View: 5971|Reply: 31
|
Pelajar Raih RM50 Ribu, Hidup Mewah Selepas Tawar Servis Jadi 'BF Online'
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki menawarkan perkhidmatan menjadi teman lelaki dalam talian (online).
Antara pakej yang disediakan adalah bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki motosikal jenis Yamaha NVX dengan harga RM169, menghantar bunga pada hari graduasi (RM139), hantar makanan (RM89), panggilan video (RM6) dan banyak lagi.
Ciri-ciri yang ada padanya adalah mempunyai ketinggian 168 sentimeter, berkulit cerah serta tinggal di sekitar Lembah Klang dengan berlatar belakangkan gambar-gambar separuh badannya.
Foto: mStar
Meskipun menawarkan perkhidmatan seumpama itu dengan tagline ‘privasi anda, keutamaan saya’, dia menegaskan bahawa dirinya dan adik kembar tidak berminat dalam unsur-unsur seksual dan pornografi.
Menyusuri video yang dikongsikan, dia turut memaparkan tangkap layar perbualan dengan beberapa pelanggan di samping maklum balas perkhidmatan yang diterima.
Ketika dihubungi mStar, dia yang dikenali sebagai Haziq mengakui menjalankan bisnes seperti itu bagi mendapatkan sumber kewangan untuk menanggung kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, perbelanjaan harian, sewa rumah dan sebagainya.
Katanya, ia berikutan percubaan melakukan affiliate (jenis bisnes) di TikTok tidak mendatangkan hasil walaupun sudah melakukannya selama dua bulan.
“Saya cuba buat affiliate selama dua bulan tapi tak dapat hasil... langsung tak dapat, mungkin salah marketing,” luahnya.
Malah katanya, perkhidmatan tersebut ditawarkan selepas mendapati dirinya sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk pelajar di kolej dan tempat awam.
“Jadi saya bertukar kepada tawaran servis teman lelaki online dan idea ni secara tiba-tiba sebab saya masih belajar dan antara yang popular di kolej.
“Kalau pergi mana-mana memang ramai peminat, dalam masa yang sama sebelum buat TikTok memang sentiasa ada orang minat dan ingin berhubung dengan saya. Penat juga nak layan.
“Apabila saya fikir semula, kalau sorang bagi RM1, contact (kenalan) ada 8k (8,000) lebih... dah boleh buat duit,” ujarnya yang baru berusia 23 tahun.
Pun begitu, dia menyatakan bahawa servis yang dijalankan itu adalah berdasarkan sistem komunikasi sama ada menerusi perbualan telefon mahupun panggilan video.
Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelanggannya sama ada lelaki atau perempuan.
“Baik muda, tua, lelaki atau perempuan. Mereka lebih kepada minta Instagram, tak bagi nombor telefon.
“Kalau selepas buat video baru, memang ramai. Macam video tular sehingga dapat 1.3 juta tontonan tu, hampir 11,000 yang WhatsApp dan buat payment. Tapi ada juga yang main-main.
“Saya okay saja selagi mereka tidak melebihi batas dan seperti kawan-kawan,” tambahnya lagi yang memulakan perkhidmatannya sejak tahun lepas.
Menurutnya lagi, apa yang dilakukan itu lebih berbaloi kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi selain mampu memperoleh lebih RM50,000 dalam masa dua bulan.
Tambahnya, perbelanjaan bulanannya adalah sekitar RM7,000 kerana lebih gemarkan gaya hidup mewah dan berbelanja untuk makanan.
Mengakui turut mengalami tekanan dan stres disebabkan servis yang ditawarkan, dia berhasrat untuk berhenti selepas berjaya membina perniagaan baharu.
“Saya pun lepas ni last buat... nak buka real business. Orang bank pun dah tawarkan pinjaman, saya cuma perlukan RM100,000 lagi untuk mulakan bisnes baharu.
“Tapi masih belum tetapkan nak ceburi bidang apa. Nak cari consultant untuk saya dulu selepas saya dah ‘selesaikan’ client yang belum dapat panggilan,” katanya yang akan mendedahkan wajah di TikTok apabila ‘cuci tangan’.
Video yang dikongsikannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan kebanyakannya memberi komen negatif serta mempersoalkan status halal pendapatan yang diperoleh.
“Mudahnya buat duit, carilah rezeki yang halal... muda lagi.
“Dik, untuk long term kamu akan rasa tiada apa-apa melainkan menjadi mainan orang. Kamu lebih baik daripada buat macam ni.
