CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4873|Reply: 69

"Api Memang Panas Tapi Anda Semua Penyejuknya", Bukan Main Kaum Perempuan Menjerit-Jerit Tengok Abang Bomba Sado

[Copy link]
Post time 1-9-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus menjadi tumpuan utama ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang diadakan di Dataran Putrajaya pada Khamis.


Pngunjung yang memenuhi dataran itu sejak awal pagi kedengaran bersorak kuat apabila jentera bomba berarak melintasi mereka.


Anggota bomba yang bertubuh sado dilihat berdiri di atas trak sambil tersenyum ke arah orang ramai, malah ada yang turut melemparkan kuntuman bunga kepada pengunjung bertuah.


Foto: mStar






Paling mencuri tumpuan tentunya aksi anggota bomba yang membawa sepanduk pick-up line yang tertera ayat "Api memang panas tapi anda semua penyejuknya".


Satu lagi sepanduk ditulis dengan ayat "Sayang kamu ketat-ketat" sekali gus membuatkan pengunjung di dataran itu menjerit kegembiraan.


Foto: mStar







"Anda semua sebenarnya nak tengok abam bomba kat perbarisan hari merdeka ni kan? Bukan main kuat ya semua menjerit kat Dataran Putrajaya," ciap @arfdy12 menerusi laman Twitter.


Menurut seorang lagi pelayar Twitter, jeritan kuat pengunjung bukan sahaja bergema di Dataran Putrajaya, malah turut kedengaran jelas menerusi siaran langsung sehingga menenggelamkan suara penyampai televisyen.







Di ruangan komen netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa puas hati dengan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.


Malah, mereka turut berterima kasih kepada anggota bomba yang menceriakan hari istimewa ini dengan aksi-aksi yang 'mencairkan hati' ketika perarakan sebentar tadi.


"Kuat betul suara perempuan menjerit tengok abang-abang bomba sado.


"Dahsyat betul orang bersorak tengok abang bomba sado. Aku tengok kat TV je pun rasa meriah. Lagi la orang yang ada kat dataran.


"Tetaplah abang bomba dapat sambutan paling meriah tiap kali merdeka," tulis beberapa netizen.


Foto: mStar







Untuk rekod, acara perbarisan pada kali ini melibatkan sekitar 17,000 peserta yang terdiri daripada 10 komponen.


Perarakan Hari Kebangsaan pada Khamis turut dimeriahkan dengan kehadiran aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena sambutan itu.


Acara hari ini turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 10:46 AM | Show all posts
ye, depan meols menggelupoh ye acik2, akak2 kepam, adik2 dari ceruk rantau mana OOTD macam baru keluar gua, semua menggelupoh ye masa kontijen bomba lalu... ponen2 jangan cakap la, suara dah macam petir memasing, akak2 siap berdiri atas bangku tepi2 jalan tu ye semalam sambil kelek anak, laki geleng2 je... ada yang siap jerit... abang bombaaaaaaaaa sedapnyaaa...laki saya approvedddddd.... lahhhhh macam sundal ye.... omg!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 1-9-2023 10:46 AM
ye, depan meols menggelupoh ye acik2, akak2 kepam, adik2 dari ceruk rantau mana OOTD macam baru kelu ...

Alah u ni dorg gurau2 jela.. xyah amek serious.. mesti bini u antara org yg menjerit2 kt abg bomba tu kan.. jeles la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku layan perbarisan depan tv jer.. abis, siap pi breakfast kt luar aman2.. sebab dh pernah pi few times, so lebih kurang jer acara tiap2 tahun.. cuma yg aku excited tgk pertunjukan udara je…
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 10:58 AM | Show all posts
First the first time in my life aku join bbnu tengok perarakan merdeka. Apa yang aku boleh kata tak menyesal la. Worth every minute of my life there.

Please do it at least once.

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:00 AM | Show all posts
itu menunujukkan acik-acik kepanm acah-acah tak suko abam sado kat porum sebanarnya mmg melting tgk abg sado. Abam bomba dah buktikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2023 11:02 AM | Show all posts
lanacondor replied at 1-9-2023 10:49 AM
Alah u ni dorg gurau2 jela.. xyah amek serious.. mesti bini u antara org yg menjerit2 kt abg bomba ...

