereka mendapat pengampunan dari Sultan Kedah dan mula berubah apabila bebas.




4. Al- Maunah (Amin)


Tahun 2000, sekumpulan pengganas militan, AL- MAUNAH menyamar sebagai pegawai kanan  tentera dan menceroboh masuk dua kem tentera di Kuala Rui dan Grik, Perak. Kumpulan ini telah melarikan ratusan laras senjata api dan beribu butir peluru. Ops Subuh dilancarkan oleh pihak polis untuk menangkap kumpulan ini.



5. Canny Ong (Ahmad Najib)



Kes pembunuhan Canny Ong menarik perhatian umum berikutan dia dilaporkan diculik sebelum mayatnya ditemui dibakar dalam sebuah lubang pembetung saliran di tepi lebuhraya Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Pada 23 Februari 2005, Hakim Muhamad Ideres telah mendapati Ahmad Najib bersalah terhadap tuduhan membunuh dan merogol Canny Ong, 29, yang menetap dan bekerja di San Diego, Amerika Syarikat. Dia didapati melakukan kesalahan tersebut antara pukul 1 dan 5 pagi, 14 Jun 2003 di Batu 7, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Bagi kesalahan merogol, Hakim Muhamad Ideres memerintahkan Ahmad Najib dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali.  Ahmad Najib kini di Penjara Sungai Buluh  menanti hari setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.




6. Mat Komando



Penjenayah Mat Komando mula diperkatakan setelah dia mula merompak bank-bank kormersial dan ladang sawit. Hampir 300 hari pihak polis memburu penjenayah ini termasuk kumpulan perompak 13 yang dianggotai Mat komando sendiri atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. Mereka dikatakan terlibat hampir 52 kes rompakan bernilai RM 2.5juta.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 05:16 PM | Show all posts
aku nak tgk mereka huraikan kes mamali.. nape tak de plak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 07:06 PM | Show all posts
brader g and roses pun living lagend gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 09:46 PM | Show all posts
annahita nmpk berisi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 06:59 AM | Show all posts
suka lak cos ada lakonan semula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 07:18 AM | Show all posts
yep suka....
ai suka citer2 mcm nehhh

kalau yang kat astro tuhhh

satu ketika kaa apa kahh
mmg ralit2 tengok..
lagi satu, bulan Ogos lepas
channel 555 - history
kisah darurat laa
komunis laaa
al-maunah laaa
vat 69 laaa

pastu ada lah
kisah pasal Mokhtar Dahari - SuperMokh...

bestt bestt besttt sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2010 01:21 PM | Show all posts
...

6. Mat Komando



Penjenayah Mat Komando mula diperkatakan setelah dia mula merompak bank-bank kormersial dan ladang sawit. Hampir 300 hari pihak polis memburu penjenayah ini termasuk kumpulan perompak 13 yang dianggotai Mat komando sendiri atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. Mereka dikatakan terlibat hampir 52 kes rompakan bernilai RM 2.5juta. Syd Post at 7-10-2010 22:28


Kisah mat komando ni pun ada gak ye... Seingat aku dulu, dia ni ala2 Robin Hood Melayu...rompak, lepas tu bagi hasil rompakan kat org2 kampung yg susah...

hmm...nak kena tengok ni.
   

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 08:21 PM | Show all posts
ni bila ni citer ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2010 09:17 PM | Show all posts
bacalah artikel tuhh
tahu bila start etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:41 PM | Show all posts
Sinopsis ‘KES’


1. Botak Chin

Kes ini mengenai seorang penjenayah tegar sekitar tahun 70an iaitu Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin. Setiap rompakan dilakukan melibatkan puluhan ribu ringgit termasuk rompakan terbesar di Selangor Turf Club bernilai RM 200,000. Namun dengan kecekapan pihak polis yang digelar sebagai ‘Magnificient 12’ mengatur gerakan akhirnya penjenayah ini telah tumpas.

link : http://mforum2.cari.com.my/viewt ... hlight=botak%2Bchin


2. Nur Suzali (Hanafi Mat Hassan)

Kisah tragis seorang gadis berusia 24 tahun dirogol dan dibunuh pemandu bas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan lebih menyedihkan kejadian ini berlaku pada hari pertama dia mula bekerja. Beberapa saksi penting serta bukti- bukti yang kukuh menyebabkan penjenayah tersebut dihukum gantung sampai mati.

