CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6534|Reply: 5

[SEJARAH] Kluang gamit memori

  [Copy link]
Post time 19-3-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kluang gamit memori


MELIHAT proses penghasilan produk kopi di kilang Kopi Kluang Cap Televisyen.


BAU kopi dan bun kaya bersama mentega dinikmati pula di stesen kereta api suatu kenangan yang cukup mengusik memori.

Momen itu tidak ubah seperti penceritaan dramatik sering ditulis dalam novel. Untuk merasai detik itu, semestinya perlu mengunjungi destinasi seperti Kluang, Johor.

Keterujaan itu sebenarnya turut terkandung dalam perkongsian Nurul Amirah Mohd Yunos yang kali kedua mengunjungi Kluang menggunakan kereta api. Ia menjadi pengalaman menarik dan tidak pernah membosankan.

Kata jurutera kualiti berusia 29 tahun itu, kunjungan itu turut disertai kenalannya yang memilih perjalanan menggunakan perkhidmatan kereta api antara bandar dari Stesen Kulai bermula jam 9.18 pagi.

"Percutian saya bersama rakan ke Kluang dua tahun lalu menggunakan kereta api tidak ubah seperti bercuti ke Indonesia. Sampai sahaja di stesen kereta api, sudah ada pemandu pelancong tempatan sedia menunggu.

"Mengunjungi Kluang menerusi pengangkutan awam seperti kereta api adalah satu pilihan ideal buat mereka yang berhasrat bercuti bersama keluarga dan kenalan," katanya.

Tambah Nurul Amirah, perjalanan satu jam setengah sehala dengan kadar caj tambang RM12 lebih berbaloi apabila menikmati pemandangan berbeza di luar gerabak. Berbanding menyusuri jalan raya yang biasa ke Kluang.



NOSTALGIA percutian dengan kereta api ke Kluang.


NURUL Amirah bergambar di hadapan papan tanda lama di Stesen Keretapi Kluang.


"Kali ini juga kami menggunakan khidmat pemandu pelancong tempatan yang mesra disapa Uncle Eddy. Beliau begitu arif selok-belok tarikan yang ada sekitar Kluang selain banyak membantu kami sepanjang perjalanan.

"Kami bukan sahaja dapat jurupandu yang baik, malah beliau juga mahir membantu kami menghasilkan gambar menarik sepanjang percutian.

"Permulaan perjalanan kami yang tiba kira-kira pada 11 pagi itu, terus dibawa ke satu 'port' makan yang popular dipanggil Rumah Bawah Kolong.

"Seperti namanya, ruang makan di pangkin atau bawah rumah kayu kampung yang menjadi tempat tinggal pasangan adik-beradik yang mengusahakan perniagaan nasi campur berasaskan hidangan kampung," katanya.

Sesudah kenyang, tiba masanya Nurul Amirah dan rakannya memulakan destinasi ekstrem iaitu pendakian santai di gunung kecil yang terdapat di Kluang.

"Selepas makan kami dibawa ke Gunung Lambak dan pendakian membabitkan ketinggian 510 meter. Dari puncak gunung itu kita boleh menikmati pemandangan sekitar Kluang termasuk pusat bandarnya.

"Sebaiknya gunakan kasut yang sesuai iaitu kasut sukan kerana trek ke puncak agak curam," katanya.

Kata Nurul Amirah, satu lagi destinasi wajib dikunjungi mereka adalah LA Daily Goat Farm.


NOSTALGIA kedai kopi ikonik bersebelahan stesen kereta api.


NURUL Amirah (dua dari kanan) bersama kenalan turut mencuba kuih di gerai viral.

"Peminat haiwan atau mereka ingin merasai kehidupan sebagai penternak haiwan ternakan, LA Daily Goat Farm boleh memberi pengalaman realistik berada dalam kawasan ladang ternakan.

"Tiada caj dikenakan untuk masuk, tetapi RM5 untuk makanan yang diberikan pengunjung kepada haiwan di situ seperti kambing, lembu, kuda, rusa dan arnab.

"Di ladang itu juga ada detik melucukan apabila secara tidak sengaja saya menyebabkan kuda terhantuk palang ketika memberinya makanan. Saya yang takut secara tidak sengaja menyua makanan sehingga rumput makanan menutup matanya.

"Keletah anak kambing yang comel apabila mengejar saya untuk mendapatkan susu juga menghiburkan," katanya.

Alang-alang sampai ke Kluang yang cukup ikonik dengan minuman kopi, dua destinasi berkait dengan kopi tidak harus dilupakan.

Kata Nurul Amirah, mengunjungi kilang Kopi Kluang Cap Televisyen yang menawarkan kemasukan percuma sambil pengunjung disajikan minuman kopi susu bersama biskut kering.

"Selain berpeluang mengetahui proses pengeluaran produk minuman kopi syarikat itu, pengunjung juga mengetahui sejarah jenama itu yang mana pengasasnya mendapat inspirasi menggunakan jenama itu berdasarkan sistem penyiaran televisyen di Malaysia bermula pada era awal 1960-an,"katanya.

Gadis itu turut mengakhiri siri lawatannya kali ini dengan mengunjungi kedai kopi ikonik iaitu Original Kluang Railway Coffee yang beroperasi di stesen itu sejak 1938.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/santai ... kluang-gamit-memori


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap tak kopi cap tv ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 19-3-2023 09:15 PM
sedap tak kopi cap tv ni

Tak pernah try..

Tapi iols mmg bkn peminat kopi kluang..
Iols suka lagi kopi tenom..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 04:24 PM | Show all posts




teringat dulu kisah kopi ditambah gelatin babi....


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:46 PM | Show all posts
shamsadis replied at 18-6-2023 04:24 PM
teringat dulu kisah kopi ditambah gelatin babi....

Malas aku nak gugel.. yang kes ni pe cite eh??
sabit salah ke??
Tapi aku tengok banyak aje kluang rail coffee ni suatu masa dulu..
skang ni mcm dah tak nampak dah..
Tapi kedai kluang rail coffee yg original kat stesen ketapi tu dengan kedai baru kat taman apa nama sebelum bandar kluang dari ayer hitam tu aku dah makan... adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:16 PM | Show all posts
tompie replied at 23-6-2023 03:46 PM
Malas aku nak gugel.. yang kes ni pe cite eh??
sabit salah ke??
Tapi aku tengok banyak aje kluang  ...

salah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197367 Replies : 4562
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054177 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list