View: 5074|Reply: 26
|
Saingan Biz Tempatan dr Org Pakistan, Kemboja & Indon
[Copy link]
|
|
Salam,
Sy nk minta kawan2 yg ada pengalaman bersaing dgn peniaga pakistan, kemboja & indon share kt sini.
Sepanjang berniaga offline kebelakangan ni, ramai gak peniaga / pemborong melayu mengeluh yg geng pakistan, kemboja & indon ni selalu main rege sampai boleh bunuh biz org melayu.
Ada beberapa citer sy nk kongsi:
Story 1
Baru ni di Jom heboh sy approach sorang peniaga melayu untuk borong brg sbb rege retail yg ditawarkan sgt rendah. jd sy fikir mesti rege borong lg menarik. Setelah berbincang, rege retail tu la rege borong yg ditawarkan. Rupanye dia terpaksa menurunkan rege retail brg tersebut sbb indon dpn kedai dia turunkan rege. Yg menyedihkan peniaga tu cuma dpt RM1 utk setiap brg. Berbaloikah susah payah berniaga hanya utk dpt rm1 setiap brg? Yang untung ttp pihak pemborong chayanunalif dan yg tertindas bangsa melayu tempatan.
Story 2
Sy approach sorang peniaga di pasar pagi. Peniaga ni cerita org kemboja juga jenis yg takkisah ambik untung RM2-3. Contoh: tudung yg diborong pada rege RM3, dijual pada rege RM5. sedangkan market jual rm15.
Story 3
Musim raya baru ni ramai peniaga pakistan yg jual bj kurung ready made pada harga yg sgt rendah. Pemborong melayu pun tak boleh bg rege retail yg ditawarkan peniaga paskistan.
Sy tak pasti ada tak kawan2 kt sini pernah lalui pengalaman yg sama. Jom kongsi citer. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan terkejut kerana ada wujudnya golongan yang buat money laundering...membersihkan duit jenayah dari luar negara dan dibawa ke dalam negara utk dibersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# sksk
betul..mmg ini yg terjadi. ramai kwn2 sy terutama yg jual tudung bungkus akhirnya klu trpksa bersaing dgn peniaga2 kemboja ni. peniaga2 kemboja ni cepat no lelong tudung2 pesen terkini dgn harga rm10 selai sdgkan org len modal pun x balik lg. ramai peniaga melayu yg meniaga sblh org kemboja yg kdg2 xde jualan lgsg dlm sehari sbb xleh tawarkan harga yg rendah mcm peniaga2 kemboja ni buat.
klu meniaga baju pun camtu. derang ni kt satu tapak pasar mlm atau pasar hari adik beradik derang aje dh 5-6 gerai. pusing pi pusing mai harga sama je dn akhirnya beli kt kaum kerabat diorang jgk. lgpun byk pilihan di gerai derang sbb sekali derang amik barang satu kontena share adik beradik pastu agih2kan dn pakat2 harga. klu meniaga dkt gerai derang leh nganga je le tgk customer kuar masuk gerai derang huhu.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan terkejut kerana ada wujudnya golongan yang buat money laundering...membersihkan duit jenayah ...
deanfiero Post at 16-12-2010 13:57
boleh ceritakan mcm mana modus operandis money laundary nie...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sksk
betul..mmg ini yg terjadi. ramai kwn2 sy terutama yg jual tudung bungkus akhirnya klu ...
pinkish Post at 16-12-2010 14:47
tapi yang peliknya camana diaorang boleh dapat tapak2 niaga ni...... kita yg bumiputera ni pon susah.. kena berebut2 |
|
|
|
|
|
|
|
overhead mereka terlalu rendah kadang2.. sebab itu mereka amik untung sikit...