“Lain macam survival mode untuk hidup zaman sekarang ni,” ujar beberapa warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringin nak tau apa reaksi mak ayah budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 6-9-2023 02:28 PM
Aku teringin nak tau apa reaksi mak ayah budak ni.
bersyukur lah pandai cari rezeki biaya study. bukan ngesek pon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lanacondor at 6-9-2023 04:11 PM
Radzor replied at 6-9-2023 03:46 PM
bersyukur lah pandai cari rezeki biaya study. bukan ngesek pon
Dlm mencari rezeki tu ada panduannya, ada halal haramnya.. baru la ada keberkatan dlm rezeki..
Saidina Abdullah bin Abbas RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan perempuan itu ditemani oleh mahramnya.” (Riwayat Muslim 1341).
Percampuran antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan pada keadaan - keadaan tertentu seperti urusan darurat, keperluan, maslahat dalam menjalankan urusan dan kebiasaan harian.
Berikut adalah perincian urusan darurat dan keperluan:
1)Urusan Darurat
Imam al-Nawawi menyatakan pengharaman khalwat lelaki dan wanita termasuk juga dalam bab berdua-dua menunaikan solat. Namun pengecualian bagi kes-kes dalam keadaan darurat seperti terjumpa wanita ajnabi yang tersesat di jalanan dan boleh menemaninya atas dasar keselamatan sekiranya wanita takut ditinggalkan.
2)Urusan keperluan
Urusan keperluan melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan urusan seharian lain.
3)Sementara itu, harus melihat ajnabi dalam urusan jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya.
4)Urusan bermuamalat dengan berlainan jantina mestilah tertakluk dengan nilai-nilai adab dan hukum hakam berkaitan pakaian yang menutup aurat, menjaga pandangan yang bebas syahwat serta tidak melunakkan suara dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing).
5)Syeikh Abdul Hamid al-Syarawani menyebutkan bahawa garis penentuan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharamkan berdasarkan situasi yang mengundang fitnah:
أَنَّ الْمَدَارَ فِي الْخَلْوَةِ عَلَى اجْتِمَاعٍ لَا تُؤْمَنُ مَعَهُ الرِّيبَةُ عَادَةً، بِخِلَافِ مَا لَوْ قُطِعَ بِانْتِفَائِهَا فِي الْعَادَةِ فَلَا يُعَدُّ خَلْوَةً
Maksudnya : “Sesungguhnya garis penentuan khalwat (yang dilarang) ialah ke atas perhimpunan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang tidak selamat daripada sebarang tohmah (fitnah dan syak wasangka) pada adat kebiasaannya, berbeza pula apabila dapat dipastikan perhimpunan (pertemuan) tersebut selamat daripada sebarang tohmah pada adat kebiasaannya, maka ia tidak termasuk dalam kategori khalwat (yang dilarang).”
|
|
|
|
|
|
|
|
@tonot, @edaylidizz, @zehras tersenyum gedikz
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
nak masuk onlyfans depa segan lagi. tunggu jela 1 generasi lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
bisnes boleh bermula samada dengan permintaan atau tawaran.. bagus artikel ni bagi idea bisnes... cuma dia beruntung sebab ada modal yg tidak dimiliki semua orang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rendah nya 168cm ...okla tu pandai cari duit...ye ke video call ko x ke arah yg negative... |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh baguslah tak discriminate usia dan jantina pelanggan. semua ko sapu ya kalau pompuan ai percaya jah tak mintak lebih2, yg jantan tu ko kena lebih berhati2 dekk. Know2 org awam jumpa ngko dlm bondage pakai baju pompuan. |
|
|
|
|
|
|
|
tipu je ni..tgk muke pn penipu.. napedia tak beri salinan rekod statement bank?
takat acah ngaku dpt rm50k dlm 2 bln, belanja sebulan rm7k
katalah dia dpt client sorg bayar dia rm1k, jadi dia dpt 50 pmpn sangap yg baghal nk bf online..betapa ramainya student lelaki yg lagi hensem dari budak lubang hidung besar ni..
hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 6-9-2023 05:35 PM
tipu je ni..tgk muke pn penipu.. napedia tak beri salinan rekod statement bank?
takat acah ngaku dp ...
Persoalannya sis,budak lelaki yg lagi hensem tu nak ke dekat 50 perempuan baghal tu?
Sebab tu ada penawaran,sebab dia tahu permintaan dari perempuan2 yg di rijek oleh lelaki2 hensem tu |
|
|
|
|
|
|
|
bila mat rempit cari side income |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nak cari duit time study je ni..esok2 dh grad ke final year ke brenti la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Teman Lelaki Upahan... Sapa je yg guna khidmat dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hai abang hensem |
|
|
|
|
|
|
|
168cm tinggi tombol pintu rumah kaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa letak pembaris kat muka dia?? Nak ukur apa??
|
|
|
|
|
|
|
|
168 kemetotnya |
|
|
|
|
|
|
|
Azmin Ali Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis dengan Haziq:
|
|
|
|
|
|
|
| |
|