CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4216|Reply: 23

Dr Malar Berang Dilarang Naik Bot- Dah Bayar Beribu Untuk Resort Tapi Housekeeping Tak Ada, Minta Tuala Pun Kedekut!

[Copy link]
Post time 5-9-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Influencer Dr Malar Santhi Santherasegapan kecewa apabila percutiannya ke Pulau Redang tidak berjalan lancar.


Dr Malar mendakwa sebuah agensi pelancongan bersikap acuh tak acuh, sekali gus merosakkan jadual perjalanannya ke pulau peranginan berkenaan.


Foto: FB




"Respons (ejen) lembab sangat. Mesih tak berbalas berhati-hari. Call tak angkat. Kita bayar dia, kita pula kena kejar. Lepas dah habis bayar full, dia pun dah bagi resit, confirmation semua.


"Tiba-tiba dia minta tambah bayar dalam RM400. Sekali lagi saya melenting. Kenapa nak tambah? Kan pihak awak dah keluarkan qoutation sejak awal? Katanya sebab tarikh kami pergi tarikh peak. Ya itu saya tahu, sejak awal saya book tarikh sama.


"Kenapa baru sekarang dah confirm baru nak gunakan taktik untuk minta tambah duit. Memang saya fight. Tapi budak tu sebut minta maaf. Jadi saya cair hati dan bayar je. Bukan tak mampu bayar tambahan, cuma tak suka taktik tak jujur peniaga," ujar Dr Malar.







Dia sekali lagi kesal apabila dihalang menaiki bot ke pulau berkenaan disebabkan ejen yang gagal membayar wang tempahan kepada pihak resort.


"Bila sampai jeti. Orang resort nak jemput kami. Saya diberitahu ejen tak bayar lagi kat resort. Jadi kami tak boleh naik bot. Dengan selamba mamat dari resort tu kata, tak apalah, you all check in lambat. Memang buat hal betul agensi ni. Sekali lagi saya 'berbulu' habis.


"Kenapa pula saya kena check in lambat, dah la panas kat jeti tu, kami ni angkut budak-budak. Jadi kami call agensi dari jeti tu, haram tak berangkat! Mamat wakil resort tu pun tak profesional langsung. Dia kutuk agensi tu depan-depan kami," ceritanya lagi.


Tidak terhenti di situ, Dr Malar mendakwa dia turut berdepan banyak masalah ketika menginap di sebuah resort berhadapan panorama pantai di pulau berkenaan.


Tambah Dr Malar, dia kecewa apabila hasratnya untuk bercuti dengan tenang terbantut kerana resort tersebut tidak menyediakan perkhidmatan yang sepatutnya diterima pelanggan, sebagaimana di resort-resort lain.




Foto: FB




"Tiada housekeeping. Saya tak tahu normal ke tidak, tapi bayangkan bayar beribu-ribu, datang holiday nak rehat nak healing, alih-alih saya kena kemas bilik, sapu bilik, basuh tandas apa bagai. Owner untung juta-juta, tak nak bayar housekeeping, customer pula merana.


"Sampah pun tak diambil setiap hari, rimas mata tengok bakul sampah tak clear. Saya bawa shower gel sendiri. Tak ada tempat nak letak. Letaklah atas lantai je masa mandi. Biliknya tiada televisyen, tiada air mineral dan telefon. Jadi tak boleh call reception. Air dia kotor warna coklat, kena cari air mineral untuk jerang air. Tapi hotel tak sedia air mineral.


"Kalau nak tukar tuala, kita kena berjalan bawa tuala ke reception. Dan dia akan datang ke bilik lepas tu. Saya dah tukar hari kedua. Bila nak tukar sekali lagi hari ketiga, budak reception tak bagi. Dia kata kalau empat hari tiga malam boleh tukar dua kali. Kalau tiga hari dua malam, sekali je," dakwanya lagi.


Menerusi luahan panjang lebar di Facebook, Dr Malar turut menegur kualiti makanan di resort berkenaan yang dikatakan tidak mencapai standard biasa dan dianggap setaraf juadah dewan makan asrama sahaja.


Akhir bicara, Dr Malar berkata dia sekeluarga tetap seronok dapat berkunjung ke destinasi peranginan itu, namun kecewa dengan khidmat resort serta agensi pelancongan yang disebutnya.


"Nasib baiklah dalam trip ni kami sewa private bot untuk pergi tengok turtle dan tengok deep water corals dan ikan-ikan. Kami sewa bot Pok Di, dia baik dan sporting sangat.