orng kita jarang jadi pemborong so kena amik ngan pemborong.. so harga jadi mahal
kekadang mereka dapat terus dari pengilang so mereka tolak harga murah
ada juga nak abis produk.. clearance |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# alyaimra
derang ni muafakat kuat sesama bangsa. mula dr satu tapak je, bila ada tapak yg kosong depa cpt2 roger geng derang supaya masuk tapak tu. tu yg boleh jd byk kt satu tempat tu. malah derang sggup beli tapak tu klu terpaksa walo kdg harga cecah ribu2. sebulan sekali sorang wakil dr kelompok derang akn blk kemboja amik brg dlm kuantiti yg byk, sampai sini derang agihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
money laundering aka pembersihan wang haram.....salah satu dari modus operandi dia ialah.....
katakan kau jual dadah.....ada duit berjuta juta....takkan nak letak kat rumah.....tapi kalau kau nak letak kat bank nanti sprm, lhdn dan bank negara akan tanya kenapa duit banyak sangat? kerja apa? bisness apa? jadi untuk mengkaburi pihak2 tersebut, golongan ini terpaksa create bogus business sebagai front end untuk mengkaburi pihak berkuasa...sebagai contoh kalau lhdn tanya awak ada duit sejuta ni...dari mana datang? anda boleh cakap saya ada 4 outlet kat giant......diaorang boleh datang cek...anda boleh buat buku kira-kira palsu untuk mencantikkan cerita nada........
sudah banyak terjadi....korang tak sedar ke kat giant, teso dll lagi tempat mesti ada promotional space tak pernah ada orang jaga selama 4/5 tahun tapi tak pernah tutup...barang tak pernah tukar ganti...........
jadi terdapat juga golongan pendatang asing ni yang menjadi kaldai pembersihan wang haram jugak......contohnya jgn terperanjat bahawa pakistan antara pengeluar candu terbesar di dunia....jadi kalau dia letak duit dia kat pakistan sah2 kena tembak dgn pemerintah sana....jadi dia cuba bersihkan duit itu melalui aktiviti 'import ekspot' pakaian dll barangan |
|
|
|
|
|
|
|
pasal org kemboja nanti kalau ada masa aku ceritakan...cerita ni datang dari pak menteri mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada kesan pada para peniaga yg rata2 tak pernah dibincangnkan secara terbuka. sy rasa keadaan ini amat membimbangkan. takut satu hari nanti kita org melayu merempat kt bumi sendiri. bangsa lain yg kaya raya.
mmg betul komen sinar, org melayu tak ramai jd pemborong. sy rasa bkn melayu tak berminat tp sekatan modal jd penghalang. satu kelemahan paling besar org melayu sbb tak bersatu & suka menjatuhkan sesama sendiri. yg tepuk tangan bangsa lain.
bangsa lain pun sy rasa tak de modal jugak. tp mereka sepakat pool modal & kongsi sesama sendiri utk dptkan harga yg competitive. modal perseorangan & berkumpulan sudah tentu byk beza.
just my 1cent. |
|
|
|
|
|
|
|
ye la..mmg spatutnya kena buat mcm tu la.. bila la nk jumpa partner yg sanggup share ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Topik yg bagus utk dikongsi..pakistan pun makin ramai di plaza GM,Plaza TAR, Masjid India dan tempat ICT yg dulu mmg majoriti peniaga cina tetapi sudah ramai pakistan di LOW YAT PLAZA |
|
|
|
|
|
|
|
kena bersangka baik lah.. dan jadikan mereka kalangan yg berjaya sbg model atau contoh utk kita berjaya juga.. jangan kita bersangka mereka dtg dgn hasil duit dadah ke.. hasil duit haram 100% kepada semua pendatang yg berniaga besar2 mcm kemboja dan pakistan ni.. kena ingat, kalau mereka berjaya, ada sesetgh tu 100% bersih dr duit haram