link : http://www.kehakiman.gov.my/judgment/coa/latest/B05-19-02.htm


3. Banduan Seumur Hidup (Salleh Talib dan Jamil Ahmad)


Dua penjenayah ingin mengecapi kesenangan melalui kegiatan samun dan rompak telah menjerat diri sendiri apabila  kegiatan mereka berjaya dikesan pihak polis. Kedua-dua penjenayah ini dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Keganasan mereka kemudian diteruskan ketika dipenjara apabila menjadi ketua gangster dan setelah 30 tahun di penjara akhirnya mereka mendapat pengampunan dari Sultan Kedah dan mula berubah apabila bebas.

link : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_02.htm


4. Al- Maunah (Amin)


Tahun 2000, sekumpulan pengganas militan, AL- MAUNAH menyamar sebagai pegawai kanan  tentera dan menceroboh masuk dua kem tentera di Kuala Rui dan Grik, Perak. Kumpulan ini telah melarikan ratusan laras senjata api dan beribu butir peluru. Ops Subuh dilancarkan oleh pihak polis untuk menangkap kumpulan ini.

link: http://mforum.cari.com.my/viewth ... ghlight=al%2Bmaunah
link : http://mforum.cari.com.my/viewth ... ghlight=al%2Bmaunah



5. Canny Ong (Ahmad Najib)

Kes pembunuhan Canny Ong menarik perhatian umum berikutan dia dilaporkan diculik sebelum mayatnya ditemui dibakar dalam sebuah lubang pembetung saliran di tepi lebuhraya Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pada 23 Februari 2005, Hakim Muhamad Ideres telah mendapati Ahmad Najib bersalah terhadap tuduhan membunuh dan merogol Canny Ong, 29, yang menetap dan bekerja di San Diego, Amerika Syarikat. Dia didapati melakukan kesalahan tersebut antara pukul 1 dan 5 pagi, 14 Jun 2003 di Batu 7, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Bagi kesalahan merogol, Hakim Muhamad Ideres memerintahkan Ahmad Najib dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali.  Ahmad Najib kini di Penjara Sungai Buluh  menanti hari setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

link : http://erozbyte.com/blog/2010/09 ... bunuhan-sosilawati/


6. Mat Komando


Penjenayah Mat Komando mula diperkatakan setelah dia mula merompak bank-bank kormersial dan ladang sawit. Hampir 300 hari pihak polis memburu penjenayah ini termasuk kumpulan perompak 13 yang dianggotai Mat komando sendiri atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. Mereka dikatakan terlibat hampir 52 kes rompakan bernilai RM 2.5juta.


link : http://www.jomlayan.com/mybb/mat-komando-t-2656.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:42 PM | Show all posts
dari portal GUA;

Antara senarai kes yang akan dipaparkan adalah seperti Botak Chin, Hanafi Mat Hassan (Nur Suzaili Mokhtar), Nurul Huda, Mat Komando, Canny Ong, banduan seumur hidup Salleh Talib dan Jamil Ahmad, Ismail Kerbau, Bentong Kali atau P. Kalimuthu, Al-Maunah, Gang Azhar dan Mona Fandey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:44 PM | Show all posts
info : http://eforum3.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=1


kat sini banyakkkkkk jugak kes bunuh2 etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:49 PM | Show all posts
bukan nak compare astro ngan tv3 ke apa;
tapi ni dokumentari yang penah ditayangkan sebelum nehh



yang nehh part 1, ada sampai part 5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:51 PM | Show all posts
Kes Nur Suzali ( Hanafi Hassan)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 09:53 PM | Show all posts
Al-Maunah

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 09:22 AM | Show all posts
bukan nak compare astro ngan tv3 ke apa;
tapi ni dokumentari yang penah ditayangkan sebelum nehh

...
Syd Post at 9-10-2010 21:49

syd aku rasa yg kat tv3 ni ala2 csi jer kan... bkn mcm suatu ketika tuh....
btw sonok gak layan rcgn ni... tunggu kes mona fendi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2010 10:13 AM | Show all posts
Reply 16# dino


last week tak sempat tengok
sbb ada kelas
since skrg dah mula study week
ai rasa mmg ai bergigih dok ngadap tv kul 9 malam hari rabu
tiap2 minggu tuhh


minggu nehh al-maunah kan?
rasa mcm nampak gazet kat tv tadi


orang tingin nak tengok Mail Kerbau
simbol sex tuhh

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 11:48 AM | Show all posts
tunggu kes mona fendy...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 02:18 AM | Show all posts
aku nk tgk pembunuh setan berbangsa india p kalmuthu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 08:02 AM | Show all posts
Bagus jugak cite cm nie...mengimbau kembali kejadian lampau...dan memberi peringatan kepada kita jgn leka, jenayah ada di mana2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058091 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list