Kami dari kumpulan Nusantara Total War, mempersembahkan:
(Modifikasi daripada Rome Total War: Barbarian Invasion)
Versi yang telah dilancarkan untuk umum pada 10 November 2010... 0.5 (Open Beta)
Custom Battle Only (campaign map belum siap)
Menampilkan 9 kerajaan-kerajaan yang memegang peranan penting di Nusantara sebelah Barat pada tahun 1511 (serangan Portugis di Melaka) sehingga tahun 1654 (tamatnya peperangan Portugis dengan VOC), manakala kerajaan-kerajaan kecil dirangkumkan sebagai kerajaan merdeka. Sehingga ke hari ini, inilah MOD yang pertama sekali menggambarkan tentang kawasan Asia Tenggara.
(Ini hanya Open Beta 0.5, hanya custom battles, campaign map belum selesai. Campaign map akan dilancarkan pada version 1.0)
KERAJAAN-KERAJAAN:
Dari kiri ke kanan: ACEH - MELAKA - PALEMBANG - SRIWIJAYA - KERAJAAN MERDEKA
PAJAJARAN - BINTARA - MAJAPAHIT - PORTUGUESA - VOC (BELANDA)
SCREEN-SHOT:
PREVIEW VIDEO:
INSTALLATION:
1) Install Rome Total War
2) Patch kepada version 1.6
3) Install Barbarian Invasion
4) Download mod nih
5) Copy folder "NUSTWPI" ke dalam folder "Rome-Total War\BI"
6) Buat shortcut kepada BI.exe dengan link: "RomeTW-BI.exe" -mod:bi\NUSTWPI -nm -show_err
MOD PERMISSION: Kami membenarkan player download dan main saja, kalau mahu guna apa-apa material dari mod ini, untuk buat game yang lain, MESTI MINTA IZIN
Sebarang Pertanyaan silalah post dalam thread ini, atau PM saya.
Terima Kasih, Thank You, Hatur Nuhun, Agradece, Dank U
Dah parking kat Bod games, tapi xde respon pun, diowang buat derk je.... jadi parking le kat sini, boleh kita bincang pasal sejarah Nusantara kita. Kowang x de komen ke, nak tanya lambang-lambang tu lambang apa.....
@Moderator: Sat na, jangan pindah. Bagi depa bincang sejarah Nusantara kat thread ni.
Sebatulnya begitulah.... tapi harap MOD dapat kekalkan thread ni disini kerana ada unsur berkait dengan board ni. thehehe. Elok juga, sembang pasal games yang ada unsur sejarah nusantara pertama macam ni. sapa sapa yang dah main nanti boleh komen dan review kat dalam ni je. mana nak tau, apa yg ditunjuk dalam games tak menepati atau jauh menyimpang dari sejarah sebenar. dari situ kita boleh timba ilmu sikit sikit.
Abis kije nanti aku nak donlod jugak lah. kui kui kui ........
Pada kemuncakkerajaan Sriwijaya, sekitar 900-1000 Masehi, ibu kota Sriwijaya seringbertukar-tukar di antara Jambi dengan jirannya, Palembang.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Sriwijaya diruntuhkan dengan serangan berterusan dari CholaIndia (dalam tahun 1200 Masehi), dan akhirnya, jajahannya di Sumatera, termasukJambi dan Palembang dirampas oleh Majapahit, dalam tahun 1300 Masehi.
Keluarga dirajaSriwijaya mentadbir hanya Jambi, serta mengakui kekuasaan Majapahit (negerinaungan) manakala di Palembang, Majapahit melantik Adipati (gabenor).
Pada lewat tahun1470 an, Kerajaan Majapahit di Jawa mengalami kemerosotan akibat kemasukanagama Islam dan perkembangan Kerajaan-kerajaan lain, termasuklah Kesultanan MelayuMelaka. Adipati Palembang mengambil peluang ini dengan cuba membebaskan diridaripada kekuasaan Majapahit. Pada masa itu, Adipati Palembang, Ario Damar ataudipanggil Ario Dillah mendapat seorang Putera hasil perkahwinannya denganseorang Puteri Cina (ada yang menyebut Puteri Champa) dan diberi nama Raden Patah.Raden patah apabila dewasa, dibantu oleh Sunan-Sunan Wali Songo mengasaskankerajaan Demak di Jawa, dan akhirnya meruntuhkan kerajaan Majapahit.
Jadi, di dalamgames kami ini, Kerajaan Sriwijaya itu merujuk kepada saki-baki Sriwijaya yangpernah agung satu ketika dulu,
manakalaPalembang merujuk kepada asas Kesultanan Palembang Darussalam yang akhirnyamerdeka daripada kekuasaan Majapahit.
Di dalam games kami,permulaannya, Sriwijaya dan Palembang adalah protektorat Majapahit (negeri naunganMajapahit). Kemudian, kalau pemain pilih nak main Sriwijaya atau Palembang,bergantunglah kepada pemain tersebut, sama ada nak terus jadi protektorat Majapahitdan membayar ufti bulanan, atau isytiharkan kemerdekaan (kemudian buatlah apasaja, nak menjajah Majapahit ke, apa ke... mwahahahahaha)
Terima kasih winamp05. Games ini kami buat berdasarkankepada interpretasi sejarah daripada pembacaan, hikayat, surat rasmi Sultan, lawatan ke muzium danpost-post daripada kawan-kawan.