kalau mereka berjaya kita kena cari dan fikir, org melayu berniaga sanggup susah mcm mereka ke? sanggup makan nasi dgn kicap shj ke? perangai org pakistan ni kalau mereka berniaga, mereka akan berniaga dgn sungguh2.. dpt untung kumpul.. kumpul dan jadikan sbg modal semula..saya tahu sbb hb saya belajar di pakistan byk tahun, kalangan mereka makan bila lapar shj, nasi dengan dhal pun memadai, tp berniaga besar2an sampai ke merata tempat
sama juga dgn kemboja, kalangan mereka di kelantan ramai yg berjaya, memang benar mereka berniaga mmg makan untung sikit shj, cthnya dpt rm1 dr modal pun jadilah asalkan barang jalan, berlainan dgn melayu, bkn saya nk condemn melayu yek, saya pun melayu tulen kelantan..cuma melayu kalau modal sesetgh benda cthnya rm5, akan mark up sampai rm15 satu. berlainan dgn sikap mereka ni. kemboja ni perangai dia suka menabung, memang mereka berpuak, tp mereka akan memborong share kalau cthnya memborong di vietnam, mereka akan share modal cthnya rm200k, mu sikit.. aku sikit maka dpt beli dlm bentuk pukal. tht's why mereka berjaya dptkan harga dgn yg sangat rendah, dan kalangan kemboja ni berniaga mmg ikhlas nak berniaga tp beringatlah, sediakan lah menadah telinga
kemboja dan pakistan kalau berniaga walaupun dah kaya raya mereka masih makan makanan ruji mereka semasa susah nak masuk ke sini atau masa mula2 bertapak dlm berniaga dulu, kalau kita melayu, ramai ke yg sanggup hidup dlm keadaan susah sebagaimana kita nak mula2 bangun dulu? mmg ct tahu ada kalangan peniaga kita yg kadang2 bengkekk kekadang tapak booth di monopoli kalangan geng2 mereka je, tp kita kena kaji..ikhtiar dan sepakat kalangan kita, kalangan peniaga melayu ct perhatikan sukan menjatuhkan sesama sendiri, dengki khianat, suka bangkitkan cerita asal2 dahulu yg tak berfaedah cthnya " ALAAAHHH DIA TU DULU KERANI CABUKK JE..MCM AKU JUGAK. SKRG NI DAH BERNIAGA MCM BERLAGAK JER..NAK BELI HENBEG PUN NAK ORI.. PASTU PAKAI KETA bla..bla.." :re:mmg melayu kebanyakkanya kalangan mcm ni, jauh sekali dgn perangai pakistan dan kemboja. ni pengalaman.
harap jadikan topik ni sebagai perbincangan berilmiah kita, bukan sbg tempat kita menuduh mereka melakukan kerja2 yg tak sebenar, kalau betul mereka jalani perniagaan dan modal mereka halal dr titik peluh mereka yg benar, tak ke di namakan memfitnah tu? harap kpd pembuka thread kaji dulu ye, jangan main tuduh mereka jual ganja ke.. duit haram ke.. kita bincang, muhasabah diri...kenapa aku takleh semaju mereka, kenapa aku takleh berjaya mcm depa.. sedangkan modal sama banyak.. cuma mungkin strategi kita berlainan.. hrp sama2 bincang dgn terbuka bukan dgn memfitnah. nanti kang nak mohon maaf kat sapaa? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada kesan pada para peniaga yg rata2 tak pernah dibincangnkan secara terbuka. sy rasa keadaan in ...
sksk Post at 17-12-2010 11:36
benar org melayu ramai jadi pemborong, kalau kalau jual 3 items pada harga borong, tak ke membunuh sesama pemborong ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# ctredzuan
mintak maaf ler kalau terasa...saya bagi pandangan luar kotak...tak ramai dari yang baca thread ni yang terfikir akan fenomena money laundering ini....amat amat berleluasa di hypermarket.....cuba bukak mata.....memang melayu ni terkebelakang dari segi menjadi pemborong...itu isu lapuk.....sekarang kita bukan saja bersaing dengan pendatang yang pandai niaga, sepakat, pemborong besar...tapi kita juga bersaing dengan pengedar dadah, ah long, sindikit pelacuran, sindiket perjudian.....ada idea camna nak kasi hapus problem ni? atau peniaga melayu yang jujur seperti anda, dan kami semua akan nganga....
