View: 4268|Reply: 36
|
[Dunia]
Lakukan hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser - kajian
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 31-7-2023 01:54 AM
Lakukan hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser - kajian
https://www.bharian.com.my/hujun ... ri-kurangkan-risiko
Julai 31, 2023 @ 7:59am
Berdasarkan kajian pakar, dengan hanya melakukan hubungan seks selama empat minit bersama suami isteri, mampu mengurangkan risiko mengalami penyakit kanser. - Foto hiasan/AdobeStock
PERCAYAKAH anda dengan hanya melakukan hubungan intim bagi pasangan suami isteri mampu mengurangkan risiko mendapat kanser?
Benar, berdasarkan kajian pakar, dengan hanya melakukan hubungan seks selama empat minit bersama suami isteri, mampu mengurangkan risiko mengalami penyakit kanser.
Ia dibuktikan menerusi kajian terhadap respondan yang melakukan aktiviti berkaitan seperti itu setiap hari.
Kajian mendapati badan mereka menjadi lebih sihat berbanding pasangan yang tidak melakukannya.
Bagaimanapun, aktiviti itu tidak hanya tertakluk kepada melakukan hubungan intim, ia juga merangkumi pelbagai aktiviti ringkas seperti bermain dengan anak-anak termasuk melakukan kerja rumah yang turut memberi manfaat yang sama.
Menurut pakar, aktiviti seperti bernafas dengan laju dan kuat dalam tempoh empat minit setengah serta menggunakan tenaga yang banyak dalam tempoh seminit dapat mengurangkan risiko kanser sebanyak 19 peratus.
Selain itu aktiviti senaman membabitkan aktiviti fizikal juga boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 32 peratus.
Bersenam, jinjing beg kurangkan kanser
Penulis utama, Profesor Emmanuel Stamatakis, dari Pusat Charles Perkins University of Sydney, Australia, berkata aktiviti berkenaan disifatkan sesuatu yang luar biasa kerana secara keseluruhannya mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.
Katanya, menggunakan tenaga seperti berjalan setiap hari atau menjinjing barang berat sewaktu membeli-belah juga berupaya memberi kesan yang sama.
Aktiviti senaman membabitkan aktiviti fizikal juga boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 32 peratus. - Foto hiasan
"Kami tahu majoriti orang pertengahan umur tidak kerap bersenam sekali gus memberi risiko pada peningkatan kanser.
"Bagaimanapun kemunculan teknologi seperti penjejak aktiviti berupaya melihat kesan ledakan singkat aktiviti fizikal sampingan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian," katanya.
Elak dapat kanser hati dan paru-paru
Jenis kanser yang dikaitkan dengan aktiviti fizikal sekiranya mereka tidak bersenam termasuklah hati, paru-paru, buah pinggang, kardia gastrik (sejenis kanser perut), endometrium, leukemia mieloid, mieloma, kolorektal, kepala dan leher, pundi kencing, payudara dan adenokarsinoma esofagus (kanser esofagus).
Diterbitkan dalam jurnal perubatan, kajian itu menggunakan data daripada peranti boleh pakai untuk menjejaki aktiviti harian lebih 22,000 orang yang tidak bersenam.
Penyelidik kemudian mengikuti rekod kesihatan klinikal kumpulan itu selama hampir tujuh tahun untuk memantau peningkatan kanser.
Hasil penyelidikan itu mendapati sekurang-kurangnya empat hingga lima minit aktiviti fizikal gaya hidup berselang-seli dikaitkan dengan risiko kanser yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti seperti dinyatakan. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi tambah risiko utk kanser serviks bg wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah...letih ktorg nk lalu byk negeri hari2
|
|
|
|
|
|
|
|
"...aktiviti itu tidak hanya tertakluk kepada melakukan hubungan intim, ia juga merangkumi pelbagai aktiviti ringkas seperti bermain dengan anak-anak termasuk melakukan kerja rumah"
Tapi berjimak juga yang ko nak highlight
|
|
|
|
|
|
|
|
sekiranya dilakukan dengan ramai pasangan...
kalau laki bini, yang memang sah2 tak main lain, risiko nya hampir 0%
|
|
|
|
|
|
|
|
lembik terus badan lelaki...lunyai
|
|
|
|
|
|
|
|
Cemane nak sex everyday with pasangan? Bizi kerja, urus rumahtangga urus anak... mcm ke takde keje lain, hari2 nak ngeseks.... 3-4x seminggu dah mencukupi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian yg bujang baca berita ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mek yah pun tak mampu melunaskan nafsu bekas suami mek yah dulu
dah la mek yah sakit lutut jadi semua suami mek yah yang buat |
|
|
|
|
|
|
|
quan2minit tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
penatnyaaaaa mana nk urus ank..sekali smgu je cukup la- acik porem |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 31-7-2023 02:58 PM
Kesian yg bujang baca berita ni...
apa pulok...pompuan indon ramai jer kt luar sana..trisna pon bangga..... |
|
|
|
|
|
|
|
Usaha itu tangga kejayaan. Hahaha.
Sambil dapat anak pastu boleh elakkan kanser.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buang karan main 4minit..
Smggu sekali 2mggu sekali umur2 gini
10tahun pertama mmg nyetimm jek |
|
|
|
|
|
|
|
Da tua2 ni, sebulan skali pun tak tentu, dik oi. |
|
|
|
|
|
|
|
Power sangat lakinya pun every night adik nak wake up |
|
|
|
|
|
|
|
Hari2?…berceretek la ank kalo terrrEksiden lol: |
|
|
|
|
|
|
|
Ada doktor mat saleh di youtube kata statistik kajian perubatan menunjukkan penghidap barah dan kanser di timur tengah adalah sangat rendah kerana mereka sering berpuasa. Puasa dapat mengawal kadar gula yang merupakan punca sakit kanser. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadah nk quickie hari² ko hingat pepet tu merembes 24/7 ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|