Yang rajin post kat kaskus dan TWCenter tu dulu HangPC.Banyak gambar2 perisai, senjata, meriam serta penulisan-penulisan yang diasumbangkan.
Terima kasih tuan HangPC. Tak aktif lagi ke dalam TWCenter?Rajin-rajinlahlawat forum kami, kasi feedback….
Kalau ikut perancangan kita, versi 1.0 akan keluar bila CampaignMap siap.
Kita mungkin akan expand sampai Filipina, jadi kemungkinankita nak tambah Kesultanan Brunei,Sulu, Banjar, Gowa (Bugis) dan Sepanyol sekali.
tahniah korang..1st of its kind ni..
thessailly Post at 23-11-2010 19:23
Terima kasih tuan.
yg pakaian2 tu sume based on fact atau campur2?
thessailly Post at 23-11-2010 19:23
Untuk askar Melayu, kami buat 3 Model asas. Daripada 3 model asas di bawah ni, kami ubah-ubahkan warna pakaiannya untuk jadikan askar-askar lain.
sama jugak dengan logokerajaan....tu logo real ke?
thessailly Post at 23-11-2010 19:23
Logo kerajaan:
Aceh: Aceh mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Turki Uthmaniyyah dan memang menggunakan bendera yang sama dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Melaka: Asalnya kami gunakan bendera bulan dan bintang jugak, warna kuning dengan biru, tetapi hasil kajian selanjutnya mendapati lambang ini terdapat pada duit-duit syiling yang ditemui.
Sriwijaya: Lambang Darmachakra adalah Roda Asoka Buddha
Palembang: Inskripsi tulisan Pallava pada batu bersurat yang ditemui di Palembang menggambarkan orang sedang sembah sujud.
Kerajaan Merdeka: merujuk kepada negeri-negeri kecil yang bertaburan tidak dibawah pengaruh mana-mana empayar. Kami tidak boleh membuat satu persatu negeri-negeri ini, jadi kami kumpulkan kesemuanya, namakan sebagai kerajaan merdeka, dan beri lambang naga.
Pajajaran: Lambang Paku Jajar (sejenis Paku Pakis) dan Kujang (keris diorang) adalah lambang kerajaan Pajajaran.
Majapahit: Surya Majapahit lambang Hindu
Demak Bintara: Klenteng, iaitu naga Jawa
Portugis: memang lambang portugis dari dulu hingga sekarang. Boleh tengok wikipedia.
VOC (Belanda): bendera belanda dengan tulisan VOC (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) (syarikat Hindia Timur Belanda)
tahniah utk kamu semua....
boleh patch game ni nanti....
me_ai Post at 23-11-2010 21:10
Terima kasih tuan.
Preview lagi! (Masih askar Melayu)
1) Gajah Perang (Regular War Elephant)
2) Hulubalang (Elite Infantry) : Di sebelahnya adalah Panglima (sebagai ketua pasukan)
3) Langlang Laut (Sea Patrolmen) : Peronda Laut A.K.A Polis Marin, hehehe. Di sebelahnya adalah Panglima (sebagai ketua pasukan) dan kat belakang panglima tu adalah Pembawa Panji
4) Perejam Lembing (Javelineer)
5) Pendekar Bangsawan (Noble Mercenaries)
Dan, askar dengan senjata paling canggih pada zaman itu:
Secara hakikatnya memang game ni 'tak betul' sebab VOC ditubuhkan 1602, manakala pada awal abad ke 16, Majapahit dah ditewaskan Demak...tapi games macam Age Of Empires pun buat camni jugak...pointnye ialah nak tunjukkan perbezaan antara combat strategy dengan equipment.....
Keep on going dude...boleh kata takde sape buat games berdasarkan sejarah nusantara
Terima kasih Benign, dan memeng benar apa yang dikatakan oleh alphawolf. Mari kita analisis apa yang berlaku di dalam sejarah dan apa yang boleh berlaku di dalam games.
a) Melaka
Sejarah: Batalion Melaka dikalahkan oleh Portugis di Kota Melaka pada 1511, dan Sultan Mahmud Syah dan anaknya Ahmad Syah melarikan diri ke Johor, kemudian ke Bentan dan kemudian ke Kampar. Mereka melakukan serangan berkali-kali untuk menguasai semula Kota Melaka, hingalah Sultan mahmud Syah mangkat pada 1528 di Kampar. Empayar Melaka menjadi Kesultanan Johor-Riau dan negeri Perak.
Dalam games: Player akan menghadapi 2 batalion Portugis di Kota Melaka. Dengan menggunakan taktikal dan strategi, player mungkin boleh memenangi serangan tersebut. Tapi kami buat supaya nisbah player:AI = 2:3, jadi peperangan tersebut ada handicap kepada player.
Sekiranya tidak boleh memenangi peperangan tersebut, player hendaklah berundur dan membawa lari Sulan Mahmud Syah dan Ahmad Syah, jika tidak kedua-duanya mungkin terbunuh. Jika terbunuh, takhta kerajaan akan automatik beralih kepada Raja Menawar Syah (Abang tiri Mahmud Syah) yang sedang berada di Kampar.
Selepas melarikan diri, dan Kota Melaka ditawan Portugis, player bolehlah memindahkan ibu negeri ke mana-mana bandar lain, dan mula menyusun strategi untuk mendapatkan semula Kota Melaka.
Jika Sultan mahmud Syah mengkat pada usia tua, Empayar Melaka tidaklah terpecah 2, sebaliknya tetap dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka.
Analisis negara lain, hehehe... kenalah tungguuu.................