CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21317|Reply: 211

[Tempatan] Kejatuhan Langkawi...betul ke salah feri dek?

[Copy link]
Post time 5-8-2023 03:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 6-8-2023 07:43 AM

LANGKAWI – Jumlah kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini yang didakwa merudum ketika ini telah menyebabkan pengusaha penginapan bajet meliputi hotel bertaraf tiga bintang ke bawah berdepan kesukaran untuk beroperasi.

Sementara itu, Pengurus Operasi Kampung Guest House, Mohd. Farizal Padzil berkata, dia mula merasakan kekurangan te­tamu dan kedatangan pelancong sejak beberapa bulan lalu.

“Disebabkan ini adalah perniagaan milik keluarga, jadi saya sendiri terpaksa melakukan pelbagai kerja bagi menjaga tempat ini.

“Mujur sahaja tiada hutang dan tanah ini juga adalah milik keluarga, kalau tidak, pastinya kami tidak bertahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Motel Melati Tanjung, Raniza Ahmad berkata, walaupun penginapannya terletak betul-betul di tepi pantai, dia hanya menerima kira-kira 30 peratus tempahan sahaja pada cuti umum dan cuti hujung minggu.

“Kami hanya mampu gajikan pekerja dengan bilangan sangat minimum untuk beroperasi,” ujarnya.

Kemasukan pelancongan yang merosot ke pulau itu dipercayai disebabkan perkhidmatan feri yang kurang daripada 10 perjalanan sehari kepada hanya lima.


Tinjauan di beberapa penginapan tersebut di sini mendapati, kebanyakannya lengang walaupun pada cuti hujung minggu.

Pemilik penginapan Cenang Inn, Zainol Husin berkata, secara purata, tempatnya hanya mendapat kurang daripada 20 peratus tempahan sejak beberapa bulan lalu.

“Keadaan ini menyebabkan kami tidak dapat menampung kos operasi seperti bayaran pajakan tanah dan gaji pekerja.

“Namun, disebabkan saya mempunyai perniagaan lain yang lebih baik, jadi saya terpaksa gunakan keuntungan tersebut bagi menampung keperluan penginapan ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kosmo!



Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 116 Users voted

Poll is finished

4.76% (9)
46.56% (88)
11.64% (22)
18.52% (35)
6.35% (12)
8.99% (17)
3.17% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 05:24 PM | Show all posts
Siapa nak datang?





Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Last 2 years, i pergi langkawi 1 week ikut husband kerja. 1st 3 days je ok. Lepas tu taktau nak pi mana lagi dah. Terperuk lah kat hotel teman anak² mandi pool. Bosannn.

I dgn husband kitaorg suka pi jenjalan time tak cuti sekolah. Aman damai tak crowded.
Suka masuk redang & jjcm hatyai every year tanpa jemu.

Siam best, below Rm100 pun still dpt hotel yg elok², kalau Malaysia, below rm100 dah serupa apa je. Dah mcm hotel ah hock
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni  state  mampuih xnak claim la...ini semua salah federal
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
X dinafikan hotel2 kat Langkawi semua mahal. Sekali pg boleh la. Nak pg sekali x pyh la. Semoga hotel mahal2 ni bengkrap cpt. Pegi phuket lg bgs.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik takda org melancong dah ker?
Ramai pi CH kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat malaysia sendiri lagi suka bercuti belah siam. So belajarlah dari thailand
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotel buruk pun cas mahal. Padan muka la bungkus. Pastu laut kat cenang x cantik, x jernih. Langkawi ni aku buat transit je nk pegi koh lipe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru balik dari langkawi rabu aritu. Pegi 3h2m. Mmg sunyi tak ramai orang. Tapi flight pegi balik penuh. Langkawi ramai pak arab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok apa orang tak ramai. Iols tak suka bercuti tempat sesak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 5-8-2023 06:50 AM
Bab ni  state  mampuih xnak claim la...ini semua salah federal

Kementerian Pelancongan under state ye? Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:17 AM | Show all posts
bisnes tak laku cubalah buat kempen.. mana persatuan peniaga2 langkawi buatlah usaha. turunkan harga ker,  buat program untuk menarik ker, ini setakat biasa jer sepanjang tahun sedangkan tempat lain buat mcm2.. bisnes adalah persaingan tiada jaminan laku sepanjang masa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahaiiiiiiiiii
Pikir 2..3 kali nak pi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:33 AM | Show all posts
ada beberapa faktor. 1) feri dah tak sekerap dulu ( jejaskan pelancong lokal) 2) kurang hiburan ( patut belajar dgn jiran terdekat , HATYAI 3) kos makan minum tinggi ( lagi sekali, hatyaibest! 4)  Pimpinan negeri yg konservatif
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tunggu musim cuti skolah la tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:14 AM | Show all posts
Last pegi Langkawi masa COVID baru start dulu, sebelum PKP. Pegi sebab ada conference. Pegi la SkyBridge dia. Dlm 30 minit beratur sebab bukan cuti sekolah masa tu. Dah naik, bosan je la. Sekali pegi cukup la. Mmg dah tak berapa ada tarikan Langkawi ni. Same old, same old.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-8-2023 09:11 AM
Kementerian Pelancongan under state ye? Kahkahkah

Weiiii barua...ko tau tak setiap negeri ada exco pelancongan.tapi klau kedah xde tak tau la pulak.hanpa kan fucked up... kahkahkahkahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-8-2023 09:11 AM
Kementerian Pelancongan under state ye? Kahkahkah

Langkawi kan LADA yg jaga apa pulak under fed.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 5-8-2023 10:13 AM
tunggu musim cuti skolah la tu

Ha ah cuti panjang pun dah lepas, haritu duit pum dah guna buka sekolah dgn raya lagi so tunggu next cuti sekolah kut.  Cuma tu lah jgn lah mahal sangat bukan ke supposedly tax free island.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
rohingyuck kan ade
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Opr naik bank dah kidnap tambahan interest  duit gaji taw dlm 100-500 gituh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantai Cengang nama betul nye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.207074 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list