saya cadangkan agar sektor peruncitan, kerajaan menghalang kemasukan perniagaan milik warga asing yang mempunyai modal berbayar bawah 1 juta.... |
|
|
|
|
|
|
|
amat ramai mereka yang berniaga dengan jujur dan baik......orang macam ni kalau kita ikut tektik dan teknik mereka insyaAllah kita boleh fight balik...benda yang kita tokleh fight ialah golongan money laundering......
isu permuafakatan dan kesepaduan mereka ramai dah cuba nak tackle melalui pengwujudan koperasi mahupun persatuan peniaga melayu tapi seperti biasa hancur...so fikir fikirkan lah....aku rasa kalau nak cerita isu kenapa hancur...dah berpuluh thread kat sini yang cerita pasal nak buat koperasi lah....nak pecah MOQ jadi kecil2 lah...nak share orderlah......semua tak jadi......so mergekanlah semua topik yang berkaitan...aku cuma bagi insight baru mengenai money laundering kerana ramai tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ctredzuan
mintak maaf ler kalau terasa...saya bagi pandangan luar kotak...tak ramai dari ...
deanfiero Post at 17-12-2010 20:18
sahabatku, saya bukan terasa ye, sbb saya bukan org kemboja atau org pakistan, saya ni melayu jati kelantan yg mmg peniaga dan tahus elok belok berniaga dan berurusan dengan kemboja dan pakistan. ikhlas cakap, supplier saya seawal saya berniaga adalah melayu lepas tu tukar kpd kemboja, cara melayu dan kemboja jaga pemborong dan org yg berurusan dgn mereka lain, tak sama.. mereka pandai handle dan jaga pemborong, mmg saya akui, awal2 berniaga mmg modal kecil, tp bila sekali perniagaan saya stabil, punya modal yg sedikit boleh boomkan jualan, saya ambil secara serius dan cara kemboja jaga pemborong [saya] sangat berlainan dgn melayu.
saya tak nafikan perniagaan kita ada melibatkan dlm geng kongsi gelap, geng wang haram, tp ianya bukanlah dr 100% kemboja dan pakistan ni,;) kalau nak di kira melayu..cina..india dan timur tengar dtg ke malaysia berniaga pun ada dr kalangan black money dan penggubalan wang haram ni. saya tegur bukan kerana terasa hati ye, tp kita kena bercakap umum. sbb saya moderator di bod usahawan ni, jadi adalah tanggungjawap utk jaga keharmonian peniaga2 dalam bod ini, kerana ada dr kalangan forumer tegar usahawan lama dalam bod kita ni adalah dr kalangan pelbagai negara, ada juga ramai dr kemboja dan pakistan.
kalau kita rasa tercabar dek strategi mereka yg pandai men"tackle" market, kita sama2 bincang kat sini, kita sama2 korek apa yg menjadikan kehebatan mereka sehingga hebat menakluk kawasan, kita kaji apa kelemahan diri kita bukan dengan membuka aib mereka yg bukan 100% datang dr negara masing2 dengan penggubalan dr modal haram semata-mata..kerana mereka juga ramai dr kalangan org islam, tak baik berbaik sangka sesama islam yea.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deanfiero at 17-12-2010 23:21
saya pun nak tegur balik kerana saya rasa anda sebagai m oderator melenting dulu.......saya tak cakap semua org pakistan dan warga asing jahat....saya cuma membawa isu baru iaitu money laundering........isu seperti mereka ambil untung rendah, mereka bersepakat, mereka rajin tu ramai dah tahu tapi isu money laundering adalah suatu isu baru.....anda meletakkan seperti saya tuduh mereka pulak...saya tahu anda sudah berniaga lama...tapi cara anda cakap macam hanya pandangan anda betul.....jika baca dari awal saya pun ada cakap golongan money laudenring seperti ah long yang rata2nya cina.........dan juga ada juga golongan ah long kedai mamak |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih.....kita perlu pandang satu masalah dari pelbagai sudut.....pikir negatif dan positif...baru semua masalah selesai.......saya pun mohon maaf.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|