"Next time kitaorang nak book bilik direct kepada hotel, cari hotel yang best. Lepas tu cari private bot untuk water activity, tak pyah ambil pakej yang kononnya semua included tapi akhirnya dia orang suruh bayar again and again and again," tulisnya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pi Laguna Redang..servis tip top..deal sendiri jer dgn resort...terpikat dgn resort ni bila tgk trip holiday famili retis..

aku wheelchair disable..staff feri angkat aku sekali dgn wheelchair masuk dan turun feri ...resort best..servis best..makan best..sgt berbaloi utk 2D1N 4 pax RM1888 all in..bawa badan jerrr..

aku pi redang nk bg anak snorkeling jer...naik bot penampang pun staff jaga aku all out
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 12:08 PM | Show all posts
koko2 replied at 5-9-2023 12:04 PM
aku pi Laguna Redang..servis tip top..deal sendiri jer dgn resort...terpikat dgn resort ni bila tgk  ...

aku pun p laguna.. tapi guest ramai tul.. chinese ramai..
dari mainland pun ramai ...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau bayar beribu tu berapa? Berapa kepala yg datang? Kalau satu kepala beribu mmg patut lah nak melenting dengan resort.
Bab agent tu, mmg tak patut lah. Resort kat redang mmg best2 pun. Patut nye booking direct dgn resort.
Redang lagoon chalet paling best. Chalet milik melayu. Makanan dia paling best dan sedap. Mmg sedap giler....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 12:22 PM | Show all posts
dia ni dengan dr laksa aku tak suka
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp nak kena guna agent. Direct book kat hotel je. Walk in je beli tiket naik bot apa semua. Ermm...byk duit sgt ke taaras lah, boleh naik private plane berjaya lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ejen memang akan selalu 'CAKAP LEBIH' tuk meniaga...pekerja resort/hotel la terpaksa 'tahan maki' guest/customer...atas 'apa yg tak ada tapi ditawarkan kpd customer'.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
panjang kisah dia, lps bace mmg dia berhak utk marah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 5-9-2023 12:04 PM
aku pi Laguna Redang..servis tip top..deal sendiri jer dgn resort...terpikat dgn resort ni bila tgk  ...

Dr ni kata laguna dah full tu dia terlaksa booking tempat lain tu rupanya ramai kata tak ok.
Laguna tu mmg ramai yg puji
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:24 PM | Show all posts
sapa2 yg kena mmg akan hangin sbb harap program smooth tapi byk plk sangkutnya
yg buat bisnes tu jgn la buat naya kat org, tau nak sauk duit org je
ingat org cop duit saja2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:30 PM | Show all posts
dr malar ni ada aku baca time dia berholiday tu
ada kisah drama yg anak dia si 'thamby boy' tu hilang kat pantai
puas cari merata sambil menjerit, satu pantai tahu nama anak dia thamby boy
rupanya anak dia gi test run sbb bosan tggu ferry
dia ingat anak dia lemas tp pakai life jacket .. so tak mungkin la
bagus dia ni, share pengalaman
walaupun tahu bakalan dihencap jua
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 5-9-2023 01:16 PM
Dr ni kata laguna dah full tu dia terlaksa booking tempat lain tu rupanya ramai kata tak ok.
Lagun ...

aku pi laguna cuti sekolah bln 6 tu hari...mula call agen semua kata dah full..aku call direct resort ada lg bilik yg kosong tapi tak byk la.. naseb date yg aku nk tu ada lg bilik ground floor yg kosong..aku book sebulan sebelum cuti skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:38 PM | Show all posts
aku pun g laguna.. tapi dapat semalam jaa.. lusa pkp 2020.. burn jaa duit camtu aja...

sampai skrg nak pergi balik..tp laki tawar hati...cissss
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Malar ni masa becuti ni la kut anaknya si thambi boy ilang kejap masa main kt pantai. Kalau amik agen ni kene review yg ok. Lelagi time cuti skolah ramai org.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:52 PM | Show all posts
g redang jgnla expect mcm hotel tepi KLCC kak oi. Lainla kalau check-in resort 5 bintang. Biasa yang membebel demand servis itu ini ni mak2 je, husband n anak2 langsung xksah pun hepi2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:56 PM | Show all posts
anak2 dia ada yg bermata mcm sepet2 sikit kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 02:29 PM | Show all posts
aku dulu stay redang pelangi, best tempat dia, and taklah mahal sangat sebab pakej all-in

amek dengan holidaygogogo

tapi best, pekerja dia siap datang kat jeti amek guna kerata tarik tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 02:49 PM | Show all posts
dari 10 review kalo amek agent, 1-2 je yg ok
mmg kdang2 nk tolong agent tapi slalunye hauk yg kita dapat
so, jgn malas, buat je sendiri smua
duit bnyk pon bole tabur last2 kene mcm ni sndiri sakit hati
sekian dari org yg g matta fair last2 usha dkt website lg berbaloi dr harga agent
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 03:07 PM | Show all posts
teringin nak pi redang, perhentian tapi tak tau cemana nak arrange bot etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali sekala kena ok gak..selalu bantai org lain juga kan ikut tafsiran sendiri..kiranya seri lah perasaan tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.208432 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list