Betul. Kalau nak serius boleh buat style indon. Sambut merdeka macam funeral.

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jelas kedengaran kat tv time depa bersorak tu. iols berkejaran la dari dapur igtkan pasaipe...tgk2 bomba tgh dok lalu smbil abam2 bomba beraksi atas trak. beso2 betui bisep depa. anak iols tnya tu bomba betul ke ahli gusti???
btw, meriahssss betul even tgk kat tv je. dari awal smpai 11lbh la tgk agong salam2 pun weols tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-9-2023 11:11 AM
Decaffeinated replied at 1-9-2023 10:58 AM
First the first time in my life aku join bbnu tengok perarakan merdeka. Apa yang aku boleh kata tak  ...


Uols tido sana ke weh?

Tp mmg best pun bila dpt tgk dedepan mata.
Hat mana selalu perlekeh tu cuba la try sekali pi tgk, bawak anak2 sekali drpd terperap je dlm bilik main tepon tu.
Seronok weh tgk rakyat yg begitu bersemangat walaupun berbeza fahaman politik.

Iols tahun ni nk g sangat sbb buat time cuti sek dan tak jauh ngn umah tp tak dapat plak g.


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols Nanti Anak dah beso2 baru.lah pergi

Habang bomba Sakan EK posing..
Hahaha..
Kesian yang sangkut tepi lori pakai harness tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Yang ni setuju. Kuat ye org ramai menjerit2 time bomba punya kontinjen. Iols nak tgk anjing2 hero bomba tu, tapi kat tv tunjuk sikit sangat.

Lepas bomba punya group lalu, group maritim malaysia kut klau x silap. Kurang terus la org jerit2 tu. Tapi dapatla dgr sipi2 org bersorak utk bomba. Haha. Gedik ya masing2. Terhibur la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:38 AM | Show all posts
Suchi replied at 1-9-2023 11:09 AM
Uols tido sana ke weh?

Tp mmg best pun bila dpt tgk dedepan mata.

Tak tido cuma aman2 bekfes ja kat Zenith. Motif aku jadi greentea itu pun nak sembang Boleh buy time sebab it took about sejam jugalah untuk procession to reach that end. Pergi sebab nak tengok ada family member dalam procession.
Sebab simpang Zenith tu is where asset, machinery semua membelok memang an excellent spot kalau nak layan. Kesian juga siapa yang tunggu beyond that point.

Respek semua peserta nampak kekal semangat sehingga wisel penamat. Macam tu kita nak.




Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde standard! Iols yg membirah ni tetap jaga adab yach! Btw semoga dapat bermain pili air abg bomba
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:45 AM | Show all posts
aku tak teruja sangat tengok abam bomba tu tapi teruja tengok askar penuh rumput tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong naikkan gaji abang Bomba. Bukan sebab sado, sebab mereka adalah penyelamat number satu compare dari askar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-9-2023 11:38 AM
Tak tido cuma aman2 bekfes ja kat Zenith. Motif aku jadi greentea itu pun nak sembang  Boleh buy ...

Harusla bersemangat, sekali setahun je kot dapat peluang ni.
Zaman iols sekolah dapat join pancaragam time perbarisan hari sukan pun dah bangga giler
Tak rasa penat hari2 berlatih tiup melodian tu Dorang ni sejak ahad duk buat raptai dah, arini gamaknya cuti rehat la memasing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2023 11:59 AM | Show all posts
teringin nak pergi .. tapi anak anak kecik lagi .. payah..kang sorang nak berak .. sorang nak makan .. sorang nak tido .. tgk kat tibi jelah lebih praktikal .
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk yg anjing tu.. Setiap tahun, ade je peel nye.. Hahahaha... Kiut je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 02:38 PM | Show all posts
Betul ke Bomba ke budak2 Gym pakai Tshirt bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2023 02:47 PM | Show all posts
Zaman2 dulu ada perarakan dari pramugari2 MAS...waktu tu kalau ada abang2 yg bersorak bersiul, mesti kena hencap 10 hari 10 malam...
Nasib baik waktu tu belum ada internet...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 1.090831 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list